Monday, December 22, 2014

Pengalaman anak ramai


Anak ramai di zaman ini kedengaran agak pelik pada sesetengah 

orang.

Soalan pelik mereka seperti.....

"Wah laju benar ko anak dah berderet ? Kahwin umur berapa ? "

" Tak penat ke anak ramai ? Cukup ke makan minum? "


Ada lagi yang lebih pedih saya dengar tapi takperla saya simpan .

Apapun saya bersyukur ke hadrat Allah kerana dikurniakan rezeki anak yang ramai. Ada perempuan dan ada lelaki dan bermacam-macam ragam.
Gambar dari Google ( macam kena je dengan  kami suami isteri yang beranak lima ini)

Umur mereka pun agak rapat jugalah lagi-lagi yang sulung dengan anak nombor dua.

1.Nur Uzma - 11 tahun
( kami panggil akak dan nama manja masa kecik JUMA)  

2.Nur Ayla -10 tahun
( kami panggil Ayla dan nama manja ADIK...Adik? sebab dia lama takde adik so panggil dia adik sampai la ni...)

3. Kaiyisah Hanis Safiya - 6 tahun
( Nama manja NOMEL sebab kami ni terlebih perasan kot nampak dia comel je....halus je masa kecik tapi dahi super jendol mana-mana pegi memang ada yang tegur dahi dia yang "mentilas" tu.

*Mentilas tu dalam bahasa Jawa bermakna luas dan berkilat.

 4.Muhammad Dhiya Ulhaq - 3 tahun 
( Abang Dhiya panggilan untuk hero sulung ku ni...jangan panggil nama lain memang dia akan kata "panggil Abang Dhiya !" dengan nada tegas.)

5.Muhammad Umar Muallim - 1 tahun lebih.
( Kami panggil Umar @ Muallim tapi selalu panggil dia Muallim)

Memang berderet kalau jalan sama-sama, orang tengok je kalau kami jalan segrombolan penuh jalan.....heheheh...dalam hati diorang mesti cakap ramainya anak dia.(agak je la)

Rumah riuh kalau semua berkumpul dan tak pernah kemas kalau mereka ada.Mana taknya, asyik main pondok-pondok dan main cikgu-cikgu.Dinding rumah pun dah ada lukisan-lukisan yang indah saujana mata memandang, dalam hati cakap sabar jelah . Semua akan menjadi kenangan nanti.

Ramai orang kata kesian kat saya sebab saya ni lembut macam mana nak handle anak-anak ligat macam tu.Diorang tak tahu suara saya jangan cakaplah sampai suami gelar saya komando.Hamik ko gelaran Komando suami aku bagi.....Heheheheh.....baru kenal siapa saya kan encik Zamri .

Masa mengandung anak no.5 saya siap google cari pengalaman orang yang beranak ramai.Kelakar jugak kalau ingat balik, tapi itulah sifat saya yang selalu dahagakan info.
Antara kata-kata yang saya ingat sampai sekarang ialah..............

"Allah memberi kebolehan semulajadi kepada manusia untuk menjaga seramai mana anak yang dimiliki dan setiap anak yang lahir Allah kurniakan rezekinya tersendiri"

Ayat tu betul-betul membuka mata saya agar jangan rasa takut bila beranak ramai ni.Siapa yang tak takut kan? Boleh handle ke? Cukup ke makan minum dan pakai ? 


Suami pun pernah cakap....kita ni menumpang rezeki anak-anak.Jaga dan didiklah sebaiknya, in shaa Allah akan dipermudahkan kalau kita berusaha dan berdoa.(jangan dok bersila rapat tunggu rezeki datang bergolek...mana dapat kan? kenalah usaha)


Masa Umar dalam kandungan lagi dah nampak satu-satu urusan Allah permudahkan.....kami dipinjamkan rumah yang lebih selesa dan tak bertangga ( risau anak main kat tangga sebab mereka ni kreatif sangat) dan kereta yang lebih besar. Semuanya kami dapat pinjam dengan mudah.


Soal makan minum semestinya yang sihat dan elok buat mereka dan kadang-kadang follow juga apa yang anak-anak nak makan. Bahagian paling penting sekali ialah supplemen untuk anak-anak, supplemen yang WAJIB anak-anak ambil ialah Meal Shakes (minuman multivitamin) + Vitamin C (untuk imunisasi ) + Omega Guard (minyak ikan untuk mengatasi asma dan alahan makanan).

Set kanak-kanak Shaklee memang kena bagi untuk anak sihat dan cerdas.


Kemudian jika ada rezeki lebih bolehlah makan makanan yang happening untuk gembirakan hati mereka dan juga bawa mereka jalan-jalan makan angin.Namun kami jarang-jarang makan di kedai sebab tak nak rasa kurang selesa bila anak-anak buat perangai.

Biasalah kalau ramai anak ni banyaklah ragamnya, kita pun kena faham dan tengok mood anak-anak ni kan.Kalau nak seronok makan bawa mereka masa mereka benar-benar rasa lapar.Masa tu suasana akan jadi senyap sunyi sebab mereka akan fokus pada makanan...hehehehhe.Seronok tengok mereka makan sungguh-sungguh ni.Kalau tak, ada yang memanjat keluar dari kerusi babylah...ada yang main-main air sampai tumpah.Ada yang nak berjalan sana sini tegur semua orang kat restoren sampai pergi ke dapur restoren.Pening kepala ibu tau.....anak-anak.

Gambar hanya hiasan...

Tentang pendidikan pula setakat ini 2 orang (Ayla dan Kaiyisah) akan bersekolah di sekolah aliran perdana yang berdekatan dengan rumah babysitter.Kami tak dapat hantar dan ambil mereka jadi kami carilah pengangkutan untuk mereka (sediakan saja kos nya...hehehhe).Anak yang sulung kami masukkan ke Madrasah di Muar untuk ambil aliran Tahfiz walaupun agak sedikit "costing" tapi kami cuba sediakan yang termampu dan terbaik.In shaa Allah ....Allah akan permudahkan kami.Aamiin.

Pengurusan wang tu memang perkara UTAMA yang setiap hujung bulan kami bincang sebelum gaji keluar.Lagi-lagi kalau nak mula persekolahan dan perayaan.


Cuba listkan apa yang patut beli dan plan sebaiknya dan selalu bila perayaan kami saving awal-awal, jadi taklah berat nanti masa nak shopping.Pastikan jangan beli yang bukan keperluan hanya yang PERLU saja.Barulah bajet tak lari kan?

Bab cari keperluan raya memang happening, mana taknya nak cari untuk 5 orang mau tak kecoh.Penat wei.....dari pagi bawa ke malam kalau tak selesai bawak ke esoknya tapi bukan time puasalah.Kalau time puasa mahu pengsan...heheheh. So, sebelum puasa pastikan dah settle! 

Kalau pergi beraya pulak saya hanya beraya rumah yang mana rapat sahaja memang dari zaman anak dua dulu pun kami praktikkan begitu.Lepas tu sekarang ni, anak-anak yang dah besar ni dah tak nak ikut kalau pegi open house rumah yang mereka tak kenal.Tapi kalau rumah saudara mara memang kami bawa, wajib kenal saudara mara.Kami selalu ambil masa 1/2 jam nak bersiap-siap pergi beraya dan selalunya saya orang terakhir yang siap...hehehhe

Persiapan persekolahan anak-anak senang je sebab nak beli baju sekolah sekarang dah banyak pilihan.Nak yang murah ke yang mahal ke terpulang tapi kami beli yang tahan lama dan harga reasonable.Kalau alat tulis pula , selalunya baru sebulan dua sekolah dah kena beli lagi.Confirm ! Biasalah kan, kita zaman kanak-kanak pun dulu sama je.Tiba-tiba dah hilanglah dah rosaklah.

Tentang pergaulan pula, anak-anak memang suka bergaul dengan orang lain even adik-beradik dah ramai.Kalau main tepi rumah tu suka panggil kawan-kawan bagi lagi meriah.Gaduh tu biasalah, adik-beradik mana yang tak bergaduh tapi kita ibu bapa kena pandai handle.Mereka kena belajar hormat menghormati, toleransi dan tolong-menolong.

Waktu yang wajib untuk kami bersama adalah sebelum Maghrib iaitu masa makan.Masa tu lah nak dengar mereka bercerita dan masalah anak-anak.Lepas tu solat dan mengaji.Selalu ayahnya yang solat berjemaah dengan anak-anak dan ajar anak mengaji.Maklumlah ibu ada tugas lain yang perlu dibuat. 

So, itulah sedikit pengalaman dari kami yang berkeluarga besar.Maaflah, sungguh panjang berjela-jela...hihihihi
























No comments:

Post a Comment