Friday, March 27, 2015

Resepi rahsia Mee Goreng Mamak

( Gambar sekadar hiasan .Tq pakcik google)


RESEPI RAHSIA MEE GORENG MAMAK:



Penyediaan perencah/ pes Mee goreng Mamak:


1/2 kg kacang tanah
150 gm cili kering
100 gm udang kering geragau/ kepal
1 genggam kacang dhal (paruppu)

1. Goreng bahan-bahan diatas dengan aturan kacang tanah, paruppu, cili kering. Akhir sekali udang geragau/udang kepal dengan minyak masak.

Sejukkan dan mengisar halus bersama air kesemua bahan-bahan tadi.

2. Tumiskan kisaran di atas sehingga pecah minyak (minyak akan timbul di atas permukaan). 

Masukkan air asam jawa, gula merah (gula pasir pun boleh), dan garam. Rasa kepedasan sekiranya pes anda pedas sangat boleh tambahkan gula lagi. Mamak tak dapat bagi sukatan tepat. Cuba dapatkan rasa pes yang anda sukai.

Garam perlu teliti kerana bila kita gunakan kita tak mahu mee goreng masin. Kadangkala mee buatan dari syarikat Melayu mereka bubuh garam. Garam sebenarnya untuk ketahanan pes itu dari rosak sama seperti air asam jawa. Bila perencah anda telah siap mai kita goreng pulak mee dengan pes kita sediakan.

1 cekak mee kuning
1 cekak taugeh
1 batang sayur sawi.(ketuk batang sawi dan dipotong 1″)
1 biji telur
1/4 bhg bawang sederhana besar dihiris memanjang
2 ulas bawang putih diketuk dan dihiris
1 sudu kecil kicap cair
Cucur udang - 2 ketul
Tauhu goreng - sekeping
Ubi kentang rebus - 1 biji
Air garam yang dilarutkan dalam botol.

Untuk hidangan:-

Kacang goreng yang telah dikisar kasar ditabur, daun bawang dan sup dihiris (kalau berniaga tak payah) dan hirisan cili merah (3 saja cukup) dan limau nipis (kalu niaga pakai limau kasturi) dan bawang goreng (kalau niaga tak payah).

CARA-CARA PENYEDIAAN:

Bila kuali panas masukkan 2 sudu besar minyak masak. 

Masukan hirisan bawang putih dan dikuti dengan hirasan bawang.

Bila mengeluarkan harum masukan dua sudu besar pes/rencah yang anda telah sediakan (di sini anda kena adjust pes anda mcm gula air sirap…tak masin sangat, tak pedas sangat dan tak pula manis).

Masukkan cucur udang, tauhu goreng, Ubi kentang rebus dan sayur sawi. Bila sawi layu masukkan mee dengan segera. 

Titiskan kicap cair. (untuk yang berniaga, tak perlu beli kicap cair gunakan kicap kramel boleh buat macam-macam jenis kicap).

Air garam jika perlu. Goncang kuali dengan api sedikit keras.

Kalau anda mahu basah tambahkan sedikit air atau pes/perencah. Kalau kering biarkan dia. Pada masa ini anda perlu tentukan api dapur jika basah kurangkan api kalau kering keraskan api dapur.

Bila mee sudah mulai masak. Kecilkan api dan tepikan mee anda dan kosong ruang tengah kuali. Titiskan sedikit minyak dan pecah masukkan sebiji telur.

Tutup telur anda dengan mee dan membiarkan dalam 30 saat. Keraskan kembali api dapur dan kacau serata mee dengan telur dengan cepat. Gorengan cuma 30 saat saja. Keseluruhan gorengan ini cuma 3-4 minit.

Hidangkanlah mee goreng anda dengan lapiskan daun pisang dan daun bawang+sup/ cili dan akhir sekali taburkan sedikit kacang tanah goreng yang telah di atas mee anda.

Nota: Untuk peniaga mee goreng Mamak, jangan lupa ketuk kuali dengan sudip sampai orang lalu-lalang dengar sampai satu kampung, untuk ambil perhatian pelanggan. Kalau tak ketuk kuali itu bukan Mee Goreng Mamak…(gurau saja) hehehehe!.

Thursday, March 26, 2015

INGIN HAMIL ?


Ada yang bertanya saya apakah supplemen yang membantu untuk hamil dan saya beritahu GLA Complex Shaklee antara produk yang dipercayai sebagai ikhtiar untuk hamil

GLA Complex ini tak mahal pun tak sampai RM100.00 harganya dan alhamdulilah yang bertanya itu jadi beli dengan saya.Saya doakan semoga ikhtiarnya berhasil.Aamin.

Anda ingin dapatkan GLA Complex Shaklee ? Hubungi saya rakan Shaklee anda:-

Noorfadzilah binti A Aziz
018-7944556
Pengedar Shaklee
COD:Pasir Gudang dan Masai
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia.




Resepi Coklat Lava Kek





Resepi Coklat Lava Kek

Bahan-bahan:

5 sudu besar butter
100gm coklat gelap (satu bar coklat standard)
2 biji telur saiz besar
1 kuning telur saiz besar
3 sudu besar gula
3 sudu besar tepung
2 sudu kecil serbuk koko
1 secubit garam
4 paper cup atau 4 ramekins – disapu butter

Cara Membuatnya

Panaskan oven – 200degree (atas bawah) 180degree (hot air/udara panas)

Cairkan mentega dan coklat bersama-sama secara “double boiler” , atau di dalam microwave sehingga cair dan kacau hingga sebati.

Gaul telur dan gula sehingga campuran berwarna kekuningan sekitar 3 minit sehingga gula larut.

Kacau campuran coklat panas ke dalam adunan telur dan pukul sebati. Ayakkan tepung, koko, dan garam. Kaup dengan spatula sehingga sebati. Sudukan ke dalam 4 ramekins atau papercup saiz besar yg tebal yg telah disapu dgn butter.

Kalau boleh sejukkan adunan dalam freezer. Kalau tak nak boleh terus masuk dalam oven.

Untuk mendapatkan lava yang memang lava, bakar lebih kurang 13 minit sahaja.

SELAMAT MENCUBA

Resepi kuah soto sedap


Resepi Kuah Soto ini saya dapat dari facebook dan dah lama saya cari resepi kuah soto.Saya kongsikan di sini untuk anda semua mencuba.

Kuah Soto

1 ekor ayam - basuh
2 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
1 inci lengkuas *
1/2 inci halia * 
1/2 inci kunyit hidup 
2 biji buah keras *
bhn * diblender bersama
1sk lada hitam ^
1sk ketumbar^
1 sk jintan manis ^
1sk jintan putih ^
bhn ^ digoreng tanpa minyak dan dblender
2 btg serai dititik
1 biji kiub pati ayam
3sb serbuk rempah sup adabi

- Tumis semua bahan hingga naik bau
- masukkan ayam dan air - rebus ayam sekejap 
- keluarkan ayam utk disiat2 
- perasakan kuah soto dgn garam dan kiub pati ayam

Nasi himpit - beli yg siap je senang,tinggal rebus je
kacang - digoreng
daun sup dan daun bawang
bawang goreng
suun goreng
ayam goreng yg telah disiat2

Sambal Kicap
10 biji cili api
2 ulas bwang putih
sedikit halia
sedikit kuah soto
kicap secukupnya
- blender semua

SELAMAT MENCUBA

Wednesday, March 25, 2015

Izinkanlah

Kalau dilihat lirik lagu ni memang sekali imbas untuk merayu seorang kekasih tapi kalau di tengok dari sudut lain pula boleh juga untuk seorang hamba kepada tuhannya.





Izinkanlah - nyanyian Q Face

Bila berlabuh tabir malam indah
Cakerawala pun turut melambai gundah
Pecah duka berganti
Rasa merindu kepadamu

( 1 )
Telah lama diriku dalam leka
Cuba menyintaimu sepenuh jiwa
Sedangkan itu satu
Kewajipanku terhadapmu

Indah mahligai yang menanti
Semakin jauh di jangkauan
Dapatkah aku pulang
Berjiwa suci
Bagai kekasih... dinanti

Masihkah diri ini
Ada ruang beradu
Dalam mahligai
Sedangkan diri
Telah tercemar
Debu dunia

Izinkanlah diriku... izinkan aku
Dekat denganmu kasih... dekat denganmu
Izinkanlah diri... kekasih sejati
Dekat denganmu kasih... kasih...


http://www.liriklagu.com/liriklagu_nr/QFace_Izinkanlah.html

Fill your heart with Allah


Tuesday, March 24, 2015

Karenah Muallim bikin berderau darah


Semalam budak bertuah seperti gambar di atas buat perangai pelik yang menderaukan darah ibu ayah dia.Umar Muallim atau nama panggilannya Muallim memang agak ligat gelagatnya hinggakan sampai satu masa ibu dia boleh jadi "hulk hogan" tau.

Nak tahu perangai apa yang dia buat semalam?

Dia boleh panjat esbox , melekat macam spiderman gitu.MasyaAllah mengucap panjang ibu dia bila tahu dia buat macam tu.Ayah dan kakak Ayla dia yang  nampak sebab ibunya sedang sibuk mengemas baju.Ibu punya mata dah nak terjengil keluar bila dengar, Ya Allah mujurlah tak tumbang esbox tu nak oooi.

Perbuatannya sangat pantas, tarik kalendar yang melekat di esbox kemudian pegang pintu esbox yang tingkat bawah kemudian kaki pijak kat pintu esbox melekat habis.Allahuakbar! Macam mana dia boleh terfikir nak buat macam tu erk?

Lepas ni kami semua kena sangat berhati-hati bila dia masuk ke dapur, Muallim ni memang suka sangat ke dapur.Dia rasa seronok sebab macam-macam benda  dia boleh buat, main akuarium, main tekan-tekan tv, main pancing ayahnya, usik makanan Fiona, masukkan baju dalam mesin basuh , amik penyapu dan penyodok konon-konon menyapu, buka penyendal pintu dapur, buka dan pasang kunci gerobok dan main manjat-manjat kat meja makan.Cergas kan dia ?

Rasa bersyukur sebab dikurniakan anak lelaki yang sihat dan cergas begitu cuma kena tahan sikit perasaan dan kawal kemarahan.In shaa Allah nanti bila dia dah besar sikit dalam umur 4 tahun saya pasti dia akan tertib.Behave je macam abang dia Dhiya Ulhaq.

Semoga Umar Muallim menjadi HERO ibu ayah dunia akhirat....aamin.



Lawak ke tak ?

Kaiyisah oh Kaiyisah!

Sampai hari ni terngiang2 dan kalau ingat mesti rasa nak gelak...mcm tak patut pulak nak gelak kan? Gelak sebab tak terfikir pun soalannya datang dari anak umur 7 tahun...

Ibu : Ramainya manusia....dah mcm lautan manusia kan ....sanggup bersesak-sesak mcm tu.

Anakku Kaiyisah : Dalam tak ibu lautan tu?

Ibu:Haaa dalam? apa yg dalam???
(Ibu blur sambil tgk muka ayahnyer...ayahnyer pun tercengang gak...kakak2nya dah gelak2 sampai nak tersembur nasi.)

OOO...rupanya Kaiyisah tanye dalam tak lautan manusia tu....so lepas gelak barulah terangkan jawapannya.....si anak sengih je...kesian dia...malu dibuatnyer.

Monday, March 23, 2015

Siapa nak kaya ?


Saya tahu ramai di luar sana yang suka baca tajuk entry saya kali ni, tapi jangan marah ye.ini bukan untuk main-mainkan perasaan sahabat semua tapi cuba mengajak saudara semua buat solat sunat sebelum subuh untuk merasakan kaya dunia akhirat.Sebab Rasullah SAW berkata.....2 rakaat lebih baik dari dunia dan segala isinya.

Solat sunat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh dikenali sebagai Solat Fajar atau Solat Qabliyah Subuh atau Solat Sunat Subuh.

Ia dikerjakan selepas azan Subuh dan sebelum solat fardhu Subuh.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 “Solat fajar 2 rakaat lebih baik dari dunia dan segala isinya.” (HR. Muslim)

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dua rakaat solat fajar lebih aku cintai daripada dunia seluruhnya.” (HR. Muslim)

Dari Aisyah ra. bahawa beliau berkata, "Tiada solat sunat yang paling Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam menjaganya, melebihi dua rakaat solat fajar.” (HR. Muslim)

“Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca ketika solat fajar, surah Al-Kafirun dan surah Al-Ikhlas.” (HR. Muslim)

RAHSIA SOLAT SUBUH

Orang yang pertama mengerjakan solat Subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.  

Rakaat pertama – Bersyukur baginda kerana terlepas daripada kegelapan malam. 

Rakaat kedua – Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.


Allahu Akhbar...Sebagai peringatan bersama, marilah kita sama-sama meluangkan sedikit masa untuk melakukan solat sunat Subuh ini tanda syukur kehadrat Allah kerana masih memberi peluang kita hidup untuk terus melakukan amal ibadah sebagai bekalan di akhirat nanti.

Kata-kata bermotivasi



Bohong kalau saya kata saya tak pernah "down" atau rasa tak bersemangat bila target yang saya kejar tak dapat dicapai.Banyak kali saya alami seperti angin lalu datang dan pergi.

Saya manusia biasa yang ada hati dan perasaan sama normal macam orang lain.Namun saya ada cara saya sendiri untuk tingkatkan kembali semangat berjuang dalam business online saya iaitu jangan berhenti berharap iaitu berdoa dan terus berdoa selain dari membaca buku motivasi dan melihat balik buku magic yang master saya bagi.

Selain itu, saya akan mencari kata-kata semangat di internet.Antara kata-kata yang saya suka dan memberi kesan pada mood saya ialah ......

1.Jika kamu memiliki keinginan untuk memulai, kamu juga harus punya keberanian dan keinginan untuk menyelesaikannya. Bukan hanya mengakhiri.

2.Lakukan yang terbaik sekarang kerana akan lebih buruk bila menyesali yang sudah berlalu dan mengkhawatirkan yang akan datang.

3.Maafkanlah kesalahan masa lalu dan tegaslah untuk membebaskan diri untuk hidup seteguhnya sekarang dan di masa depan.

4. Tidak kira berapa sakit yang kamu terima, jangan lupa untuk tetap tersenyum.

5.Hargai apa yang kamu miliki saat ini kerana kebahagiaan tak pernah datang kepada mereka yang tak menghargai yang telah mereka miliki.

6.Kebanggaan yang paling terbesar dalam hidup adalah bukan tidak pernah gagal, tetapi bangkit setiap kali kita jatuh.

7.Jangan anda katakan SAYA GAGAL tapi katakanlah saya belum berhasil.

8.Tidak perlu iri hati atas kemampuan orang lain. Jika mereka boleh, kamu juga boleh. Jangan remehkan dirimu sendiri sebab kamu kuat, lebih dari yang kamu bayangkan.

9.Hidup akan berubah lebih baik, jika kamu bersedia mengubah dirimu terlebih dahulu. Hanya orang baik yang berhak mendapatkan yang terbaik.

10.Kebahagiaan merupakan milik mereka yang mempunyai impian yang kuat dan punya keberanian untuk berusaha mewujudkannya menjadi kenyataan.

Tips cepat sembuh luka bersalin


Bersalin merupakan pengalaman yang sangat bermakna terutama bagi ibu yang melahirkan sulung.Pasti ada yang menangis semasa dan selepas melahirkan.Ini kerana barulah tahu betapa susahnya ibu atau emak kita melahirkan kita ke dunia dulu.Dalam keterujaan gembira melahirkan bayi yang ditunggu selama ini, ada satu lagi proses yang perlu dilalui iaitu berpantang.

Berpantang tidaklah susah mana kecuali jika terdapat luka di faraj.Luka akibat digunting untuk mempermudahkan proses kelahiran dimana ada yang menerima jahitan hingga ke punggung panjangnya.
Bagi yang tiada pengalaman menghadapinya pasti merasa sukar dan trauma untuk bersalin lagi.

Buat ibu muda yang risau bagaimana untuk menguruskan luka bersalin selepas bersalin, bolehlah amalkan sedikit tips untuk diamalkan semasa berpantang.

1.Pastikan kawasan luka (perineum) bersih.
Darah nifas dan air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka. Pastikan luka bersih dengan membasuh mengunakan air suam atau lebih baik lagi mengunakan cecair pembasmi kuman yang dipreskripsi oleh doktor. Tidak perlu gunakan cairan sabun yang kuat. Bersih dari depan kebelakang untuk mengelakkan cemaran najis. Semasa kecing, cuba duduk secara mencangkung (squat) dan siram air suam semasa kencing.

(saya gunakan Uncang Cuci Herbanika Nonaroguy ketika menyiram kawasan jahitan kerana herba membantu luka cepat kering)

2.Pakai pad yang telah disapu dengan ubat luka kuning yang diberi hospital atau minyak Herbanika Nonaroguy.Biarkan ubat atau minyak itu bekerja untuk mengeringkan luka faraj.Pad perlu kerap ditukar sebaik-baiknya selepas membuang air kecil perlu salin pad baru.
3.Minum air pati haruan sekurang-kurangnya 2 kali sehari.Bau dan rasa memang tak menyelerakan dan tak menyenangkan tapi untuk sembuh dengan cepat silalah korbankan perasaan anda untuk telan air pati haruan.

Antara jenama air pati haruan yang ada di pasaran.

4.Jaga pemakanan - tak boleh makan makanan yang membuat luka lambat sembuh.Macam saya memang tak boleh makna telur dan ayam, memang lambat baik.Lain orang lain alahannya.

5.Amalkan makan supplemen Zinc Complex kerana khasiat Zinc Complex ini sanagt membantu pemulihan luka.Satu botol baru RM33.75 SAHAJA dan tahan berbulan lamanya.Selain itu boleh elakkan rambut gugur dan hilangkan jeragat.


Namun jika luka tersebut masih belum baik selepas seminggu, saya cadangkan pergi ke klinik yang berdekatan.









Keutamaan penghafal Al-Quran

KEUTAMAAN PENGHAFAL AL-QUR'AN (HAFIDZ/AH)

Allah telah menjanjikan kelebihan & keutamaan kepada mereka yang menghafal al Quran, antara lain :

1. MEREKA ADALAH KELUARGA ALLAH SWT.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Dari Anas ra. Ia berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri dari manusia." Kemudian Anas bertanya: "Siapakah mereka itu wahai Rasulullah. Baginda menjawab: "Iaitu ahli Quran (orang yang membaca atau menghafal Al- Quran dan mengamalkan isinya).Mereka adalah keluarga Allah dan orang-orang yang istimewa bagi Allah.


2. DI TEMPATKAN SYURGA YANG PALING TINGGI

Sabda rasulullah s.a.w:
"Dari Abdullah Bin Amr Bin Al Ash ra dari nabi s.a.w, baginda bersabda; Diakhirat nanti para ahli Al Quran di perintahkan, "Bacalah dan naiklah kesyurga. Dan bacalah Al Quran dengan tartil seperti engkau membacanya dengan tartil pada waktu di dunia. Tempat tinggal mu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca."


3. AHLI AL QURAN ADALAH ORANG YANG ARIF DI SYURGA

Sabda rasulullah s.a.w "Dari Anas ra. Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Para pembaca Al Quran itu adalah orang-orang yang arif di antara penghuni syurga,"


4. MENGHORMATI ORANG YANG MENGHAFAL AL QURAN SERERTI MENGAGUNGKAN ALLAH SWT.

Sabda rasulullah s..a.w "Dari Abu Musa Al Asya ari ra.ia berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Diantara perbuatan mengagungkan Allah adalah menghormati Orang Islam yang sudah tua, menghormati orang yang menghafal Al-Quran yang tidak berlebih-lebihan dalam mengamalkan isinya dan tidak membiarkan Al-Quran tidak di amalkan, serta menghormati kepada penguasa yang adil."

5. HATI PENGHAFAL AL-QURAN TIDAK DISIKSA

Sabda rasulullah s.a.w.
" Dari Abdullah Bin Mas ud ra. Dari nabi s.a.w. baginda bersabda: " bacalah Al Quran kerana Allah tidak akan menyiksa hati orang yang hafal al-quran.

Sesungguhanya Al -Quran ini adalah hidangan Allah, siapa yang memasukkanya ia akan aman. Dan barangsiapa yang mencintai Al Quran maka hendaklah ia bergembira."



6. MEREKA LEBIH BERHAK MENJADI IMAM DALAM SOLAT

Sabda rasulullah s.a.w. :
"Dari Ibnu Mas ud ra. Dari Rasulullah s.a.w. beliau bersabda; "yang menjadi imam dalam solat suatu kaum hendaknya yang paling pandai membaca Al Quran."


7. DISAYANGI RASULULLAH S.A.W
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Dari Jabir Bin Abdullah ra. Bahawa nabi s.a.w menyatukan dua orang dari orang-orang yang gugur dalam perang uhud dalam satu liang lahad.
Kemudian nabi s.a.w. bertanya, "dari mereka berdua siapakah paling banyak hafal Al Quran?" apabila ada orang yang dapat menunjukkan kepada salah satunya, maka nabi s.a.w memasukkan mayat itu terlebih dahulu ke liang lahad."

8. DAPAT MEMBERIKAN SYAFAAT KEPADA KELUARGA
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Dari Ali Bin Abi Thalib Karramallahu Wajhah ia berkata, "Barangsiapa membaca Al Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya kedalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk sepuluh anggota keluarganya di mana mereka semuanya telah di tetapkan untuk masuk neraka."

9. PENGHAFAL AL QURAN AKAN MEMAKAI MAHKOTA KEHORMATAN
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Dari Abu Hurairah ra.dari nabi s.a.w. baginda bersabda: "orang yang hafal Al Quran nanti pada hari kiamatnanti akan datang dan Al Quran akan berkata; "Wahai Tuhan ,pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru." Maka orang tersebut di berikan mahkota kehormatan.
 Al Quran berkata lagi:
"Wahai Tuhan tambahlah pakaiannya." Maka orang itu di beri pakaian kehormatannya. Al Quran lalu berkata lagi, "Wahai Tuhan, redailah dia." Maka kepadanya di katakan; "Bacalah dan naiklah." Dan untuk setiap ayat, ia di beri tambahan satu kebajikan."

10. HAFAL AL QURAN MERUPAKAN BEKAL YANG PALING BAIK.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Dari Jabir bin nufair, katanya rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya kamu tidak akan kembali menghadap Allah dengan membawa sesuatu yang paling baik daripada sesuatu yang berasal dari-Nya yaitu Al Quran.

11. ORANG TUA MEMPEROLEHI PAHALA KHUSUS JIKA ANAKNYA PENGHAFAL AL QURAN.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Dari Buraidah Al Aslami ra, ia berkata bahawasanya ia mendengar Rasulullah s..a.w bersabda: "Pada hari kiamat nanti, Al Quran akan menemui penghafalnya ketika penghafal itu keluar dari kuburnya. Al Quran akan berwujud seseorang dan ia bertanya kepada penghafalnya: "Apakah anda mengenalku?".
Penghafal tadi menjawab; "saya tidak mengenal kamu." Al Quran berkata; "saya adalah kawanmu, Al Quran yang membuatmu kehausan di tengah hari yang panas dan membuatmu tidak tidur pada malam hari. Sesungguhnya setiap pedagang akan mendapat keuntungan di belakang dagangannya dan kamu pada hari ini di belakang semua dagangan. Maka penghafal Al Quran tadi di beri kekuasaan di tangan kanannya dan diberi kekekalan ditangan kirinya, serta di atas kepalanya dipasang mahkota perkasa. Sedang kedua orang tuanya diberi dua pakaian baru lagi bagus yang harganya tidak dapat di bayar oleh penghuni dunia keseluruhannya. Kedua orang tua itu lalu bertanya: "kenapa kami di beri dengan pakaian begini?". Kemudian di jawab, "kerana anakmu hafal Al Quran."

Kemudian kepada penghafal Al Quran tadi di perintahkan, "bacalah dan naiklah ketingkat-tingkat syurga dan kamar-kamarnya." Maka ia pun terus naik selagi ia tetap membaca, baik bacaan itu cepat atau perlahan (tartil)



12. AKAN MENEMPATI TINGKATAN TERTINGGI DI DALAM SYURGA.

Sabda rasulullah s.a.w.:
"Dari Aisyah ra ia berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; jumlah tingkatan-tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat Al Quran. Maka tingkatan syurga yang di masuki oleh penghafal Al Quran adalah tingkatan yang paling atas, dimana tidak ada tingkatan lagi sesudah itu.
Semoga dengan memahami hal ini, kita semua bisa lebih terpacu untuk bisa menghafal Al Qur’an setiap harinya, semampu kita.

wallohu a'lam
=======

Wednesday, March 18, 2015

Bersangka baik sesama manusia


Bila sehelai kain menutup wajah itu, ramai yang tidak nampak senyuman dan tangisannya.Ada juga insan yang berprasangka dia telah sombong meninggi diri kerana senyuman tidak lagi kelihatan dari wajahnya.
Bagi orang yang berprasangka baik, senyumannya kita boleh lihat dari matanya.

Bila dia kurang berbicara mungkin dia sedang mengelakkan dari berbicara tentang sesuatu yang buruk dan tak nak berbicara tentang orang lain.Dia cuba sedang memperbaiki diri dan sokonglah dia sekuatnya bukan kamu pinggirkan dia.

Bila dia kurang bersama dengan kamu untuk bersuka ria itu tandanya dia cuba membiasakan diri dengan keadaan barunya yang ingin tempat lebih tertutup dan tak mengundang fitnah buat dirinya.

Bila dia nampak asing denganmu, jauhkan dari berprasangka dia menunjukkan diri lebih baik dari kamu sedangkan dia sendiri sedang cuba memperbaiki akhlaknya secara senyap.Dekati dirinya sepertia biasa kerana dia pun manusia biasa yang ingin difahami dan disayangi.

Beruntunglah kamu kerana dia berubah bukan meminta apa-apa dari kamu bahkan nasihat kamu pun dia tidak pernah meminta.Jadi, berilah dia sangkaan baik kamu untuk dia terus hidup dengan caranya yang mungkin sedikit mengusik hati kamu kerana ketidakselesaan mendampinginya.

Buat kamu yang sentiasa menyokong dengan berprasangka baik,baiknya hati kamu kerana sentiasa ingin mengukuhkan silaturahim tanpa memerlukan alasan untuk berbaik dengan sesama insan.

Bahagiakan hati dengan sentiasa berprasangka baik.In shaa Allah, hati lebih tenang dan damai.

MUHASABAH DIRI.





Jom tambah pendapatan dengan SHAKLEE


RABU
18.03.2015
HARIAN METRO

Seronok bila baca Harian Metro hari ini bila Mr Victor Lim the president of Shaklee Malaysia melancarkan kempen kesedaran produk serta buka peluang perniagaan kepada orang ramai.

Mr Victor Lim mensasarkan perolehan meningkat 50%.Beliau yakin kerana produk kesihatan memang sentiasa didambakan untuk manusia mendapatkan kesihatan yang lebih baik.

Baru pagi tadi saya membuat post di FB untuk mencari ahli baru untuk group saya, dah keluar pula artikel ini.Memang macam tau-tau je saya memang nak cari sahabat baru untuk sama-sama sihat dan sama-sama kaya.

Untuk anda yang ingin tahu lebih lanjut tentang perniagaan Shaklee ini, boleh hubungi saya rakan Shaklee anda:-

Noorfadzilah
ID:1134196
Supervisor Shaklee
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
Whatsapp 018-7944556





Hari Terbuka Madrasah Annur,Kesang Laut, Muar.

Sejuk mata memandang melihat adik bakal hafiz ini melemparkan senyum dalam santun malunya.


Antara gerai yang membuat jualan, jualannya laris.Alhamdulilah.


Inilah bangunan tempat anakku Nur Uzma menimba ilmu dan berteduh kasih.

Gambar-gambar di atas di ambil semasa majlis Hari Terbuka Madrasah Annuur,Kesang Laut, Muar.Sesungguhnya hari terbuka inilah hari yang kami sekeluarga nantikan sebab gembira dapat berkumpul dengan ahli keluarga pelajar madrasah dan teruja nak tahu perkembangan anak tercinta.

14.03.2015 kami bertolak ke Muar dalam pukul 10 pagi selepas siap bersarapan di rumah.Saya sempat buat nasi goreng saja untuk alas perut.Dalam pukul 1.10 petang kami sampai ke Madrasah Annuur, alhamdulilah perjalanan kami lancar dan dipermudahkan.Sungguh pun cuaca nampak terik tapi bila kami masuk ke madrasah, tak terasa pun kepanasannya.subhanaallah, memang Allah berikan kesejukan buat penghuni madrasah.Seolah-olah ada payung besar yang melindungi kami di madrasah.

Lebih kurang 1 jam mendengar ceramah dari Mudir Madrasah dan ucapan khas dari wakil ibu bapa pelajar Madrasah Annuur, terdapat majlis penyampaian hadiah kepada pelajar yang cemerlang dari segi tahfiz, sukan dan akhlak untuk tahun 2014.Semoga tahun hadapan giliran anakku Nur Uzma mendapat hadiah, in shaa Allah.

Selepas habis majlis tersebut, tibalah masa untuk berjumpa dengan guru kelas anakku.Berdebar-debar pulak rasanya macam nak ambil penyata untuk diri sendiri pula sedangkan anakku Uzma relax je.

Alhamdulilah...Uzma menunjukkan prestasi yang memberansangkan.in shaa Allah selepas cuti seminggu ini gurunya kata dia akan melompat satu kelas kerana kelancaran dan kesungguhannya.Syukur alhamdulilah....satu kejayaan besar buatku kerana bukan mudah untuk melompat kelas jika tidak berusaha bersungguh-sungguh.Nur Uzma memang luar biasa!

Uzma dah buktikan pada kami yang dia memang buat betul-betul dengan apa yang dia cakapkan.Uzma target hanya 3 tahun untuk menghafal Al Quran dan mohon doaku untuk doakan dia terang hati dan kuat semangat serta istiqomah.Saya memang kenal Uzma, dia memang seorang yang buat apa yang dia cakap cuma jika ada masalah dia akan "terseliuh" sikit.Untuk itu, as a parents kami kena selalu bagi dia semangat.

Kemudian kami pun terus pulang menuju ke Pasir Gudang kerana anak kesayangan dah tak sabar nak balik rumah.Maklumlah dah 3 bulan tak balik rumah.

Monday, March 16, 2015

Tips hilangkan "blackhead" dan "whitehead"

Terima kasih kepada ummierna.blogspot.com di atas gambar ini. ;)


Tips yang saya nak share kali ini sangatlah mudah semudah ABC tau.Bagi wanita-wanita cantik diluar sana yang tiada masa nak ke spa untuk buat facial, saya cadangkan beli satu GENTLE ACTION MAKEUP REMOVER SHAKLEE.Harga tak mahal sebab boleh pakai berbulan-bulan lamanya.

Saiz bagi penyental muka ni adalah 150gram.Besar kan? Memang menjimatkan sebab anda hanya perlu picit sebesar kacang dan gosokkan ke muka.Lepas itu, keluarlah segala khazanah yang tersembunyi di sebalik kulit wajah.

Ramai yang ingat Gentle Action Makeup Remover ini untuk mereka yang bermake up, tidak!
Ianya juga sangat bagus untuk mereka yang tidak bermake up sebab kita semua keluar dari rumah dan kulit wajah kita pasti disapa oleh habuk dan asap tanpa kita sedari.

Apa khasiat makeup remover ni selain dari mengeluarkan "blackhead" dan "whitehead" ?

Ianya juga bagus untuk:-

* Melicinkan, melembutkan dan menyerikan kulit anda.

* khasiat Tunas Pokok Bic bertindak lembut untuk menyingkirkan sel kulit mati dengan menyeluruh tanpa merosakkan kulit.

* khasiat Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit.

* Rumusan ringan, tidak berminyak dengan aroma yang menyegarkan (ni yang best ni)

Saya rasa pasti ramai yang dah jatuh hati dengan melihat gambar dan khasiat yang saya ceritakan ni.Usah tunggu lagi, cepat-cepatlah dapatkan satu.

Untuk dapatkannya, seperti biasa anda boleh Whatsapp saya di nombor 018-7944556.

Noorfadzilah binti A Aziz
ID:1134196
Pengedar Shaklee Pasir Gudang


Friday, March 13, 2015

Waktu solat dan kesihatan


Sesungguhnya perintah Allah itu banyak hikmah buat hamba-hambanya yang lemah ini.Cuma kita manusia jarang mengambil tahu akan apa hikmah disebalik perintahNYA.

Cuba kita tengok poster di atas yang saya terjumpa di google selepas saya mencari hikmah berdhuha.Nampak tak kenapa kita digalakkan melakukan dhuha? Sebab Allah nak kita dapat tenaga aktif untuk bekerja seharian kerana pastinya selepas bangun Subuh atau bangun Qiamulail mata akan mula mengantuk dan rasa macam nak tidur semula kan?

Memang jelas kelihatan waktu solat ini bagaikan salah satu terapi kesihatan buat kita, jadi janganlah kita tinggalkan solat.Berdosa kan? Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik dan ditetapkan iman untuk terus taat kepada ALLAH.





Kenapa Zinc Complex mengecutkan jerawat?


Pertanyaan seorang teman membuatkan saya mendapat idea untuk update blog saya hari ini iaitu KENAPA ZINC COMPLEX BOLEH MENGECUTKAN JERAWAT?




Zinc Complex Shaklee mempunyai khasiat di mana ianya memiliki sifat antioksida yang memberikan perlindungan kulit dari UV. 

Penting dalam menghasilkan kolagen untuk penyembuhan luka dan mencegah kulit kering dan alergi. 

Ianya sangat bermanfaat dalam mengecutkan jerawat kerana ianya penting mengatur kelenjar minyak dan anti inflamasi di kulit. 

Memang kecil bentuk Zinc Complex ini tapi khasiatnya besar kerana boleh membersihkan wajah dari jerawat yang mampu menjejaskan penampilan seseorang.

Berminat nak order?

Hubungi saya rakan Shaklee anda:-
Noorfadzilah binti A Aziz
018-7944556
Pengedar Shaklee Pasir Gudang dan Masai.

Niqablah seluruh jiwamu


Berniqab bukanlah kerana trend terkini..
Berniqab bukan untuk menunjuk diri alim..
Berniqab bukan untuk merendah-rendahkan yg lain..
Berniqab bukan utk perlekehkan sesama Muslimin Muslimat..

Jadi sebelum kau mulakan niqab di wajah,
Niqabkan hatimu dulu,
Niqabkan jiwamu dulu,
Niqabkan lidahmu dulu,
Niqabkan langkahmu dulu...

Kerana yang terselindung belum tentu terus berlindung.
Yang terbuka belum tentu buka terus..
Berilmulah sebelum kau beramal wahai sahabat...

#copypaste

Kenapa saya berniqab?

(Gambar :Sumber Google)

Berniqab bukanlah cita-cita saya selama ni kerana saya tak terfikir untuk berniqab kerana saya sendiri pernah berkata dalam hati "oh!tidak mungkin aku berpurdah" ( masya Allah teruknya hati saya kan?)
Saya pun pernah kata dalam hati," ekstrim sangat orang yang berniqab dan berpurdah ni".Astagfirullah kejamnya saya menilai orang.

Saya bercerita semua ini bukan nak tunjuk kelemahan diri tapi nak beritahu sahabat semua yang hati kita ini ALLAH yang pegang.Jika semalam hati kita teruk tapi akan datang kita tak tahu yang Allah boleh ubah hati kita menjadi sebaliknya.(dan saya tak kata hati saya baik sekarang ni cuma Allah nak tunjuk kat saya Allah memang MAHA BESAR...Alhamdulilah Allah tunjukkan pada saya kuasaNYA yang sepatutnya saya sedar selama ini terlalu banyak tanda kekuasaanNYA)

Segalanya bermula selepas saya menghantar anak sulung saya Nur Uzma di Madrasah Annuur sebuah pusat Tahfiz di Muar, Johor. Ramai pelajarnya yang memakai niqab dan purdah serta jubah.Hati saya tertawan dan hati menjadi tenang melihat mereka menawan dalam pakaian sunnah.

Saya tahu Uzma pun pasti akan ikut pakai sebegitu kerana hati Uzma terlalu lembut untuk dilentur kerana tanpa disuruh Uzma sendiri akan berpakaian sebegitu nanti kerana sebelum ini lepas pulang dari Kem Tahfiz anjuran Madrasah Annurr, Uzma mula berniqab.
Jadi, saya fikir sendiri kenapa aku tak ikut sekali Uzma berhijrah ? Kenapa aku nak anak aku berpakaian sempurna sedangkan pakaian aku ibu Uzma pun tak sesempurna mana ? Allahuakbar....rasa malu sangat dengan Allah.

Saya minta terlalu banyak dengan Allah, saya nak anak solehah saya nak anak menjadi hafizah saya nak business laris tapi saya sendiri susah nak ikut perintah Allah iaitu menutup aurat dengan sempurna dan banyak khilaf diri saya dalam menjadi muslimah sejati.
Astagfirullah, apa nak jadi dengan saya ni.......kesian kat suami, emak dan ayah.Mereka menanggung dosa yang saya buat selama ini.

Jadi, setelah saya berbincang dengan suami apa yang patut saya buat saya pun dengan lapang hati nekad untuk berubah menjadi lebih sempurna dalam mengejar Husnul Khotimah.

Saya dengan terujanya mencari info di google tentang adab berniqab, cara-cara berniqab dengan sempurna dan cabaran yang akan saya tempuhi dalam berniqab.( cara makan berniqab saya cari di youtube).

Suami saya adalah penasihat utama saya di mana beliau kata untuk berniqab kena ubah segala penampilan sebelum ini.Kena pakai pakaian yang lebih longgar, tudung labuh menutup punggung, memakai sarung tangan, memakai stokin even berada di pantai dan tak boleh pakai jeans lagi.No no no....

Biar nampak badan besar gedabak takper...asalkan orang lain tak nampak bentuk tubuh saya kerana yang layak menatapnya hanyalah suami saya.Maafkan sayang ayang, kerana selama ini tak menjadi isteri yang solehah.Ampunkan isterimu ini....

So saya pun mula mencari sikit-sikit material yang berkaitan dan yang best rezeki saya murah sebab emak dengan rasa syukurnya menghadiahkan saya banyak tudung dan jubah.Emak terharu dan sebak sebab doa mak  termakbul untuk melihat saya menutup aurat dengan sempurna.

Bila berniqab kelakuan kita sendiri secara automatik akan berubah.Sangat lain perasaan bila berniqab.Kita akan menjadi lebih tertib dari sebelumnya.Saya perasan bila saya keluar dengan suami, suami saya akan lebih caring dari sebelumnya.Alhamdulilah...bila nak makan kena cari tempat lebih tertutup dan bila nak melintas jalan dipimpinnya saya....Allahuakbar...seronok rasa macam baru bercinta pula sedangkan dah beranak lima.

Alhamdulilah saya kini menjadi lebih tenang dan suami saya lagi bertambah tenang dan tenteram sebab tak perlu risau untuk menegur pemakaian saya.Maklumlah saya ni degil dan selalu rasa diri betul...huhuhu

Rezeki pun bertambah murah dan perniagaan lebih lancar dijumpakan dengan customer yang baik dan tak cerewet.Perjalanan ke mana-mana pun Allah permudahkan....ini bukan penyedap cerita tapi saya berhak berkongsi cerita indahnya berniqab kerana berniqab adalah hak semua orang walaupun ianya hanya sunnah.

Selepas berniqab, saya tak hiraukan apa kata orang tentang saya kerana yang penting adalah apa yang Allah janjikan untuk saya jika saya patuh pada perintah Allah.

Semoga Allah tetapkan hati saya untuk terus istiqomah (waktu bekerja saja saya tak dapat berniqab) dan saya harap ada sahabat-sahabat di luar sana mengikut jejak seperti sahabat lain yang terlebih dahulu berniqab.Ingatlah wahai sahabat semua, menutup aurat dengan sempurna adalah tanda kita mensyukuri nikmat yang Allah berikan kepada kita selama ini.

Allah berkata di dalam surah al-A’raaf ayat 26,

"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian menutup aurat kamu serta pakaian perhiasan dan pakaian taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)."


















Thursday, March 12, 2015

Krim untuk ruam bayi


Testimonial fresh dari seorang customer seorang ibu muda yang menggunakan krim Herbal Blend untuk merawat ruam di pipi bayinya.

Alhamdulilah syukur sangat sebab dapat customer yang sangat mudah berurusan dengan beliau dan baik hati kerana tanpa diminta telah memberi testimonialnya.Semoga Allah juga mempermudahkan urusannya dan bertambah rezeki.

Krim Herbal Blend ini memang dari herba dan selamat digunakan untuk bayi.Saya faham jika bayi terkena ruam, bayi akan mudah meradang dan menangis kerana bayi baru berumur 40 hari apalah yang boleh dia buat selain menangis.Jadi, saya syorkan ibu-ibu diluar sana siapkan satu Herbal Blend di rumah kerana selain untuk menghilangkan ruam, Herbal Blend juga bagus untuk menyejukkan badan dan menghilangkan kembung perut.

Anak yang demam boleh disapu keseluruhan badan, in shaa Allah khasiat Herbal Blend krim ini akan kebahkan demam.

Ibu-ibu boleh hubungi saya Noorfadzilah di 018-7944556 untuk mendapatkan krim magic ini.



Tips kurangkan tekanan menguruskan rumahtangga


Pasti ramai yang ingin tahu apakah tips bagi mengurangkan tekanan atau stress menguruskan rumahtangga.Termasuklah diri saya sendiri, saya ibu bekerjaya yang beranak ramai dan masih kecil lagi memang sangat memerlukan tips-tips untuk menguruskan tekanan menguruskan rumahtangga.

Tekanan yang berterusan akan menjejaskan kesihatan dan keharmonian rumah tangga, mesti anak-anak akan menjadi mangsa.Kesian dengan anak-anak, mereka berhak mendapat kasih sayang yang ikhlas bukan keterpaksaan.Jadi, saya telah meminta tips dari seorang rakan yang pakar dalam menguruskan tekanan.



1) Belajar untuk berlapang dada

Pejam mata dan jangan fikirkan segala kekusutan yang memberikan kita tekanan. Lepaskan segala apa yang dipendam tanpa ada satu ingatan pun untuk diingat dan berlapang dada.Tarik nafas dan lepaskan nafas perlahan-lahan.


Tugas menguruskan anak-anak dan suami memang memenatkan terutama bagi ibu-ibu yang bekerjaya, so kita cuba luputkan segala masalah dan anggap itu semua ibadah.

2) Meditasi dan Bernafas

Lakukan penafasan melalui tarikan nafas melalui hidung dan lepaskannya melalui mulut sebanyak 7 kali. Apabila kita melakukan penafasan ini, gas oksigen dapat disalurkan ke otak dan keseluruh anggota badan. Hasilnya segala hormon dalam anggota badan akan lebih bertenang atau relax. Apabila fungsi dalaman badan telah bertenang, halakan fokus kita kepada perkara-perkara yang mententeramkan. 



3) Berolahraga 

Pakar saintis mengatakan bahawa, senaman  mampu membantu mengawal dan meningkatkan tahap perasaan atau mood seseorang. Lebih banyak melakukan aktiviti fizikal seperti berjogging, berjalan kaki atau gimnasium akan menghasilkan mood yang baik. Ini juga salah satu cara untuk mengatasi masalah kemurungan mahupun kelesuan buat semua ibu-ibu.Saya dah cuba! Memang hilang stress.Lepas balik dari latihan dari gym saya masih boleh membuat kerja rumah.

4) Manjakan Diri Sendiri

Apa kata kita luangkan masa sebulan sekali untuk meluangkan masa bagi diri sendiri dibelai dan dimanjakan sama ada di spa atau panggil orang datang mengurut atau berbekam.Lakukanlah rawatan urut untuk mengembalikan tenaga dan kesegaran tubuh agar diri kembali segar.Berbekam untuk mengeluarkan angin dan darah kotor sekaligus kita telah membuat detoks.



5) Makanan Berkhasiat



Pengambilan makanan yang berkhasiat memang sangat diperlukan oleh badan utnuk dapatkan kesihatan yang baik. Jika anda tak mampu menjaga pemakanan seharian anda, boleh ambil supplemen sebagai ganti.Seperti saya, saya ambil vitamin Shaklee untuk cover balik nutrien yang saya tak dapat penuhi dalam makanan seharian saya.

Fungsi makanan dalam kehidupan harian ialah :-

a) Makanan berkarbohidrat tinggi seperti roti gandum/whole grains, nasi, buah-buahan seperti pisang dan ubi dapat membantu memberi tenaga yang mencukupi bagi tubuh dan otak.(Saya jarang ambil nasi jadi saya ambil Cinch Tea Mix untuk tenaga berpanjangan)

b) Pengambilan kalsium dapat mengurangkan kerisauan dan tekanan bagi sesetengah kajian di luar negara. Kita boleh dapati kandungan kalsium ini samada pada susu, sayuran ataupun soya.(Saya jarang minum susu kerana agak mahal susu yang kurang lemak jadi saya ambil Ostematrix 4 biji sehari sebelum tidur untuk bangun pagi dengan mudah walaupun saya kurang tidur)


c) Omega-3 yang banyak terdapat pada ikan dapat membantu mengekalkan tahap hormon tekanan kita di paras yang terkawal. Selain ikan, zat ini juga boleh didapati pada kekacang ataupun bijirin.(Saya memang hari-hari ambil Omega Guard Shaklee untuk membakar lemak, mengurangkan selera makan dan menjaga jantung)

Semoga tips-tips di atas bermanfaat untuk semua ibu-ibu terutama ibu yang bekerjaya.

Tuesday, March 10, 2015

ESP yang istimewa



"Istimewanya soya ESP ditanam secara organik dan dari baka yang tidak diubah genetiknya (non-GMO). 

"1 tin ESP 850 gm dihasilkan dari 30 kg soya berkualiti tinggi."

 "Setiap satu hidangan ESP adalah sama khasiatnya dengan 2 x ganda daging, 4 x ganda telur & 12 x ganda susu. "

Tips mudah bangun bertahajud



Ramai di antara kita yang selalu niat nak bangun awal pagi untuk melakukan tahajud, tapi selalunya terbabas hingga ke subuh baru sedar.Jadi untuk merealisasikan niat kita untuk bertahajud, jom kita tengok tips untuk mudah bangun untuk bertahajud.

1. Melakukan Qailulah Sebelum Zohor - tidur sekejap sebelum waktu zuhur.Cuba sempatkan masa rehat tengahari dengan tidur sebentar walau hanya 15 minit.kemudian bolehlah bangun untuk makan tengahari.

2. Tidur Awal - setkan dalam kepala untuk tidur awal seawal pukul 9 malam....kalau rasa terlalu awal mungkin boleh tidur selewat-lewatnya pukul 11 malam .

3. Niat Nak Bangun Tahajjud - bila kita berazam dan bertawakal kepada Allah, in shaa Allah akan dipermudahkan.

4. Kunci Jam Loceng - kalau kita kurang yakin boleh bangun dengan sendirinya perlu untuk kita set alarm.
  Tapi, jangan dah dengar bunyi alarm terus tutup dan tidur balik.Kenalah terus bangkit dan mandi untuk segarkan badan.

5. Amalkan Adab Tidur - amalkan berwudhuk dan membaca Surah As Sajdah dan Al-Mulk.
Kemudian membaca Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x dan Allahu Akbar 34x. Kemudian membaca 3 Qul (al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas) lalu ditiupkan ke tapak tangan dan disapukan ke seluruh badan. Kemudian tidur mengiring rusuk kanan ke bawah. InsyaAllah, mudah je nak bangun berbanding kalau tidur terlentang.

Semoga perkongsian ini dapat memberi kemudahan untuk kita sama-sama bertahajud.