Friday, November 7, 2014

HUKUM TARIKAN /LOA (Law of Attraction ) part 2


sambungan......

11. Setiap manusia akan mempunyai banyak tenaga: ini bergantung kepada jenis tenaga yg mereka tarik, bergantung pada jenis gelombang yg mereka keluarkan.


12. Bagaimana kita ingin pastikan gelombang jenis apa yg kita keluarkan?

Apa jua yang kita fikirkan, yang membuatkan kita rasa gembira, bersemangat, selesa, tenang dan aman, (feeling good) bermakna kita sedang mengeluarkan gelombang positif.Begitulah sebaliknya.

13. Apa yang berlaku pada diri kita dgn kehadiran tenaga-tenaga ini?

Tenaga yg ditarik adalah tenaga yang sama getaran/vibration dgn gelombang pemikiran kita , seperti:

a. (berfikir ) bersyukur kerana mendapat sesuatu pemberian
(tenaga yang ditarik) Tenaga-tenaga yang membawa perkara-perkara yg membuatkan kita akan bersyukur lagi. Maksudnya banyak lagi pemberian yang kita akan terima yg membuatkan kita berpeluang untuk bersyukur lagi.

b. (berfikir) yang kita sihat, sedang dalam proses sembuh
(jenis tenaga) Tenaga dalam bentuk kesihatan dan perkara2 yg membawa pada kesembuhan/ jalan untuk sembuh dll.

c. (berfikir) rezeki itu berlimpahan, mudah didapati, sentiasa dipermudahkan.
(jenis tenaga) tenaga yang membawa kita kepada kewangan, jalan keluar untuk rezeki dll yang berkaitan dgn rezeki.

d. (berfikir) perkara yang tidak disukai, menyedihkan, perkara negatif
(jenis tenaga) Tenaga berbentuk perkara-perkara yg membuatkan kita sedih, kecewa dll.

e. (berfikir) Mengeluh dan merungut tentang sesuatu
(jenis tenaga) Tenaga yang membuatkan banyak lagi perkara berlaku untuk kita rungutkan dan keluhkan.

f. (berfikir) Tentang orang2 dan sifat orang2 yg tidak disukai, ingin dihindari, benci dll
(tenaga) Tenaga yang menyebabkan jumlah org2 yg memiliki sikap dan perangai yg kita tidak suka itu semakin banyak berada didalam realiti kehidupan kita.

(berfikir bermaksud: memberi tumpuan dan fokus, membuat satu andaian dan tanggapan yang kita percaya benar / perception/ affirmation – yg mana semua ini terbentuk didalam jiwa / minda separa sedar kita hasil dari cara dibesarkan, pengalaman2 silam, pengalaman2 orang lain yg kita adaptasi dan percayai dan lain-lain didalam proses kita membesar)


No comments:

Post a Comment