Thursday, August 20, 2015

Selamat Hari Lahir Anakku Kaiyisah


Setiap bulan sejak tahun lepas dia akan menghitung hari untuk sampai ke tarikh ulangtahun kelahirannya, dialah budak bertuah yang comel Kaiyisah Hanis Safiya namanya.

Sampai lagi beberapa hari nak sampai ke tarikh 20hb, saya menyakat dia yang tarikh 20hb tu tak wujud untuk tahun ini. Terus airmatanya bergenang, saya pula terus gelakkan dia. ( kelakar dan kesian pun ada bila tengok mimik wajah dia...heheheh nasiblah dapat ibu nakal macam saya ni ).
Lurus betul Kaiyisah, dia betul-betul percaya yang tarikh 20hb tu tiada dalam kalendar tahun ni.

Saya biarkan dia bersedih sampai keesokkannya, ayahnya tanya nak makan apa hari ni? Hari ni kan birthday Kaiyisah, dia terus menjerit kat saya..."ibu ni, memang tau . Tak baik buat Kaiyisah.Kaiyisah ingat memang betul-betul takde birthday Kaiyisah."

Alhamdulilah, hari lahir Kaiyisah berlalu dengan cerianya. Anak bertuah tu gembira sebab dapat makan makanan kegemarannya walaupun jauh di sudut hati kami rasa sayu juga sebab akak Uzma tak dapat join sekali celebrate bersama-sama.

"Selamat hari lahir Kaiyisah yang ke tujuh tahun, semoga menjadi anak yang solehah, alimah dan hafizah. Allah sayang kamu Nomel! "






Sunday, August 2, 2015

Ciri-ciri anak sulung

Ciri-ciri anak sulung

Assalammualaikum wbt dan salam kasih sayang semua.....

Entah kenapa tiba-tiba saya nak google ciri-ciri anak sulung ni. Ada tak persamaan dengan diri saya ni, bila jumpa gambar di atas tu terus tersenyum sendiri....hehehhehe

No.1 - keras kepala tapi care.....ada betul sikit kot tapi bab care tu memang ada cuma cara saya "care" kat orang, orang tak nampak.

No.2 - bab marah ni memang betul.....memang saya akui saya garang tapi ramai yang tak percaya sebab hanya yang rapat dengan saya je yang tahu betapa garangnya saya.

No.3 - sensitif atau erti kata lain hati tisu....memang saya akui...sangat sensitif ...sensitif pada kata-kata dan perbuatan orang.Kadang-kadang ada orang tu cakap tak terniat pun nak marah saya dia marah orang lain tapi saya ingat dia marah saya. Tapi sekarang saya dah cuba sikit-sikit untuk tidak terlalu sensitif.

No.4 - Selalu ingat kawan lama....ingatan tu memang sentiasa ada pada kawan lama terutama yang baik dengan saya. Kalau kawan lama yang pernah menyakitkan hati memang saya tak nak ingat buat sakit hati je buat apa kan?

No.5 - Kaki Shopping - Kalau ada duit kat tangan memang sekejap boleh habis bila saya bershopping, tapi sejak dah ada family ni saya memang tahan je niat nak bershopping ni. Saya banyak minta suami shopping kan barang saya...hehehhe...ngelat kan?

No.6 - Suka menolong orang bila orang minta tolong.....ini adalah kelebihan orang sensitif kot sebab dia tak boleh tengok orang lain susah so dia mesti nak tolong. Saya suka bayangkan kalau aku susah nanti harap2 ada yang sudi menolong......alhamdulilah betul janji Allah. What you give, you get back .

No.7 - ini memang tak faham lansung...abaikan je...hehehhe

No.8 - rajin, ramah dan penyayang.......rajin sebab mak dan ayah dah latih dari kecik untuk rajin. Ramah ni memang ikut mood, kalau rasa nak tegur saya tegur kalau tak saya senyum je. Penyayang sebab sifat seorang kakak dan seorang ibu ada dalam diri kot. Saya pun sayang kat kucing saya walaupun dia suka buang bahan kumbahannya di depan rumah.

Mungkin ada lagi ciri-ciri yang ada pada anak sulung yang tak tertera kat gambar tu, salah satunya sifat sebagai pelindung. Tak kira lelaki atau perempuan, anak sulung pasti akan protect adik-adik dan juga ibu ayah mereka.

Saya bersyukur kerana dilahirkan sebagai anak sulung walaupun tanggungjawab agak besar dan berat tapi its okay...adventure sikit barulah ada challenge dalam hidup. ;)

Senyum dari mata.....

Saturday, August 1, 2015

Bangkit dari kegagalan

Pengedar Shaklee

Kegagalan pasti pernah menjengah kehidupan seseorang termasuklah saya. Kegagalan mengajar erti kesabaran dan kewarasan dalam menanganinya.

Ada yang mengambil masa sangat lama untuk bangkit kembali dan ada yang sekejap dah bangun semula untuk mencuba.Apapun bentuk kegagalan itu kita kena kuat dan tabah mengharunginya. Usah biarkan kekecewaan buat kita terus tenggelam. Renung kembali apa yang telah kita buat dan perbaikinya untuk cipta kejayaan.

In shaa Allah, teruskan berdoa dan berusaha dengan bijaknya. Semoga kejayaan akan menjadi milik kita. Aamin.