Thursday, November 27, 2014

Bila suami baca blog si isteri

Malu rasanyer bila kekanda saya baca blog saya.Tak sangka rupanya bila encik suami  sempat membacanya.

Bukan apa, selama ni saya ingat suami tak sempat nak baca blog saya almaklumlah kesibukan kerja.So, sedaplah saya cerita macam-macam kat blog.

Sekali bila dengar encik suami ulang balik ayat dalam blog, terkejut saya. 
Dalam hati saya berkata....." Macam pernah ku dengar ayat ni...tapi kat mana erk......"
Rupa-rupanya ayat dalam blog saya.Waduuhhh.....malu nyer....rasa suka pun ada.

Tak sangka betul!

Buat suami, terima kasih sudi membaca ya...jemputlah datang lagi ke blog isterimu yang sempoi ni.Bertambah semangat nak update blog, ni kira satu MOTIVASI jugak untuk terus update blog dan karang molek-molek.

Dear kanda MOZA...sila tinggalkan komen jika ada yang nak dikomen kerana ku tahu komen mu sangatlah jujur.....hehehhehe

Thank you ayang!

Monday, November 24, 2014

Reda MIGRAIN dengan Ostematrix

Malam tadi terkena gerimis, tak lama lepas tu kepala sebelah kiri berdenyut-denyut.Sepanjang training malam tadi memang layankan saja sakit kepala tu.Cuba buat tak tahu je sebab nak fokus pada training nanti terbantut pula.

Habis je training terus berdezup balik selalu habis training pukul 10 malam tu masih boleh sambung main mesin gym.Tapi sebab fikir balik nak masak nak basuh baju lagi better i got to go laaaaa.

Sampai rumah terus makan Ostematrix 4 biji....selalu makan sebelum tidur tapi sebab nak cepat redakan migrain ni kenalah makan dulu.

Alhamdulilah lepas setengah jam tu dah hilang rasa berdenyut-denyut tu terus boleh sambung buat kerja rumah dan tidur pukul 1 pagi.Pukul 5.50 pagi dah bangun semula dengan rasa segar dan tak sakit badan .

Sepatutnya kalau dah bersenam sakan mesti esok pagi sakit badan kan? Tapi ...alhamdulilah berkat makan Ostematrix (bukan sekadar kalsium) dan Omega Guard 3 biji sebelum tidur badan jadi sedap.

Alhamdulilah....sebab itu perlunya makan supplemen.Usah sombong katakan tidak pada supplemen ya...
Allah dah kurniakan anugerah ini buat hamba-hambaNYA so kita gunakalah sebaiknya.




Testimonial NutriWhite

Sungguh tak sangka bila saya dapat testimonial dari kenalan baru yang pernah beli set kecantikan luaran NutriWhite 6 bulan yang lepas.

Sebenarnya dia rasa TERUJA dan seronok baca tentang produk NutriWhite dari blog saya di mana saya ada mention produk ini adalah ORGANIK DAN DERMATOLOGY TESTED.Kawan-kawan boleh refer di sini ye NutriWhite.

Nak tahu kenapa? Dia kata produk yang macam  ni lah dia cari-cari sebab lebih SELAMAT so tak perlu risau tentang kesan buruk.Bermodalkan RM500++ dia pejam mata beli dengan saya walaupun saya masih baru seminggu pakai NutriWhite ni.....dia nekad sebab dia yakin pasti berbaloi2.

Alhamdulilah, biar kalah masa membeli dulu tapi sekarang dia menang memakai sebab dia dah tak perlu keluar rumah menggunakan makeup.Cuma lipstick dah memadai untuk serikan wajah.Produk pun masih ada lagi memang MENJIMATKAN.

Ramai kawan-kawan sekerja tegur muka nampak lebih cerah dan bersih.Ada juga rakan-rakan beliau yang tanya tapi itulah bila dengar harga terus senyap.....biasalah manusia kan...nak yang murah je kann....
Pada saya, murah kalau tak selamat buat aper....muka ni nak pakai lama kan? Saya pun dulu macam tu jugak tapi bila dah SEDAR dari lamunan ngeri saya bertukar kepada yang lebih ALAMI.

Anggap je skincare produk ni sebagai reward untuk diri sendiri.Kalau tak mampu beli selepuk, kumpul duit sikit2.

Bagi yang berminat untuk dapatkan produk yang awesome ni boleh hubungi saya Noorfadzilah di 018-7944556.


Thursday, November 20, 2014

Jangan biar suami curang


Minggu ni hot cerita tentang pengakuan seorang suami yang berlaku curang dengan janda. Ramai yang bagi respon hangat membara dek kerana emosi.

Siapa yang tak marah kan bila suami curang alasannya kerana isteri busuk dan tak menarik lagi.Kesiannnnn ! Bukan pada isteri tapi pada sang suami.Nampak sangat tiada ciri-ciri kepimpinan dan keislaman dalam diri (wah...dah emosi ni...heheheh).

Kalau betul-betul suami tu nikah kerana Allah tentu suami akan cakap lembut-lembut dengan isteri berbincang tentang perkara yang tidak disenangi.Bukannya mengalihkan pandangan pada perempuan lain yang lebih cantik dan mantap.Cepat benar salahkan isteri tak tahu isteri tu berkorban masa untuk diri sendiri demi rumahtangga  dan anak-anak.Sedap-sedap je dia buat maksiat dengan perempuan lain.

Jadi, wahai isteri-isteri semua......jangan biarkan suami anda curang.

Tapi bagaimana? 

Ini ada sedikit tips yang saya dapat dari hasil perkongsian tips seorang "kakak" yang banyak pengalaman.Jom kita hayati bersama.....  

1.Berdoa adalah perkara utama kerana kita ni hamba kerdil yang nafasnya adalah milik Allah. Jadi mohonlah kepada Allah agar hati suami ditetapkan hanya pada kita seorang.Amalkan setiap kali sujud terakhir, maknanya kita mohon sungguh-sungguh.

2.Jaga penampilan diri agar kelihatan sama seperti sebelum bernikah dulu sebab kerana penampilan yang dulu itulah yang membuat suami jatuh cinta sampai nak bernikah kan?

Kalau body dah kembang sana sini tak seperti masa mula-mula kenal dulu, cepat-cepat ikhtiar untuk bagi slim balik atau solidkan balik badan bagi suami kita respect kat kita.

Tapiiii...kalau masa nikah dulu badan dah memang "comel" takperla....memang itu taste suami, hanya perlu maintain cantik dan bersih.No berkemban-kemban dalam rumah ya, pakai molek-molek dan solek bagi manis mata suami memandang.

Ada setengah isteri tu macam tak kisah dengan penampilan diri, sebab pada dia.... ala suami aku sayang aku tak kira gemuk ke kurus, comot ke ayu ke.

Okay, fine.Cuma satu nak cakap kalau dah terhantuk baru lah terasa sakit.Fikir-fikirlah.

3.Cantik luar dalam seperti bersihkan wajah dari jerawat dan tompok-tompok yang mencomotkan wajah serta mengetatkan balik kewanitaan kita.Banyak pilihan produk untuk diamalkan tak kiralah cara moden atau petua orang tua.Bila muka bersih pasti nampak lebih muda dari usia, suami mesti suka dan bangga.Siapa yang tak suka bila cium pipi istri yang halus mulus kan? Cuba kita letakkan diri sebagai suami, agak2 selera tak nak cium isteri yang berwajah comot? Tepuk dada tanyalah hati.....

4. Manjakan suami sehingga suami hari-hari ingatkan kita hingga rasa tak sabar nak balik rumah nak jumpa kita.Hingga satu masa akan terasa kehilangan kalau anda tiada walau hanya sehari je.

* Masakkan makanan kegemarannya
* Buat air yang disukai tanpa diminta
* Siapkan air mandian yang suam kalau cuaca sejuk
* Buat facial ke (ini kena ilmu sikit tapi carilah kat internet  cara buat facial di rumah)
* Suapkan makan sambil gurau-gurau manja
* Buat nota-nota kecil yang berunsurkan lawak 18sx (lelaki suka bab2 mcm ni)
* Sebelum tidur urut kaki dan badan sebab penat bekerja

5.Sokong suami dalam apa jua kegemarannya.Kalau boleh ambil bahagian sekali tentu suami suka sebab ada yang support dia.Tapi tengok keadaan juga contohnya.... kalau anak masih kecil nak ikut pergi memancing siapa pulak nak jaga anak kan....

Jika suami nak pergi dengan kawan-kawan biarkanlah....lelaki ni semakin kita sekat semakinlah suami nekad.Biar main tarik-tarik tali.Selalunya suami akan berterima kasih kalau kita bagi ruang untuk dia dan kawan-kawan.

Harapan saya, sama-samalah kita amalkan agar usaha hebat kita ini akan membuatkan suami tetap kasih dan sayang kan kita.

Aamin.





Monday, November 17, 2014

Kenapa perlu senyum ?

Hari ini saya suka cerita tentang KENAPA.....tadi kenapa perlu ambil vitamin C kali ini kenapa perlu senyum. 


Bukan apa, saya agak pelik melihat sesetengah orang yang suka masamkan muka.Tengok macam baby di atas tu, molek je dia senyum kita pun terikut  senyum sama sampai geram nak gomol-gomol je baby ni.


1.Dapat hilangkan stress.
Kadang kala kita rasa penat, sedih. Kalau kita senyum, kita dapat mengurangkan tekanan tersebut.


2. Meningkatkan sistem imunisasi badan.
Mengikut kajian, senyuman boleh hilangkan batuk dan selsema. Betul ke? Kalau macam ni, tak payah la pergi jumpa Doktor selalu. Senyum saja.

3. Menurunkan tekanan darah.


Tekanan darah lebih rendah apabila kita senyum. Tekanan darah kita berbeza sewaktu kita senyum dan tidak senyum. 

4. Awet muda.
Ini memang tidak dapat dinafikan kerana apabila kita senyum, otot-otot muka juga akan bergerak. Kalau nak awet muda (terutamanya perempuan), senyumlah selalu. Tapi awas! Nanti ada pula yang terperasan.

5. Wajah berseri
Senyuman adalah perhiasan batin yang dapat mengindah dan menyerlahkan perhiasan zahir yang sempurna.



6. Senyum adalah ubat.
Ibarat hormon endorfin yang dapat menghilangkan rasa sakit.

7. Mengubah perasaan.
Jika anda terasa sakit, cubalah untuk tersenyum. Tapi awas pada mereka baru buat pembedahan di perut. Senyum sikit tiada masalah cuma jangan ketawa kerana dikhuatiri terputus benang terbuka jahitan.

8. Riang.
Suasana akan jadi riang dan orang sekeliling juga akan turut tersenyum.

9. Kelihatan sukses.
Akan terasa diri lebih berkeyakinan. Terutamanya ketika bertemu pelanggan atau menghadiri temuduga.

10. Berfikiran positif.
Mungkin sukar bagi kita untuk senyum ketika memikirkan perkara buruk. Jika kita senyum, tubuh akan terima isyarat bahawa 'hidup lebih baik'.

11. Menarik
Orang yang banyak senyum miliki daya penarik dan membuatkan orang sekeliling berasa senang. Contohnya jika kita ingin bertanyakan sesuatu pada seseorang, beranikah kita bertanya jika wajah orang tersebut masam mencuka? Jika terpaksa, apa boleh buat. Mungkin dengan senyuman kita, akan membuat si dia tersenyum sama.

12. Sedekah
Senyuman itu satu sedekah. Senyumlah selalu kerana ia tidak akan pernah merugikan kamu!!! Ia bukan sahaja menceriakandiri kita, bahkan orang yang berada di sekeliling kita.  

13. Tidak Sombong
Percaya atau tidak, kalau kita tersenyum membuatkan orang rasa kita tidak sombong dan mesra alam. Orang pun suka nak berkawan dengan kita. Cuba kalau kita sentiasa masam muka, mesti ada pra-sangka negatif orang terhadap diri kita kan? Nak tegur pun rasa takut.




Kenapa perlu ambil Vitamin C ?

Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. 

Benarkah begitu ? 

1.Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia

Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Jom tengok gambar di bawah apakah kesan jika kehilangan kolagen ini.



Sebab itulah jika kita lihat pengamal vitamin C ini kita nampak kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

2.Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak

Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

3.Detoksifikasi. 
Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. 

Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

4.Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). 

Mengikut doktor Bruce Miller, " The more you stress the more you need vitamin C ". 

Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

5. Menggalakkan penyembuhan.
Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.



ANTARA KESAN-KESAN PENGURANGAN VITAMIN C

Mudah mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. 

KESIMPULAN
Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. 

Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran 5 kali sehari. 

Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. 

Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. 

Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.

Apa tunggu lagi ??? Saya dah sedar akan khasiatnya, jadi anda bila lagi ? 



INGAT : Seperti rezeki, kecantikan juga tak akan datang bergolek jika tiada usaha ! 

Sunday, November 16, 2014

Adab ketika menjual

Assalammualaikum dan salam ukhwah semua,

Tadi saya dah post entry adab sebagai pembeli, sekarang saya nak share sikit adab-adab sebagai penjual.Ini sebagai panduan buat diri saya juga sebab saya berniaga online dan offline walaupun secara part time adab mesti full time ye.Selagi nyawa dikandung badan adab sopan adalah melambangkan akhlak seseorang.

1. Jujur
Ciri yang paling PENTING  adalah  peniaga atau sebuah perniagaan tidak akan menipu para pelanggan mereka. Mereka bercakap apa yang benar dan menyatakan kekurangan barangan jika ada, sebaliknya tidak menyembunyikannya.

Peniaga yang jujur juga menjual barangan yang baik-baik sahaja dan tidak menjual sesuatu yang sudah rosak atau sudah tidak boleh dipakai lagi tanpa pengetahuan pembeli. 

Umpama menjual buah, mereka sama-sekali tidak mencampur-adukkan dengan buah-buah yang buruk bersama dengan yang baik.



Bagi peniaga online pula, jangan post gambar lain tapi customer dapat kualiti berlainan dari dalam gambar.Tak baik macam tu dan pasti customer tak akan order lagi dengan anda.

2. Tidak mementingkan diri sendiri
Sebuah perniagaan yang baik bukan hanya mahu keuntungan semata-mata. Hakikatnya berniaga adalah salah satu cabang usaha yang mulia kerana ia memenuhi kehendak dan keperluan manusia. 

Tidaklah bermakna tidak perlu untung jika beretika, tetapi selain mendapat keuntungan, para pelanggan juga mendapat manfaat yang baik daripada barang yang dijual tersebut.kessimpulannya, agak-agak nak amik untung ya.Elok-elok berniaga itu sunnah dah jadi haram pula.

3. Menjual barang yang halal sahaja

Di dalam Islam, salah satu aspek yang diutamakan ialah barangan yang bermanfaat, bersih atau dalam bahasa yang mudah, bukan sesuatu yang membahayakan.Terutama yang jual makanan, jagalah kebersihan anda ketika memasak dan menyediakan makanan.Jangan ingat customer tak nampak so boleh  cincai sakan masa memasak.Allah Maha Melihat ya.

4.Lemah-lembut dan tidak sombong
Kita perlu ingat satu perkataan "Customer Always Right " dalam situasi apa pun kita kena redha dengan karenah pelanggan.Sebab apa? pelanggan ini Allah gerakkan hati dia untuk beli atau order barang dengan kita ada yang berniat nak support business kita.

Kalau ada kesilapan dari pihak pelanggan jangan mudah nak marah ,jangan mudah nak sentap apatahlagi untuk tinggikan suara.
Memang silap besar bila kita tinggikan suara dengan mereka sampai mereka akan terasa hati dan SERIK untuk berurusan dengan kita.Jadi, jangan salahkan rezeki kita mahal jika kita sendiri kurang adabnya.
Sibuk dan penat bagaimanapun cuba kawal diri dan emosi jangan ikut sedap hati je.Last-last siapa yang rugi? Tentulah kita.

Yang paling teruk bila ada bersikap mendabik dada, SOMBONG tahap dewa bila pelanggan yang selalu beli tiba-tiba senyap dan dia bercakap dalam hati "Tak matilah aku  kalau dia tak beli barang aku".
Nauzubillahiminzalik ...jauhkanlah saya dari perangai begini.

5.Pemaaf
Maafkan pembeli kalau mereka mungkir janji atau membuat kamu sakit hati atas kata-kata mereka yang komplen tentang barangan kamu.Anggaplah itu satu pengajaran dan peringatan kita di masa akan datang.Ingat, orang yang memafkan itu lebih mulia disisiNYA.


Adab ketika membeli

Assalammualaikum wbt dan salam kasih sayang semua,

Untuk peniaga dan pembeli semua, terdapat adab-adab yang perlu kita semua jaga bagi memastikan suasana "win-win" dapat dicapai.Perkataan yang mudah di faham adalah dua-dua pihak mendapat perkhidmatan dan kepuasan.

Taknaklah ada istilah sakit hati walau dapat perkhidmatan tapi hati kat dalam sakit dan tersentap.Pasti business tu takkan berkembang mana pun kalau tiada adab-adab yang perlu dipatuhi.

Buat pembeli, apa yang kita PERLU buat bagi menjaga adab sebagai pembeli.

1.  JANGAN BERI HARAPAN PALSU
Sebelum beli, tak perlu terus confirm dengan peniaga kalau rasa masih belum pasti nak beli ke tak.Beritahu peniaga saya nak survey harga dulu dan tengok bajet, jangan cakap...okay nanti hujung bulan saya akan beli tapi sampai masa diam je tak bagitau kat peniaga samada jadi ke tidak.Bila peniaga contact balik jadi ke tidak beli, terus senyap silap-silap terus unfriend pulak kalau kat FB la.Nanti kalau nak beli balik dah termalu pulakkan, so berhati-hati jangan beri harapan kat peniaga.

2. TEPATI JANJI
Selepas dah order, dah confirm kata nak bayar, terus la bayar. Jika rasa tak sempat nak buat payment pada waktu yang dijanjikan tu, inform peniaga.Selalunya peniaga akan faham tapi kena tengok juga syarat-syarat peniaga di mana mungkin dia akan tetapkan hanya 48 jam untuk menunggu anda.


3.MINTA MAAF KALAU  BATALKAN ORDER 
Jika tak jadi beli, perlu untuk kita minta maaf.Terutamanya kalau dah tanya macam-macam soalan.ini adab yang paling penting dan utama dalam urusan jual beli, peniaga pun manusia yang ada perasaan.Jangan diamkan saja, be gentle okay.


4.CEREWET ? JAUHKAN PERANGAI NI.
Cerewet itu boleh tapi jangan melampau sangat.Sampaikan saiz diameter butang pun nak tau berapa.Tanya setakat yang perlu.Dari elok2 peniaga nak lain baik-baik dah jadi tak ikhlas nanti.


5.SABAR
Jika ada peniaga yang buat hal contohnya mungkir janji hantar barang lewat ke atau salah hantar barang.Bersabar jangan cepat mudah naik darah.Cakap dan tanya elok-elok jangan guna CAPS LOCK pulak.Mungkin ada peniaga yang benar-benar ada masalah dia sendiri dan kalau betul peniaga itu tipu wajiblah buat aduan kepada pihak yang betul.

Semoga panduan ini mengingatkan kita dalam mengekalkan adab-adab dalam membeli.



Diet dan nutrisi buat kanak-kanak

Sejak mempunyai anak sendiri memang kita akan lebih banyak explore untuk mencari maklumat bagi menyediakan diet dan nutrisi yang cukup buat anak tercinta.

Menyediakan diet dan nutrisi untuk kanak-kanak adalah cabaran buat kita sebagai ibu bapa.Ini kerana kanak-kanak hari ini terdedah kepada pelbagai makanan "fast food" tidak seperti kita yang membesar pada era 80an.

Pihak pengiklanan memainkan peranan yang hebat dalam menawan hati kanak-kanak untuk mencuba makanan "fast food" yang nampak enak dan menyelerakan.

Kombinasi warna, ilustrasi serta pilihan karektor kartun kegemaran menjadi pilihan pengiklan makanan ini. Kebanyakkan makanan yang diiklankan ini mengandungi kandungan gula dan garam yang berlebihan.

Jenis-jenis Makanan Utama:

1.Karbohidrat      
Karbohidrat merupakan keperluan utama bagi kanak-kanak. Kebiasaannya kanak-kanak mendapat bekalan karbohidrat melalui gula-gula, jus buah-buahan, makanan yang diproses dan juga makanan ringan.

Pilihan Karbohidrat yang baik ialah buah-buahan, sayuran, roti, bijirin gandum penuh dan lain-lain lagi. 




2.Protein
Protien adalah penting kepada kanak-kanak. Namun protien perlu diberi dengan kadar sederhana agar tidak membebankan buah pinggang mereka. 

Sumber protien yang baik adalah seperti telur, susu, ayam, keju, ikan, daging dan sebagainya.



3.Lemak
Lemak adalah komponen terpenting dalam diet mereka. Masalah hanya akan timbul jika pengambilan makanan berlemak yang tinggi nilai kalorinya.

Lemak yang baik untuk membantu pertumbuhan kanak-kanak boleh didapati melalui Omega-3 ( tuna, sardin, salmon, kacang) dan Omega-6 (Jagung, avokado, badam).   
Pengedar Shaklee


Pengurangan berat badan dikalangan kanak-kanak

Kanak-kanak yang mempunyai berat badan yang berlebihan tidak sepatutnya menjalani pengawalan pemakanan yang terlalu ketat. 


Apa saja langkah yang diambil perlu melibatkan keseluruhan ahli keluarga. Hal ini adalah perlu bagi menjaga emosi kanak-kanak terbabit disamping memberi motvasi untuk kanak-kanak ini lebih berdisiplin. 

Carta dibawah ini memberi sedikit gambaran untuk kita  mengenali keperluan harian mereka.





Pengedar Shaklee Pasir Gudang

Sedikit panduan asas sebagai perkongsian bersama :-

1.Elakkan kanak-kanak mengambil makanan segera seperti makanan dingin beku ·  

2.Jangan jadikan makanan segera sebagai atau makanan ringan sebagai ganjaran untuk kanak-kanak melakukan sesuatu ·    

3.Sediakan buah-buahan sebagai makanan ringan dirumah bagi mengelakkan mereka memilih makanan yang tidak berkhasiat.


Cadangan Plan Pemakanan Sihat Untuk Kanak-Kanak: 

Pagi
* Secawan Cornflakess, kismis, badam & susu 

Tengahari 
* Nasi, ayam & sayuran 

Malam
*Roti Pita, fillet ikan dan sayuran untuk memastikan kanak-kanak mendapat keperluan makanan yang secukupnya, kita boleh sediakan ‘snack’ berkhasiat untuk mereka nikmati seperti buah, susu dan badam sesuai untuk mereka nikmati. 

Boleh juga merujuk lukisan piramid seperti di bawah untuk pembahagian zat mengikut keperluan kanak-kanak untuk membesar dengan sihat.
Pengedar Shaklee


Testimonial Dish Wash - Jimat dan lembutkan tangan

Hasil pencarian testimonial Dish Wash , dapatlah beberapa testimonial Dish Wash yang ingin saya kongsikan buat tatapan kawan-kawan semua .
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
Dish Wash(473ml)


Pengalaman 1 : 

Huhuhu semalam wife saya baru try Dish Wash Concentrate iaitu pencuci pinggan mangkuk Shaklee.

katanya..bestla pencuci ni banyak buih bau pun segar je pakai 2 titik boleh cuci satu singki pinggan mangkuk.

Joy dan lain2 pun kalah..hehehe..

memang best sebotol boleh tahan sampai setahun..

So untuk suri rumah saya sangat mengesyorkan utk anda milikinya..

Tengok dlm gambar customer beli 9/5/14 sampai sekarang banyak lagi..

Pengalaman 2 : 

Puan X : baru dua hari menggunakan Dish Wash, kerja-kerja mencuci tidaklah berbeza sangat. 
Tapi, hasil selepas cucian tu sangat best. Tangan Puan X tidak lagi kering selepas mencuci pinggan. Sebelum ni, beliau adalah pengguna setia jenama Sun***** sejak kecil lagi. 
Dish Wash Shaklee sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering dan sensitif. 
Dan yang paling best, kita hanya perlu gunakan beberapa titik sahaja untuk membersihkan pinggan mangkuk selepas makan malam :-)

Pengalaman 3 : 

Puan Puteri Yusof
Saya excited sangat nak SHARE pasal weekend lepas baru start guna. Paling best guna untuk basuh botol anak- anak yang berminyak2 dengan breastmilk & formula tu
Saya guna setitik dan rendam botol2 dengan sebesen air. Lepas tu cuci macam biasa. 
Tak payah teruk sgt nak berus, hilang lekit dan minyak. Jimat pulak tu. Dan paling best ianya diperbuat dari kelapa dan jagung. So sangat selamat!

Jangan lupa baca, kelebihan menggunakan Shaklee Dish Wash ni ye :-)

Sumber :-http://vitamineshoppe.blogspot.com/2014/09/shaklee-dish-wash-review-apa-yang-bagus.html

Friday, November 14, 2014

Suamiku juga pemancing


Memancing menjadi hobi suami saya bermula pada tahun 2008 selepas 6 tahun mendirikan rumahtangga.
Mula-mula macam tak boleh terima  bila suami kata nak pergi memancing.Sebab saya akan ditinggalkan dengan anak-anak di rumah.Sedangkan saya takde aktiviti yang saya boleh buat di luar, ayat cemburu kan di situ sebenarnya.

Tapi lama-lama seronok bila tengok suami balik bawa hasil, teruja sangat kami anak beranak.Bila suami tak pergi memancing nanti saya yang akan tanya bila nak pergi mancing lagi.Suami senyum je sebab suami tak perlu nak fikir ayat apa yang sesuai untuk pujuk saya lepaskan suami pergi mancing...hehehehhe (nampak macam Queen Control kannn)

Ikan yang paling saya suka ialah ikan tebal pipi (mentang-mentang pipi bulat nak jugak suka ikan tebal pipi).
Kalau dapat ikan lain pun saya suka juga yang penting suami selamat kembali ke rumah dari memancing.

Kadang-kadang suami "rentung" juga takde bawak balik hasil, saya okay je tak marah pun sebab redha dengan rezeki Allah.Saya tahu suami mesti risau kalau balik takde ikan untuk disantap takut saya fikir suami pergi tempat lain.

Biasalah selalu pemancing ni ada dikaitkan dengan mancing benda lain selain ikan.Kita sebagai isteri ni tak boleh fikir bukan-bukan nanti jadi doa, so saya rasa lebih baik buang jauh-jauh sangkaan negatif tu.

Saya berharap suatu hari nanti bila anak-anak dah besar, bolehlah saya ikut suami memancing.Saya pun teringin juga nak memancing sebab masa kecik-kecik saya pun suka memancing.Maklumlah rumah saya bawahnya air laut, jadi geram lah tengok ikan ada kat bawah rumah.

Memancing ni sebenarnya salah satu aktiviti yang menguji kesabaran.Bagus tau! Dan boleh membakar kalori juga sebab kena berdiri lama...bangun dan duduk berkali-kali dan perlu banyak tenaga masa nak tarik ikan naik.

Apapun saya memang suka suami saya pergi memancing sebab dapat ikan fresh...yeay!!!
(padahal mula-mula dulu cukup tak suka...heheheh)




Thursday, November 13, 2014

Makanan membuang lemak

Pasti ramai yang nak tahu makanan apa yang dapat membantu menyahkan lemak dari badan kan? Sebab niat kita semua sama nak bebas dari lemak, makan yang berlemak pun suka kan....itu sayalah...hehhehe

Tapi, kalau kita makan makanan yang bakar lemak dan masih amalkan gaya pemakanan yang tidak sihat serupa tak payah kot.

Jadi, kita perlukan sinergi yang bagus untuk kuruskan badan dan buang lemak-lemak ni.

Jom tengok makanan mana yang boleh bantu kita buang lemak-lemak ni.

10 Makanan Yang Membakar Lemak



1. Oat

Pengedar Shaklee Pasir Gudang

Ia bukan sahaja mempunyai rasa yang sedap(sedap ke?) tetapi juga mengurangkan rasa lapar anda. Oat mengandungi serat yang membantu dan menstabilkan tahap kolesterol.

Saya tak berapa gemar makan oat sebab rasa macam tak kenyang-kenyang jadi kalau saya rasa nak makan oat saya minum susu oat jenama BioGreen.Gambar seperti di bawah ya, boleh dibeli di Tesco,AEN Big dan Giant.


Pengedar Shaklee Pasir Gudang




2. Epal

Epal diperkaya dengan antioksidan yang kuat dan makanan tambahan lain. Paling penting epal mengandungi pektin yang membantu untuk mengurangkan sel-sel lemak di dalam badan.

Epal hijau memang bagus untuk kesihatan tapi saya memang kurang gemar kalau ada unsur masam-masam ni sebab saya akan jadi lapar.Saya beli jus epal hijau jenama Dee Zee  yang campur dengan madu dan minum sebelum tidur tapi sekarang jenama tu dah lenyap di muka bumi,sedih.

3. Telur
Pengedar Shaklee Pasir Gudang




Telur adalah sumber yang kaya dengan protein dan rendah kalori. Telur membantu kita untuk membina otot dan membangunkan kolesterol baik .

4. Cili Hijau


Cili hijau mengandungi Capsaicin yang membantu untuk membangunkan sel-sel pertumbuhan badan dan membakar kalori dalam masa cepat.

Ini memang feveret saya, kalau makan sambal goreng jawa tu memang saya makan sekali cili hijau.Siap buat pengumuman kat family siapa yang tak makn cili hijau sila bagi saya jangan buang.Mahal tau cili hijau ni.

5. Bawang putih




Bawang putih mengandungi Allicin yang mempunyai ciri-ciri anti-bakteria membantu kita untuk mengurangkan lemak dan membuang kolesterol tidak baik .

Saya boleh makan mentah-mentah bawang putih ni tapi kenalah gosok gigi lepas makan sebab ada bau kan.Better saya ambil Garlic Complex je lebih cepat dan selamat.

6. Madu


Madu adalah salah satu yang terbaik untuk membakar lemak. Tambah madu dalam air suam dan minum setiap hari pada awal pagi .Pastikan madu yang original ya! 

 7. Teh Hijau


Teh Hijau adalah salah satu yang paling berkesan yang boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Ia mengandungi antioksidan yang membantu dan menstabilkan berat badan kita Boleh ambil 2 cawan setiap hari teh hijau ini untuk hasil yang lebih baik.

Selepas join Shaklee memang saya ambil Cinch@Energy Tea Mix untuk meningkatkan metabolisme badan yang dah terlalu slow akibat tiada gerakan yang dibuat.Teh terbaik yang pernah saya jumpa, bukan sebab saya dealer Shaklee tapi dari sudut hati pengamal teh hijau tegar Cinch@Energy tea Mix ni memanh sangat berkualiti tinggi sebab ada 3 jenis teh di dalamnya teh hijau,putih dan merah.
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
Sejak kehabisan stok di Shaklee saya terpaksa ambil teh hijau keluaran BOH.Sementara nak tunggu ianya kembali bolehlah saya minum teh hijau Teh Boh ni.



8. Rumput Gandum (WHEAT GRASS)


Ia meningkatkan metabolisme dan membantu untuk mengurangkan lemak.


9. Tomato

Pengedar Shaklee Pasir Gudang

Tomato membantu kita untuk membakar lemak dalam masa cepat. Ia juga membantu kita untuk menjauhkan diri dari kanser. Jadi ambil tomato dalam diet anda secara berkala.


10. Coklat Gelap
Pengedar Shaklee Pasir Gudang


Coklat gelap mengandungi Flavonoid, ciri-ciri anti -radang yang membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol dalam darah. Ia merangsang pertumbuhan serotonin dalam darah dan juga membakar lemak.



Selamat mengamalkan memakan makanan yang boleh membakar lemak yang kita dah ternak selama ni.