Friday, October 31, 2014

"PUSH FACTOR" saya berniaga Shaklee

Saya nak berkongsi apa PUSH FACTOR (paksa untuk bergerak) yang membuat saya nak buat part time business Shaklee ini?

Sebab paling besar dan utama adalah AYAH DAN EMAK saya.Saya nak bantu ayah yang dah tak bekerja lagi serta berikan apa saja yang ayah dan emak inginkan.Mereka dah banyak berkorban untuk saya dari kecil hingga saya dewasa.

Sebab kedua adalah nak berikan yang terbaik pada anak-anak. Selalu yang terbaik ini memerlukan kos yang tinggi, jadi dengan ada wang tambahan ini dapat saya realisasikan cita-cita saya untuk berikan yang terbaik buat anak-anak.

Lagipun business Shaklee ini boleh diwarisi, jadi sekarang saya kena bina betul-betul business saya ini.

Jadi teruskanlah usaha wahai Noorfadzilah, jangan pernah berhenti berusaha dan tabahkan hati hadapi semua yang mendatang.





Cara (COD) membeli Shaklee dengan saya

Assalammualaikum wbt dan salam kasih sayang,

Memandangkan saya masih baru dalam Shaklee (join April 2014), ramai yang tanya bagaimana nak beli atau order Shaklee dengan saya.

Mudah saja, anda semua boleh hubungi saya NOORFADZILAH atau boleh panggil saya DILA.Boleh hubungi saya dengan cara:-


Call @ telephone,SMS dan WHATSAPP di 018-7944556.



Mudahkan? Beritahu produk yang ingin dibeli dan saya akan COD kawasan Pasir Gudang, Masai dan Johor Jaya.


ALFALFA mengikat suami


Wah poster di atas ayatnya agak melampau gitu...hehheeh....tapi memang itulah yang kebanyakkan isteri nak buat pada suami yang suka dok bersembang kat luar sampai subuh hari.Tinggallah isteri sorang-sorang kat rumah melayan perasaan dan melayan anak-anak.

Saya ada seorang testimonial, dia adik angkat saya baru nikah 2 tahun dan beranak seorang.Lepas makan malam terus keluar duduk kat kedai mamak atau pondok rukun tetangga sampailah pukul 3 4 pagi.hari-hari macam tu mana tahan.

So suggestlah makan Alfalfa dan sedikit tips rahsia wanita untuk pikat balik suami.Amboi....rahsia wanita....kemain saya ni macam mak bidan je ada rahsia-rahsia.Siapa yang beli dengan saya, saya akan share rahsia tu....jom beli dengan saya!

Alhamdulilah lepas habis sebotol dia terus Whatsapp saya...
" memang betul lah kak....boleh gam suami.Hari-hari mau...terima kasih kak.Sayang akak!".



Haaaa...tengok...dengan saya sekali dia sayang-sayang.Itulah dulu saya cakap dia tak percaya, sekarang baru tahu penangan Alfalfa.
Alfalfa ni memang sentiasa ada dalam gerobok vitamin saya sebab permintaan memang tinggi.TERLAJAK BEST u all.

Nak rasa kebagusan Alfalfa? Jom order dengan saya Noorfadzilah di 018-7944556.





Bila anak periksa ibu yang gementar

Anak periksa

Bila minggu peperiksaan menjelma memanglah rasa sangat mendebarkan bagi semua ibu bapa termasuklah saya.Macam saya nak periksa dulu inilah perasaan mak ayah saya masa saya sekolah dulu.

Segala aktiviti di waktu malam akan saya stop terus sebab nak fokus pada anak-anak.Saya pastikan mereka faham konsep dan bukan menghafal sebab kalau menghafal masa dah suntuk nanti pressure.

Bila ditempat kerja, fokus pada kerja tu kekadang tersasar jugak sebab terfikir susah ke senang soalan yang diberi.Nampak macam saya ni cool je depan anak-anak tapi sebenarnya sebaliknya.

Atas nasihat emak, saya perlu berdoa lebih sikit , berpuasa , bersedekah dan buat solat hajat. Antara doa yang saya baca bersama anak-anak ialah seperti di bawah:-

Doa

Dalam masa yang sama saya akan terus beri mereka supplemen seperti Omega Guard untuk mereka lebih fokus semasa menjawab soalan selain memberikan air yang telah saya bacakan doa.

In shaa Allah, semoga kejayaan berpihak kepada anak-anak saya.Aamiin.

GLA Complex penyelamat ketika senggugut

SENGGUGUT pergi jauh! Kehadiranmu betul-betul mengganggu, memang itulah selalu saya ucapkan lepas makan Panadol tapi sejak kenal GLA Complex masalah senggugut hilang.Syukur alhamdulilah.
Penawar senggugut

Sejak pakai IUCD, bila datang period mesti kena senggugut dan heavy pula pengeluarannya.Sebelum ini, saya relax-relax je kalau period datang menjengah, tak pastilah kenapa ya.

Tapi takper, saya dah jumpa penawar senggugut dan hidup kembali ceria.Alhamdulilah.

Jom tengok apa kandungan dalam GLA Complex ini.

GLA Complex Shaklee menggabungkan khasiat minyak borej, yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linoleik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Ia mencergaskan tubuh dan membantu anda berasa lebih selesa semasa haid: Asid gamma linolenik telah lama digunakan secara tradisional untuk melegakan kesakitan semasa haid, sakit kepala, menormalkan semula kitaran haid dan melegakan simptom-simptom menopaus.*

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Tidak boleh diambil oleh wanita hamil.

Maka bagi sesiapa yang terlalu bergantung dengan panadol untuk melegakan "period pain" atau senggugut ini bolehlah bertukar kepada vitamin yang lebih sihat dan selamat ini.

Untuk dapatkan produk, hubungi saya Noorfadzilah di 018-7944556.



Group Training ( Lose Weight ) oleh Muzafar Awang

Sepanjang hidup kat Pasir Gudang ni memang tak pernah terfikir lansung akan jumpa personal coach untuk lose weight program.Selalu bayangkan hanya area JB je yang ada program macam ni. Jom saya kongsikan sedikit info Group training ini, sharing is caringkan.

APA ITU GROUP TRAINING?

GROUP TRAINING (GT) sebuah program untuk menurunkan berat badan secara sihat iaitu BERSENAM dan TANPA BERLAPAR. Ianya dijalankan secara berkumpulan.

APA JENIS LATIHAN YANG DIJALANKAN?

Ada 4 jenis latihan coach sediakan iaitu:-
1.Circuit training


Senaman HIIT
(contoh circuit training)

2.Bootcamp
Lose weight

3.Weight training

4.Bodycombat


MACAM MANA DENGAN WAKTU PROGRAM?HARI APA?BERAPA KALI SEMINGGU?

Waktu pukul 9 malam hingga pukul 10 malam tapi dalam pukul 8.30malam dah kena datang buat warm up.Kenalah buat warm up dulu kalau tak terkejut lak otot-oto dan urat-urat.
Program tu bermula dari hari Isnin hingga Khamis hanya 4 kali seminggu.

BERAPA YURAN YANG DIKENAKAN?

Tentang yuran anda bolehlah hubungi terus coach saya untuk lebih detail....hehehhe...itu lebih baik rasanya.

SIAPA COACH GT?

Nama coach@trainer nyer ialah Encik Muzafar Bin Awang.Beliau baik, humble,memahami dan tak lokek ilmu.Beliau juga salah seorang Team Leader untuk program #jomkurus1Malaysia untuk kawasan Pasir Gudang.Haaa nilah coach yang dimaksudkan, ceria orangnya.


Team Leader Pasir Gudang

BERAPA KG BOLEH HILANG DENGAN PROGRAM GT INI?
Minimum adalah 4kg untuk 4 minggu dan ada yang lebih dari itu ye kawan-kawan.Bentuk badan pula pasti turun 2 size, suka tak? Mesti kawan-kawan teruja kan?? I like 200x....hehhehehe

MACAM MANA NAK JOIN DAN DI MANA?
Boleh hubungi Encik Musz di 016-770 4933 atau terus walk in ke SCIENTEX GYM, Pasir Gudang,Johor.

Apa lagi? jom kurus dan sihat beramai-ramai. Seronok bila ada kawan yang sama-sama ada target untuk kurus secara sihat.








Thursday, October 30, 2014

Pesanan buat anak-anakku

Assalammualaikum wbt dan salam kerinduan dan kasih sayang anak-anakku,


pesanan ib buat anak-anak ibu

Melalui lisan ibu tidak mampu menyampaikan apa yang tersemat kerana pasti air mata keharuan akan mengalir sama dan ibu akan malu.Karangan ini mampu kalian baca dan ingat kerana selalunya melalui ucapan kalian pasti terlupa  maklumlah terlalu banyak pesanan dari ibu...hehehhehe.


Harapan ibu dengan bacaan ini kalian akan sentiasa ingat dan jika terlupa kembalilah ke blog ibu yang serba sederhana ini.Baca dan hayati pesanan ibu yang sebenarnya sama juga dengan pesanan ibu-ibu yang lain.


1. Dirikan solat wajib sepenuhnya dan di awal waktu dan jangan lupa solat sunat.Ingatlah solah itu tiang agama dan semoga iman kalian terpelihara serta ingatlah iman yang kuat dah kukuh tidak boleh diwarisi dan tidak boleh dijual beli.


2.Bacalah Al Quran setiap hari dan hayati maknanya kerana Al Quran adalah sahabat terbaik kalian.Jangan semasa susah baru nak baca Al Quran tapi SETIAP HARI.Sedekahkan pahala bacaan kalian pada insan-insan yang kamu sayang.Ibu turut mengharapkan sedekah dari anak-anak ibu.


3.Dengar nasihat ayahda dan saudara mara lain kerana nasihat mereka adalah tanda kasih sayang mereka terhadap kamu dan jangan persiakan setiap kata-kata itu.


4.Jaga dan layan ayah baik-baik sebab ayah adalah insan yang paling dekat dengan kamu dan sangat berjasa kepada kamu.Walau cerewet macam manapun permintaan ayah nanti cubalah laksanakan dengan hati terbuka kerana ada didikan disebalik cerewetnya itu.


5.Berbudi bahasa dan bersopan santun sesama manusia terutama dengan adik beradik kerana adik beradik adalah sedarah dan sedaging seibu dan sebapa.Bersederhana dalam bergurau senda dan ketawa takut nanti bergaduh duhujungnya.Jika gaduh jangan lama-lama apatah memutuskan silaturahim jangan sekali ye anak-anak.Sedih ibu.


6.Cuba capai cita-cita yang ibu, ayah, atok dan tok wan inginkan kamu dapatkannya demi dunia dan akhirat.Usah berputus asa dan terus berusaha dan berdoalah semoga tercapai impian itu.Semoga Allah permudahkan kalian.


7.Jaga kebersihan, jaga kesihatan diri dan jaga pemakanan untuk menjadi insan yang sihat sejahtera dan unggul.Sayangilah diri sendiri kerana jika sakit datang hanya kamu yang rasa ....ibu dan ayah pun tak dapat rasa sama sakit itu.Jadi jaga diri baik-baik dan bersukanlah agar kesihatan diri terpelihara dan nikmati kehidupan sebaiknya.


8.Berkawanlah dengan sebaiknya dan jangan pernah mengguris perasaan orang lain.Terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak kata padah menimpa.Jika berlaku juga cepat-cepatlah minta maaf dan jangan ulangi lagi.

Bantulah mereka yang memerlukan bantuan kerana jika kita mudahkan urusan orang lain in shaa Allah ...Allah permudahkan kita.

9.Belajar sebanyak mana ilmu kemahiran seperti berenang,memasak,menjahit,menukang dan lain-lain agar kalian ada jati diri yang tinggi yang mampu berdikari.


10.Ingatlah selalu yang ibu sayang kamu semua walaupun ibu ni garang dan tegas namun simpanlah semua kenangan kita bersama.Ibu doakan kalian jadi anak yang soleh dan solehah, diberi kesihatan yang baik,rezeki yang melimpah ruah, dijauhkan dari kecelakaan dan kejahatan, selamat dunia akhirat dan dipermudahkan segala urusan.Aamin.


Noorfadzilah binti A Aziz

30.10.2014



Kebaikan Set Penyusuan Shaklee

Pengdar Shaklee Pasir Gudang

KHASIAT SET PENYUSUAN SHAKLEE sesungguhnya memang sudah sangat terkenal sejak tahun 2011 lagi.Sejak dari itu jualan Shaklee melonjak naik dan Malaysia telah menjadi popular kerana fenomena itu.Alhamdulilah!


Kebaikan Set Penyusuan Shaklee yang mempesona ibu-ibu 

gojez di luar sana ialah :-

1. Membekalkan secukupnya nutrisi melalui khasiat Vita-lea 

(multivitamin), B Complex, vitamin C, Alfalfa (milk booster) 
 
Ostematrix (kalsium) dan ESP (soya Non- GMO).



2.Ibu menjadi lebih yakin dan gembira kerana bekalan susu 

lebih berkualiti.

3.Ibu juga akan lebih bertenaga dan tenang bila mendapat cukup nutrisi malah kulit akan bertambah cantik serta wajah akan berseri-seri.

4.Mudah turunkan berat badan kerana walaupun sering rasa lapar selepas menyusu namun khasiat ESP (sumber protien) mampu mengawal rasa lapar.

5.Pelawasan menjadi lebih lancar kerana adanya Alfalfa (membuang toksin) dan juga Ostematrix yang mampu mengelakkan sembelit.

Itulah kebaikan SET PENYUSUAN SHAKLEE yang dapat dikongsi bersama dan ingatlah set ini membantu ibu-ibu mendapatkan nutrisi yang cukup dan susu yang lebih pekat.

Hubungi saya , Noorfadzilah di 018-7944556 bagi mendapatkan info produk dan harga produk.





Wednesday, October 29, 2014

5 Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

Ada kawan rapat saya bertanya kenapa saya boleh bertahan lama berniaga Shaklee sedangkan terdapat banyak info negatif tentang Shaklee keluar sebelum sebelum ini.

Saya pun bagilah sebab-sebabnya kenapa saya masih berjuang berkongsi kebaikan produk Shaklee.

Kelebihan Shaklee

Ringkasnya adalah seperti poster di atas tapi saya dah terangkan dengan lebih detail pada rakan saya dan soalan cepu emas itu terkeluar kerana sebenarnya dia nampak perubahan pada diri saya dari segi fizikal (kulit bertambah cantik) dan mental (lebih bersemangat dan gembira).

Bila dengar 5 kelebihan Shaklee dia pun rasa terpaut untuk join group saya.Alhamdulilah.

Untuk anda yang ingin sertai kumpulan saya boleh hubungi saya Noorfadzilah di 018-7944556.

JOM SERTAI KAMI!
Join us







Vitamin Shaklee Kesukaan Saya

Assalammualaikum wbt dan salam ceria semua,

Semua vitamin Shaklee saya suka tapi vitamin Shaklee yang mana PALING saya suka?


ALFALFA  yang paling saya suka sangat sebab buatkan suami saya bertambah sayang dan selalu rindu-rinduan walau dah beranak lima.


Nampak tak pengakuan yang agak melampau....hehehhe...tapi itulah sebabnya dan khasiat Alfalfa yang lain seperti memudahkan membuang air besar, menghilangkan alergi kulit dan menambahkan kualiti air susu badan memang saya suka.

Alhamdulilah saya serasi dengan Alfalfa Shaklee walau ada juga saya cuba jenama lain tapi akhirnya saya akur jua Alfalfa yang paling "aaumm".

Untuk yang ingin cuba sebab teruja dengan pengakuan saya ni jangan lupa minum air masak @ mineral banyak-banyak tau takut nanti jadi sembelit.

Nak order? Boleh hubungi saya Noorfadzilah di 018-7944556.
COD sekitar Pasir Gudang dan Masai.

Cara Hilangkan Parut Jerawat

Assalammualaikum wbt dan salam kasih sayang semua,

Sebenarnya banyak juga petua yang saya dapat untuk menghilangkan parut jerawat sebab saya pernah mengalami parut jerawat yang teruk.



cara merawat bekas jerawat

Waktu berumur 17 tahun masa tu banyak jerawat keluar dah macam muka kartun Bujal layaknya saya ni.Ramai yang terperanjat dengan perubahan mendadak tu mungkin sebab saya sangat stress dengan exam SPM.Mau tak stress, SPM lah penentu hala tuju hidup saya seterusnya .


Jadi bila jerawat dah kering mulalah tinggalkan kesan@parut yang lagi sangat mengganggu.Macam nak nangis bila bertahun-tahun hidup dengan muka yang licin bersih tiba-tiba berubah menjadi teruk.Hadoi!!! bertambah stress jadinya.


Maka saya pun cari seberapa banyak petua maklumlah nak beli produk tak mampu.


1.Sapu lipstick pada bekas jerawat.


2.Basuh muka dengan air rendaman beras yang direndam semalam.(baunya memang sungguh kena tahan sebab busuk).


3.Sapu campuran kunyit dan beras (jadikan masker).


4.Pakai bedak sejuk semasa tidur.


5.Sapukan lendir lidah buaya pada bekas jerawat perlukan ketahanan mental sebab gatal dan rasa mengetip-ngetip.


6.Pupurkan muka dengan air asam jawa yang dibancuh pekat.


7.Tumbuk kayu  manis agar menjadi serbuk dan sapu pada wajah.(pedih sikit laa tapi tahankan saja)


Tapi sekarang saya dah ada cara yang lain, untuk hilangkan BEKAS JERAWAT bukan hilangkan jerawat ya....saya makan supplemen Vitamin C dan Vitamin E Complex.

Menghilangkan bekas jerawat
Kenapa saya ambil Vitamin C dan Vitamin E ?

Vitamin C Shaklee ini akan merangsang pembentukan kolagen dan menyebabkan kulit menjadi :-
1.tegang
2.mencerahkan kulit
3.melambatkan proses penuaan
4.menghalang pembentukan pigmen

 Selain dari sudut kecantikan vitamin C Shaklee juga bagus untuk:

    Meningkatkan sistem imunisasi badan
    Membantu mengurangkan masalah alergi dan resdung
    Mengatasi masalah gusi berdarah


Vitamin E Shaklee pula mampu memudarkan bekas jerawat kerana ia diperbuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama dan delta).

Satu kapsul vitamin E shaklee ni mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina. 





Friday, October 24, 2014

DOA PEMBUKA DUA BELAS PINTU


Assalammualaikum wbt dan salam ukhwah semua,

Doa di atas adalah doa pembuka 12 belas pintu iaitu :-
  1. pintu kebaikan
  2. pintu keselamatan
  3. pintu kesihatan
  4. pintu nikmat
  5. pintu keberkatan
  6. pintu kekuatan
  7. pintu cinta sejati
  8. pintu kasih sayang
  9. pintu rezeki
  10. pintu ilmu
  11. pintu keampunan
  12. pintu syurga
Doa ini boleh dibaca selepas waktu solah atau bila-bila masa kita ingin amalkan.

Semoga dengan berdoa hubungan kita dengan Allah semakin dekat namun dalam masa yang sama perlulah kita berusaha dahulu untuk mencapai saja keinginan.
Usah berdoa sahaja tanpa ada usaha kerana usaha adalah penggerak utama untuk kita capai kejayaan.
Tiada istilah magic dalam mencapai apa yang dihajati.

DOA
USAHA
IKHTIAR
TAWAKAL

In shaa Allah lambat atau cepat Allah akan perkenankan doa kita semua.




Monday, October 20, 2014

Omega Guard membuat anak lebih fokus


Testimonial Omega Guard oleh diri sendiri ketika hamilkan Muhammad Umar Muallim.

Alhamdulilah!Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi rezeki untuk hamil anak kelima biarpun diluar jangkaan.;)

Oleh kerana terlalu risau dengan risiko hamil umur 3oan ke atas ni, maka saya ambillah sebanyak mana vitamin@supplemen yang boleh diambil.

Maklumlah waktu kerja panjang ( waktu keluar kerja pukul 7.30 dan pulang 7 malam) dan ahli family yang nak dijaga pun ramai so perlu tenaga yang banyak.Bercita-cita nak pregnant dengan sihat,bergaya dan bertenaga....cewah.Tak nak lesu memanjang dari awal sampai la akhir pregnant....tak best camtu.

Sebelum ini saya cuma ambil set asas mengandung je tapi kali ini saya tambah Omega Guard nak bagi lagi power la katanya.

Seronok makan Omega Guard ini sebab boleh control berat badan secara selamat semasa mengandung.Kulit pun jadi bersih dan cantik je.(bukan ayat perasan ye tapi ramai nampak perubahan).Lagi satu makan Omega Guard ni secara berjemaah maksudnya dengan anak-anak yang lain untuk minda lebih fokus dan elakkan lelah.

Makan Omega Guard sebanyak 3 biji selepas makan tengahari atau sebelum tidur dengan niat biarlah otak baby dalam kandungan ni tumbuh secara sihat dan hebat dan semoga lahirnya baby ini akan menjadi anak yang sihat dan cerdas otaknya.Aamiin Ya Allah.

Bila melihat video di atas, memang nampak perbezaan antara adik (baby Omega Guard) dan abangnya.
Adik lebih fokus dalam menyusun mainan dan tak mudah putus asa biarpun susunannya dah tumbang.Cepat-cepat dia bina semula biarpun abang cuba mendengki.

Alhamdulilah! Berkat khasiat minyak ikan berkualiti tinggi makanya pertumbuhan otak baby menjadi lebih sempurna.

Ingin dapatkan Omega Guard? Jom order dengan saya Noorfadzilah (ID:1134196) penghantaran ke seluruh Malaysia dan COD Pasir Gudang dan Masai.


Thursday, October 16, 2014

Destinasi Percutian Idaman Saya

Setiap bulan memang saya dan suami akan tetapkan hari untuk keluar dari Pasir Gudang untuk membawa anak-anak pergi jalan-jalan tidak kiralah ke bandar atau luar bandar.

Ini bagi memastikan anak-anak kenal tempat orang dan belajar ragam manusia sekeliling serta muhasabah diri bila melihat keindahan alam yang dicipta Allah untuk kita nikmati.

Namun masih banyak tempat di Malaysia ini yang belum kami terokai antaranya destinasi percutian idaman saya iaitu Pulau Sipadan, Sabah.


Pulau Sipadan

Pualu Sipadan cantik

Pulau ini adalah sebuah pulau yang amat cantik dan indah. Memang amat sesuai kepada sesiapa yang ingin mencari ketenangan dari kesibukan kota.

Untuk pengetahuan juga, Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari paras air.

Selain itu juga, Pulau Sipadan pernah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia

Tidak hairanlah, para peminat scuba diving dari seluruh pelosok dunia sanggup datang ke pulau ini untuk menerokai apa yang ada di sebalik pulau ini.

Salah satu tarikan yang membuat para pelancong mengunjungi pulau ini adalah  kerana alam bawah laut pulau ini memberi kepuasan kepada para penyelam. 

Pemandangan yang penuh dengan kehidupan laut seperti barracuda, penyu,ikan dan sebagainya. 

Di tambah lagi dengan warna-warna yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang pasti akan memberi kepuasan kepada para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan dan menarik  di dunia.



In shaa Allah ada rezeki dan umur yang panjang ingin saya sempurnakan hajat saya untuk membawa keluarga ke Pulau Sipadan.Aamiin.




Testimonial Set kesuburan


Alhamdulilah, ada lagi kejayaan hamil setelah mengambil set kesuburan iaitu ESP, Zinc dan GLA Complex.

Walaupun tidak sempat mengambil GLA Complex namun Allah dah pun memberikan khabar gembira.

In shaa Allah jika kita yakin dan terus berusaha serta berdoa Allah pasti akan menjawab permintaan.

Jadi buat yang masih mencuba untuk hamil, anda boleh dapatkan set subur ini dengan saya :-

Rakan Shaklee Anda
Noorfadzilah binti A Aziz (Dila)

♥ SMS/WhatsApp : 018 7944556

♥ FB : Noorfadzilah Anor A Aziz
Pick Up/COD Area:Pasir Gudang,Masai,Kota Putri,Seri Alam.
Penghantaran seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia


Panduan Set Kulit Cantik Shaklee

Jom kita lihat dulu beberapa panduan sebelum membeli set kulit cantik Shaklee agar panduan tersebut mampu memberikan impak yang hebat buat anda sebagai pengguna.


Untuk kulit yang cantik kita perlukan 2 penjagaan iaitu jaga bahagian dalaman dan luaran.
Ianya perlu seiring kerana barulah dapat menghasilkan kulit yang cantik,bersih lagi natural.

Penjagaan dalaman

Antara supplemen yang boleh diambil untuk jagaan dari dalam :-

1.ESP ( Soy Protien Isolate Powder)
Panduan kulit cantik

2.Vitamin B Complex 
panduan kulit cantik

3.Collagen Powder
panduan kulit cantik

4.Vitamin C

5.Vitamin E Complex 

Panduan kulit cantik


6.GLA Complex
panduan kulit cantik
7.Omega Guard
Awet muda
Penjagaan luaran

Untuk penjagaan kulit luaran, Shaklee mempunyai rangkaian produk NutriWhite dan juga Enfuselle. 

panduan kulit cantik


panduan kulit cantik

Untuk info lebih lanjut tentang produk dan harga boleh hubungi saya rakan Shaklee anda:-

Noorfadzilah binti A Aziz (Dila) 

♥ SMS/WhatsApp : 018 7944556

♥ FB : Noorfadzilah Anor A Aziz

Pick Up/COD Area:Pasir Gudang,Masai,Kota Putri,Seri Alam.

Penghantaran seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia









Tuesday, October 14, 2014

Kelebihan membeli 6 canister ESP


Kelebihan bila anda membeli 6 canister ESP ialah :-

1. PERCUMA lagi satu canister ESP.

2. Free membership bernilai RM 75.00 ( RM 65.00 keahlian seumur hidup + postage RM 10.00 )

3. Cash back pada 14 hb November berjumlah RM 36.30

4. Belian produk Shaklee yang lain pada harga ahli yang mana anda dapat berjimat 15-20% daripada harga runcit.

5. Konsultasi PERCUMA daripada saya.

6. Badan lebih sihat dan kulit akan jadi lebih berseri-seri.

Bestkan? Jom! pakat-pakat dengan kawan-kawan dan saudara mara beli ESP.Anda yang akan nikmati kelebihan di atas ini.


Hubungi saya rakan Shaklee anda Noorfadzilah (ID :1134196 ) di 018-7944556.
COD Pasir Gudang dan Masai.



Testimonial susu lebih pekat bila minum ESP


Alhamdulilah, inilah kesan dari minum ESP.
Jom kita tengok pengalaman ibu muda ini dalam berjuang memberikan yang terbaik buat buah hatinya.Dijemput juga singgah ke blog adik manis ini di sini Kedai Vitamin.


Kesan Penggunaan ESP

Ramai yang sudah review ESP mengikut pengalaman masing-masing.. Saya juga ada pengalaman dengan ESP. Secara jujurnya, saya baru sahaja menjadi pengguna ESP dalam tempoh tiga bulan. Sekejap,ermmm..mungkin kurang..Sebab seingat saya, saya mengalami penurunan susu badan. Hanya dapat 3ml sahaja walaupun sudah mengambil begitu banyak makan. (Kata mak saya, mungkin kita tak makan banyak sebab tu susu pun kurang!)

Saya pun follow apa yang mak saya kata, ya..saya makan banyak. Dan mengambil banyak karbohidrat seperti nasi dan roti.Kesannya?? Sudah tentu, berat badan saya naik mencanak-canak!Berat anak? Malu nak kongsi..berat bayi saya naik 500gm saja, berat umi dia yang naik lebih..

Saya gigih mencari jalan penyelesaian untuk masalah saya. Terutama bila pengasuh sudah merungut susu bekalan untuk anak tidak cukup..Mana nak cukup kalau setakat 6ml sehari. Saya search kat google, taip
"tip banyakkan susu badan"
 Bersusun keluar hasil nya. Semua SHAKLEE..saya buka satu-satu blog dan baca satu demi satu review..majoriti ibu mengesyorkan pengambilan ESP!Tanpa berlengah, saya buat pesanan ESP dengan seorang senior yang saya kenal cuma di alam maya internet sahaja. Tetapi, dia juga lah menjadi penguat semangat untuk sebarkan kelebihan shaklee ini kepada ibu-ibu di luar sana.

Setelah saya amalkan ESP dalam masa 2 bulan ini, antara kesan yang saya perolehi ialah:

  • KUANTITI SUSU SEMAKIN BANYAK (Alhamdulillah cukup untuk bekalan pengasuh setiap hari)
  • KULIT SAYA DAN ANAK SEMAKIN  CANTIK DAN CERAH
  • KERAK DI KEPALA ANAK SEMAKIN BERKURANG
  • REKAHAN DI TUMIT SAYA SEMAKIN BERKURANG
  • SAYA MENDAPAT SUSU YANG LEBIH PEKAT
  • MEMBERI TENAGA ATAU SEBAGAI SARAPAN SIHAT KEPADA SAYA

susu tanpa ESP (kanan) sangat putih dan cair
Itu yang saya dapat rasa dalam masa dua bulan ni. Side effect? Itu lah dia..hehe..Side effect yang bagus!

Bagi ibu-ibu yang sedang mencari penyelesaian untuk masalah terutamanya susu ibu kurang dan cair, anda mungkin boleh mencuba shaklee.

Di samping untuk menyelesaikan masalah tersebut, tiba-tiba dapat "side effect" yang sungguh awsome..Iaitu kulit juga jadi gebu gebas gitu..Siapa yang tak nak kan?

Yes, nampak tak di situ betapa besarnya sumbangan ESP. 
Selain dari usaha dan keyakinan dalam diri supplemen memang sangat penting dalam membantu ibu-ibu bekerjaya memberikan susu ibu yang berkualiti.


Pernahkah anda rasa ?



Pernah tak anda rasa sebegini?

Anda ada berniat melakukan sesuatu dan bila sampai masa anda ingin melakukan sesuatu "ada" yang menggerakkan anda untuk melakukannya di kala anda terlupa nak laksanakan apa yang anda niat.

Contohnya......anda berniat nak bangun malam untuk solat malam.Tanpa pasang alarm anda dengan yakinnya akan bangun pukul 3 pagi.

Kalau ikut normal alam seseorang itu agak sukar bangun apatahlagi jika tidur pukul 12 malam.

Namun sampai waktunya anak kecil anda menangis sedangkan selalunya anak anda susah nak bangun tengah-tengah pagi sebab selalu tidur nyenyak.

Tapi disebabkan niat anda nak bangun solat malam, anak anda boleh pulak menangis tanpa sebab.

Terlintas tak difikiran anda, siapakah yang menggerakkan anak kecil anda untuk bangunkan anda dari lena?

Tentunya Allah SWT lah yang menggerakkan kerana terpasangnya niat itu Allah permudahkan hambaNya untuk laksanakan apa yang hambaNya ingin lakukan.



Allahuakbar, Maha Suci Allah.




Monday, October 13, 2014

7 sebab mengapa saya memilih Shaklee

Assalammualaikum wbt dan salam kasih sayang semua,

Seronok bila melihat rakan seperjuangan bercerita tentang kenapa mereka memilih Shaklee.
Saya pun terpanggil juga untuk berkongsi kenapa saya pilih Shaklee untuk supplemen dan memilih Shaklee sebagai business untuk menambah pendapatan .




Terus terang saya katakan sebab PERTAMA saya join Shaklee kerana insan bernama Master Yati Napi.Beliau bertanggungjawab membuatkan hati saya terpanggil untuk mendaftar dengan Shaklee.
Melihat usaha beliau yang bersungguh-sungguh untuk berkongsi kebaikan produk sehingga berjaya menjana income besar serta berjaya mendaki tangga yang paling teratas membuat saya sangat kagum.

Terfikir oleh saya, jika beliau boleh kenapa saya tidak? Saya perlu mencuba buat seperti beliau memandangkan saya pun memang suka dengan produk Shaklee ini dan sering mengajak kawan-kawan amalkan produk Shaklee.Sedangkan masa itu saya belum register pun dengan Shaklee.





Sebab kedua plan pemasaran Shaklee ini sangat adil kerana jika kita bekerja keras dan lebih maka pulangan bonus adalah tinggi dan jangan tak percaya inilah MLM pertama yang saya tengok upline boleh dicilok atau dicantas oleh downline.Usah risau dan jangan terfikir kalau downline kerja keras maka upline goyang kaki.Its not Shaklee!!!





Sebab ketiga semestinya produknya yang :-
SENTIASA SELAMAT
SENTIASA BERKESAN
SENTIASA MESRA ALAM
Memang berkesan jika diambil dengan cara yang betul dan istiqomah disertakan sekali keyakinan kepada Allah untuk rasa lebih sihat .



Bila ada produk yang bagus, sistem pemasaran yang hebat (walaupun ada orang kata sistem kuno sebab kena kerja keras baru dapat duit) dan ada group yang selalu suntik semangat maka berkobar-kobarlah cita-cita saya untuk membantu ayah dan emak saya.

Seperti anak yang lain saya juga memang nak capaikan apa jua IMPIAN AYAH DAN EMAK saya yang telah banyak berkorban untuk kebahagiaan saya.

Ya Allah, permudahkanlah perjalanan businessku agar aku mampu bahagiakan pula ayah dan emak yang tersayang.Berikan aku sedikit kekuatanmu agar aku terus tabah dan kuat menjalani ujian dunia akhiratmu.




Bonus yang saya dapat memang niat untuk bantu suami menambah pendapatan untuk berikan yang terbaik buat anak-anak kami yang 5 orang ni.Apa jua keperluan samada dari segi fizikal dan kerohanian kami mesti berikan yang terbaik kerana anak-anak adalah amanah yang perlu dijaga sebaiknya.
Sebab keenam, saya gembira business Shaklee kerana dapat share khasiat produk Shaklee dengan insan lain.
Alhamdulilah sepanjang saya berbusiness Shaklee, semua memberikan feedback yang positif.








Sebab ke tujuh adalah untuk menjadi seorang hamba Allah yang mampu memberi.Teruja bila melihat master2 lain yang menggunakan hasil perniagaan untuk membantu insan yang tidak bernasib baik.In shaa Allah.


















Kelebihan bersauna

Assalammualaikum wbt dan salam kesihatan,

Salah satu cara untuk mengurangkan air berlebihan dan menghilangkan stress adalah dengan bersauna.

Atas gemuk air dengan sauna


Atasi stress dengan sauna


Saya rasa ramai yang dah tahu apa itu bersauna, tapi untuk buat yang belum tahu meh kita tengok apa itu bersauna.

Apa itu sauna?

Sauna merupakan ruang tertutup (bilik) yang direka khas agar wap, sama ada wap kering atau wap lembab terperangkap di dalamnya. 

Contoh sauna seperti gambar di bawah.

Kebiasaannya, suhu di dalam Sauna adalah sekitar 60 hingga 100 darjah Celcius, dan ini merupakan julat yang selamat untuk manusia mengeluarkan peluh (untuk tempoh yang tidak terlalu lama).
Asal usul sauna dari mana?
Asal usul mandi wap boleh di imbau kembali semenjak beberapa ribu tahun dahulu. Di zaman Empayar Greek, mandi wap sudah lama diamalkan olah masyarakant Rom dan ianya dikenali sebagai “Sudatorium”. 
Di zaman masyarakat empayar Turki (Persia), tempat mandi wap awam dikenali sebagi “Hamam”, manakala di Rusia, ianya dikenali sebagai “Banja”.
Dalam erti kata lain, mandi wap sudah manjadi sebahagian dari cara hidup masyarakat lampau untuk menjaga kesihatan & kecergasan.

Ia merupakan amalan nenek moyang kita sebelum masyarakat kita diperkenalkan dengan perubatan moden.


Kelebihan dan kebaikan bersauna :-

~ melancarkan peredaran darah.

~ membuang toksin dalam badan dimana peluh yg keluar semasa berada dalam sauna bukan sia-sia. Seperti yang diketahui, pori-pori yg membesar dan mengeluarkan peluh itulah akan mencantikkan kulit. 

~ merawat luka dalaman bagi wanita selepas bersalin.

~ membersihkan kulit menjadi lebih bersih, lembut, segar, halus dan licin.

~ menyegarkan badan dan menghilangkan stress setelah penat bekerja.

~ menghilangkan sengal-sengal, bisa-bisa dan lenguh-lenguh badan

~ dapat melembutkan urat-urat yg tegang

~ membuang angin dalam badan

~ dapat membakar lemak...boleh kurus kan badan dengan teratur kalau kerap dilakukan...

~ dapat merawat resdung dan jerawat kerana suhu 60-105°C akan menyebabkan pembuluh darah melebar dan tekanan darah meningkat.
Selain itu, masalah kulit seperti jerawat juga boleh dirawat. Sebabnya, wap panas sauna akan melembutkan jerawat sekaligus mempercepatkan proses penyembuhannya. .

Tahukah anda???

1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.

2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori


3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.


4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori



5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori.


 Tips Mandi Sauna

1.Jangan terlalu kenyang sebelum mandi sauna.

2.Bagi yang menghidap penyakit paru-paru atau penyakit hati yang tidak kronik tidak dibenarkan mandi sauna dan mesti mendapat kebenaran doktor terlebih dahulu.

3.Jangan mengambil alkohol sebelum mandi sauna kerana ia akan menghilangkan kelebihan mandi sauna.

4.Jika terasa pening kepala atau pernah mengalami masalah pernafasan semasa mandi sauna cepat - cepat keluar daripada bilik mandi sauna.

5.Jauhi penggunaan dadah kerana ia akan mengubah mekanisma badan dan boleh menyebabkan kesan buruk sewaktu mandi sauna.

6.Nikmatilah wap mandian sauna selama mana anda rasa selesa.