Friday, March 27, 2015

Resepi rahsia Mee Goreng Mamak

( Gambar sekadar hiasan .Tq pakcik google)


RESEPI RAHSIA MEE GORENG MAMAK:



Penyediaan perencah/ pes Mee goreng Mamak:


1/2 kg kacang tanah
150 gm cili kering
100 gm udang kering geragau/ kepal
1 genggam kacang dhal (paruppu)

1. Goreng bahan-bahan diatas dengan aturan kacang tanah, paruppu, cili kering. Akhir sekali udang geragau/udang kepal dengan minyak masak.

Sejukkan dan mengisar halus bersama air kesemua bahan-bahan tadi.

2. Tumiskan kisaran di atas sehingga pecah minyak (minyak akan timbul di atas permukaan). 

Masukkan air asam jawa, gula merah (gula pasir pun boleh), dan garam. Rasa kepedasan sekiranya pes anda pedas sangat boleh tambahkan gula lagi. Mamak tak dapat bagi sukatan tepat. Cuba dapatkan rasa pes yang anda sukai.

Garam perlu teliti kerana bila kita gunakan kita tak mahu mee goreng masin. Kadangkala mee buatan dari syarikat Melayu mereka bubuh garam. Garam sebenarnya untuk ketahanan pes itu dari rosak sama seperti air asam jawa. Bila perencah anda telah siap mai kita goreng pulak mee dengan pes kita sediakan.

1 cekak mee kuning
1 cekak taugeh
1 batang sayur sawi.(ketuk batang sawi dan dipotong 1″)
1 biji telur
1/4 bhg bawang sederhana besar dihiris memanjang
2 ulas bawang putih diketuk dan dihiris
1 sudu kecil kicap cair
Cucur udang - 2 ketul
Tauhu goreng - sekeping
Ubi kentang rebus - 1 biji
Air garam yang dilarutkan dalam botol.

Untuk hidangan:-

Kacang goreng yang telah dikisar kasar ditabur, daun bawang dan sup dihiris (kalau berniaga tak payah) dan hirisan cili merah (3 saja cukup) dan limau nipis (kalu niaga pakai limau kasturi) dan bawang goreng (kalau niaga tak payah).

CARA-CARA PENYEDIAAN:

Bila kuali panas masukkan 2 sudu besar minyak masak. 

Masukan hirisan bawang putih dan dikuti dengan hirasan bawang.

Bila mengeluarkan harum masukan dua sudu besar pes/rencah yang anda telah sediakan (di sini anda kena adjust pes anda mcm gula air sirap…tak masin sangat, tak pedas sangat dan tak pula manis).

Masukkan cucur udang, tauhu goreng, Ubi kentang rebus dan sayur sawi. Bila sawi layu masukkan mee dengan segera. 

Titiskan kicap cair. (untuk yang berniaga, tak perlu beli kicap cair gunakan kicap kramel boleh buat macam-macam jenis kicap).

Air garam jika perlu. Goncang kuali dengan api sedikit keras.

Kalau anda mahu basah tambahkan sedikit air atau pes/perencah. Kalau kering biarkan dia. Pada masa ini anda perlu tentukan api dapur jika basah kurangkan api kalau kering keraskan api dapur.

Bila mee sudah mulai masak. Kecilkan api dan tepikan mee anda dan kosong ruang tengah kuali. Titiskan sedikit minyak dan pecah masukkan sebiji telur.

Tutup telur anda dengan mee dan membiarkan dalam 30 saat. Keraskan kembali api dapur dan kacau serata mee dengan telur dengan cepat. Gorengan cuma 30 saat saja. Keseluruhan gorengan ini cuma 3-4 minit.

Hidangkanlah mee goreng anda dengan lapiskan daun pisang dan daun bawang+sup/ cili dan akhir sekali taburkan sedikit kacang tanah goreng yang telah di atas mee anda.

Nota: Untuk peniaga mee goreng Mamak, jangan lupa ketuk kuali dengan sudip sampai orang lalu-lalang dengar sampai satu kampung, untuk ambil perhatian pelanggan. Kalau tak ketuk kuali itu bukan Mee Goreng Mamak…(gurau saja) hehehehe!.

No comments:

Post a Comment