Tuesday, November 4, 2014

Resepi Sambal Goreng Jawa Sebenar

Antara menu yang paling saya suka iaitu Sambal Goreng Jawa  arwah Nyaie (panggilan nenek untuk orang Jawa) saya kalau buat memang teliti dan ambil masa lama nak siapkan bahan-bahan tapi hasilnya memang marvelos...ummpp...terangkat...pasti bertambah nasi berkali-kali....hehehhhe.

Bila google2 tentang tempe ternampak resepi ni dari blog Cik Matahari, terima kasih sebab share resepi yang sedap ni.Resepinya lebih kurang sama dengan arwah Nyaie saya, jadinya saya ambil sebagai koleksi saya.

(anggaran 43 kalori sepinggang kecil)

Sumber :- http://cikmatahariku.blogspot.com/2013/08/sambal-goreng-jawa-sebenar-orang-johor.html#


Bahan-bahan kisar Sambal Goreng Jawa :
Hidangan untuk 4-5 orang makan

Bawang merah- 10 biji
Bawang Putih- 5 biji
Ikan Bilis setengah cawan ( direndam dahulu )
Cili padi/ cili kering 15 tangkai ( ikut kesesuaian )
Serai 1/2 inci
lengkuas 1/2 inci

Bahan-bahan Untuk Dihiris/ Potong :

Kentang sederhana besar 5 biji ( hiris sederhana tebal dan kecil )
Tauhu basah 3 keping ( Potong bentuk rectangle )
Tempe 5 keping ( dihiris nipis dan kecil )
Fucuk ( tauhu kering ) 3 keping ( digunting bentuk segi dan direndam )
Soo Hoon sebungkus kecil ( digunting dan direndam )
Ikan Bilis sederhana besar ( digoreng sehingga kekuningan )
Bawang Besar  2 biji ( di hiris )

Bahan-Bahan lain :

Kicap lemak manis
Santan pekat 1 1/2 cawan
Asam jawa 1/4 cawan
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak Sambal Goreng Jawa Sebenar

1. Goreng terlebih dahulu kentang yang sudah dipotong nipis dan disejatkan airnya.Diikuti
    goreng tempe, tauhu basah dan ikan bilis.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang dikisar. Kacau sehingga naik
    bau.Masukkan juga bawang besar yang sudah di hiris.
3. Masukkan bahan-bahan yang sudah digoreng dan dipotong tadi secara sedikit demi
    sedikit.Kacau sekali lagi.
4. Masukkan pula fucuk dan soo hoon yang sudah direndam.
5. Masukkan kicap, asam jawa dan diikuti santan pekat. Letakkan garam, gula dan serbuk
    perasa mengikut kesesuaian.
6. Kacau sekali lagi sehingga kering dan sedia untuk dihidang.

Sambal goreng Jawa ni boleh dikatakan resepi original sambal goreng. Sebabnya kalau ikutkan, sambal goreng ini dimakan dengan nasi ambeng dan ia tidak perlu tambahan seperti udang, hati atau pedal ayam kerana bila kita makan nasi ambeng, ia akan dihidangkan dengan ayam kicap atau ayam goreng berempah, serunding kelapa, mee goreng dan macam -macam lagi.

Hujung minggu ni bolehlah cuba buat nasi ambang,sesekali makan special dengan anak-anak.

No comments:

Post a Comment