Friday, December 26, 2014

Kata-kata semangat














Asal usul nama anak

Setiap nama anak pasti ada sejarah masing-masing macam mana terhasilnya nama mereka, jadi saya buat satu entry untuk mereka ingat asal-usul nama mereka.

Nur Uzma
Anak yang sulung pastinya kami berdua teruja sebab anak pertama la katakan.Saya listkan beberapa nama tapi suami reject...hehheheh sebab macam pelik-pelik je katanya.Suami yang bagi nama ni lepas baca buku nama-nama dalam Islam.Suami suka dengan nama tu sebab maknanya "terbesar" atau "terbaik" kenalah dengan dia sebab Uzma anak sulung kena jadi yang terbaik buat adik-adik.

Nur Ayla
Asalnya dari cerita Perancis, suami dan saya berkenan nama heroin tu namanya Ayla.Sebelum tu suami confirmkan dengan kawan beliau yang arif bahasa Arab akan makna Ayla sebab dalam buku nama-nama dalam Islam memang takde. Ustaz tu kata Ayla bermakna "ditinggikan".

Kaiyisah Hanis Safiya
Nama Kaiyisah datang dari rasa minat saya dengan maknanya sebab best iaitu yang bijak dan segak.

Hanis tu mak saya bagi sebab saya nak salah seorang anak saya dapat nama dari Tok Wan mereka.Hanis bermaksud yang warak.(In Shaa Allah).

Safiya pulak datang dari idea suami yang bermakna baik dan suci.
Kalau u all perasan dan kalau disebut nama Kaiyisah Hanis Safiya ni bagai satu nama sebab sebutannya macam bersambung.Kan?
Unik sebab panjang namanya dari kakak-kakak beliau.

Muhammad Dhiya Ulhaq

Dari zaman kat Maahad lagi suami memang dah niat kalau ada anak lelaki nak bagi nama tu.Maknanya ialah "sinaran kebenaran".Masa nak daftar nama ni memang suami tak share dengan saya, berdebar-debar dibuatnya.Bertuah betul suami nak buat kejutan hingga dapat surat beranak barulah saya tahu nama baby boy pertama kami ni.

Muhammad Umar Muallim

Setiap kali dalam perjalanan balik keje (pukul 6.30) saya akan dengar ceramah radio Johor sebab saya nak sejukkan hati yang panas mengadap jem hari-hari.Saya mula tertarik dengan Umar sejak mengandungkan Umar 6 bulan.Hampir hari-hari ustaz tu buka cerita tentang Saiyidina Umar Al Khattab.Tentang perjuangan dan tentang keberaniannya sampai saya terniat nak letak nama Umar.
Nama Muallim ni suami saya nak bagi sebab sebutan lebih lembut dan maknanya lebih elok iaitu pengajar.

Itulah asal usul nama anak-anak saya yang mana setiap nama anak mesti suami yang  putuskan nama itu okay atau tidak.Sebab suamikan ketua keluarga.;)

Semoga anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah.






Anak pun suka jual Shaklee

Salah satu sebab saya suka Shaklee  adalah business ini boleh diwarisi oleh anak-anak.Anak-anak saya yang 3 orang yang dah besar ni suka dengar sebab mereka pun akan jual dan akan dapat bonus macam saya.

Terutama anak nombor 2 saya si Nur Ayla memang setiap hari suka tanya saya berapa Sales saya dapat hari tersebut.Dia akan tanya produk apa yang kawan ibu beli,  berapa harga dan berapa point.
Nampak tak keprihatinan beliau?

Saya pun tak sangka dia punya kesan macam tu bila sebelum ni saya selalu akan kongsi cerita dengan dia..."Alhamdulilah hari ni ibu dapat banyak Sales, kawan ibu beli Omega Guard untuk kurus dan kulit cantik.Tapi masih banyak lagi point ibu kena kumpul."

Perkongsian tu masa mula-mula saya nak naik rank Supervisor.Saya suka cerita dengan anak-anak biar mereka tahu bukan senang perjalanan ibu nak share kebaikan produk.

Lama-lama saya dah tak sempat cerita sebab saya dah sibuk mengisi borang untuk restok produk dan packing untuk COD atau Poslaju.Alhamdulilah rezeki anak-anak,  kemudian masa isi form ni lah saya akan ajar Ayla macam mana nak beli barang Shaklee.

Kalau saya pergi ke branch Shaklee, Ayla akan ikut masuk tengok proses pembelian tu.Dia akan tanya satu-satu perkara sampai dia faham.Dari hal pembayaran sampai hal pemberian barang, kenapa kena sign kenapa kena tick kat kertas.So, saya akan terangkan apa sebabnya.Seronok sessi pembelajaran ni sebab suatu hari nanti dia akan praktikkan.

Kadang-kadang anak-anak akan ikut sekali kami pergi buat delivery.Sambil business sambil santai dengan anak-anak, family business la katakan.

Kemudian kalau di sekolah , Uzma dan Ayla akan promosi sekali produk dengan kawan-kawan dan cikgu.Kalau kawan-kawan nampak tak sihat je, mereka akan cadangkan belilah Shaklee dengan ibu.
Kalau nampak cikgu penat je, mereka akak cadangkan belilah vitamin dengan ibu biar cikgu cergas dan kuat. Kadang-kadang siap bawak pemplet pergi sekolah.Seronok kan?

Semalam saya ada ambil 3000 keping flyers, sampai rumah terus dia nak tolong lipat dan copkan nama ibunya.Semangat betul!


Contoh pemplet Shaklee dari Google

Lepas ni dia nak tolong saya edarkan pemplet, dia kata dia nak ibu dapat sales banyak biar dapat bonus besar.Bolehlah hantar dia pergi Tahfiz seperti kakak sulungnya.Kemudian ibu boleh kerja dari rumah sambil jaga adik-adik.In shaa Allah.

SubhanAllah..... terharu dan sebaknya saya bila dia kata begitu, rupanya Ayla memendam rasa nak ke Tahfiz juga.Maafkan ibu Ayla sebab masih tak berkemampuan menghantarmu sekarang.
Sama-samalah kita berusaha dan berdoa agar business Shaklee ini benar-benar jadi.Aamiin.

Uzma dan Ayla memang sangat rapat dari kecil lagi sebab itu Ayla rasa sedih sangat bila dengar kakak Uzma akan pergi jauh dari dia.Saya mungkin takkan faham perasaan itu kerana saya tidak seperti mereka.



Semoga Allah memberkati business kami sekeluarga agar menjadi business keluarga yang diredhai Allah.








Thursday, December 25, 2014

Pembantu dapur Turbo Chopper ( Tupperware )

Sebenarnya dah lama saya nak share tentang Turbo Chopper (Tupperware ) dengan teman-teman semua tapi tu laaa baru ni teringat balik nak ceritakan kepantasan dan kebaikannya.


Gambar dari Goole


Gambar dari Goole

Sebelum ni memang saya ada jual Tupperware , itu yang saya ikrar nak tukar semua barang dengan jenama Tupperware supaya biar saya rasa dulu kebaikan Tupperware ni.Antara yang saya beli ialah Turbo Chopper ni.

Mula-mula saya terpegun tengok teknologinya, saya dan suami belek-belek dan dalam hati berkata betul ke boleh kisar lebih halus ni? Lepas tu saya simpan dalam gerobok .Lama jugak saya simpan, rasa sayang pulak nak memakainya maklumlah mahal.Harga pasaran RM 124.00.

Kemudian satu hari takde elektrik kat rumah, saya bagi alasan kat suami tak boleh masakla sebab tak bole blender.Suami terus keluarkan Turbo Chopper ni suruh saya guna.Akhirnya saya guna jugak......

Masya-allah, memang memudahkan kerja mengisar. Kalau setakat letak sebiji bawang besar + halia sebesar ibu jari + cili padi 5 ulas, hmm alahai, muat sangat . Masukkan jer semua bahan-bahan tadi, tutup dan tarik la berapa kali nak tarik sampai halus.

Selain itu, Tupperware Turbo Chopper ini juga membantu kita buat senaman tangan.Lepas tu memang jarang saya guna blender sebab kalau guna Turbo Chopper ni memang tak perlu letak air jadi masa menumis jadi lebih singkat.Tak perlu tumis bahan sampai air kering, itu yang saya suka jimat masa.Maklumlah ibu macam saya ni memang kerja nak cepat je.

Cepat siap kerja cepatlah berehat kan? Betul tak. So, saya galakkan u all yang sibuk seperti saya yang asyik dok kejar masa ni belilah satu Turbo Chopper ni kat rumah.

Doa hilangkan kesedihan

Bismillahirahmanirrahim.........

Doa.

"Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada perasaan dukacita dan kesedihan. Aku berlindung dengan-Mu daripada lemah dan malas. Aku berlindung dengan-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang serta penindasan orang yang zalim"



Kata-Kata Hikmah Merawat Kesedihan

1.Hidup ini pilihan, apapun yang membuatkan kita sedih, tinggalkan. Dan apapun yang membuatkan kita tersenyum jangan lepaskan.

2.Kesedihan bukan untuk diratapi, tetapi merupakan panggilan jiwa untuk muhasabah diri dan berbuat yang lebih baik diri.

3.Tidak ada seorang pun dalam hidup ini sangat kuat. Semua orang merasai kesedihan, tetapi kadang-kadang seseorang mampu pura-pura senyum.

4.Kadang-kadang, seseorang itu lebih memilih untuk tersenyum kerana tidak ingin menunjukkan mengapa dirinya bersedih.
Tuhan Maha Penyayang, Mah Pengasih. Hanya Tuhan tempat kembali, hanya Tuhan yang mampu mengubah kesedihan kepada kegembiraan.

5.Seseorang yang kita nampak kuat, tidak bererti dia tidak pernah bersedih. Dia bersikap seperti tidak ada yang salah, tetapi mungkin hatinya terluka.

6.Ambil pengajaran dari masa yang lalu dan tinggalkan kesedihan. Jangan biarkan kesedihanmu menutup jalan masa hadapanmu.

7.Senyumlah, tinggalkan kesedihan. Lupakan ketakutanmu. Sakit yang kamu rasa tidak setara dengan kebahagiaan yang bakal kamu kecapi.

8.Ketika seseorang melukaimu, jangan bersedih kerana Allah sentiasa mendatangkan penyembuh buatmu.

9.Ketika seseorang yang cukup bermakna buatmu pergi, jangan terus bersedih kerana kamu akan kehilangan dirimu sendiri yang juga cukup bermakna.

10.Jangan pernah menyalahkan orang lain di atas kesedihanmu kerana kebahagiaanmu adalah urusanmu.Kebahagiaan kita harus datang dari dalam diri kita.Percaya pada diri sendiri walaupun sedang bersedih kerana pembakar semangat terbesar dalam hidup kita adalah diri kita sendiri.

Credit to:- http://notamengajarbelajar.blogspot.com





Program insentif melancong Shaklee

Sebaik sahaja anda mencapai pangkat Supervisor, anda boleh mula memperoleh mata ganjaran dalam Program Insentif, yang memberikan pelbagai keistimewaan termasuk pelancongan eksklusif yang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat.

Percutian yang diberikan adalah kelas 5 BINTANG dan PERCUMA.Seronok kan dengar? Bagi pengedar muslim dan muslimah ada pilihan samada pergi melancong atau pergi mengerjakan umrah.




Bila dengar cerita dari pengedar Shaklee yang pernah pergi trip yang dianjurkan Shaklee ni semua kata BEST sangat-sangat.Alhamdulilah rezeki mereka kerana usaha keras mereka dibalas oleh Shaklee kerana berkongsi kebaikan produk.

Buat diri saya, saya masih berusaha mengumpul point-point untuk nikmati program insentif melancong Shaklee.

Jom rebut peluang !




CoQHealth kehabisan stok

CoQHealth dah tiada stok ?
Terkejut juga saya bila dengar COQHealth dah takde stok.Sebab awal bulan hari tu sahabat saya sempat beli online untuk rakan beliau yang ada sakit jantung.

Bagi mereka yang baru mendengar produk ini, jom kenali CoQHealth yang ramai pembelinya dari kalangan kaum lelaki.


CoQHealth™ Plus menampilkan adunan proprietari serba semula jadi iaitu 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau di dalam kapsul minyak kacang soya bagi pelarutan maksimum untuk penyerapan dan ketersediaan bio yang lebih baik.

CoQ10 telah terbukti mampu:

1.Merangsang penghasilan tenaga jantung
2.Menyihatkan dan melindungi arteri daripada pengoksidaan LDL
3.Melancarkan peredaran darah
4.Membantu meningkatkan dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.






Kelebihan gabungan Vitamin C dan Vitamin E


Memang mantap gabungan dua vitamin untuk menghasilkan kulit yang lebih sihat, cantik dan mulus.Ramai dah mencuba dan hasilnya memang tak mengecewakan bila makan mengikut aturan dan berterusan.Bukan esok makan...hari ni tak makan.Mana bole gitu kan? Perlulah berdisplin makan vitamin-vitamin ni.

Set kulit cantik
Jom tengok khasiat dua vitamin ini sehingga mampu menghasilkan kesan yang optimum.


KEBAIKAN VITAMIN C TERHADAP KULIT

-Membentuk Kolagen 
-Memperbaiki Simptom Pendarahan 
-Mencantik dan memutihkan kulit 

KEBAIKAN VITAMIN-E TERHADAP KULIT

- Mengekalkan kelembapan kulit
- Melawan dan mencegah jerawat
- Mencegah penuaan kulit
- Elok untuk kulit yang terbakar (sunburn)
- Mengurangkan parut
- Mencegah barah kulit

Lagi beberapa hari saja promosi akan berakhir, jom rebut peluang promosi berganda-ganda ini.

1.Beli 2 botol Vitamin C akan dapat 5% diskaun.
2.Beli 2 botol Vitamin E akan dapat 5% diskaun.
3.Beli 6 botol Vitamin C akan dapat 1 botol percuma.
4.Beli 6 botol Vitamin E akan dapat 1 botol percuma.




Untuk dapatkan produk ini hubungi saya rakan Shaklee anda:-

Noorfadzilah binti A.Aziz
ID : 1134196
Whatsapp/Telegram 018-7944556
COD:Pasir Gudang & Masai
Poslaju ke seluruh Malaysia.


Banjir di Kelantan

Doa agar banjir surut

MasyaAllah...itulah ungkapan yang mampu aku ucapkan selepas melihat berita tentang banjir besar di Kelantan.Menatap gambar-gambar yang dikirim melalui Whatsapp memang sangat menyedihkan.

Terus teringat kan seorang sahabat yang memang pulang bercuti di sana setiap kali cuti sekolah dan dapatkan khabar berita beliau.Alhamdulilah beliau sekeluarga selamat cuma ada beberapa harta benda yang tak dapat diselamatkan.

Pada pendapat beliau , tahun 2014 adalah rekod paling dashyat berbanding banjir sebelum-sebelum ini.

Banjir di Kelantan ini saya rasa paling besar selepas tahun 2007, walaupun saya bukan tinggal di pantai Timur tapi pengalaman mengalami rumah naik air kerana air pasang besar membuat saya sangat terpanggil nak mengikuti perkembangan banjir.

Sebagai rakyat Malaysia dan sesama Islam marilah kita sama-sama berdoa agar banjir cepat surut.Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.


Buat mangsa banjir ku mohon kalian terus bersabar dengan dugaan ini. 

Tuesday, December 23, 2014

Plan tahun 2015

Lagi beberapa hari 2014 akan menutupkan tirainya dan pergi meninggalkan seribu kenangan.Saya bersyukur kerana masih bernafas dan ada semangat untuk terus hidup dengan menjalani hidup sebaiknya bersama insan-insan yang saya kasihi dan sayangi.

Alhamdulilah kalau di tengok balik apa yang saya dah capai pada tahun 2014 memang ada yang tak terduga  telah saya capai yang memang tiada dalam list plan tahun 2014.

Kitakan hanya manusia yang mampu merancang tapi Allah punya rancangan lagi hebat.

Antaranya ialah saya menjadi ahli Shaklee dan secara serius saya buat business Shaklee.Sungguh saya tak sangka dan tak terduga pun sebab ianya seperti "follow the flow".

Allah makbulkan doa saya untuk menambahkan rezeki dengan berniaga.

Ada juga perkara yang saya tak terfikir nak join tapi saya masuk programnya iaitu saya join Jom Kurus 1 Malaysia dan join Group Training.Apa pun ada sebabnya Allah bukakan hati suami untuk benarkan saya join group tersebut dimana ianya berbalik pada target 2014 saya nak slim down dan fitkan badan balik.So, itulah jalan yang Allah buka untuk saya.


Bagi tahun 2015, saya INGIN...........


* Saya ingin jalankan projek baru iaitu PROJEK 5 ANGKA 3 BULAN bersama ayah, emak dan adik beradik serta seiring dengan"anak-anak Shaklee".Allahuakbar.

* Saya nak sebarkan dan kongsikan info produk dengan seramai mana yang boleh bagi meningkatkan kesedaran manusia sejagat terhadap supplemen dalam kehidupan.

* Kewangan : Saya nak saya , ayah dan adik beradik  BEBAS KEWANGAN hasil dari bonus Shaklee!

* Aset : Saya nak beli tanah. Di mana ? Besar mana ? Untuk apa? Biarlah rahsia...hehehhe 

* Keluarga : Saya ingin anak-anak lebih baik dan lebih berdikari dan lebih berjaya dalam apa jua bidang yang dimasuki.

* Saya ingin hubungan suami isteri lebih harmonis dan romantis.Lebih banyak habiskan masa dengan buat aktiviti bersama contohnya pergi memancing sama-sama.

* Keagamaan : Saya ingin tingkatkan amalan sunat selain menjaga amalan wajib dan betul-betul menjaga aurat sebab bila anak dah masuk Tahfiz si ibu kenalah dulu berubah serta tambahkan hafalan surah-surah Al Quran.

* Keperibadian : Saya ingin menjadi lebih baik dan lebih tenang , rajin dan kena kuat berusaha.Lebih pandai uruskan masa dan pastikan kena buat apa yang dikatakan NAK bukan cakap kosong.


* Kesihatan : Teruskan bersenam dan makan supplemen agar lebih sihat dan fit.Kalau boleh buat secara berjemaah dengan suami dan anak-anak.

















Doa pelaris perniagaan

SURAH FAATHIR 

"Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya."

Pengedar Shaklee Pasir Gudang


Terjemahannya :-

Ayat 29
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; 

Ayat 30
Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).

In shaa Allah jika diamalkan bersama dengan amalan yang wajib, perniagaan akan lebih dirahmatiNYA.

Surah Al-Waqiah


Semoga bermanfaat untuk teman-teman yang tidak berkesempatan membuka kitab Al-Quran di perjalanan. Boleh buka di handphone kawan-kawan sebagai bacaan.Semoga tiada alasan untuk kita kata tidak membanca Al Quran tanpa kitab Al-Quran.

Tips Kekalkan Persahabatan

Sumber Google...terima kasih Google ;)

Ikatan persahabatan yang erat kadangkala boleh retak hanya kerana salah faham. Ada beberapa cara yang boleh anda praktik supaya hubungan persahabatan tersebut berkekalan selamanya.

Jujur
Jujur adalah syarat utama dalam memelihara persahabatan. Dengan adanya kejujuran, anda dan kawan akan lebih memahami antara satu sama lain.

Mengatasi salah faham
Segala salah faham sebaiknya diselesaikan secepat mungkin. Jika dibiarkan, ia boleh berlarutan dan menjadi lebih teruk.

Meminta maaf
Tidak ada sesiapa pun yang sempurna di muka bumi ini. Jangan takut untuk meminta maaf jika anda berbuat kesalahan. Begitu juga sebaliknya, jika kawan anda melakukan kesalahan, maafkanlah dia dengan seikhlas hati anda.

Terima kasih
Selain meminta maaf, ringankan mulut anda untuk selalu berterima kasih. Ucapan terima kasih boleh menguatkan lagi hubungan persahabatan anda.

Saling membantu
Rahsia mengekalkan persahabatan ialah dengan saling membantu dalam hal yang positif. Jika anda sering membantunya, kawan anda juga akan melakukan hal yang sama.

Jangan berburuk sangka
Sikap mencurigai dan berburuk sangka terhadap kawan anda boleh memusnahkan hubungan persahabatan anda. Sebaiknya jika ada yang tak kena, anda  perlu bertanyakan terus kepadanya.

Jangan sinis
Setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi, terima seadaya dan jangan bersikap sinis terhadap kawan anda. Lebih baik bersikap jujur dengannya demi persahabatan yang telah terbina sekian lama.

Menjaga rahsia kawan
Pasti anda juga tidak menyukai jika sesiapa membocorkan rahsia anda. Jadi, perkara ini sama sahaja. Menjaga rahsia kawan anda akan membuatkan kawan anda lebih mempercayai dan menghargai persahabatan tersebut.

Selalu ada
Anda perlu selalu ada bersamanya, tidak kira di waktu senangnya mahupun susah. Jadi, masing-masing boleh saling menasihati antara satu sama lain.

Saling menghargai
Jangan pernah mengongkong kawan anda, biarkan kebebasan ada di dalam hubungan persahabatan anda. Masing-masing akan jadi lebih menghargai di antara satu sama lain.
















Orang makan nasi, dia makan kawan

Gambar dari hasil mengGoogle

4 Ciri Kawan Makan Kawan

1.Kawan jenis ini boleh dikategorikan sebagai tidak jujur. Anda boleh tengok sendiri apabila anda berada dalam keadaan senang, kawan jenis ini akan mengekori anda dan keluar dengan anda ke mana sahaja. Bahkan mereka juga sanggup melakukan apa sahaja untuk anda. Mungkin sebagai contoh, duit. Kebanyakan di antara kawan makan kawan ini akan berkawan dengan anda kerana duit semata-mata.

2.Kawan jenis ini juga dikategorikan sebagai dengki dengan apa yang anda miliki. Mereka berasa tidak senang dengan apa yang anda miliki. Mereka akan bermuka-muka di hadapan anda dan di belakang anda mereka akan mengutuk atau mencaci di luar pengetahuan anda sendiri.

3.Kawan makan kawan suka menghasut. Mereka akan menghasut orang lain untuk membenci anda walaupun anda tidak melakukan kesalahan.

4.Tikam belakang kawan baik sendiri. Ini adalah ciri-ciri kawan makan kawan. Mereka sanggup memburukkan anda atau mungkin kekasih anda sendiri.


Sikap Yang Dibenci Kawan

Berikut adalah sikap yang dibenci kawan dan semestinya anda pernah mengalami situasi sebegini ataupun anda  mungkin adalah salah seorang kawan yang dibenci:


  • Tamak dan kedekut
  • Berlagak dan suka mengarah
  • Bohong dan mengumpat
  • Suka menonjolkan diri dan cakap besar
  • Over confident
  • Bersikap ‘plastik’
  • Talam dua muka atau hipokrit
  • Terlalu sensitif
  • Suka meninggi diri dan bercakap besar
  • Batu api
  • Suka merendahkan orang lain
  • Suka menipu dan memberi alasan
  • Jenis hangat-hangat tahi ayam
  • Panas baran
  • Suka mengungkit
  • Pengkhianat
  • Mengingkari janji

So, muhasabah diri bersama-sama untuk menjadi kawan yang baik kepada kawan kita.

Credit to:- http://www.wom.my/gaya-hidup/kawan-makan-kawan/

Rahsia kelahiran dalam bulan Islam

Anda ingin tahu bulan kelahiran Islam anda? 

Boleh lawat laman web ini http://www.religious-affairs.gov.bn/?tpl=th003_calendar .


Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan
menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang
sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik,
dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang 
pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan
yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya.
lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat
buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah
di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia
melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya
ianya akanmendatangkan hasil

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat
besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa
diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif
dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan
mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan
kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya,
mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar
kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran
dalam mendidiknya.


Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia
berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang
bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan
tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang
menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai
kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia
salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi
bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak
mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu
mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya
yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa
dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut
mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan
nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka
bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu.
Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau
bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya
tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah
semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik,
berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan
mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak
angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka
menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka
dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan
hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya
dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu.
Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai
keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya
dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada
dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir,
kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat
hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana
banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi
keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak
berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu
baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya
sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala
terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana
dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar
mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia
seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang
pertimbangan.



Bulan kelahiran Islam dan keluarga besar saya.

Saya dan suami - Zulkaedah
Nur Uzma - Zulhijjah
Nur Ayla - Muharam
Kaiyisah Hanis Safiya - Sya'ban
Muhammad Dhiya Ulhaq - Jamadilawal
Muhammad Umar Muallim - Jamadilawal




Kelebihan vitamin C Shaklee

Apakah kelebihan vitamin C Shaklee dari jenama lain?

Kelebihan utama vitamin C Shaklee adalah ianya sudah diformulasi dalam bentuk ‘sustained release’ bermaksud kandungan vitamin C di dalam tablet ini ini akan dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat-peringkat.

Ini kerana vitamin C merupakan vitamin larut air. Jika terdapat lebihan vitamin C dalam satu-satu masa, badan kita akan bertindak untuk mengeluarkan lebihan ini melalui air kencing. Jadi, dengan formulasi ‘sustained release’ ini, kandungan vitamin C dalam badan dapat dikekalkan secara berterusan.

2.


Membekalkan khasiat yang sama seperti memakan 7 biji buah oren beserta dengan kulitnya. 

Sudah pasti kita tidak mampu untuk memakan buah limau sebanyak ini setiap hari, kan? Vitamin C Shaklee juga mengandungi bioflavonoids untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C itu sendiri.

Ya, itulah sebabnya KENAPA saya beria-ia promote dekat saudara-mara dan kawan-kawan semua Vitamin C Shaklee yang organik ini.

Hubungi saya rakan Shaklee anda untuk dapatkan info dan membeli produk Shaklee:-

Noorfadzilah binti A.Aziz
ID:1134196
Telegram/Whatsapp 018-7944556
COD:Pasir Gudang & Masai.
Poslaju ke seluruh Malaysia.

Risiko kekurangan Vitamin C

Antara vitamin untuk kecantikan yang terkenal di zaman ini ialah Vitamin C. Saya pun suka sebab saya nak kulit wajah kekal awet muda dan sihat.Sebelum saya consume vitamin C Shaklee, saya pergi buat facial Vitamin C dekat salon yang popular kat Pasir Gudang iaitu Spa Aurabeautycare di Taman Cahaya Masai.

Tapi lepas kenal vitamin Shaklee ni, saya dah tak pergi salon sebab dah makan vitamin C . Tapi tulah kalau dah terbiasa pergi facial, kalau tak buat facial tu rasa muka macam berat je.Rasa rindu juga nak jumpa kak Mala yang cantik dan teliti kalau buat facial.


Berikut merupakan kesan kekurangan Vitamin C dalam badan:-

1.Berkurangnya tenaga secara kronik, kemurungan dan badan lemah.

2.Anemia (dari anemia sederhana sehinggalah anemia yang kritikal).

3.Haemorrhages (salur darah bocor) ke otot tangan dan kaki, sendi-sendi dan kerosakan kuku (nail-beds).

4.Penyakit kulit - Kulit menjadi lebam kebiruan.


5.Gigi mudah tercabut dan berlaku pendarahan pada gusi.

6.Masalah penghadaman

7.Sukar mengawal stress

8.Selalu selsema, letih dan demam.

9. Kulit kusam dan berkedut.

Nampak tak teruk kesannya jika kekurangan vitamin C ni ?

Vitamin C memang sangat penting sebab nutrisi yang paling penting di dalam tubuh manusia salah satunya adalah vitamin C. Jadi, jangan pandang ringan pada pengambilannya.

Untuk dapatkan vitamin C Shaklee anda boleh hubungi saya Noorfadzilah binti A Aziz ( ID:1134196) di 018-7944556.Penghantaran pos ke seluruh Malaysia dan COD kawasan Pasir Gudang.

Monday, December 22, 2014

Pengalaman anak ramai


Anak ramai di zaman ini kedengaran agak pelik pada sesetengah 

orang.

Soalan pelik mereka seperti.....

"Wah laju benar ko anak dah berderet ? Kahwin umur berapa ? "

" Tak penat ke anak ramai ? Cukup ke makan minum? "


Ada lagi yang lebih pedih saya dengar tapi takperla saya simpan .

Apapun saya bersyukur ke hadrat Allah kerana dikurniakan rezeki anak yang ramai. Ada perempuan dan ada lelaki dan bermacam-macam ragam.
Gambar dari Google ( macam kena je dengan  kami suami isteri yang beranak lima ini)

Umur mereka pun agak rapat jugalah lagi-lagi yang sulung dengan anak nombor dua.

1.Nur Uzma - 11 tahun
( kami panggil akak dan nama manja masa kecik JUMA)  

2.Nur Ayla -10 tahun
( kami panggil Ayla dan nama manja ADIK...Adik? sebab dia lama takde adik so panggil dia adik sampai la ni...)

3. Kaiyisah Hanis Safiya - 6 tahun
( Nama manja NOMEL sebab kami ni terlebih perasan kot nampak dia comel je....halus je masa kecik tapi dahi super jendol mana-mana pegi memang ada yang tegur dahi dia yang "mentilas" tu.

*Mentilas tu dalam bahasa Jawa bermakna luas dan berkilat.

 4.Muhammad Dhiya Ulhaq - 3 tahun 
( Abang Dhiya panggilan untuk hero sulung ku ni...jangan panggil nama lain memang dia akan kata "panggil Abang Dhiya !" dengan nada tegas.)

5.Muhammad Umar Muallim - 1 tahun lebih.
( Kami panggil Umar @ Muallim tapi selalu panggil dia Muallim)

Memang berderet kalau jalan sama-sama, orang tengok je kalau kami jalan segrombolan penuh jalan.....heheheh...dalam hati diorang mesti cakap ramainya anak dia.(agak je la)

Rumah riuh kalau semua berkumpul dan tak pernah kemas kalau mereka ada.Mana taknya, asyik main pondok-pondok dan main cikgu-cikgu.Dinding rumah pun dah ada lukisan-lukisan yang indah saujana mata memandang, dalam hati cakap sabar jelah . Semua akan menjadi kenangan nanti.

Ramai orang kata kesian kat saya sebab saya ni lembut macam mana nak handle anak-anak ligat macam tu.Diorang tak tahu suara saya jangan cakaplah sampai suami gelar saya komando.Hamik ko gelaran Komando suami aku bagi.....Heheheheh.....baru kenal siapa saya kan encik Zamri .

Masa mengandung anak no.5 saya siap google cari pengalaman orang yang beranak ramai.Kelakar jugak kalau ingat balik, tapi itulah sifat saya yang selalu dahagakan info.
Antara kata-kata yang saya ingat sampai sekarang ialah..............

"Allah memberi kebolehan semulajadi kepada manusia untuk menjaga seramai mana anak yang dimiliki dan setiap anak yang lahir Allah kurniakan rezekinya tersendiri"

Ayat tu betul-betul membuka mata saya agar jangan rasa takut bila beranak ramai ni.Siapa yang tak takut kan? Boleh handle ke? Cukup ke makan minum dan pakai ? 


Suami pun pernah cakap....kita ni menumpang rezeki anak-anak.Jaga dan didiklah sebaiknya, in shaa Allah akan dipermudahkan kalau kita berusaha dan berdoa.(jangan dok bersila rapat tunggu rezeki datang bergolek...mana dapat kan? kenalah usaha)


Masa Umar dalam kandungan lagi dah nampak satu-satu urusan Allah permudahkan.....kami dipinjamkan rumah yang lebih selesa dan tak bertangga ( risau anak main kat tangga sebab mereka ni kreatif sangat) dan kereta yang lebih besar. Semuanya kami dapat pinjam dengan mudah.


Soal makan minum semestinya yang sihat dan elok buat mereka dan kadang-kadang follow juga apa yang anak-anak nak makan. Bahagian paling penting sekali ialah supplemen untuk anak-anak, supplemen yang WAJIB anak-anak ambil ialah Meal Shakes (minuman multivitamin) + Vitamin C (untuk imunisasi ) + Omega Guard (minyak ikan untuk mengatasi asma dan alahan makanan).

Set kanak-kanak Shaklee memang kena bagi untuk anak sihat dan cerdas.


Kemudian jika ada rezeki lebih bolehlah makan makanan yang happening untuk gembirakan hati mereka dan juga bawa mereka jalan-jalan makan angin.Namun kami jarang-jarang makan di kedai sebab tak nak rasa kurang selesa bila anak-anak buat perangai.

Biasalah kalau ramai anak ni banyaklah ragamnya, kita pun kena faham dan tengok mood anak-anak ni kan.Kalau nak seronok makan bawa mereka masa mereka benar-benar rasa lapar.Masa tu suasana akan jadi senyap sunyi sebab mereka akan fokus pada makanan...hehehehhe.Seronok tengok mereka makan sungguh-sungguh ni.Kalau tak, ada yang memanjat keluar dari kerusi babylah...ada yang main-main air sampai tumpah.Ada yang nak berjalan sana sini tegur semua orang kat restoren sampai pergi ke dapur restoren.Pening kepala ibu tau.....anak-anak.

Gambar hanya hiasan...

Tentang pendidikan pula setakat ini 2 orang (Ayla dan Kaiyisah) akan bersekolah di sekolah aliran perdana yang berdekatan dengan rumah babysitter.Kami tak dapat hantar dan ambil mereka jadi kami carilah pengangkutan untuk mereka (sediakan saja kos nya...hehehhe).Anak yang sulung kami masukkan ke Madrasah di Muar untuk ambil aliran Tahfiz walaupun agak sedikit "costing" tapi kami cuba sediakan yang termampu dan terbaik.In shaa Allah ....Allah akan permudahkan kami.Aamiin.

Pengurusan wang tu memang perkara UTAMA yang setiap hujung bulan kami bincang sebelum gaji keluar.Lagi-lagi kalau nak mula persekolahan dan perayaan.


Cuba listkan apa yang patut beli dan plan sebaiknya dan selalu bila perayaan kami saving awal-awal, jadi taklah berat nanti masa nak shopping.Pastikan jangan beli yang bukan keperluan hanya yang PERLU saja.Barulah bajet tak lari kan?

Bab cari keperluan raya memang happening, mana taknya nak cari untuk 5 orang mau tak kecoh.Penat wei.....dari pagi bawa ke malam kalau tak selesai bawak ke esoknya tapi bukan time puasalah.Kalau time puasa mahu pengsan...heheheh. So, sebelum puasa pastikan dah settle! 

Kalau pergi beraya pulak saya hanya beraya rumah yang mana rapat sahaja memang dari zaman anak dua dulu pun kami praktikkan begitu.Lepas tu sekarang ni, anak-anak yang dah besar ni dah tak nak ikut kalau pegi open house rumah yang mereka tak kenal.Tapi kalau rumah saudara mara memang kami bawa, wajib kenal saudara mara.Kami selalu ambil masa 1/2 jam nak bersiap-siap pergi beraya dan selalunya saya orang terakhir yang siap...hehehhe

Persiapan persekolahan anak-anak senang je sebab nak beli baju sekolah sekarang dah banyak pilihan.Nak yang murah ke yang mahal ke terpulang tapi kami beli yang tahan lama dan harga reasonable.Kalau alat tulis pula , selalunya baru sebulan dua sekolah dah kena beli lagi.Confirm ! Biasalah kan, kita zaman kanak-kanak pun dulu sama je.Tiba-tiba dah hilanglah dah rosaklah.

Tentang pergaulan pula, anak-anak memang suka bergaul dengan orang lain even adik-beradik dah ramai.Kalau main tepi rumah tu suka panggil kawan-kawan bagi lagi meriah.Gaduh tu biasalah, adik-beradik mana yang tak bergaduh tapi kita ibu bapa kena pandai handle.Mereka kena belajar hormat menghormati, toleransi dan tolong-menolong.

Waktu yang wajib untuk kami bersama adalah sebelum Maghrib iaitu masa makan.Masa tu lah nak dengar mereka bercerita dan masalah anak-anak.Lepas tu solat dan mengaji.Selalu ayahnya yang solat berjemaah dengan anak-anak dan ajar anak mengaji.Maklumlah ibu ada tugas lain yang perlu dibuat. 

So, itulah sedikit pengalaman dari kami yang berkeluarga besar.Maaflah, sungguh panjang berjela-jela...hihihihi
























Sunday, December 21, 2014

Testimonial Set Kulit Cantik-Jerawat Hilang

Dari pengamatan ayat di atas, rasanya beliau ni seorang pengedar Shaklee seperti saya.Alhamdulilah berkat pengorbanan wang ringgit dan istiqomah akhirnya kulit yang cantik dapat dimiliki.

Hasil gabungan ESP + GLA Complex + Vitamin C + Vitamin E Complex serta pencuci muka NutriWhite akhirnya jerawat pun hilang.

Kalau difikirkan , banyak faktor yang menyebabkan berlakunya jerawat ini timbul dan salah satu kesannya datang dari cara pemakanan.Iaitu faktor dalaman.

Jadi supplemen yang diambil adalah bagi memulihkan dan mencantikkan dari dalam.

SubhanaAllah....Allah Maha Penyayang kerana memberikan kita sumber-sumber yang natural untuk kita makan dan amalkan.Kita perlulah hargai manusia yang telah mengkaji dan mengeluarkan produk yang selamat dan lagi mesra alam.

In Shaa Allah, bagi yang ingin mendapatkan Set Kulit Cantik ini, boleh menghubungi saya Noorfadzilah binti A Aziz di 018-7944556.
Anda boleh Whatsapp atau Telegram untuk bertanya atau bercerita masalah kulit anda.