Setiap kali bulan Ramadan tiba , saya pasti terkenang kenangan berpantang di bulan puasa. Masa tu, saya berpantang anak ketiga, anak bertuah yang comel Kaiyisah Hanis Safiya . Si Nomel ( gelaran yang sweet ayahnya beri) lahir pada akhir bulan Syaaban dan masa dia dilahirkan tu baru saya tersedar yang saya akan ponteng puasa sebanyak sebulan.
Adoiiiii! kenapa lah saya baru tersedar masa tu, tak pasal-pasal kena ganti puasa SEBULAN...BANYAK tuuuu.Huaaaawaaaa....
Kalau ingat balik, memang kelakar rasanya sebab tengah-tengah saya makan malam, tiba-tiba baru saya tersedar. Saya termenung jauh sambil menoleh ke arah Nomel. Saya kata pada dia, ibu tak pandai planningla Nomel.
Bila fikir lama-lama saya tak nak ambil pusing pasal ganti puasa yang banyak tu, saya fikir saya dapat banyak lagi kesenangan masa berpantang di bulan puasa . Contohnya...
1) Saya dapat masak untuk suami dan anak-anak saya dengan rasa senang hati sebab kalau berpuasa bab merasa makanan paling saya tak suka.
2) Mudah untuk saya untuk kejutkan suami dan anak-anak bersahur kerana saya sendiri memang berjaga malam sebab layan baby. Maklumlah, kalau ada baby ni memang kerap berjaga malam sebab kerap menyusu dan kadang-kadang berbual dengan baby.
3) Tak perlu ambil cuti tahun untuk berhari raya sebab cuti raya dah ada masa cuti bersalin. Jimat kan?
4) Saya lebih tenang dalam menyiapkan persiapan hari raya tanpa terkocoh-kacah dikejar masa sebab kalau bekerja masa saya sangat singkat berbanding kalau saya bercuti pantang saya ada masa 24 jam untuk siapkan jahitan manik untuk hiasan pada baju raya, kuih raya dan menghias rumah.
5) Masa saya dengan anak-anak yang masih kecil lebih banyak dan dapat lalui bersama-sama mereka ketika mereka belajar berpuasa. ( Anak yang sulung 5 tahun dan yang kedua 4 tahun).
Itulah antara kemanisan berpantang dalam bulan Ramadan, saya pasti ramai di luar sana yang pernah alami juga. Best kan?