Friday, March 27, 2015

Resepi rahsia Mee Goreng Mamak

( Gambar sekadar hiasan .Tq pakcik google)


RESEPI RAHSIA MEE GORENG MAMAK:



Penyediaan perencah/ pes Mee goreng Mamak:


1/2 kg kacang tanah
150 gm cili kering
100 gm udang kering geragau/ kepal
1 genggam kacang dhal (paruppu)

1. Goreng bahan-bahan diatas dengan aturan kacang tanah, paruppu, cili kering. Akhir sekali udang geragau/udang kepal dengan minyak masak.

Sejukkan dan mengisar halus bersama air kesemua bahan-bahan tadi.

2. Tumiskan kisaran di atas sehingga pecah minyak (minyak akan timbul di atas permukaan). 

Masukkan air asam jawa, gula merah (gula pasir pun boleh), dan garam. Rasa kepedasan sekiranya pes anda pedas sangat boleh tambahkan gula lagi. Mamak tak dapat bagi sukatan tepat. Cuba dapatkan rasa pes yang anda sukai.

Garam perlu teliti kerana bila kita gunakan kita tak mahu mee goreng masin. Kadangkala mee buatan dari syarikat Melayu mereka bubuh garam. Garam sebenarnya untuk ketahanan pes itu dari rosak sama seperti air asam jawa. Bila perencah anda telah siap mai kita goreng pulak mee dengan pes kita sediakan.

1 cekak mee kuning
1 cekak taugeh
1 batang sayur sawi.(ketuk batang sawi dan dipotong 1″)
1 biji telur
1/4 bhg bawang sederhana besar dihiris memanjang
2 ulas bawang putih diketuk dan dihiris
1 sudu kecil kicap cair
Cucur udang - 2 ketul
Tauhu goreng - sekeping
Ubi kentang rebus - 1 biji
Air garam yang dilarutkan dalam botol.

Untuk hidangan:-

Kacang goreng yang telah dikisar kasar ditabur, daun bawang dan sup dihiris (kalau berniaga tak payah) dan hirisan cili merah (3 saja cukup) dan limau nipis (kalu niaga pakai limau kasturi) dan bawang goreng (kalau niaga tak payah).

CARA-CARA PENYEDIAAN:

Bila kuali panas masukkan 2 sudu besar minyak masak. 

Masukan hirisan bawang putih dan dikuti dengan hirasan bawang.

Bila mengeluarkan harum masukan dua sudu besar pes/rencah yang anda telah sediakan (di sini anda kena adjust pes anda mcm gula air sirap…tak masin sangat, tak pedas sangat dan tak pula manis).

Masukkan cucur udang, tauhu goreng, Ubi kentang rebus dan sayur sawi. Bila sawi layu masukkan mee dengan segera. 

Titiskan kicap cair. (untuk yang berniaga, tak perlu beli kicap cair gunakan kicap kramel boleh buat macam-macam jenis kicap).

Air garam jika perlu. Goncang kuali dengan api sedikit keras.

Kalau anda mahu basah tambahkan sedikit air atau pes/perencah. Kalau kering biarkan dia. Pada masa ini anda perlu tentukan api dapur jika basah kurangkan api kalau kering keraskan api dapur.

Bila mee sudah mulai masak. Kecilkan api dan tepikan mee anda dan kosong ruang tengah kuali. Titiskan sedikit minyak dan pecah masukkan sebiji telur.

Tutup telur anda dengan mee dan membiarkan dalam 30 saat. Keraskan kembali api dapur dan kacau serata mee dengan telur dengan cepat. Gorengan cuma 30 saat saja. Keseluruhan gorengan ini cuma 3-4 minit.

Hidangkanlah mee goreng anda dengan lapiskan daun pisang dan daun bawang+sup/ cili dan akhir sekali taburkan sedikit kacang tanah goreng yang telah di atas mee anda.

Nota: Untuk peniaga mee goreng Mamak, jangan lupa ketuk kuali dengan sudip sampai orang lalu-lalang dengar sampai satu kampung, untuk ambil perhatian pelanggan. Kalau tak ketuk kuali itu bukan Mee Goreng Mamak…(gurau saja) hehehehe!.

Thursday, March 26, 2015

INGIN HAMIL ?


Ada yang bertanya saya apakah supplemen yang membantu untuk hamil dan saya beritahu GLA Complex Shaklee antara produk yang dipercayai sebagai ikhtiar untuk hamil

GLA Complex ini tak mahal pun tak sampai RM100.00 harganya dan alhamdulilah yang bertanya itu jadi beli dengan saya.Saya doakan semoga ikhtiarnya berhasil.Aamin.

Anda ingin dapatkan GLA Complex Shaklee ? Hubungi saya rakan Shaklee anda:-

Noorfadzilah binti A Aziz
018-7944556
Pengedar Shaklee
COD:Pasir Gudang dan Masai
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia.




Resepi Coklat Lava Kek





Resepi Coklat Lava Kek

Bahan-bahan:

5 sudu besar butter
100gm coklat gelap (satu bar coklat standard)
2 biji telur saiz besar
1 kuning telur saiz besar
3 sudu besar gula
3 sudu besar tepung
2 sudu kecil serbuk koko
1 secubit garam
4 paper cup atau 4 ramekins – disapu butter

Cara Membuatnya

Panaskan oven – 200degree (atas bawah) 180degree (hot air/udara panas)

Cairkan mentega dan coklat bersama-sama secara “double boiler” , atau di dalam microwave sehingga cair dan kacau hingga sebati.

Gaul telur dan gula sehingga campuran berwarna kekuningan sekitar 3 minit sehingga gula larut.

Kacau campuran coklat panas ke dalam adunan telur dan pukul sebati. Ayakkan tepung, koko, dan garam. Kaup dengan spatula sehingga sebati. Sudukan ke dalam 4 ramekins atau papercup saiz besar yg tebal yg telah disapu dgn butter.

Kalau boleh sejukkan adunan dalam freezer. Kalau tak nak boleh terus masuk dalam oven.

Untuk mendapatkan lava yang memang lava, bakar lebih kurang 13 minit sahaja.

SELAMAT MENCUBA

Resepi kuah soto sedap


Resepi Kuah Soto ini saya dapat dari facebook dan dah lama saya cari resepi kuah soto.Saya kongsikan di sini untuk anda semua mencuba.

Kuah Soto

1 ekor ayam - basuh
2 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
1 inci lengkuas *
1/2 inci halia * 
1/2 inci kunyit hidup 
2 biji buah keras *
bhn * diblender bersama
1sk lada hitam ^
1sk ketumbar^
1 sk jintan manis ^
1sk jintan putih ^
bhn ^ digoreng tanpa minyak dan dblender
2 btg serai dititik
1 biji kiub pati ayam
3sb serbuk rempah sup adabi

- Tumis semua bahan hingga naik bau
- masukkan ayam dan air - rebus ayam sekejap 
- keluarkan ayam utk disiat2 
- perasakan kuah soto dgn garam dan kiub pati ayam

Nasi himpit - beli yg siap je senang,tinggal rebus je
kacang - digoreng
daun sup dan daun bawang
bawang goreng
suun goreng
ayam goreng yg telah disiat2

Sambal Kicap
10 biji cili api
2 ulas bwang putih
sedikit halia
sedikit kuah soto
kicap secukupnya
- blender semua

SELAMAT MENCUBA

Wednesday, March 25, 2015

Izinkanlah

Kalau dilihat lirik lagu ni memang sekali imbas untuk merayu seorang kekasih tapi kalau di tengok dari sudut lain pula boleh juga untuk seorang hamba kepada tuhannya.





Izinkanlah - nyanyian Q Face

Bila berlabuh tabir malam indah
Cakerawala pun turut melambai gundah
Pecah duka berganti
Rasa merindu kepadamu

( 1 )
Telah lama diriku dalam leka
Cuba menyintaimu sepenuh jiwa
Sedangkan itu satu
Kewajipanku terhadapmu

Indah mahligai yang menanti
Semakin jauh di jangkauan
Dapatkah aku pulang
Berjiwa suci
Bagai kekasih... dinanti

Masihkah diri ini
Ada ruang beradu
Dalam mahligai
Sedangkan diri
Telah tercemar
Debu dunia

Izinkanlah diriku... izinkan aku
Dekat denganmu kasih... dekat denganmu
Izinkanlah diri... kekasih sejati
Dekat denganmu kasih... kasih...


http://www.liriklagu.com/liriklagu_nr/QFace_Izinkanlah.html

Fill your heart with Allah


Tuesday, March 24, 2015

Karenah Muallim bikin berderau darah


Semalam budak bertuah seperti gambar di atas buat perangai pelik yang menderaukan darah ibu ayah dia.Umar Muallim atau nama panggilannya Muallim memang agak ligat gelagatnya hinggakan sampai satu masa ibu dia boleh jadi "hulk hogan" tau.

Nak tahu perangai apa yang dia buat semalam?

Dia boleh panjat esbox , melekat macam spiderman gitu.MasyaAllah mengucap panjang ibu dia bila tahu dia buat macam tu.Ayah dan kakak Ayla dia yang  nampak sebab ibunya sedang sibuk mengemas baju.Ibu punya mata dah nak terjengil keluar bila dengar, Ya Allah mujurlah tak tumbang esbox tu nak oooi.

Perbuatannya sangat pantas, tarik kalendar yang melekat di esbox kemudian pegang pintu esbox yang tingkat bawah kemudian kaki pijak kat pintu esbox melekat habis.Allahuakbar! Macam mana dia boleh terfikir nak buat macam tu erk?

Lepas ni kami semua kena sangat berhati-hati bila dia masuk ke dapur, Muallim ni memang suka sangat ke dapur.Dia rasa seronok sebab macam-macam benda  dia boleh buat, main akuarium, main tekan-tekan tv, main pancing ayahnya, usik makanan Fiona, masukkan baju dalam mesin basuh , amik penyapu dan penyodok konon-konon menyapu, buka penyendal pintu dapur, buka dan pasang kunci gerobok dan main manjat-manjat kat meja makan.Cergas kan dia ?

Rasa bersyukur sebab dikurniakan anak lelaki yang sihat dan cergas begitu cuma kena tahan sikit perasaan dan kawal kemarahan.In shaa Allah nanti bila dia dah besar sikit dalam umur 4 tahun saya pasti dia akan tertib.Behave je macam abang dia Dhiya Ulhaq.

Semoga Umar Muallim menjadi HERO ibu ayah dunia akhirat....aamin.