Siapa sangka makanan lazat mampu membantu memutihkan gigi, pasti ramai yang teruja kan?
Ini kerana gigi yang putih merupakan idaman siapa saja. Namun sangatlah tidak mudah memiliki gigi putih dengan cara yang sederhana dan mudah. Biasanya orang-orang menggunakan beberapa produk yang ditawarkan agar giginya lebih putih.
Namun kita sebaik-baiknya mencuba beberapa makanan yang bisa membantu dalam memutihkan gigi.
Jom kita lihat makanan apakah yang dapat memutihkan gigi kita.
1.Coklat hitam.
Coklat hitam dikenal dapat membantu memutihkan gigi kerana ia mengandungi bahan alami yang disebut dengan theobromine. Bahan ini dipercaya mampu mengeraskan permukaan enamel gigi,Hal itu sangatlah baik untuk mencegah makanan lain mengubah warna gigi anda. Namun ingat coklat yang dimaksud adalah coklat hitam bukanlah coklat susu yang mampu merosakkan gigi kita.
2.Strawberi.
Strawberi mengandungi zat yang dinamakan asam malat. Ia adalah enzim yang mampu menghilangkan noda pada gigi .Kita boleh menghaluskan strawberi dan campurkan dengan baking soda, dan oleskan di atas gigi untuk mencegah gigi berwarna kusam.
3 Keju.
Keju jika diambil boleh menambah jumlah pH pada mulut yang mendatangkan kesan terhadap pemutihan gigi .
4 Teh hijau.
Teh hijau selain bagus bagi untuk menguruskan badan ianya juga mampu memutihkan gigi. Ia mengandung polyphenols. Selain itu bahan ini mampu melawan asam dan bakteri di dalam gigi. Fluoride gigi juga meningkat dengan hadirnya zat tersebut.
5. Kacang-kacangan, biji-bijian, epal, dan buah pir.
Makanan seperti kacang yang memiliki tekstur yang kasar dipercaya boleh menggosok plak dan noda penyebab gigi kusam. Selain itu, Epal dan buah pir juga mengandung kandungan air yang tinggi yang mampu meningkatkan produksi air liur lalu memutihkan gigi.
No comments:
Post a Comment