Wednesday, June 18, 2014

Untuk mendapat mata yang sihat dan cantik


Untuk mendapat mata yang sihat dan cantik perlulah penjagaan luar dan dalaman. 

Nak cantik perlulah berkorban wang, masa dan tenaga.

Vitamin yang sesuai adalah Carotomax dan juga krim Eye treatment Enfuselle.Hanya 2 item je..tak susah kan untuk mendapatkan mata yang cantik.


Gabungan set ini telah terbukti secara klinikal :-
==================================

 ~ 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 14 hari.

~ 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa 2 minggu.

~  209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa 8 minggu.

~ 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa 8 minggu.

~ Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu.

~ Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata.

~ Dan kelebihannya adalah boleh juga digunakan di bahagian leher dan mulut.

~ Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.

Untuk mendapatkannya...boleh hubungi saya di 018 7944556.

Terima kasih.


Thursday, June 12, 2014

Tips melihat keajaiban rezeki

Assalammualaikum wbt.

Ingin saya kongsikan dengan teman2 semua dari pembacaan saya di http://www.resepikejayaan.com/ tentang amalan@ tips mudah  untuk melihat keajaiban rezeki.

1-Niat Kerana Allah
Sememangnya kita bekerja untuk hidup. Tetapi, jika niat kita pandukan kerana Allah, dengan izinnya kita akan keluar bekerja dengan penuh bersemangat dan berwajah ceria. Tugasan pula akan dilakukan dengan baik kerana jiwa dan tindakan sudah dipautkan kepada-Nya. Gaji yang kita peroleh, walau nampak sikit, akan terasa nikmatnya. Setiap niat itu akan mendatangkan hasil yang sama. Niat kerana Allah, pasti kita dapat semua yang kita minta kerana Allah itu Maha Kaya. Itulah antara Keajaiban Rezeki.

2-Sedekah
Percaya dan yakinlah bahawa rezeki itu takkan pernah berkurang dengan bersedekah. Walaupun gaji kita hanya ‘cukup-cukup makan’, sedekahlah sedikit tanpa ragu-ragu. Sedekah itu bukan dengan memasukkan duit ke dalam tabung-tabung amal saja namun ada sedekah yang lebih besar maknanya yang sering kali kita terlupa. Sedekah kepada kedua-dua ibu bapa dan keluarga. Biarpun dengan hanya belanja makan atau membelikan barang-barang dapur, dengan izinnya, berkatlah rezeki kita. Yakinlah dengan keajaiban rezeki yang kita akan dapat selepas itu.

3-Jangan Membazir
Membazir itu sikap syaitan. Inilah sebenarnya yang banyak melalaikan kita. Kita sering kali menyalahkan rezeki itu sempit. Cuba renung kembali, sudah berapa banyak makanan yang kita buang akibat sudah kenyang dan basi? Biarlah makan itu menjadi sekadar pengalas perut dan pemberi tenaga bukan untuk membuncitkan perut. Kawal nafsu daripada membeli barang-barang yang tidak menjadi keperluan seperti gajet mahal dan beg tangan berjenama.Beli supplement mahal takper...itu utk kesihatan badan mudah mencari rezeki.

Keajaiban Rezeki

4-Beri Makan Haiwan

Peminta sedekah pun beri makan kepada kucing. Tidakkah kita berasa malu dengan keadaan tersebut? Sedangkan kita, beri makan kucing pun kedekut. Maka, tidak malukah kita meminta kepada Allah untuk diluaskan rezeki? Janganlah kita menganggap haiwan itu sekadar hiasan di dunia. Setiap makhluk yang Allah jadikan ada sebabnya. Jadi, jika datang seekor kucing meminta makanan kepada kita ketika sedang makan di kedai, beri sajalah. Selain kucing ada pelbagai jenis haiwan yang anda boleh beri makan. Yakinlah dengan keajaiban rezeki yang Allah akan berikan.

5-Bantu Yang Memerlukan
Memang susah nak bantu orang jika kita sendiri dalam kesulitan. Namun, cubalah jangan sesekali merasakan kita akan miskin jika menghulurkan sedikit wang untuk membantu yang memerlukan. Korbankan kepentingan diri demi seseorang yang berada di dalam kecemasan. Allah pasti membalas pengorbanan itu. Justeru, jika ada jiran memohon untuk meminjam wang kerana ingin membeli ubat buat anaknya yang sakit, korbankanlah keinginan kita untuk membeli sehelai tudung baru. Anda akan dapati keajaiban rezeki itu datang dengan sendirinya.

Sebenarnya rezeki adalah perkara ajaib. Cuma kita belum mengerti tentang keajaiban rezeki.

Tuesday, June 10, 2014

Herbal Blend Krim Magic

Magic cream

Kebaikan Herbal Blend Shaklee ~ The Magic Cream Ever

Selalu sangat kehabisan stok di stokis....kenapa ehh...apa yang best sgt....nak tahu...jom scroll down....

Apalah istimewa sangat Herbal blend ni ye sampai berebut-rebut orang nak beli? Di sini saya kongsikan antara kebaikan krim unik ini :-)

Menghilangkan ekzema
1. Merawat eczema dan gatal-gatal akibat gigitan serangga
Herbal Blend sangat berkesan dalam merawat kesan gigitan nyamuk atau serangga. Setiap kali Faris terkena gigitan nyamuk atau semut, saya akan cepat-cepat sapukan krim Herbal Blend supaya tak melarat. Dan hasilnya sungguh memuaskan! Untuk eczema pun sesuai jugak tau..cepat je ruam tu hilang.



2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah
Masalah tumit pecah sememangnya memalukan. Masalah tumit kering dan pecah bukan sahaja berlaku kepada orang tua, tapi sesiapa sahaja boleh mendapat masalah ini. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu banyak berdiri dan berjalan. Saya juga pernah mengalami tumit pecah dan merekah. Jadi, saya menggunakan krim Herbal Blend untuk disapu pada tumit setiap hari..dan hasilnya, Alhamdulillah :-)

Herbal blend cream magic


3. Ubat luka atau melecur
Tak sangka pulak, Herbal Blend pun boleh digunakan untuk menggantikan minyak gamat. Seeloknya kena ada satu Herbal blend dalam setiap rumah, bila ada luka je, cepat baik. Untuk luka, kesan calar akibat cakaran kucing atau terkena benda panas. Semua pun boleh...macam tak percaya je kan? Kalau nak tahu, cubalah sendiri..

4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
Luka pada puting akibat gigitan si kecil? Huhu..pedihnya, Allah je yang tau. untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, Herbal Blend dapat membantu untuk merawat luka tersebut. Cepat je kering tau..Lagi pun,  Herbal blend ni sangat natural, jadi janganlah risau.. Ia tiada bahan kimia dan ia dijamin selamat untuk semua.

5. Menghilangkan parut
Kalau ada parut akibat chicken pox atau campak, cuba sapukan herbal blend. InsyaAllah parut akan pudar dan menghilang entah ke mana...

6. Ruam pada bayi
Bayi sememangnya senang terkena ruam, terutamanya ruam lampin. Adakalnya sampai melarat-larat. macam saya dulu, bermacam-macam krim saya cuba. Masa tu kesian sangat coz tak kenal lagi Herbal Blend. Terpaksalah bagi krim yang ada steroid bagai. Tapi lepas-lepas ni, tak mau lagi dah. Herbal blend kan ada..Jangan tak tau, Herbal Blend mampu melegakan rasa pedih dan insyaAllah akan merawat ruam lampin tersebut. 

7. Losyen harian
Saya juga gunakan Herbal Blend sebagai losyen harian. 

Supaya tangan sentiasa lembut.. Herbal Blend tidak 

berminyak. Jadi sememangnya nyaman dan selesa.

8. Meredakan demam panas

 Sesuai untuk disapu pada keseluruhan badan anak yang 

sedang demam.

Kenapa saya harus pilih Herbal Blend?
Herbal Blend  diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi :-

...horse hestnut, bunga yarrow, daun sage, dan juga rosemary. Ia telah diuji secara klinikal bagi melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah, seperti tumit, lutut dan siku. Ia dingin, bermentol dan tidak berminyak.

Rakan Shaklee Anda
Noorfadzilah binti A Aziz (Dila) 
♥ SMS/WhatsApp : 018 7944556
♥ Email : kaiyisah2008@gmail.com

Pick Up/COD Area:Pasir Gudang,Masai,Kota Putri,Seri Alam.


Penghantaran seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia

Monday, June 9, 2014

Khasiat Ostematrix Shaklee



APA ITU OSTEMATRIX ?

Lebih daripada Sekadar Kalsium

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam 


pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, 

tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil 

dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
 
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 




APA FUNGSI OSTEMATRIX?

1)Membantu Mengurangkan Risiko Osteoporosis

Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian 

daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. Sebagai 

tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat.

2)Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal

3)Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.

4)Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, 

kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.

5)Melancarkan pembuangan air besar.

6)Membantu pengeluaran susu ibu dengan lebih baik.

7)Menghilangkan keletihan akibat penat bekerja.

8)Mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang.

TESTIMONIAL OSTEMATRIX


Saya sendiri adalah testimonial bergerak Ostematrix sebab sejak dah beranak 5 .

Keperluan kalsium tu sangat tinggi.

Takut semakin banyak kehilangan gigi dan tulang pula cepat mereput...tak nakla macam 

tu...saya nak tulang saya cantik dan padat.

Ringkasannya, saya ambil ostematrix kerana:-

1.Elakkan sembelit - sangat lawas pembuangannya.

2.Kaki takde rasa kebas2 dan simpul biawak.

3.Nak buang "water retention".

4.Bangun pagi nak rasa cergas...takmo malas2 nak bangun pagi walaupun tak cukup tidur.

5.Nak ceria je...tak nak moody2 ni..orang tak suka tau.

6.Nak gigi dan tulang yg sihat.






Credit to Miracle Vitamins & leonaonlineboutigeshoppe.


Nak order? Jom hubungi saya:-

Rakan Shaklee Anda
Noorfadzilah binti A Aziz (Dila) 
♥ SMS/WhatsApp/Wechat : 018 7944556
♥ Email : kaiyisah2008@gmail.com
Pick Up/COD Area:Pasir Gudang,Masai,Kota Putri,Seri Alam.

Penghantaran seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia














Wednesday, June 4, 2014

15 fakta menarik di sebalik SENYUMAN & KETAWA

15 Fakta Menarik Tentang KETAWA



1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.


6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.





12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

” SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”. Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekadar nya sahaja ok.

JOM KURUS dengan Cinch Shake Mix Shaklee


Assalammualaikum wbt dan salam ukhwah buat pengunjung blog.Terima kasih sudi 

meluangkan masa singgah sebentar di sini.

Saya tahu ramai di antara kita termasuk saya sendiri suka sangat survey produk nak kurus 

ni.Saya sendiri dah mencuba pelbagai produk untuk kurus ni sampai pernah jadi model satu 

produk kurus yang popular sekitar tahun 2004/2005 dan glamour sekejap masuk iklan

Harian Metro tau.hehehhe itu semua tinggal kenangan.

Brand P***** tersebut memang berkesan tapi sayangnya kemunculannya hanya 

seketika.Sedih saya tau...sob sob....terpaksala saya cari brand lain.Yang mahal..yang murah 

semua saya dah cuba....nak kurus punya pasal.

Selepas survey2 tu terjumpalah dengan Cinch Shake Mix Shaklee yang ada 3 perisa 

iaitu :-

Cafe Latte, Chocolate dan Vanilla.

Jom berkenalan dengan CINCH SHAKE MIX SHAKLEE yang best ni.


KENALI CINCH SHAKE MIX SHAKLEE

Campuran Proprietari Protein dengan Leusina

•    Bebas Laktos

•    Rendah glisemik


•    Soya Bukan-GMO

Cinch® Shakes sangat enak dan merupakan cara yang berkhasiat untuk membantu 


dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan anda rasa puas semasa menurunkan berat 

badan.

•    Diperkaya dengan Leucine™ bagi mengekalkan otot semasa anda menurunkan berat badan.


•    Kaya dengan protein bagi membantu anda rasa kenyang dan puas.


•    Tinggi serat dengan enam gram bagi setiap hidangan.




TAHUKAH ANDA

*Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori.  

*Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda.

*Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut.

*Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina.Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan.
INI BERMAKNA TIADA ISTILAH DIET YO YO yang pernah kita alami sebelum ini kerana dengan Cinch Shake Miz Shaklee otot kita akan terpelihara dan hanya lemak yang berkurangan.


KELEBIHAN Cinch Shake Mix Shaklee

[✔] Menyimpan otot sedia ada dan memelihara otot dari rosak

[✔] Membakar lemak yang tidak diingini

[✔] Mengurangkan inci yang tidak diingini

[✔] Makanan segera untuk mereka yang aktif

[✔] Tinggi kandungan serat dan memberi rasa puas dan kenyang

[✔] Mengandungi nutrisi lengkap untuk memelihara keseluruhan kesihatan

[✔] Diperkaya dengan leucin untuk memelihara otot

[✔] Merupakan meal replacement yang sihat dan mengenyangkan


Saya dan Cinch Shake Mix Shaklee Cafe Latte di waktu sahur sangat ringkas dan berkhasiat




TESTIMONIAL
  





Jom bergerak pantas dapatkan Cinch Shake Mix Shaklee dengan saya rakan Shaklee anda:-

Noorfadzilah binti A Aziz (Dila) 

♥ SMS/WhatsApp/Wechat : 018 7944556
♥ Email : kaiyisah2008@gmail.com

Pick Up/COD Area:Pasir Gudang,Masai,Kota Putri,Seri Alam.
Penghantaran seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia


Credit to : Natural Vitamin Shoppe
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


Monday, June 2, 2014

SET MERAWAT RESDUNG



APA ITU PENYAKIT RESDUNG?
Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.

APAKAH SIMPTON PENYAKIT RESDUNG?
1.Hidung selalu tersumbat
2.Lendir dari hidung dan tekak
3.Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
4.Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
5.Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
6.Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya


Kepada anda yang mengalami tanda resdung seperti di atas, cepat-cepatlah bertindak sebelum penyakit resdung anda menjadi lebih kritikal. Banyak ubat resdung yang ada dipasaran. Oleh itu bertindaklah segera.

Shaklee mempunyai supplemen yang mampu mengawal resdung iaitu:-

1.B Complex
2.Vitamin C
3.Alfalfa



Mari order set resdung ini dengan saya:-

Noorfadzilah binti A Aziz (Dila) 
♥ SMS/WhatsApp/Wechat : 018 7944556
♥ Email : kaiyisah2008@gmail.com
♥ FB : Noorfadzilah Anor A Aziz

Pick Up/COD Area:Pasir Gudang,Masai,Kota Putri,Seri Alam.
Penghantaran seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia


Credit to:http://naturalvitaminshoppe.blogspot.de/2013/01/set-resdung-shaklee.html