Assalammualaikum wbt.
Ingin saya kongsikan dengan teman2 semua dari pembacaan saya di http://www.resepikejayaan.com/ tentang amalan@ tips mudah untuk melihat keajaiban rezeki.1-Niat Kerana Allah
Sememangnya kita bekerja untuk hidup. Tetapi, jika niat kita pandukan kerana Allah, dengan izinnya kita akan keluar bekerja dengan penuh bersemangat dan berwajah ceria. Tugasan pula akan dilakukan dengan baik kerana jiwa dan tindakan sudah dipautkan kepada-Nya. Gaji yang kita peroleh, walau nampak sikit, akan terasa nikmatnya. Setiap niat itu akan mendatangkan hasil yang sama. Niat kerana Allah, pasti kita dapat semua yang kita minta kerana Allah itu Maha Kaya. Itulah antara Keajaiban Rezeki.
2-Sedekah
Percaya dan yakinlah bahawa rezeki itu takkan pernah berkurang dengan bersedekah. Walaupun gaji kita hanya ‘cukup-cukup makan’, sedekahlah sedikit tanpa ragu-ragu. Sedekah itu bukan dengan memasukkan duit ke dalam tabung-tabung amal saja namun ada sedekah yang lebih besar maknanya yang sering kali kita terlupa. Sedekah kepada kedua-dua ibu bapa dan keluarga. Biarpun dengan hanya belanja makan atau membelikan barang-barang dapur, dengan izinnya, berkatlah rezeki kita. Yakinlah dengan keajaiban rezeki yang kita akan dapat selepas itu.
3-Jangan Membazir
Membazir itu sikap syaitan. Inilah sebenarnya yang banyak melalaikan kita. Kita sering kali menyalahkan rezeki itu sempit. Cuba renung kembali, sudah berapa banyak makanan yang kita buang akibat sudah kenyang dan basi? Biarlah makan itu menjadi sekadar pengalas perut dan pemberi tenaga bukan untuk membuncitkan perut. Kawal nafsu daripada membeli barang-barang yang tidak menjadi keperluan seperti gajet mahal dan beg tangan berjenama.Beli supplement mahal takper...itu utk kesihatan badan mudah mencari rezeki.
4-Beri Makan Haiwan
Peminta sedekah pun beri makan kepada kucing. Tidakkah kita berasa malu dengan keadaan tersebut? Sedangkan kita, beri makan kucing pun kedekut. Maka, tidak malukah kita meminta kepada Allah untuk diluaskan rezeki? Janganlah kita menganggap haiwan itu sekadar hiasan di dunia. Setiap makhluk yang Allah jadikan ada sebabnya. Jadi, jika datang seekor kucing meminta makanan kepada kita ketika sedang makan di kedai, beri sajalah. Selain kucing ada pelbagai jenis haiwan yang anda boleh beri makan. Yakinlah dengan keajaiban rezeki yang Allah akan berikan.5-Bantu Yang Memerlukan
Memang susah nak bantu orang jika kita sendiri dalam kesulitan. Namun, cubalah jangan sesekali merasakan kita akan miskin jika menghulurkan sedikit wang untuk membantu yang memerlukan. Korbankan kepentingan diri demi seseorang yang berada di dalam kecemasan. Allah pasti membalas pengorbanan itu. Justeru, jika ada jiran memohon untuk meminjam wang kerana ingin membeli ubat buat anaknya yang sakit, korbankanlah keinginan kita untuk membeli sehelai tudung baru. Anda akan dapati keajaiban rezeki itu datang dengan sendirinya.
Sebenarnya rezeki adalah perkara ajaib. Cuma kita belum mengerti tentang keajaiban rezeki.
No comments:
Post a Comment