Assalammualaikum wbt dan salam kasih sayang semua......
Oleh kerana agak lama menyepi dari blog, saya nak beritahu semua pengunjung blog saya yang saya sebenarnya masih aktif dengan Shaklee.
Alhamdulilah, walaupun sales saya tak sehebat pengedar yang lain tapi syukur kerana masih ada rezeki untuk anak-anak syurga saya.
Syukur sangat sebab walaupun saya tak buat marketing seperti zaman mula-mula saya buat Shaklee ni tapi berkat amalan yg master saya turunkan, alhamdulilah janji Allah itu pasti.
Bagi sahabat yang ingin order Shaklee, boleh inbox di FB saya:Nooorfadzilah Anor A Aziz .
Kawasan untuk COD ialah seluruh Pasir Gudang dan Masai.
In shaa allah, harga terbaik akan diberi pada mereka yang pandai membodek saya...heheheh...
( ayat kelako )
Assalammualaikum....in shaa allah ada usia dan masa lagi saya akan kembali berceloteh di laman sihatcantikmulus ini.
Monday, March 21, 2016
Saturday, October 24, 2015
My Sacrifice
Assalammualaikum wbt......
Dah lama sangat tak berceloteh di blog, sangat sibuk dengan kerja hakiki sehingga tak terasa yang masa dah berlalu dengan pantas.
Maaf kepada teman-teman yang sentiasa menunggu update dari saya.
Inilah pengorbanan yang saya perlu lakukan untuk mengejar kejayaan dalam bidang kerja hakiki saya sekarang.
In shaa Allah, jika saya ada kelapangan saya akan kembali update.
Terima kasih semua.....
Its my sacrifice!
Dah lama sangat tak berceloteh di blog, sangat sibuk dengan kerja hakiki sehingga tak terasa yang masa dah berlalu dengan pantas.
Maaf kepada teman-teman yang sentiasa menunggu update dari saya.
Inilah pengorbanan yang saya perlu lakukan untuk mengejar kejayaan dalam bidang kerja hakiki saya sekarang.
In shaa Allah, jika saya ada kelapangan saya akan kembali update.
Terima kasih semua.....
Its my sacrifice!
Thursday, August 20, 2015
Selamat Hari Lahir Anakku Kaiyisah
Setiap bulan sejak tahun lepas dia akan menghitung hari untuk sampai ke tarikh ulangtahun kelahirannya, dialah budak bertuah yang comel Kaiyisah Hanis Safiya namanya.
Sampai lagi beberapa hari nak sampai ke tarikh 20hb, saya menyakat dia yang tarikh 20hb tu tak wujud untuk tahun ini. Terus airmatanya bergenang, saya pula terus gelakkan dia. ( kelakar dan kesian pun ada bila tengok mimik wajah dia...heheheh nasiblah dapat ibu nakal macam saya ni ).
Lurus betul Kaiyisah, dia betul-betul percaya yang tarikh 20hb tu tiada dalam kalendar tahun ni.
Saya biarkan dia bersedih sampai keesokkannya, ayahnya tanya nak makan apa hari ni? Hari ni kan birthday Kaiyisah, dia terus menjerit kat saya..."ibu ni, memang tau . Tak baik buat Kaiyisah.Kaiyisah ingat memang betul-betul takde birthday Kaiyisah."
Alhamdulilah, hari lahir Kaiyisah berlalu dengan cerianya. Anak bertuah tu gembira sebab dapat makan makanan kegemarannya walaupun jauh di sudut hati kami rasa sayu juga sebab akak Uzma tak dapat join sekali celebrate bersama-sama.
"Selamat hari lahir Kaiyisah yang ke tujuh tahun, semoga menjadi anak yang solehah, alimah dan hafizah. Allah sayang kamu Nomel! "
Sunday, August 2, 2015
Ciri-ciri anak sulung
Assalammualaikum wbt dan salam kasih sayang semua.....
Entah kenapa tiba-tiba saya nak google ciri-ciri anak sulung ni. Ada tak persamaan dengan diri saya ni, bila jumpa gambar di atas tu terus tersenyum sendiri....hehehhehe
No.1 - keras kepala tapi care.....ada betul sikit kot tapi bab care tu memang ada cuma cara saya "care" kat orang, orang tak nampak.
No.2 - bab marah ni memang betul.....memang saya akui saya garang tapi ramai yang tak percaya sebab hanya yang rapat dengan saya je yang tahu betapa garangnya saya.
No.3 - sensitif atau erti kata lain hati tisu....memang saya akui...sangat sensitif ...sensitif pada kata-kata dan perbuatan orang.Kadang-kadang ada orang tu cakap tak terniat pun nak marah saya dia marah orang lain tapi saya ingat dia marah saya. Tapi sekarang saya dah cuba sikit-sikit untuk tidak terlalu sensitif.
No.4 - Selalu ingat kawan lama....ingatan tu memang sentiasa ada pada kawan lama terutama yang baik dengan saya. Kalau kawan lama yang pernah menyakitkan hati memang saya tak nak ingat buat sakit hati je buat apa kan?
No.5 - Kaki Shopping - Kalau ada duit kat tangan memang sekejap boleh habis bila saya bershopping, tapi sejak dah ada family ni saya memang tahan je niat nak bershopping ni. Saya banyak minta suami shopping kan barang saya...hehehhe...ngelat kan?
No.6 - Suka menolong orang bila orang minta tolong.....ini adalah kelebihan orang sensitif kot sebab dia tak boleh tengok orang lain susah so dia mesti nak tolong. Saya suka bayangkan kalau aku susah nanti harap2 ada yang sudi menolong......alhamdulilah betul janji Allah. What you give, you get back .
No.7 - ini memang tak faham lansung...abaikan je...hehehhe
No.8 - rajin, ramah dan penyayang.......rajin sebab mak dan ayah dah latih dari kecik untuk rajin. Ramah ni memang ikut mood, kalau rasa nak tegur saya tegur kalau tak saya senyum je. Penyayang sebab sifat seorang kakak dan seorang ibu ada dalam diri kot. Saya pun sayang kat kucing saya walaupun dia suka buang bahan kumbahannya di depan rumah.
Mungkin ada lagi ciri-ciri yang ada pada anak sulung yang tak tertera kat gambar tu, salah satunya sifat sebagai pelindung. Tak kira lelaki atau perempuan, anak sulung pasti akan protect adik-adik dan juga ibu ayah mereka.
Saya bersyukur kerana dilahirkan sebagai anak sulung walaupun tanggungjawab agak besar dan berat tapi its okay...adventure sikit barulah ada challenge dalam hidup. ;)
Senyum dari mata.....
Saturday, August 1, 2015
Bangkit dari kegagalan
Kegagalan pasti pernah menjengah kehidupan seseorang termasuklah saya. Kegagalan mengajar erti kesabaran dan kewarasan dalam menanganinya.
Ada yang mengambil masa sangat lama untuk bangkit kembali dan ada yang sekejap dah bangun semula untuk mencuba.Apapun bentuk kegagalan itu kita kena kuat dan tabah mengharunginya. Usah biarkan kekecewaan buat kita terus tenggelam. Renung kembali apa yang telah kita buat dan perbaikinya untuk cipta kejayaan.
In shaa Allah, teruskan berdoa dan berusaha dengan bijaknya. Semoga kejayaan akan menjadi milik kita. Aamin.
Friday, July 10, 2015
Setelah setengah tahun di madrasah
Assalammualaikum wbt.....dan salam sayang semua.....
Dalam keterujaan saya bercerita tentang puteri sulung saya belajar di madrasah An Nuur, rupanya ada yang lebih teruja ingin tahu lebih lanjut perkembangan Nur Uzma.Alhamdulilah, tak sangka perkongsian saya ni membuahkan rasa minat insan lain untuk hantar anak ke Madrasah Annuur untuk melahirkan lebih ramai lagi generasi Al Quran.Allahuakbar!
Dalam keterujaan saya bercerita tentang puteri sulung saya belajar di madrasah An Nuur, rupanya ada yang lebih teruja ingin tahu lebih lanjut perkembangan Nur Uzma.Alhamdulilah, tak sangka perkongsian saya ni membuahkan rasa minat insan lain untuk hantar anak ke Madrasah Annuur untuk melahirkan lebih ramai lagi generasi Al Quran.Allahuakbar!
Sayang adik akak - Uzma
Setelah setengah tahun di madrasah, Uzma sudah hampir menghafal surah Yasin kerana hanya lagi beberapa ayat dia perlu lancarkan.Setiap kali berjumpa kami dia pasti membaca semua surah-surah yang telah dihafalnya. Selalu airmata saya akan bergenang mengenangkan kebesaran Allah memberi kelancaran buat anak syurga saya.
Subhanaallah, Allah permudahkan Uzma menghafal Al Quran dan semoga dia akan terus menjadi contoh kepada adik-adiknya.Contoh terbaik dari segi dunia dan akhirat kerana pada Uzma, tiada yang mustahil untuk genggam kejayaan jika benar-benar berusaha dan istiqomah.
Saya bersyukur kerana di madrasah ,Uzma dikelilingi insan-insan yang sentiasa memberi semangat untuk berubah ke arah menjadi hamba yang solehah.Hidup dan mati kerana Allah, semua kerana Allah.
Saya berharap ramai lagi ibu bapa yang akan menghantar anak ke madrasah @ pusat tahfiz untuk kita mencapai kejayaan yang sebenar iaitu kemenangan di akhirat.Semoga anak-anak kita akan menjadi asbab kita menghuni syurga dengan adanya seorang anak yang ada 30 juzuk di dadanya.
Yakinlah akan rezeki yang Allah beri di kala ibu bapa risaukan kos perbelanjaannya kerana Allah pasti akan berikan ganjaran setiap sumbangan kita kepada jalan Allah.Yakinlah kawan-kawanku, niat yang baik Allah pasti akan permudahkan.
In shaa Allah, bertemu kita lagi di lain lembaran.
Thursday, July 9, 2015
Cabaran paling besar dalam berblogging
Assalammualaikum wbt dan Salam Ramadhan semua.
Tinggal beberapa hari lagi saja Ramadhan akan berlalu meninggalkan kita semua...semoga Ramadhan kali ini bukanlah yang terakhir untuk kita.
Alhamdulilah..dalam diam tak diam saya dah setahun berblogging....masih lagi bertatih dan banyak perlu dipelajari.
Dalam berblogging ni cabaran yang paling besar pada saya ialah untuk maintain setiap hari untuk buat entry. Ada masanya saya boleh buat sehingga 5 entri sehari, itu memang time mood mengena abis la tu.Idea tengah mencurah-curah memang tak boleh disekat-sekat lagi.
Tapi kalau mood takde atau tengah kesibukan yang melampau memang tak kan ada satu entry pun yang dipost...hehehehhe
Lepas ni kena lebih berdisplin lagi memandangkan dah ada followers yang selalu nanti-nantikan saya berceloteh di blog.Bersyukur kerana ada yang sudi follow blog saya....alhamdulilah. Terima kasih ya,...semoga blog saya memberi manfaat kepada semua dan juga kenangan dari saya bila saya sudah tiada nanti.
Wassalam dan bersua lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)




