Dalam keterujaan saya bercerita tentang puteri sulung saya belajar di madrasah An Nuur, rupanya ada yang lebih teruja ingin tahu lebih lanjut perkembangan Nur Uzma.Alhamdulilah, tak sangka perkongsian saya ni membuahkan rasa minat insan lain untuk hantar anak ke Madrasah Annuur untuk melahirkan lebih ramai lagi generasi Al Quran.Allahuakbar!
Sayang adik akak - Uzma
Setelah setengah tahun di madrasah, Uzma sudah hampir menghafal surah Yasin kerana hanya lagi beberapa ayat dia perlu lancarkan.Setiap kali berjumpa kami dia pasti membaca semua surah-surah yang telah dihafalnya. Selalu airmata saya akan bergenang mengenangkan kebesaran Allah memberi kelancaran buat anak syurga saya.
Subhanaallah, Allah permudahkan Uzma menghafal Al Quran dan semoga dia akan terus menjadi contoh kepada adik-adiknya.Contoh terbaik dari segi dunia dan akhirat kerana pada Uzma, tiada yang mustahil untuk genggam kejayaan jika benar-benar berusaha dan istiqomah.
Saya bersyukur kerana di madrasah ,Uzma dikelilingi insan-insan yang sentiasa memberi semangat untuk berubah ke arah menjadi hamba yang solehah.Hidup dan mati kerana Allah, semua kerana Allah.
Saya berharap ramai lagi ibu bapa yang akan menghantar anak ke madrasah @ pusat tahfiz untuk kita mencapai kejayaan yang sebenar iaitu kemenangan di akhirat.Semoga anak-anak kita akan menjadi asbab kita menghuni syurga dengan adanya seorang anak yang ada 30 juzuk di dadanya.
Yakinlah akan rezeki yang Allah beri di kala ibu bapa risaukan kos perbelanjaannya kerana Allah pasti akan berikan ganjaran setiap sumbangan kita kepada jalan Allah.Yakinlah kawan-kawanku, niat yang baik Allah pasti akan permudahkan.
In shaa Allah, bertemu kita lagi di lain lembaran.
No comments:
Post a Comment