YES!!!JANJI ALLAH ITU PASTI BAGI MEREKA YANG BERUSAHA & BERDOA.
Alhamdulilah......akhirnya impian saya untuk menjana pendapatan 4 angka dengan
Shaklee tercapai.Hari ini 14hb Julai, dengan semangatnya pagi-pagi saya check balance
dalam bank.Opss belum masuk lagi daaa....tak sabar benar saya ni kan....sabar sabar...pujuk
hati.
Akhirnya dah masuk bonus saya hasil usaha berkongsi dan menjual produk Shaklee
serta doa orang-orang yang dekat dengan saya.
Walaupun saya masih bekerja dengan orang, namun saya tetap boleh mendapat bonus 4
angka dan naik rank sebagai Supervisor.Ada lagi tangga-tanga yang perlu saya daki,
pendakian saya bukanlah berseorangan kerana saya ada "anak-anak" dalam kumpulan saya
yang perlu dibimbing sebaiknya.
Saya bukanlah jenis orang yang suka nikmati kebaikan sendirian, saya memang suka
berkongsi dan membantu mereka yang memerlukan.
Bagaimana saya mendapatkan income atau menjana pendapatan sampingan 4 angka dengan
Shaklee?
Tentulah perkara paling utama adalah :-
1.Upline yang hebat
Sebenarnya saya ada 2 orang calon untuk menjadi UPLINE saya.Amat berbelah-bagi
untuk memilih mereka kerana mereka baik-baik belaka dan sangat hebat dalam
marketing.Namun faktor tempoh perkenalan membuatkan saya memilih upline saya
sekarang.Beliau menunggu agak lama untuk saya berdaftar di bawah ID nya.
Berkat sokongan dan tunjuk ajar beliau membuatkan saya MASIH TEGAR berjuang dalam
Shaklee.Doanya buat saya tidak pernah putus dan saya akan kenang jasanya kerana
sanggup membakar semangat saya hari-hari.
Terima kasih Master Noor Hayati!
2. Usaha yang kuat dan gigih
Dalam apa jua bidang yang kita lakukan jika usaha kita lebih dari orang lain, kita akan
MENANG.Pengorbanan yang saya lakukan adalah kurangkan masa tidur,kurangkan makan
dan kurangkan masa berehat-rehat.
Saya yakin kerana kesusahan yang saya lalui ini akan berbalas dengan KEMANISAN.
3.Ilmu dan kebijaksanaan
Allah menganugerahkan kita akal dan fikiran serta pancaindera lain untuk kita belajar dan
menghayati apa yang kita belajar.Bukan sekadar membaca sahaja tapi perlukan skill-skill
tertentu untuk anda berjaya dalam bidang pemasaran.Bukan sahaja menerima apa yang
dipelajari, perlu bersikap kreatif dan inovatif untuk mendahului pesaing yang lain.
Jika anda join group saya, in shaa Allah saya akan berkongsi dengan anda di dalam group
rahsia saya.
4.Restu
Suami, anak-anak, ayah , emak,adik beradik serta kawan-kawan sangat menyokong
saya.Alhamdulilah.
Sanggup tukar brand untuk memberi sokongan moral kepada saya.Saya sayang semua
sebab itu saya kongsi kebaikan brand Shaklee dengan mereka.
Sanggup menolong saya di kala saya sangat-sangat memerlukan bantuan.
Himpunan doa setiap hari saya terima dari mereka.Alhamdulilah.
Doa, restu serta sokongan amat-amat saya hargai, hanya ALLAH yang mampu membalas
budi baik kalian.
5.Pesaing
Selagi saya bernyawa, in shaa Allah semangat juang saya ini akan tetap berterusan.
Walau berjuta pesaing saya di dunia ini dan sekecil mana pun saya di mata mereka,
dengan izin Allah saya akan tetap terus berjuang menjadi yang terbaik antara yang
terbaik.ALLAHUAKBAR.
Terima kasih kerana anda senyap-senyap memerhatikan saya dan ada juga try tackle dan
menggoda saya untuk join business anda.
Maaf, saya menolak anda dengan penuh penghormatan kerana saya bukan seorang
yang boleh duduk diam, terima duit tanpa berusaha.
Wahai pesaing-pesaingku, sama-samalah kita berjuang ke arah perjuangan yang lebih
berkat agar kita siap dan cukup untuk bekalan di akhirat nanti.
In shaa Allah.
SALAM MENUJU KEJAYAAN,
Noorfadzilah binti A Aziz
Whatsapp :-018-7944556
Pengedar Shaklee
COD:Pasir Gudang,Masai dan Plentong.
Tahniah Dila !!! Dila dah buktikan. 3 bulan jadi Pengedar sah Shaklee Dila berjaya jejak ank tangga pertama Shaklee iaitu SUPERVISOR Shaklee. Teruskan momentum yang sama..didik lebih ramai anak2 Dila utk sama2 berjaya jana income hebat dengan Shaklee !
ReplyDeleteAll the best ! <3
Alhamdulilah master Yati Napi.....terima kasih banyak2 ats tunjuk ajar serta sokongan yang berterusan.
DeleteIn shaa Allah Dila akan mendaki bersama anak2.....menuju ke PUNCAK JAYA dan mengOPTIMUMKAN kehidupan dunia akhirat.
Semua kerana Allah.
(Terkedu sekejap bila mak datang ke blog :))