Friday, July 10, 2015

Setelah setengah tahun di madrasah

Assalammualaikum wbt.....dan salam sayang semua.....

Dalam keterujaan saya bercerita tentang puteri sulung saya belajar di madrasah An Nuur, rupanya ada yang lebih teruja ingin tahu lebih lanjut perkembangan Nur Uzma.Alhamdulilah, tak sangka perkongsian saya ni membuahkan rasa minat insan lain untuk hantar anak ke Madrasah Annuur untuk melahirkan lebih ramai lagi generasi Al Quran.Allahuakbar!

Pengalaman di Madrasah
Sayang adik akak - Uzma

Setelah setengah tahun di madrasah, Uzma sudah hampir menghafal surah Yasin kerana hanya lagi beberapa ayat dia perlu lancarkan.Setiap kali berjumpa kami dia pasti membaca semua surah-surah yang telah dihafalnya. Selalu airmata saya akan bergenang mengenangkan kebesaran Allah memberi kelancaran buat anak syurga saya.

Subhanaallah, Allah permudahkan Uzma menghafal Al Quran dan  semoga dia akan terus menjadi contoh kepada adik-adiknya.Contoh terbaik dari segi dunia dan akhirat kerana pada Uzma, tiada yang mustahil untuk genggam kejayaan jika benar-benar berusaha dan istiqomah.

Saya bersyukur kerana di madrasah ,Uzma dikelilingi insan-insan yang sentiasa memberi semangat untuk berubah ke arah menjadi hamba yang solehah.Hidup dan mati kerana Allah, semua kerana Allah.

Saya berharap ramai lagi ibu bapa yang akan menghantar anak ke madrasah @ pusat tahfiz untuk kita mencapai kejayaan yang sebenar iaitu kemenangan di akhirat.Semoga anak-anak kita akan menjadi asbab kita menghuni syurga dengan adanya seorang anak yang ada 30 juzuk di dadanya.

Yakinlah akan rezeki yang Allah beri di kala ibu bapa risaukan kos perbelanjaannya kerana Allah pasti akan berikan ganjaran setiap sumbangan kita kepada jalan Allah.Yakinlah kawan-kawanku, niat yang baik Allah pasti akan permudahkan.

In shaa Allah, bertemu kita lagi di lain lembaran.



Thursday, July 9, 2015

Cabaran paling besar dalam berblogging

Assalammualaikum wbt dan Salam Ramadhan semua.

Tinggal beberapa hari lagi saja Ramadhan akan berlalu meninggalkan kita semua...semoga Ramadhan kali ini bukanlah yang terakhir untuk kita.

Alhamdulilah..dalam diam tak diam saya dah setahun berblogging....masih lagi bertatih dan banyak perlu dipelajari.

Dalam berblogging ni cabaran yang paling besar pada saya ialah untuk maintain setiap hari untuk buat entry. Ada masanya saya boleh buat sehingga 5 entri sehari, itu memang time mood mengena abis la tu.Idea tengah mencurah-curah memang tak boleh disekat-sekat lagi.

Tapi kalau mood takde atau tengah kesibukan yang melampau memang tak kan ada  satu entry pun yang dipost...hehehehhe

Lepas ni kena lebih berdisplin lagi memandangkan dah ada followers yang selalu nanti-nantikan saya berceloteh di blog.Bersyukur kerana ada yang sudi follow blog saya....alhamdulilah. Terima kasih ya,...semoga blog saya memberi manfaat kepada semua dan juga kenangan dari saya bila saya sudah tiada nanti.

Wassalam dan bersua lagi.






Wednesday, July 1, 2015

Keseronokan bisnes Shaklee

Muslimah seronok bisnes Shaklee

Sebut tentang keseronokan bisnes Shaklee ni, Ramai yang kata saya kelihatan seronok bisnes Shaklee sebab dah setahun lebih saya bersama Shaklee.Mau tak seronok bisnes Shaklee , sebab bukan setakat dapat bonus tengah bulan tapi kesihatan fizikal  dan mental pun dapat malah ketenangan jiwa juga.

Selain dari itu, saya dapat banyak ilmu baru yang diperolehi dari tunjuk ajar upline dan super upline.Apa ilmu yang saya dapat ? Rahsia.....kalau nak tahu kenalah join kumpulan saya di mana asasnya adalah BERNIAGA KERANA ALLAH. 

Apa yang penting disini adalah keinginan untuk belajar, banyak manapun upline nak curahkan ilmu kalau diri sendiri tak nak buat memang tak datanglah perasaan seronok dan syoknya. 

Sejujurnya saya katakan, amalan-amalan yang diajar dan saya istiqomah amalkan membawa kepada penghijrahan saya.Amalan yang dibuat sebenarnya membantu melembutkan hati, menenangkan jiwa dan menambah kekuatan iman. Apakah amalan2 itu ? Biarlah rahsia kerana ianya ekslusif untuk member group kami. Jika serius nak tahu, sudi-sudikanlah join bisnes Shaklee dengan group saya.

Lagi satu yang seronoknya bisnes Shaklee ni bila kita kongsikan kebaikan produk lepas tu ada yang beli dan share testimonial yang positif.Alhamdulilah mereka percaya kan saya sebagai penjual online.


Penjual online Shaklee

Untuk anda yang dah mula terasa teruja nak join dan nak rasa keseronokan yang saya rasa dalam bisnes Shaklee ni, bolehlah whatsapp saya di 018 7944556 atau PM di FB saya Dila A Aziz.
Jom cuba! Tak cuba tak tahu.
Tak kenal maka tak cinta.

( Haiiiii....bertambah seronoknya bisnes Shaklee secara berjemaah kan ? )

Bisnes Shaklee memang best






Cergas dengan Alfalfa

Cergas bersama Shaklee

Beberapa hari sebelum bulan puasa menjelma, saya pasti akan dihujani pertanyaan dari kaum keluarga juga teman-teman tentang vitamin mana yang bagus untuk kekalkan kecergasan di bulan puasa. Seperti biasa saya akan beri beberapa pilihan berdasarkan bajet masing-masing.

Untuk yang bajet bawah RM60.00 , saya akan sarankan ambil Alfalfa. Alfalfa ini akan memberi cukup nutrisi untuk keperluan seharian.

Testimonial adik saya sendiri, sahur makan kurma 3 biji , Alfalfa makan 5 biji dan air kosong.Syukur alhamdulilah, kerja 12 jam tetap rasa "steady". Alhamdulilah, saya pun tumpang gembira sebab dapat kongsi sesuatu yang mendatangkan kebaikan.

JOM CERGAS BERSAMA SHAKLEE DI BULAN PUASA.

Poster di bawah menunjukkan beberapa kebaikan Alfalfa.

Untuk anda yang inginkan kecergasan berpanjangan tak kira dalam bulan puasa atau pun tidak, boleh hubungi saya rakan Shaklee anda iaitu Dila.

Noorfadzilah binti A Aziz
018-7944556
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
COD:Pasir Gudang/Masai/Seri Alam