Monday, July 25, 2016

Pemberian Syawal


Alhamdulilah....
Syukur ke hadrat Allah kerana memberikan kesempatan untuk kita menikmati Syawal biarpun dalam serba sederhana.

Syawal kali ini lebih indah bagiku sekeluarga setelah Ramadhan diuji dengan pelbagai ujian yang mendatang. Allah menguji kesabaran dan kematangan dalam menangani permasalahan, Allah tidak akan menguji jika hambaNya tidak mampu.

Terima kasih Allah kerana menganugerahkan Syawal yang lebih cerah setelah mendung tika melewati Ramadhan.


Kasih seorang bapa


Air mata saya hampir tertumpah, di saat melihat seorang bapa terkial-kial mengeluarkan duit dari dompet lusuhnya. Berkeping-keping duit bernilai RM1 dikeluarkannya. MasyaAllah....

"Nah dik...maaflah duit seringitnya banyak. Cubalah kira balik, cukup ke tak? "
Saya tundukkan muka sambil mengira sebab kolam airmata saya hampir pecah...huhuhu...nanti pakcik pelik pulak kenapa saya menangis.

" Cukup pakcik. Terima  kasih ya, saya jual." Sambil saya hulurkan sebotol Lecithin yang dibeli untuk anaknya.

Dia pun tersenyum bila saya jelaskan cara pemakanan dan minta saya doakan agar anaknya ada perubahan dalam pembelajaran.

" In shaa Allah, semoga usaha pakcik untuk jadikan anaknya cemerlang dunia akhirat agar dapat membalas jasa pakcik."

Itulah kasih seorang bapa kepada anaknya, sanggup berkorban apa saja demi anak tercinta.....

Teringat kisahku dengan ayah tersayang, ayah banyak berkorban untukku dan adik2.....jika dihitung memang tak bisa terhitung banyaknya jasa ayah ku , Encik A Aziz bin Haron untukku. Hingga kini, ayah tetap menjadi superhero ku hingga akhir hayat.

Terima kasih Allah kerana kurniakan ayah yang hebat untuk kami adik beradik. Sayang ayah!



Monday, June 27, 2016

Berpantang ketika bulan Ramadhan

Setiap kali bulan Ramadan tiba , saya pasti terkenang kenangan berpantang di bulan puasa. Masa tu, saya berpantang anak ketiga, anak bertuah yang comel Kaiyisah Hanis Safiya . Si Nomel  ( gelaran yang sweet ayahnya beri) lahir pada akhir bulan Syaaban dan masa dia dilahirkan tu baru saya tersedar yang saya akan ponteng puasa sebanyak sebulan.

Adoiiiii! kenapa lah saya baru tersedar masa tu, tak pasal-pasal kena ganti puasa SEBULAN...BANYAK tuuuu.Huaaaawaaaa....

Kalau ingat balik, memang kelakar rasanya sebab tengah-tengah saya makan malam, tiba-tiba baru saya tersedar. Saya termenung jauh sambil menoleh ke arah Nomel. Saya kata pada dia, ibu tak pandai planningla Nomel.

Bila fikir lama-lama saya tak nak ambil pusing pasal ganti puasa yang banyak tu, saya fikir saya dapat banyak lagi kesenangan masa berpantang di bulan puasa . Contohnya...

1) Saya dapat masak untuk suami dan anak-anak saya dengan rasa senang hati sebab kalau berpuasa bab merasa makanan paling saya tak suka.

2) Mudah untuk saya untuk kejutkan suami dan anak-anak bersahur kerana saya sendiri memang berjaga malam sebab layan baby. Maklumlah, kalau ada baby ni memang kerap berjaga malam sebab kerap menyusu dan kadang-kadang berbual dengan baby.

3) Tak perlu ambil cuti tahun untuk berhari raya sebab cuti raya dah ada masa cuti bersalin. Jimat kan?

4) Saya lebih tenang dalam menyiapkan persiapan hari raya tanpa terkocoh-kacah dikejar masa sebab kalau bekerja masa saya sangat singkat berbanding kalau saya bercuti pantang saya ada masa 24 jam untuk siapkan jahitan manik untuk hiasan pada baju raya, kuih raya dan menghias rumah.

5) Masa saya dengan anak-anak yang masih kecil lebih banyak dan dapat lalui bersama-sama mereka ketika mereka belajar berpuasa. ( Anak yang sulung 5 tahun dan yang kedua 4 tahun).

Itulah antara kemanisan berpantang dalam bulan Ramadan, saya pasti ramai di luar sana yang pernah alami juga. Best kan?

Friday, April 22, 2016

Nikmat adanya sepasang kaki dan sebuah kereta

20/04/2016

Pagi tadi masa on the way balik dari hantar anak ( Nur Ayla) ke sekolah, tiba-tiba otak saya mengarahkan untuk mengamati pergerakan kaki saya semasa memandu.

Ermmm....saya dapat rasakan tapak kaki kanan saya lincah ke kiri ke kanan ( tekan minyak dan tekan brek). Bila saya mengamati pergerakan tu, tiba-tiba saya jadi sebak sebab selama ini tak sedar yang besar nikmat Allah dah beri pada saya. Bayangkan kalau kaki saya sakit atau takde, memang sukarlah saya nak bergerak apatah lagi untuk memandu hantar anak ke sekolah setiap pagi.

Bila fikir balik, banyak lagi nikmat yang Allah dah beri pada saya cuma saya asyik fikir apa yang Allah belum beri. Allah bagi saya anak-anak yang mendengar kata, Allah beri saya kawan yang memahami, Allah beri saya peluang berangan bercucuk tanam....dan banyak lagi....

Astagfirullah.....

Ya Allah, terima kasih atas kasih sayangmu dan nikmat-nikmat yang ku beri tanpa ku sedari..ampunilah aku Ya Allah.


Monday, April 18, 2016

Cerita benar.....Maajun moden buat suami bertambah sayang

Ermmmm...confirm ramai yang tertanya betul ke ADA MAAJUN MODEN yang boleh buat suami makin sayang ?

Jawapannya .....ADA ! Iaitu ALFALFA COMPLEX .

JOM TENGOK TESTIMONIAL kat bawah ni......

Terima kasih buat mama-iloveu.blogspot.com di atas koleksi testimonial mengancam yang beliau kumpulkan.





Kandungan dalam Alfalfa memang penuh dengan nutrisi sehingga di gelar Raja Herba. 

Alhamdulilah ramai yang berpuashati terutama kaum wanita dan isteri-isteri yang ada masalah keintiman. 

Terus - terang katakan saya dah mengamalkan Alfalfa sejak tahun 2011 sehingga kini 2016. 

Sejak suami kata ada perubahan besar pada diri saya dan  ketika "bersama" (upss 18SX ni...hehehhehe...takper untuk perkongsian dengan wanita lain) memang saya tak pernah tinggalkan dan yang paling best bila ramai kawan saya dah bertukar ke Alfalfa dan mereka pun kata Alfalfa memang POWER. ALFALFA memang super grip.

Jadi, sesiapa yang dah rasa teruja nak mencuba Alfalfa, apa kata cepat-cepat whatsapp saya di 018.7944556.


Saturday, April 16, 2016

Ada apa dengan ujian

HIDUP DAN UJIAN......

Semua manusia dalam dunia ini ada ujiannya tersendiri.

Ada yang sedikit ujiannya dan ada yang kerap ditimpa ujian.Roda hidupnya asyik di bawah saja, baru nak senang dah ditimpa ujian lagi.

Saya selalu terfikir, adakah ujian ini datang kerana kifarah atau kerana Allah ingin melihat sejauh manakah kita mampu tangani dan bertahan dalam hidup.

Tapi jawapan akhirnya saya dapati, Allah sebenarnya sayangkan kita bila Dia menurunkan ujian untuk kita. Sebagai tanda Allah ingin kita selalu dekat dan merayu kepadaNYA untuk menagih kasih sayangnya agar permudahkan urusan kita seharian.

Bagi yang selalu menerima ujian hidup, bertabahlah. Pujuk hati agar redha dan terus tabah. Walau langit selalu mendung, pasti akan cerah kembali.Allah kan Maha Adil .

Munkin kadang-kadang ujian itu datang bila permintaan kita kepada Allah terlalu tinggi kot , jadi Allah nak beri apa yang kita mahu itu lalu Allah berikan kita sedikit kesusahan.
Allah nak test  kita , nak tengok kita tahan ke tak tahan.

Seperti kata master Shaklee saya iaitu Mama Yati kata SABAR ITU MANIS. Setiap kepayahan yang kita tempuhi , in shaa Allah dihujung jalan kita akan tersenyum.

Senyum yang akan kita ukir itu tidak pasti pula samada ketika kita masih ada hela nafas atau ketika di hujung nafas atau kita sudah bernafas di alam lain. Tak kisahlah bila masanya yang penting kita akan nikmati saat manis tu sebab janji Allah pasti.

Usah cemburu pada orang yang kurang ujian hidupnya, kita tak tahu takdir dan perjalanan sebenar hidup mereka.

Contoh, dalam satu keluarga ni ada seorang anak yang hidupnya dari kecil hingga dewasa sering saja ditimpa ujian yang hebat-hebat.Berbanding adik beradik lain, dialah yang paling kerap diduga, sering sakit semasa kecilnya, dicemburui rakan sekerja lalu difitnah, orang selalu salahertikan perbuatannya, rumahtangga yang sering digugat keamanannya dan menahan perasaan sedih itu dah jadi makanannya.

Namun, disebalik cerita sedih yang mengguris hati itu sebenarnya Allah telah mengubat jiwanya dengan limpahan rezeki dari sudut yang tak dijangka.

Mungkin juga dia ditakdir dipanggil awal oleh Allah,jadi Allah bagi ujian rapat-rapat untuknya agar dapat mempersiapkan dirinya bahagia di alam sana.

Kita fikir positif kerana sepertimana semua orang tahu setiap apa yang Allah susun untuk kita memang ada HIKMAHnya>>>>>










Monday, April 4, 2016

Selamat datang April

Alhamdulilah.....akhirnya April menjengahkan dirinya.

Saya teruja dengan kedatangan April sebab ada kenangan manis dalam bulan April, antaranya ialah perkara yang ramai tidak mahu ianya ada iaitu GST bermula....hehehhehe.
( ada ke saya kata kenangan manis, gurau je jangan stress sangat kan? )

Bila jengah je 1 April, saya tersengih sendiri sebab anak saya yang paling bongsu lahir pada tarikh ni. Saya punya la tak suka dengan tarikh ni sebab April Fool tapi akhirnya dapat juga tarikh ni dalam kamus hidup saya. Hermmmm....takperla...buat pengajaran kat diri jangan suka-suka tak suka pada sesuatu.

Ada dua lagi tarikh yang saya nantikan iaitu 5 April hari ulangtahun kelahiran bonda tercinta dan 25 April hari ulangtahun anak lelaki pertama saya Muhammad Dhiya Ulhaq.

Saya berharap sangat April 2016 adalah titik mula saya aktif kembali dalam dunia blogging.

Ya Allah permudahkanlah segala urusan ku akhirat dan duniawi. Aamin.............






Monday, March 21, 2016

Saya masih aktif jual Shaklee

Assalammualaikum wbt dan salam kasih sayang semua......

Oleh kerana agak lama menyepi dari blog, saya nak beritahu semua pengunjung blog saya yang saya sebenarnya masih aktif dengan Shaklee. 

Alhamdulilah, walaupun sales saya tak sehebat pengedar yang lain tapi syukur kerana masih ada rezeki untuk anak-anak syurga saya.

Syukur sangat sebab walaupun saya tak buat marketing seperti zaman mula-mula saya buat Shaklee ni  tapi berkat amalan yg master saya turunkan, alhamdulilah janji Allah itu pasti. 

Bagi sahabat yang ingin order Shaklee, boleh inbox di FB saya:Nooorfadzilah Anor A Aziz . 
Kawasan untuk COD ialah seluruh Pasir Gudang dan Masai.

In shaa allah, harga terbaik akan diberi pada mereka yang pandai membodek saya...heheheh...
( ayat kelako )

Assalammualaikum....in shaa allah ada usia dan masa lagi saya akan kembali berceloteh di laman sihatcantikmulus ini.