Semua manusia dalam dunia ini ada ujiannya tersendiri.
Ada yang sedikit ujiannya dan ada yang kerap ditimpa ujian.Roda hidupnya asyik di bawah saja, baru nak senang dah ditimpa ujian lagi.
Saya selalu terfikir, adakah ujian ini datang kerana kifarah atau kerana Allah ingin melihat sejauh manakah kita mampu tangani dan bertahan dalam hidup.
Tapi jawapan akhirnya saya dapati, Allah sebenarnya sayangkan kita bila Dia menurunkan ujian untuk kita. Sebagai tanda Allah ingin kita selalu dekat dan merayu kepadaNYA untuk menagih kasih sayangnya agar permudahkan urusan kita seharian.
Bagi yang selalu menerima ujian hidup, bertabahlah. Pujuk hati agar redha dan terus tabah. Walau langit selalu mendung, pasti akan cerah kembali.Allah kan Maha Adil .
Munkin kadang-kadang ujian itu datang bila permintaan kita kepada Allah terlalu tinggi kot , jadi Allah nak beri apa yang kita mahu itu lalu Allah berikan kita sedikit kesusahan.
Allah nak test kita , nak tengok kita tahan ke tak tahan.
Seperti kata master Shaklee saya iaitu Mama Yati kata SABAR ITU MANIS. Setiap kepayahan yang kita tempuhi , in shaa Allah dihujung jalan kita akan tersenyum.
Senyum yang akan kita ukir itu tidak pasti pula samada ketika kita masih ada hela nafas atau ketika di hujung nafas atau kita sudah bernafas di alam lain. Tak kisahlah bila masanya yang penting kita akan nikmati saat manis tu sebab janji Allah pasti.
Usah cemburu pada orang yang kurang ujian hidupnya, kita tak tahu takdir dan perjalanan sebenar hidup mereka.
Contoh, dalam satu keluarga ni ada seorang anak yang hidupnya dari kecil hingga dewasa sering saja ditimpa ujian yang hebat-hebat.Berbanding adik beradik lain, dialah yang paling kerap diduga, sering sakit semasa kecilnya, dicemburui rakan sekerja lalu difitnah, orang selalu salahertikan perbuatannya, rumahtangga yang sering digugat keamanannya dan menahan perasaan sedih itu dah jadi makanannya.
Namun, disebalik cerita sedih yang mengguris hati itu sebenarnya Allah telah mengubat jiwanya dengan limpahan rezeki dari sudut yang tak dijangka.
Mungkin juga dia ditakdir dipanggil awal oleh Allah,jadi Allah bagi ujian rapat-rapat untuknya agar dapat mempersiapkan dirinya bahagia di alam sana.
Kita fikir positif kerana sepertimana semua orang tahu setiap apa yang Allah susun untuk kita memang ada HIKMAHnya>>>>>
No comments:
Post a Comment