Monday, April 4, 2016

Selamat datang April

Alhamdulilah.....akhirnya April menjengahkan dirinya.

Saya teruja dengan kedatangan April sebab ada kenangan manis dalam bulan April, antaranya ialah perkara yang ramai tidak mahu ianya ada iaitu GST bermula....hehehhehe.
( ada ke saya kata kenangan manis, gurau je jangan stress sangat kan? )

Bila jengah je 1 April, saya tersengih sendiri sebab anak saya yang paling bongsu lahir pada tarikh ni. Saya punya la tak suka dengan tarikh ni sebab April Fool tapi akhirnya dapat juga tarikh ni dalam kamus hidup saya. Hermmmm....takperla...buat pengajaran kat diri jangan suka-suka tak suka pada sesuatu.

Ada dua lagi tarikh yang saya nantikan iaitu 5 April hari ulangtahun kelahiran bonda tercinta dan 25 April hari ulangtahun anak lelaki pertama saya Muhammad Dhiya Ulhaq.

Saya berharap sangat April 2016 adalah titik mula saya aktif kembali dalam dunia blogging.

Ya Allah permudahkanlah segala urusan ku akhirat dan duniawi. Aamin.............






No comments:

Post a Comment