Tuesday, September 2, 2014

Hilangkan jeragat dengan CEPAT with Spot Whitening Treatment

Assalammualaikum wbt & salam kasih sayang,

HILANGKAN JERAGAT ?Tentu ramai yang suka dengan tajuk ni kan.....SAYA PUN SUKA!



Sebab jeragat ini memang agak mengganggu kemulusan wajah hingga perlu cover dengan makeup yang tebal.

Tapi sampai bila kita nak tutup jeragat dengan bedak dan alas bedak?Sedangkan jeragat ni semakin merebak dan boleh memenuhi ruang muka kita.

Takut tak? Mestilah takut kan, so perlualah cari solusinya untuk mencegah jeragat dari terus berleluasa di wajah kita..

Jadi, hari in isaya nak share satu produk untuk menghilangkan jeragat dengan cepat iaitu SPOT WHITENING TREATMENT dari Shaklee.

Apa kebaikan Spot Whitening Treatment  ?

Menghilangkan jeragat.


Cara Penggunaan :

Sapu sedikit ke kawasan gelap pada kulit, sekali @ 2 kali sehari.
Elakkan dari terdedah kepada cahaya matahari selepas penyapuan.

Fungsi : Berkesan untuk kurangkan kesan tompokan akibat matahari & jeragat.

Info tambahan mengenai Nutriwhite Shaklee

✔ Dibangunkan oleh saintis dan pakar-pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika.
✔ 3 tahun pembangunan produk.
✔ Pemilihan bahan aktif dan mentah yang diperolehi dari 16 buah negara.
✔ Ujian yang menyeluruh.
✔ Ramuan gabungan yang optimum.


✔ Selamat dan berkesan.
✔ Vitamin C derivatif (ascorbyl / glucoside) ramuan selamat dan terbukti.
✔ Patent-pending WhiteN-16 adalah campuran daripada 16 nutrien botani yang kuat yang membantu mengurangkan penampilan melanin yang sedia ada untuk mewujudkan lebih putih, kulit lebih cerah dan bercahaya.

Memang berbaloi-baloi kalau kita mencubanya, in shaa Allah memang berkesan.Berkira-kira dengan bajet anda?No no no....spend sikit duit anda untuk award pada diri sendiri.
Anda cantik anda rasa yakin diri!

Untuk dapatkan produk dan info lebih lanjut boleh hubungi saya:-

Rakan Shaklee Anda
Noorfadzilah binti A Aziz (Dila) 

♥ SMS/WhatsApp : 018 7944556

♥ Email : kaiyisah2008@gmail.com


Pick Up/COD Area:Pasir Gudang,Masai,Kota Putri,Seri Alam.
Penghantaran seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia



Tips mengecilkan lengan, betis dan peha

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera.....

Kebanyakan orang akan merasa kurang percaya diri ketika melihat lengan, paha dan betis mereka yang besar dan menggeleber. 




Tak dapat dinafikan, penampilan akan terlihat kurang menarik dengan keadaan seperti ini. 

Apa yang sebenarnya menyebabkan masalah ini dan apakah tindakan yang tepat untuk mengatasi masalah ini?

Penyebab lengan, paha dan betis menggeleber adalah lebihan lemak di dalam tubuh yang terjadi ketika seseorang mengambil terlalu banyak makanan yang mengandung lemak dan karbohidrat, seperti daging, nasi, ubi, jagung, dan lain-lain. 

Perlu diketahui bahwa lelaki dan wanita yang berusia 20-40 tahun dengan keperluan kalori sekitar sekitar 2.000 kalori per hari bersamaan 45 gram lemak per hari. 
Apabila pengambilan lemak lebih dari itu, maka akan terjadi penumpukan lemak pada lengan, paha dan betis.

Untuk mengatasi pengumpulan lemak pada lengan, paha dan betis, mari kita lihat beberapa hal berikut ini:

1. Rutin Berolahraga - 3 kali seminggu seperti berjogging, menari dan latihan olahraga berintensitas tinggi.

2. Hindari Junkfood
 Pilih makanan sihat seperti ikan yang dimasak steam dengan sayur atau aneka buah-buahan. Jangan lupa untuk mengurangi karbohidrat berwarna putih dan menggantinya dengan karbohidrat coklat, seperti nasi merah atau roti gandum.

3. Banyak Minum Air
Minum air mineral paling tidak 8 gelas sehari. Kebiasaan ini akan membantu tubuh mengeluarkan racun dan meningkatkan proses penurunan berat badan. 

4. Mengambil protein
Pilih makanan yang tepat yang membantu tubuh menurunkan berat badan. Salah satunya adalah meningkatkan pengambilan protein serta mengurangi karbohidrat dan lemak.

5. Mengurangkan kalori
Seperti telah disebutkan sebelumnya, pengurangan kalori setiap hari mesti diamalkan secara sihat dan mengikut panduan. Jika merasa lapar, ambil kudapan seperti buah-buahan segar.

Jom kita sama-sama cuba amalkan secara istiqomah in shaa Allah kita akan berjaya!





Tips bersalin tanpa jahitan

Assalammualaikum wbt dan salam kasih sayang,

Sejak saya melahirkan anak pertama, saya sangat trauma dengan luka lepas bersalin.Mana tak trauma, luka akibat digunting hingga ke punggung.Ya Allah...nyilunya kalau saya ingat balik kenangan dijahit berjam-jam.



Sejak dari itu saya berazam nak cari petua-petua atau tips2 yang boleh diguna pakai untuk mengelakkan koyak teruk ketika bersalin.


Berikut adalah tips melahirkan normal tanpa jahitan :

1.  Menyiapkan diri @ psikologi minda - kita mesti yakin bahwa proses persalinan akan berjalan dengan baik. Mohon  yang baik-baik dan cakap yang baik.Bayangkan betapa mudahnya proses bersalin nanti.

Setiap hari saya mesti berdoa " Ya Allah, permudahkanlah urusan bersalinku semoga selamat diriku dan anakku.Semoga mereka yang membantu mengasihiku....Licinkanlah prosesnya sehingga aku tidak mengalami luka dan dijahit."

Memang nampak straight forward kan doa saya? Tapi itulah yang hari-hari saya minta .

2.  Memilih tempat yang sesuai dan selesa di mana kita inginkan diri kita dilayan sebaik mungkin dan tak semestinya pergi hospital swasta ya kawan-kawan.
Buat diri saya, kelima-lima anak adalah di hospital kerajaan dan ini semua atas permintaan suami saya.So, sebagai isteri saya perlu patuh walaupun ada rasa nak mencuba hospital swasta namun restu suami itu perlu.Suami saya takut jika berlaku komplikasi nanti susah untuk dia berdepan dengan situasi berpindah ke hospital kerajaan.Saya tahu suami saya nak yang terbaik, bukan kerana beliau kedekut tapi kerana keselamatan.

3.  Hindari rasa penat yang berlebihan ketika hampir nak bersalin kerana kelelahan menjadi salah satu alasan dilakukan pengguntingan atau robekan (episiotomi ) .




4.  Melakukan gerakan ringan untuk melatih otot - gerakan ringan yang umum dilakukan pada trimester terakhir iaitu dengan melakukan gerakan kepala, dahi dan hidung sehingga menyentuh lantai begitu juga dengan tangan, lutut dan jari-jari kaki yang ikut menyentuh lantai. Hal ini membantu bayi anda memasuki posisi terbaik dan mendorongnya bayi sehingga mengurangkan risiko songsang ketika lahir. 




5.  Menggunakan aromaterapi untuk membuat anda rileks - 
Bagi anda yang melakukan urutan perineum dengan minyak seperti minyak zaitun atau minyak bunga (aromaterapi ) untuk membantu peregangan otot dapat membuat suasana yang lebih nyaman dan memberikan ketenangan mendekati persalinan. 


6.Mengambil supplement secukupnya agar kulit menjadi elastik. Supplement tersebut terdiri dari:

*Protein (boleh ambil Soy Protein)

*Vitamin A (boleh ambil Vita-Lea)
*Kalsium (boleh ambil Ostematrix)
*Vitamin C (boleh ambil Vita-C Sustained Released 500mg)
*Vitamin B (boleh ambil B Complex)
*Mengambil air yang banyak agar kulit dan tisu-tisu sentiasa anjal.

7.  Usahakan untuk tidak mengangkat punggung.Nurse dan doktor pasti akan selalu ingatkan kita agar pacak punggung.Sila dengar dan buat.Jangan sesekali ingkar sebab akibatnya kita yang rasa tau.

In shaa Allah itulah antara tips2 yang dapat saya kongsikan hari ini untuk tatapan semua.



Monday, September 1, 2014

Merawat lingkaran bawah mata agar lebih indah

Assalammualaikum wbt dan salam mesra,

Mata adalah antara anugerah Allah buat kita untuk melihat alam sekeliling kita dan menikmati kejadian alam yang indah.



Bahagian mata juga boleh mengalami pelbagai masalah seperti rabun,silau, lingkaran hitam dan "eye bag".

Semalam ada kawan saya tanya tentang produk untuk hilangkan lingkaran hitam dan "eye bag". Kebetulan Eye Treatment Enfuselle dari Shaklee dah ada stok, so saya aperlagi dengan pantasnya suruh dia order.Dia pun setuju sebab memang dia nampak perubahan pada bawah mata saya.



Apa punca terjadinya eyebag dan lingkaran hitam ni?



1.Kekurangan nutrisi pada tubuh (so ambillah supplemen ye kawan-kawan cth Carotomax).

2.Faktor genetik.

3.Pengaliran darah yang tidak stabil.

4.Terdedah kepada cahaya matahari.

5.Penurunan berat badan yang agak mendadak.

6.Ada masalah pinggang dan juga penat.

7.Tisu lemak dan cecair.

8.Masalah sinus.

9. Merokok.

Apa kelebihan Eye Treatment Enfuselle dari Shaklee ?

* Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara.

* Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.

Terbukti secara klinikal:
====================
1. 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu.

2.120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu.

3. 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu

4. 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu.

5. Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu.

6. Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata.

7. Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut.

8.Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.

9. Murah dan berbaloi-baloi berbanding jenama lain.Tak percaya?Jom bisik-bisik dengan saya harganya.

Boleh dapatkannya dengan saya rakan Shaklee anda:-

Noorfadzilah binti A Aziz (Dila) 

♥ SMS/WhatsApp : 018 7944556
♥ Email : kaiyisah2008@gmail.com
♥ FB : Noorfadzilah Anor A Aziz

Pick Up/COD Area:Pasir Gudang,Masai,Kota Putri,Seri Alam.

Penghantaran seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia

Lebih anjal dan lebih padat dengan Collagen Powder



Assalammualaikum dan salam kecantikan!

Cewah...salam kecantikan tuuuu.....bukan apa kengkawan....orang perempuan ni memang tak boleh dipisahkan dengan kecantikan luar dan dalam.
Saya bersyukur kerana mempunyai seorang emak yang sangat prihatin hal-hal kecantikan dan kewanitaan ni.Sejak umur saya 13 tahun emak saya dah bising suruh pakai krim bila nak tidur.Sebab muka saya jenis mudah terbakar.Saya pun follow je lah atas dasar tak nak mak marah sedangkan saya tak kisah pun muka saya gelap ke cerah ke saya tak peduli.

Bila dah berumahtangga dan beranak pinak, lagi mak saya banyak bagi nasihat dan doa-doa sebagai amalan.
Kalau muka saya ada jerawat ke jeragat ke....badan terlebih sihat ke...memang mak saya tegur...best kan bila kena tegur?
"Jaga betul2 long, jaga semuanya sebab berumahtangga ni bukan untuk sehari dua....kena berdisplin barulah suami sayang dan ingat selalu kat kita"...

So kat sini saya nak share testimonial seorang wanita yang mengambil Collagen Powder Shaklee.
Lebih anjal dan lebih padat katanya..;) I like 1000x.


Shaklee Collagen Powder ni bukan sekadar nak putihkan keseluruhan kulit malah lebih dari itu.

Hanya yang pernah mengambilnya saja yang tahu, itu yang timbul ayat2 power dalam group kami sepert TTMC,TTMS DAN MAD.



JIKA SESIAPA YANG NAK TAHU 3 TAGLINE TU BOLEHLAH HUBUNGI SAYA..... DILA 018-7944556.

Kebetulan ada promosi hebat bulan ni...beli 6 kotak Shaklee Collagen Powder dapat PERCUMA 1 kotak.

Haaaa.....aperlagi...jom pakat2 dengan kengkawan untuk dapatkan harga lebih hebat.






Bersalin tanpa bidan dan doktor disisi

Assalammualaikum wbt dan salam perkenalan,

Alhamdulilah hari ini sudah masuk bulan September.lagi beberapa bulan saja hendak menuju ke penutup 2014.

Pejam celik pejam celik dah 5 bulan saya berkecimpung dalam business Shaklee secara online dan secara offline.
Hari ini saya view statistik pengunjung blog saya cantik je nombornya....3344 (cuba tgk arah anak panah dalam gambar di bawah)
Rasa terharu sebab saya masih baru dan blog pun simple je.

Berbalik pada tajuk yang saya nak share hari ini, saya rasa pengalaman bersalin sendiri ni adalah sangat2 bernilai dan berharga pada saya.

Saya pregnant anak ke 3 dengan jarak 4 tahun dengan anak ke2.Masa tu doktor dah masukkan ubat utk buka lebih cepat sebab pergerakan baby dah kurang.Saya admit pada 19.08.2008 petang , malam tu pergerakan memang semakin kurang.Esok selepas subuh masuk ubat, start pukul 10 pagi dah terasa dah gesaan tu tapi saya cuba cool je sampai lepas Asar air ketuban pecah , terperanjat saya bila bunyi POP then keluar air...terasa panas je....
Sebelum ni saya tak pernah keluar air ketuban sendiri, selalu doktor yg pecahkan masa anak no 1 dan no.2.

Bila dah pecah je,,,saya rasa gesaan tu semakin lama semakin kuat...bila check dah 8cm...so bila2 je saya boleh bersalin.

Saya pun diusung masuk ke bilik bersalin, saya seorang je dalam bilik tu....saya dengar dan nampak nurse dan doktor tengah handle seorang ibu muda yang saya rasa 1st time bersalin.Sebab saya dengar kata2 semangat mereka suruh ibu tu push betul2.

Nurse suruh saya relax, sebab diorg tak cukup kakitangan.Dia kata jarak anak no 2 dan 3 ni jauh, maybe lambat lagi nak sampai ke 10cm.saya rasa nervous sebab saya tinggal sorang2 dalam bilik tu.

Saya menggigil menahan diri agar bukaan sampai 10cm sebab saya tak nak ada terkoyak lansung.Serik kena jahit hidup-hidup.
Tiba2 rasa nak meneran tu tak tertahan2 sampai saya jerit panggil nurse dan doktor tapi diorg suruh saya diam jangan jerit.

Okay takper....diorg sibuk...so saya tawakal cuba teran sendiri dan ingat step2 macam mana nak kuarkan baby dan pacakkan punggung biar tak terkoyak.
Teran kali pertama keluar kepala, baby saya senyap je,,,,,kemudian kumpul tenaga untuk teran kali kedua sedaya upaya sampai keluar kaki.Dalam kuat meneran tu saya tak lepaskan habis sebab takut anak saya jatuh tergelincir.

Alhamdulilah hanya 2 kali teran Kaiyisah Hanis Safiya pun lahir.....kemudian....barulah doktor dan nurse datang bila dengar Nomel saya meraung......
Perkataan pertama yang saya dengar ALLAUAKBAR..SUBHANALLAH....senangnya awak bersalin....
MINTA MAAF BANYAK2...sebab tak sangka secepat ni awak bersalin....

Saya senyum je dan saya pun minta maaf sebab tak tertahan nak tunggu mereka.Segala perbelanjaan di hospital tidak dikenakan lansung buat saya.Suami terperanjat dan bila saya jelaskan suami macam marah tapi saya pujuk....ini takdir Allah....
Suami kata ..mujur sayang kuat!Saya kuat sebab berkat doa suami...emak.. ayah... adik beradik dan kawan2 sekeliling.

Alhamdulilah ada sedikit je luka dan baby saya sihat dengan berat 3.60kg....lahir pada hari Rabu 20.08.2008 (cantik tak tarikh tu..?)

Inilah dia anak ketiga saya yang kami panggil Nomel sebab dia memang comel.Perasan sekejap ibunyer...hehehhehe









Thursday, August 28, 2014

Kebaikan dan kelebihan menjalankan perniagaan

Assalammualaikum wbt dan salam manis buat semua,


Berniaga adalah salah satu cara untuk mendapatkan sumber pendapatan selain daripada makan gaji.Ada yang melakukannya sepenuh masa dan ada yang separuh masa.

Ini bergantung kepada target dan kemampuan masing-masing.Terdapat juga yang melakukannya kerana hobi untuk memenuhi masa lapang dan sambil suka-suka menjana pendapatan sampingan.

Bagi saya pula, saya menjalankan business kecil ini untuk mencari kelebihan agar dapat membantu suami,ayah emak serta membuat simpanan @ pelaburan.Mana tahu suatu hari business saya ini juga mampu membantu mereka yang memerlukan.In shaa Allah.

Mari kita tengok apakah kelebihan lain menjalankan perniagaan selain dapat menambahkan pendapatan?

  1.  Kita dapat menjalinkan hubungan silaturahim dari kalangan rakan-rakan peniaga, pembekal-pembekal, dan para pelanggan.
  2.  Dapat memberi khidmat dan bakti secara langsung kepada masyarakat.Jika menjual produk kesihatan pula, kita dapat mengubah tahap kesihatan mereka.
  3. Dapat meperoleh banyak ilmu dan pengalaman melalui perniagaan sama ada di bidang pengurusan, perakaunan, produk sehinggalah mengenali cara hidup dan masalah manusia dan lain-lain lagi. Mencari ilmu dan pengalaman seperti ini sangat dituntut oleh Islam.
  4.  Berlatih untuk bersabar dan berlapang dada dalam menghadapi pelbagai kerenah manusia. Orang yang sabar akan diberi pahala oleh Tuhan tanpa hisab.
  5.  Berniaga adalah salah satu cara untuk memaju dan meningkatkan ekonomi umat Islam. Ia merupakan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Tuhan di muka bumi ; supaya mereka dapat melihat kebesaran Tuhan, serta dapat dibesarkan dan dinikmati segala nikmat dan anugerah-Nya agar manusia boleh bersyukur dan mendapat pahala pula diatas kesyukuran mereka itu.
  6.  Berpeluang mengeluarkan zakat perniagaan. Dengan itu salah satu rukun Islam dapat ditunaikan dan mewujudkan salah satu sumber atau saluran untuk membantu fakir miskin dan golongan yang memerlukan.
  7.  Perniagaan mewujudkan peluang pekerjaan untuk manusia sebagai sumber mencari rezeki. Sekali gus tenaganya dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Ertinya, dengan adanya perniagaan, tenaga manusia tidak dibazirkan dan manusia itu boleh jadi produktif dengan mengeluarkan hasil untuk faedah manusia lain.

Jelas sekali melalui perniagaan banyak syariat Islam dapat ditegakkan. Apabila pelbagai aspek dalam Islam dapat kita bangunkan maka banyaklah ibadah kita.
Oleh itu, tidak hairanlah Islam menganggap orang yang berniaga secara jujur dan menepati kehendak-kehendak syariat itu sebagai orang yang berjihad fisabilillah.
Perniagaan juga dianggap pekerjaan yang paling baik dalam Islam kerana kebaikan yang diperolehi oleh masyarakat hasil dari perniagaan adalah terlalu banyak.

Jadi, buat mereka yang berkeinginan untuk berniaga teruskanlah niat suci itu dan cekalkan hati anda.

Selamat berjaya!