Sejak saya melahirkan anak pertama, saya sangat trauma dengan luka lepas bersalin.Mana tak trauma, luka akibat digunting hingga ke punggung.Ya Allah...nyilunya kalau saya ingat balik kenangan dijahit berjam-jam.
Sejak dari itu saya berazam nak cari petua-petua atau tips2 yang boleh diguna pakai untuk mengelakkan koyak teruk ketika bersalin.
Berikut adalah tips melahirkan normal tanpa jahitan :
1. Menyiapkan diri @ psikologi minda - kita mesti yakin bahwa proses persalinan akan berjalan dengan baik. Mohon yang baik-baik dan cakap yang baik.Bayangkan betapa mudahnya proses bersalin nanti.
Setiap hari saya mesti berdoa " Ya Allah, permudahkanlah urusan bersalinku semoga selamat diriku dan anakku.Semoga mereka yang membantu mengasihiku....Licinkanlah prosesnya sehingga aku tidak mengalami luka dan dijahit."
Memang nampak straight forward kan doa saya? Tapi itulah yang hari-hari saya minta .
2. Memilih tempat yang sesuai dan selesa di mana kita inginkan diri kita dilayan sebaik mungkin dan tak semestinya pergi hospital swasta ya kawan-kawan.
Buat diri saya, kelima-lima anak adalah di hospital kerajaan dan ini semua atas permintaan suami saya.So, sebagai isteri saya perlu patuh walaupun ada rasa nak mencuba hospital swasta namun restu suami itu perlu.Suami saya takut jika berlaku komplikasi nanti susah untuk dia berdepan dengan situasi berpindah ke hospital kerajaan.Saya tahu suami saya nak yang terbaik, bukan kerana beliau kedekut tapi kerana keselamatan.
3. Hindari rasa penat yang berlebihan ketika hampir nak bersalin kerana kelelahan menjadi salah satu alasan dilakukan pengguntingan atau robekan (episiotomi ) .
4. Melakukan gerakan ringan untuk melatih otot - gerakan ringan yang umum dilakukan pada trimester terakhir iaitu dengan melakukan gerakan kepala, dahi dan hidung sehingga menyentuh lantai begitu juga dengan tangan, lutut dan jari-jari kaki yang ikut menyentuh lantai. Hal ini membantu bayi anda memasuki posisi terbaik dan mendorongnya bayi sehingga mengurangkan risiko songsang ketika lahir.
5. Menggunakan aromaterapi untuk membuat anda rileks -
Bagi anda yang melakukan urutan perineum dengan minyak seperti minyak zaitun atau minyak bunga (aromaterapi ) untuk membantu peregangan otot dapat membuat suasana yang lebih nyaman dan memberikan ketenangan mendekati persalinan.
6.Mengambil supplement secukupnya agar kulit menjadi elastik. Supplement tersebut terdiri dari:
*Protein (boleh ambil Soy Protein)
*Vitamin A (boleh ambil Vita-Lea)
*Kalsium (boleh ambil Ostematrix)
*Vitamin C (boleh ambil Vita-C Sustained Released 500mg)
*Vitamin B (boleh ambil B Complex)
*Mengambil air yang banyak agar kulit dan tisu-tisu sentiasa anjal.
7. Usahakan untuk tidak mengangkat punggung.Nurse dan doktor pasti akan selalu ingatkan kita agar pacak punggung.Sila dengar dan buat.Jangan sesekali ingkar sebab akibatnya kita yang rasa tau.
In shaa Allah itulah antara tips2 yang dapat saya kongsikan hari ini untuk tatapan semua.
No comments:
Post a Comment