Sunday, December 21, 2014

Testimonial Set Kulit Cantik-Jerawat Hilang

Dari pengamatan ayat di atas, rasanya beliau ni seorang pengedar Shaklee seperti saya.Alhamdulilah berkat pengorbanan wang ringgit dan istiqomah akhirnya kulit yang cantik dapat dimiliki.

Hasil gabungan ESP + GLA Complex + Vitamin C + Vitamin E Complex serta pencuci muka NutriWhite akhirnya jerawat pun hilang.

Kalau difikirkan , banyak faktor yang menyebabkan berlakunya jerawat ini timbul dan salah satu kesannya datang dari cara pemakanan.Iaitu faktor dalaman.

Jadi supplemen yang diambil adalah bagi memulihkan dan mencantikkan dari dalam.

SubhanaAllah....Allah Maha Penyayang kerana memberikan kita sumber-sumber yang natural untuk kita makan dan amalkan.Kita perlulah hargai manusia yang telah mengkaji dan mengeluarkan produk yang selamat dan lagi mesra alam.

In Shaa Allah, bagi yang ingin mendapatkan Set Kulit Cantik ini, boleh menghubungi saya Noorfadzilah binti A Aziz di 018-7944556.
Anda boleh Whatsapp atau Telegram untuk bertanya atau bercerita masalah kulit anda.











Cakap belakang dan tikam belakang

Pagi tadi terdengar topik kat radio Best 104 tentang macam mana nak handle orang suka cakap belakang. 


Saya senyum je dengar topik tu sebab orang yang suka cakap belakang ni sebenarnya penakut dengan erti kata lain tak berani nak cakap secara depan-depan.

Alasannya nak jaga hati orang...kononlaa.Depan orang kemain manis mulut berbicara tapi belakang cakap bukan-bukan sesedap rasa.

Tapi pada saya cakap belakang tu aperla sangat, orang tu pun dapat dosa.Biarlah dia nak cakap untuk puaskan hati dia, dia pun ada hak untuk bercakap.Dosa dan pahala pun dia dah tahu kan...so let it be.

Berbanding dengan tikam belakang ni cakap belakang tu ibarat air yang berlalu, tapi ditikam ni sakit tau.Walau tak berdarah tapi hati parah.

Teringat kat kawan saya ni, dia makan hati sampai mintak dengan saya vitamin B Complex. Saya bagilah sebiji untuk dia telan sambil dia meluahkan rasa.

" Aku tak sangka betul dengan budak tu, nampak baik tapi boleh buat macam tu.Dia ingat aku tak dengar dia cakap apa dengan boss aku, ingat aku ni pekak kot.Bisik-bisik pun telinga aku tajam walau nampak aku ni macam tak amik port tapi aku ada deria mendengar.
Lepas tu, bila jumpa aku dia boleh pusing cerita ...aku senyum je tapi dalam hati aku rasa remuk hati dengan perangai dia yang berlagak baik."

Lepas makan Vitamin B sebiji dan luahkan perasaan dia nampak lebih tenang .Alhamdulilah......

Saya faham perasaan kawan tu.....saya cakap dengan dia semua yang terjadi ada hikmahnya.Antara hikmahnya ialah kawan saya lebih kenal kawan dia tu.Saya tahu sakitnya hati bila orang yang dia agak rapat buat macam tu tapi apakan daya Allah nak uji kenalah hadapi.

Bila saya di tempat dia mungkin saya pun sama, saya akan rasa marah tapi marah dalam hati je.Lama-lama reda sendiri dan kalau bertembung dengan orang macam tu cuba kuatkan hati untuk kita senyum tapi dalam hati kena beringatlaaa.

Balas balik? jangan nanti kita akan jadi sama je macam perangai buruk orang tu takde bezanya pun nanti kita dan orang tu.

Jadi, jaga diri ...jaga hati dan jaga iman. Kalau nak vitamin B , boleh hubungi saya Noorfadzilah binti A Aziz 018-7944556.









Friday, December 19, 2014

Cabaran menaiki tangga Supervisor



Siapa kata MUDAH untuk naik rank Supervisor even saya buat dalam masa 2 bulan je ? Dengar macam senang kan....2 bulan je? Tapi tahu tak kawan-kawan semua.....ada bermacam cerita disebalik itu.....hehehe...suspen tak? Memang bermacam-macam cerita untuk saya naik rank Supervisor ni.

Mesti ada yang terdetik dalam hati tertanya kenapa saya perlu beria-ia nak naik rank cepat-cepat ?
Satu je jawapan saya....SAYA NAK BUKTIKAN JANJI ALLAH ITU PASTI!
Saya nak buktikan yang usaha kuat itu memang menghasilkan kejayaan.Nak bagi contoh kat "anak-anak" Shaklee yang Shaklee ini memang boleh buat duit walaupun dah ramai pengedar Shaklee yang ujud kat dunia.

That's all.....bukan untuk menunjuk diri hebat.Saya ni bukan kuat manapun tanpa kudrat dan semangat yang Allah beri .

Sebenarnya saya daftar keahlian pertengahan bulan April dan naik rank pada bulan Jun 2014.

Masa bulan April tu saya ambil peluang serap segera ilmu produk dan pergi program motivasi untuk sedut semangat-semangat mereka yang dah jadi Master di program Menggapai Bintang.Masa ni semangat saya sangat berkobar-kobar rasanya kalau boleh terjemahkan semangat saya tu mau terbakar bilik dewan tu...hehehhehe;)


Setiap hari saya belajar tentang produk.Satu hari sampai 2 3 produk saya study.Seronok belajar tentang produk ni sebab kita dah makan dan kita akan lebih tahu akan khasiat dan kandungannya.

Saya kaji produk mana yang mendapat sambutan.Saya intai-intai blog pengedar Shaklee yang lain yang lagi senior dari saya termasuk blog Master saya.

Sambil itu, upline saya akan guide mana yang boleh dan mana yang tak boleh buat.Ada group rahsia yang sediakan bahan-bahan rujukan dan promosi, best sangat group ni sebab nak memudahkan anak cucu cicit untuk meningkatkan sales.

Saya buat blog tanpa belajar dengan sesiapa......Alhamdulilah Allah terangkan hati saya.Saya just follow instruction yang blogspot beri.Banyak try and error dibuat...kelakar kalau ingat balik.
Nak upload gambar pun sampai tersalah upload.....tu la nak cepat je...heheheh

Bila dah belajar tentang produk barulah saya buat promosi di FB...Whatsapp...WeChat dan Telegram.

Saya buat promosi sampai orang menyampah dengan saya.Apa nak buat kan?

Saya tak kisah sebab tujuan saya ialah nak share sesuatu yang baik dan saya nak cari rezeki untuk keluarga saya.Saya kalis perasaan marah ,sedih dan malu.

Saya mengaku saya agak agresif dan memang sangat teruja nak promosi sebab saya dah simpan 4 tahun  untuk kata tidak pada Shaklee.Ramai yang ajak saya buat bisnes Shaklee ni tapi masa tu saya anggap Shaklee ni bukan boleh buat duit pun ( sombong berlagak,,,belum baca sistem Shaklee dah kata Shaklee tak boleh buat duit).Bila dah tahu kelam-kabut bangkitkan diri...heheheh

Selain dari buat bisnes online , saya ada juga buat promosi Offline.....saya selamba je tebar pemplet kat rumah orang kat kereta orang sampai kena kejar anjing.

Saya buat secara berjemaah dengan anak saya.Tengah-tengah panas orang duduk rehat-rehat tengok tv saya pulak tabur pemplet, kesian anak saya tapi saya nak dia tahu susahnya mencari duit.

Dalam saya buat promosi offline memang ada yang kata cara saya kuno.Cara lambat nak dapatkan duit tapi saya percaya apa yang saya buat adalah lebih SELAMAT.

Dalam saya membuat promosi ada juga terima rejection atau penolakan .Saya faham manusia ada banyak pilihan dan mereka bebas untuk memilih.Saya tak marah pun tapi sedikit rasa malu laa...hehehhe.

Saya pernah juga di"kenakan" oleh pesaing saya di mana dia suruh simpankan stok untuk customer dia sebab dia tak boleh re-stok.So nanti customer dia akan ambil dengan saya maknanya dia nak bagi sales kat sayalah.Tapi sampai sekarang takde pun customer dia datang ambil dengan saya.Dia saja nak kenakan saya  dengan cara nak permainkan perasaan saya tapi tak mengapa produk tu pun saya dah jual pada orang lain.Dia ingat saya boleh "down" atau meratap sebab itu, tidak....saya bukan jenis mudah menangis dengan benda kecil seperti itu .Saya dah dilatih untuk tidak menangis dari kecil lagi, semuanya saya kena tahan.

Tapi sekali saya menangis memang sampai bengkak-bengkak mata dan muka...heheheh

Jadi, itu antara suka duka saya dalam menaiki tangga Supervisor.Pengalaman yang tak besar mana pun tapi meninggalkan kesan dan menjadi memori hidup saya.Banyak lagi pengalaman yang lebih hebat dari saya yang lagi susah dan lagi mencabar.

Syukur tak terhingga kepada ayah dan emak....suami..anak-anak....adik beradik dan upline saya yang banyak membantu.Allahuakbar!








Tuesday, December 16, 2014

Testimonial Omega Guard untuk Darah Tinggi

[TESTIMONI] OmegaGuard Shaklee untuk Darah Tinggi


Perkongsian bagaimana Omega Guard Shaklee membantu menurunkan tekanan darah bagi pesakit darah tinggi.



Boleh tengok video di sini Testimonial Omega Guard untuk darah tinggi.

Hubungi Pengedar Shaklee anda untuk mendapatkan sebotol OMEGAGUARD hari ini.

Atau, jom daftar keahlian Shaklee, hanya RM65 sahaja seumur hidup! 

Buatlah Pilihan Yang Terbaik..Pilihan di tangan Anda



Selain produk ini ada lagi produk-produk menarik yang patut anda cuba seperti set Penyusuan, Set Kehamilan, Pakej untuk kaum adam, kaum hawa, kanak-kanak, warga tua dan yang lebih menarik saya menawarkan konsultasi percuma serta penghantaran yang tidak membebankan anda. 

Jika anda perlukan panduan pemakanan dan konsultasi, boleh hubungi saya SEKARANG :)

JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE

Rakan Shaklee Anda Noorfadzilah binti A Aziz

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1134196]
♥ Contact No : 018 7944556
♥ COD : Pasir Gudang & Masai.
Poslaju ke seluruh Malaysia.


Monday, December 15, 2014

Cara naik rank Supervisor


Pada 13.12.2014 yang lalu saya telah meng"upload" gambar saya di FB semasa hari pengiktirafan Shaklee peringkat negeri Johor. 

Tak sangka inbox FB saya penuh dan Whatsapp saya busy dengan soalan macam mana nak naik rank Supervisor.

Ada yang kata begini....."masa sekolah dulu ko ni bukan jenis bercakap dengan pemalu tahap maksima tapi macam mana boleh jual produk Shaklee sampai tahap jadi Supervisor ?"


Memang best soalan tu sebab saya akui memang saya ni bukanlah pandai bercakap hinggalah kini. Saya masih berdebar-debar nak cakap dengan bakal customer tapi saya kuatkan hati dengan niat nak tolong orang lebih sihat dan lebih kewangannya. So, dengan cara itu saya akan berubah jadi relax dan cool...cewah.....

Dari perasaan malu dan takut jadi SERONOK tau.

Okay, untuk naik pangkat Supervisor ni bukanlah semudah makan kacang kuda masa tengok bola ya.Ada tangis dan tawa suka dan dukanya.Ia umpama pemain bola yang kena ada kekuatan fizikal , kekuatan mental , skill dan amalan kerohanian untuk diamalkan.

Jika anda ingin merasa berada di Rank leader SUPERVISOR  anda perlu:-

**Belian barang personal + group anggaran RM10 000 ( 3000uv)**

Ada jugak yang boleh buat Sales sorang-sorang dapat sales RM10K ( 3000 Point) sebab dia buat promosi kaw-kaw siang malam mengadap Smartphone atau laptop. Promosi Offline pun dia buat, hebat kan ???

Prinsip beliau...hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Betul kan? Hasilnya selepas itu memang meletop terus dapat bonus 4 angka dan naik pangkat.

Tapi kalau ada downline @ business partner lebih cepat sikit naik pangkat dan mudah nak kumpulkan 3000 uv.


Kenapa mesti jadi Supervisor ?

Sebab selain bonus dari Personal UV Shaklee bayar lagi Bonus New Rank RM 368.00 .

CARA PENGIRAAN BONUS SUPERVISOR

Contoh :-

Jika anda buat Personal 3000uv x 3.1 x 21% = RM1953.00 
                                            + Bonus New rank RM  368.00 
                                                                        = RM 2321.00  

21% bonus bila anda mencapai 2500uv ke atas.Tapi untuk layak menjadi Supervisor, anda kena capai 3000uv. Selepas itu anda boleh maintain 2500uv.

( Anggaran 1 uv (point) bernilai RM 3.10)

Best tak kiraannya? Rugi tau siapa yang tak buat betul-betul kalau dah join Shaklee ni.

Tengok gambar kat bawah ni...betul-betul bagi inspirasi untuk lebih kuat berusaha.


Ada yang terbakar tak? Apalagi.....jom cabar diri sendiri untuk hidup lebih bebas kewangan.




Persediaan 2015 dengan projek 5 ANGKA 3 BULAN

Assalamualaikum dan salam kejayaan,

Beberapa hari lagi akan menjelma tahun 2015.Tahun bermulanya GST di negara kita iaitu pada 1 April 2015.

Apa itu GST ?

GST adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax). Di beberapa negara ia juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau Cukai Nilai Tambah. Ia bukannya kerajaan telah menambah lagi cukai sedia ada atau mengenakan cukai ke atas cukai. 

Jadi apakah anda telah bersedia menghadapi kenaikan harga ? 
Sebagai persediaan adalah sangat penting untuk kita memperbaiki ekonomi keluarga. 

Bagaimanakah cara untuk memperbaiki kewangan keluarga ?

Adakah anda membuat kerja part time selepas waktu bekerja ?
(pasti tiada masa yang cukup untuk keluarga)

Adakah dengan cara anda mengambil upah menjahit atau memasak?
(pasti anda mengambil masa rehat anda selepas bekerja hingga tak cukup tidur dan stress)

Adakah anda masuk skim cepat kaya yang makin merosak?
( usah ditambah masalah yang ada sehingga anda boleh gila)


Anda tanya saya pula bagaimana? 

Sudah tentu saya akan jawab SAYA AKAN BUAT SHAKLEE betul-betul dan agresif untuk memastikan saya dapat BONUS MINIMA 4 ATAU 5 ANGKA SETIAP BULAN! Aaminn Ya Allah.

Tapi dengan SYARAT saya perlu tolong insan lain untuk  merubah nasib mereka.Saya perlu tunjuk ajar dan berkongsi dengan orang lain.Bukan nak senang sorang-sorang ye.


Caranya bagaimana?

Saya guna Shaklee...saya share kebaikan produk secara online (FB/Whatsapp/Telegram) dan offline .
Saya akan offer mereka yang sama tujuan dengan saya iaitu untuk mendapat wang tambahan di tengah bulan dengan copy paste apa yang saya buat.

MUDAH SAHAJA!

Jika anda SERIUS nak saya join projek saya iaitu PROJEK 5 ANGKA 3 BULAN.
Usah malu-malu dan jangan buang masa terus hubungi saya Noorfadzilah binti A Aziz (ID.1134196) di 018-7944556.

Saya ada formula dan teknik rahsia untuk mencapai income 5 angka itu. Bila kita dah ada teknik yang bagus kenalah berusaha untuk mencapainya dan selepas itu berserah pada Allah dengan amalan-amalan yang saya akan kongsikan .

Semoga Allah perkenankan usaha kita untuk mengubah hidup lebih bahagia dan tenang.



AMARAN KERAS!

OFFER INI BUAT MEREKA YANG SERIUS NAK UBAH NASIB HIDUP ATAU YANG ADA SEBAB LAIN YANG PENTING MAMPU BUAT MACAM SAYA BUAT.







Cerita cuti sekolah akhir tahun 2014

Sudah hampir 4 minggu cuti sekolah berlansung dan anak-anak saya dah mula bertanya.

" Tak kemana-mana ke kita ibu cuti sekolah ni...cuti pun dah nak habis?" Soalan anak sulung saya Nur Uzma sambil anak kedua Nur Ayla mengiyakan soalan kakaknya itu.

Saya tersenyum sambil menoleh melihat suami di sebelah yang sedang kusyuk makan.

Saya tahu sungguh suami kelihatan tidak mendengar tapi saya tahu suami sedang menyusun ayat...hehehhe...dah 12 tahun bersama dah faham sangat suami saya tu.

Saya tahu suami memang ada plan nak bawa kami pergi jalan-jalan dan sebenarnya setiap bulan pun kami akan pergi berjalan-jalan even dalam negeri Johor je.

Penting untuk perkembangan minda anak-anak selain dari beri supplemen kena juga bawa mereka keluar beramah-mesra dengan alam.

Awal bulan lepas kami sudah menghantar Nur Uzma dan Nur Ayla ke Kem Tahfiz Cuti Sekolah di Madrasah Annur, Kesang Laut, Muar,Johor. Mereka mengambil pakej 1 minggu di mana bayaran yang dikenakan ialah RM150.00 seorang untuk satu minggu.

Tambahan bayaran RM50.00 seorang untuk perkhemahan di Sg Udang, Melaka .Tidak lupa juga upah dobi RM25.00 seorang.

Anda boleh rujuk di laman web Madrasah Annuur untuk rujukan akan datang.

Berdebar-debar sebenarnya nak menghantar mereka ke sana, maklumlah seminggu tu masa yang agak lama....tapi tawakal dan berdoalah agar mereka selamat dan sihat.In Shaa Allah.

Genap seminggu kami pun datang semula mengambil mereka dan syukur ke hadrat Ilahi kerana perubahan mereka sangat positif sehinggakan anak saya ingin belajar di situ tahun hadapan.
Perasaan seronok ketika belajar menghafaz membuatkan mereka rindu ingin ke sana.I'm speechless.....Allahuakbar!

SubhanAllah, jika anak sudah kata NAK apakan daya ibu dan ayah menolak permintaan mereka untuk mendalami ilmu Al Quran iaitu kitab Allah.

Sebenarnya banyak perkara yang saya plan nak buat dengan anak-anak dan saya harap akan terlunas hendaknya sebelum sessi persekolah bermula.

Antara yang ingin saya lakukan bersama anak-anak adalah berkebun di tepi rumah dan mencuba resepi baru.Sebab anak-anak suka main tanah dan memasak, jadi kenalah sediakan aktiviti yang mereka suka buat.

(Sumber Google....seronok kan tengok anak-beranak berkebun)

( Sumber Google.....Yang ini memang kena cuba buat mana tau anak boleh berniaga)

Inilah sedikit celoteh saya tentang cerita cuti sekolah akhir tahun anak-anak.Maaflah ceritanya tidak berapa menarik hanya cerita-cerita biasa.

( Rasa tak sabar nak bercuti panjang....Ya Allah semoga permudahkan perjalanan kami)