Monday, December 15, 2014

Cerita cuti sekolah akhir tahun 2014

Sudah hampir 4 minggu cuti sekolah berlansung dan anak-anak saya dah mula bertanya.

" Tak kemana-mana ke kita ibu cuti sekolah ni...cuti pun dah nak habis?" Soalan anak sulung saya Nur Uzma sambil anak kedua Nur Ayla mengiyakan soalan kakaknya itu.

Saya tersenyum sambil menoleh melihat suami di sebelah yang sedang kusyuk makan.

Saya tahu sungguh suami kelihatan tidak mendengar tapi saya tahu suami sedang menyusun ayat...hehehhe...dah 12 tahun bersama dah faham sangat suami saya tu.

Saya tahu suami memang ada plan nak bawa kami pergi jalan-jalan dan sebenarnya setiap bulan pun kami akan pergi berjalan-jalan even dalam negeri Johor je.

Penting untuk perkembangan minda anak-anak selain dari beri supplemen kena juga bawa mereka keluar beramah-mesra dengan alam.

Awal bulan lepas kami sudah menghantar Nur Uzma dan Nur Ayla ke Kem Tahfiz Cuti Sekolah di Madrasah Annur, Kesang Laut, Muar,Johor. Mereka mengambil pakej 1 minggu di mana bayaran yang dikenakan ialah RM150.00 seorang untuk satu minggu.

Tambahan bayaran RM50.00 seorang untuk perkhemahan di Sg Udang, Melaka .Tidak lupa juga upah dobi RM25.00 seorang.

Anda boleh rujuk di laman web Madrasah Annuur untuk rujukan akan datang.

Berdebar-debar sebenarnya nak menghantar mereka ke sana, maklumlah seminggu tu masa yang agak lama....tapi tawakal dan berdoalah agar mereka selamat dan sihat.In Shaa Allah.

Genap seminggu kami pun datang semula mengambil mereka dan syukur ke hadrat Ilahi kerana perubahan mereka sangat positif sehinggakan anak saya ingin belajar di situ tahun hadapan.
Perasaan seronok ketika belajar menghafaz membuatkan mereka rindu ingin ke sana.I'm speechless.....Allahuakbar!

SubhanAllah, jika anak sudah kata NAK apakan daya ibu dan ayah menolak permintaan mereka untuk mendalami ilmu Al Quran iaitu kitab Allah.

Sebenarnya banyak perkara yang saya plan nak buat dengan anak-anak dan saya harap akan terlunas hendaknya sebelum sessi persekolah bermula.

Antara yang ingin saya lakukan bersama anak-anak adalah berkebun di tepi rumah dan mencuba resepi baru.Sebab anak-anak suka main tanah dan memasak, jadi kenalah sediakan aktiviti yang mereka suka buat.

(Sumber Google....seronok kan tengok anak-beranak berkebun)

( Sumber Google.....Yang ini memang kena cuba buat mana tau anak boleh berniaga)

Inilah sedikit celoteh saya tentang cerita cuti sekolah akhir tahun anak-anak.Maaflah ceritanya tidak berapa menarik hanya cerita-cerita biasa.

( Rasa tak sabar nak bercuti panjang....Ya Allah semoga permudahkan perjalanan kami)















No comments:

Post a Comment