Pagi tadi terdengar topik kat radio Best 104 tentang macam mana nak handle orang suka cakap belakang.
Saya senyum je dengar topik tu sebab orang yang suka cakap belakang ni sebenarnya penakut dengan erti kata lain tak berani nak cakap secara depan-depan.
Alasannya nak jaga hati orang...kononlaa.Depan orang kemain manis mulut berbicara tapi belakang cakap bukan-bukan sesedap rasa.
Tapi pada saya cakap belakang tu aperla sangat, orang tu pun dapat dosa.Biarlah dia nak cakap untuk puaskan hati dia, dia pun ada hak untuk bercakap.Dosa dan pahala pun dia dah tahu kan...so let it be.
Berbanding dengan tikam belakang ni cakap belakang tu ibarat air yang berlalu, tapi ditikam ni sakit tau.Walau tak berdarah tapi hati parah.
Teringat kat kawan saya ni, dia makan hati sampai mintak dengan saya vitamin B Complex. Saya bagilah sebiji untuk dia telan sambil dia meluahkan rasa.
" Aku tak sangka betul dengan budak tu, nampak baik tapi boleh buat macam tu.Dia ingat aku tak dengar dia cakap apa dengan boss aku, ingat aku ni pekak kot.Bisik-bisik pun telinga aku tajam walau nampak aku ni macam tak amik port tapi aku ada deria mendengar.
Lepas tu, bila jumpa aku dia boleh pusing cerita ...aku senyum je tapi dalam hati aku rasa remuk hati dengan perangai dia yang berlagak baik."
Lepas makan Vitamin B sebiji dan luahkan perasaan dia nampak lebih tenang .Alhamdulilah......
Saya faham perasaan kawan tu.....saya cakap dengan dia semua yang terjadi ada hikmahnya.Antara hikmahnya ialah kawan saya lebih kenal kawan dia tu.Saya tahu sakitnya hati bila orang yang dia agak rapat buat macam tu tapi apakan daya Allah nak uji kenalah hadapi.
Bila saya di tempat dia mungkin saya pun sama, saya akan rasa marah tapi marah dalam hati je.Lama-lama reda sendiri dan kalau bertembung dengan orang macam tu cuba kuatkan hati untuk kita senyum tapi dalam hati kena beringatlaaa.
Balas balik? jangan nanti kita akan jadi sama je macam perangai buruk orang tu takde bezanya pun nanti kita dan orang tu.
Jadi, jaga diri ...jaga hati dan jaga iman. Kalau nak vitamin B , boleh hubungi saya Noorfadzilah binti A Aziz 018-7944556.
No comments:
Post a Comment