Saya teruja nak tengok listing nama yang terpilih ke kem
motivasi untuk pelajar SPM.
motivasi untuk pelajar SPM.
Tapi sayangnya...sampai ke akhir nama itu bukan nama saya.
Saya sedih.Kenapa cikgu tak pilih saya?
Apa salah saya?Adakah kerana saya anak orang miskin yang
berumahkan setinggan...di bawah rumah nampak air laut.
Saya menjadi rendah diri sangat-sangat.Nak menangis pun
ada tapi saya tahan.
Saya teringin sangat nak pergi sebab nak tengok tempat
orang lain dan rasa suasana bermotivasi.
Saya susah nak pergi tempat orang memandangkan ayah
takde kereta.Ada motor EX5 merah je...macam mana nak
bawak saya dan adik-beradik berjalan-jalan2.Adik beradik 7
orang...ramai tuuu.
Saya tak puas hati saya beranikan diri tanyer dengan guru
kaunseling yang anjurkan program tu.....jawapannya sangat
memeranjatkan saya....huhuhuuhu
"Noorfadzilah (perghh cikgu siap panggil nama penuh tuuu)
saya bukan tak nak hantar awak pergi motivasi.
Awak tak perlu pun motivasi tu."(airmata saya dah
bergenang dah...tinggal nak tumpah je).
"Awak adalah seorang yang bermotivasi! Jangan
sedih2...awak sentiasa bermotivasi."
Saya tak faham, saya tanya balik "Apa maksud cikgu tu, saya
tak fahamlah.....apa maksud cikgu saya bermotivasi?"
"Okay macam ni.....apa yang awak buat bila awak nak
tingkatkan markah Matematik awak?"
saya jawab"Saya buat latihan la cikgu."
"Ada ke cikgu suruh awak buat latihan tambahan tuu?".cikgu tanyer balik.
" Tak ...tapi naper cikgu?"
"Itulah sikap orang bermotivasi....awak tak perlu cikgu
suruh untuk buat latihan.Awak sendiri yang push diri awak
buat latihan tu."
Saya terdiam...cuba berfikir balik apa yang cikgu cakap.Saya
blur.
blur.
Dan jawapan sebenar kepada semua itu adalah AYAH DAN
EMAK saya, mereka berdualah yang membuatkan saya
BERMOTIVASI.
EMAK saya, mereka berdualah yang membuatkan saya
BERMOTIVASI.
Hampir hari-hari ayah dan emak pesan agar saya belajar pandai-pandai.
Jangan jadi miskin macam ayah dan emak.Orang tak pandang, orang hina dan orang tak suka kita.
Kalau tak pandai-pandai....buat latihan tambahan banyak-banyak.Sampai saya faham...sampai saya hadam.
Dan kini...saya rindukan kata-kata semangat itu.
Terima kasih ayah dan emak.
SAYANG AYAH EMAK SANGAT-SANGAT.
Semoga ALLAH tambahkan rezeki dan kesihatan yang baik buat ayah dan emak saya.
No comments:
Post a Comment