Tuesday, December 9, 2014

Tips dan petua rambut wangi walau bertudung


Bagi yang bertudung pasti pernah mengalami masalah rambut berbau selepas hampir 10 jam memakai tudung. Usah risau ye kawan-kawan.....cuba tengok tips di bawah ini.

1. Cari syampu yang khas untuk mereka yang bertudung dan pastikan kandungan syampu yang dibeli adalah keluaran halal, mengandungi bahan semula jadi dan dipercayai. 

2.Mengamalkan petua orang dulu-dulu untuk merawat rambut berbau dan kulit kepala yang gatal. Menggosok limau purut pada kulit kepala setiap hari bukan saja mengurangkan rasa gatal kulit kepala tetapi mampu mengurangkan kelemumur. 

3.Elak mengenakan tudung sekiranya rambut masih basah. Biarkan rambut kering sepenuhnya supaya wap rambut basah tidak terperangkap. 


4.Sapu masker rambut sekali seminggu. Jangan lupa urut kepala kerana kulit kepala juga perlu bernafas!
Boleh dapatkan masker rambut di salon yang berdekatan dan boleh tanya sekali cara memakainya.


5.Pilih tudung yang sesuai dari jenis kain yang selesa dan yang boleh memudahkan aliran udara ke kepala korang. Sekarang banyak trend yang pakai tudung yang tebal-tebal, yang berlapis-lapis, boleh aplikasikan tapi jangan pakai melebihi 4 lapisan, kerana semakin tebal tudung , semakin susah rambut nak bernafas.



Monday, December 8, 2014

Perkhidmatan Shaklee memang BEST


Shaklee memang best!!!

Bukan setakat produknya yang berkualiti , selamat dan terbaik tapi...............

Penghantaran pun terbaik sebabnya Shaklee telah membuatkan sahabat saya cakap saya BEST.

Sedangkan yang BEST adalah Shaklee Malaysia sebab saya berurusan jual beli secara online pada pukul 1.15 petang ada lagi 2 jam lebih nak cut off ( sebab cut off pukul 3 petang) dan keesokkan tengahari COQ Health dah sampai.

Memang TIP TOP perkhidmatan penghantaran Shaklee, dalam masa SEHARI DELIVERY DAH SAMPAI.


Kebetulan sahabat saya ni memang nak cepat COQ Health kalau boleh esoknya juga dia nak tapi sebab dah tengahari saya memang tak berani nak janji.Nanti kalau yakin sangat boleh sampai keesokkannya takut nanti tak dapat pulak lagi sedih rasanya.Malu pun ada.

Tapi, alhamdulilah ....Allah makbulkan doa saya agar dipermudahkan urusan sebab kawan kepada sahabat saya itu memang berhajat sangat nak makan COQ Health untuk sakit jantungnya.


Pengedar Shaklee Pasir Gudang

Terima kasih Shaklee Malaysia kerana memberikan perkhidmatan yang terbaik!


Kelebihan membaca surah Al-Waqiah

Untuk mereka yang menceburi perniagaan selalunya akan mengamalkan membaca Surah Al Waqiah selepas selesai solah lima waktu.

Tapi adakah ramai yang tahu khasiat atau kelebihan membacanya Surah Al- Waqiah ini ?

Sabda Nabi Muhammad S.A.W.

1."Barangsiapa membaca Surah al-Waqiah pada tiap-tiap malam, tiadalah akan menimpa kepadanya kefakiran atau kepapaan"



2.“Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)


Info tentang surah Al Waqiah.
-------------------------------------
1.Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat.

2.Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafaz Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

3.Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:

* Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

* Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.

* Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

* Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. 

InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.


* Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. 

Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, 

InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.








Makanan yang boleh menyebabkan KANSER

Sebut tentang kanser, rata-rata ramai yang terasa ngeri. 

Mana taknya kebanyakkan mereka yang kena kanser memang agak sukar untuk pulih seperti sedia kala.

Jadi, kita perlu tahu apakah makanan-makanan yang boleh menyebabkan kanser.


Info yang saya kongsikan ini diambil dari seorang doktor yang juga salah seorang pengedar Shaklee yang berpangkat Master iaitu Dr Malinda .

Makanan tersebut ialah :-

1. Makanan yang di BBQ.

2. Makanan yang di goreng dengan lebih minyak seperti goreng pisang, keledek, kentang fries & wedges, kerepek.

3. Daging yang dimasak dengan api atau suhu yang sangat tinggi.

4. Makanan yang diawet , berlebihan garam atau nitrate. 
     Contoh : makanan tin, telor & sayur masin, sausage, daging salai.

5. Nasi yang disimpan lama. ( mengandungi aflatoksin )

6. Makanan yang berkurangan serat dan tinggi lemak trans.

7.  Jangan makan roti yang telah berkulat dan roti yang disimpan lebih 2 hari dalam cuaca panas untuk mengelakkan kanser hati.

8. Elakkan memakan seperti hati, buah pinggang dan otak lembu.

9. Elakkan produk-produk tenusu kerana kebanyakkan lembu diberi suntikan Growth Hormon dimana Growth hormon ini menyokong kepada pengembangan kanser sel.

10.Kurangkan makanan-makanan yang bergula.

l1. Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi MSG.

Nampaknya makanan yang disenaraikan di atas memang kerap di ambil.Kenalah kurangkan pengambilannya sedikit demi sedikit.


Selain itu perlulah untuk kita mengambil supplemen anti-kanser seperti vitamin E.

Bulan ini Shaklee memberi diskaun 5% kepada pelanggan yang membeli 2 botol dan juga Percuma 1 botol bila membeli 6 botol Vitamin E Complex.
Pengedar Shaklee Pasir Gudang


Hikmah dicurangi

Assalammualaikum wbt dan salam kasih sayang semua.............

Sesiapa pun akan terluka , kecewa , marah dan merana bila dicurangi tidak kiralah semasa sedang bercinta atau sudah berumahtangga.Kadang-kadang sampai rasa kurang oksigen bila dapat tahu diri dicurangi dan ditipu hidup-hidup.

Bila saya bincang tentang ini dengan suami. pasangan curang memang selalu datang dari pihak lelaki sebab pada lelaki tiada istilah curang pada lelaki sebab mereka berhak nikah 4 orang kalau mampu.

Memang makan hati sampai ada yang terkesan hingga jatuh sakit dan turun berat badan mendadak.

Rasanya ramai yang pernah alami perkara sebegini dan ada yang bangkit semula dalam masa yang lama dan ada yang bernasib baik sekejap je dia dah okay.

Itu bergantung kepada kekuatan mental seseorang dalam menangani masalah dunia ni.

Sebenarnya banyak hikmah yang kita dapat bila terjadi ujian berat ini.Saya cuba sharekan hikmah hasil dari pemerhatian dan pengalaman kawan-kawan.

1.Penampilan jadi lebih menarik bila yang dulu gemuk badannya jadi lebih slim.Maklumlah ada yang makan hati tak selera makan dek menanggung sedih dicurangi. Ada juga yang lepaskan rasa geram dan kecewa dengan bersenam gila-gila sebab nak mantapkan badan.

2.Dulu tiada lesen memandu kereta atau motor tapi bila sang suami dok asyik dengan cinta baru sampai lupa nak ambil kita balik kerja jadi kenalah memandu sendiri dan sebelum tu perlu ambil lesen.

3.Sebelum ini tak pandai memasak tapi bila nak tambat hati suami semula kena pandai masak.Boleh belajar dengan mak mertua ke atau dengan pakcik Google.Lama-lama dah pandai masak beraneka jenis makanan.

4. Sebelum ni tak kisah pun salon ke spa untuk rawatan diri, tapi sekarang dah pandai bagi mendapatkan wajah yang bersih dan badan halus mulus sebaik saja mendapatkan perkhidmatan salon.

5. Sudah ada duit simpanan sendiri hasil dari side income.Ada yang berniaga kecil-kecilan seperti berniaga kuih muih, ambil upah menjahit, mengambil tempahan membuat kuih , jadi perunding kewangan sambilan atau berkecimpung dalam perniagaan MLM.

Cukuplah 5 hikmah yang saya dapat kongsikan bersama dan saya rasa ada banyak lagi hikmahnya.

In shaa Allah ...apa jua hikmahnya suami isteri tetap akan merasai nikmat selepas bertautnya kembali cinta.

Jom sama-sama kita amalkan doa agar sentiasa dikasihi.










Friday, December 5, 2014

Kenapa perlu pakai Jam "Heart Rate Monitor" ?

Sebelum ni tak pernah dengar pun jam yang boleh kesan kadar jantung dan boleh kira kalori masa kita bersenam.

Tapi bila join program Jom Kurus 1 Malaysia barulah tahu dan terbuka mata akan kepentingannya.

APAKAH KEPENTINGANNYA?

Heart Rate Monitor ( HRM ) adalah alat pengurusan kecergasan yang penting dan kunci bagi seseorang untuk mengejar pencapaian terbaik. 

HRM membolehkan kita mengumpul sebanyak mungkin informasi mengenai keadaan jantung semasa latihan. 

Setiap maklumat disimpan secara digital yang menjadi rujukan penting untuk analisis dalam program mengurangkan berat badan. 

Kevin Zahri pun ada kaitkan HRM dengan interval training..............

" Pada setiap seminar, saya sering tekankan pentingnya amalan high intensiti interval training atau HIIT dalam amalan senaman cardio atau fitness training. 

Interval training pentingkan zon training. Zon? Zon training fokus kepada kadar degupan jantung.

Untuk HIIT, zon paling tinggi adalah 80% dan zon rendah 60% dari kadar maksimum denyutan jantung (220 – umur). "

Jadi, dari jam HRM ni kita akan dapat trace berapa kadar minimum dan maksimum dalam menjalankan senaman.Bila dah maksimum tu kenalah berhenti kejap sehingga mencapai kadar yang sepatutnya.

Kalau saya berumur 35 tahun....

220-35 = 185 degupan seminit

Zon rendah 60% = 111 degupan seminit
Zon tinggi 80%   = 148 degupan seminit

Di sinilah antara peranan heart rate monitor untuk membolehkan kita kesan degupan jantung sepanjang masa.

Selain itu jam HRM juga dapat beri nilai jumlah kalori yang dibakar, jangsa masa senaman dan rekod senaman yang pernah kita jalani.

Disebabkan faktor keluarbiasaan degupan jantung yang saya alami, suami telah menghadiahkan saya jam jenama SUUNTO sebagai langkah keselamatan.Alhamdulilah, rezeki jangan di tolak.

Pertama kali dengar jenama tersebut, sungguh saya tak pernah dengar.Kelakar je dengar namanya tapi sekarang pergi mana-mana saya bawak jam ni.Rasa lain macam sikit bila pakai jam yang ada HRM ni.Saya rasa macam cergas je, cewah.Perasaan je tu ...heheheh
Pengedar Shaklee Pasir Gudang



Wednesday, December 3, 2014

Niat mesti betul

Assalammualaikum wbt dan salam kegembiraan,

Kenapa saya mengucapkan salam kegembiraan ? Gembira sebab ada sedikit penurunan pada harga petrol walaupun tiada penurunan pada harga makanan dan keperluan lain, takper...tetap kena happy.;)

Entry pembukaan bulan Disember ni saya nak cerita tentang NIAT.

Dalam apa jua perbuatan yang kita laukan pasti ada niat kan? So.. untuk start business MESTI ada NIAT kenapa kita terjun dalam dunia business.

Rata-rata ramai yang berniat untuk mendapat kekayaan dan kemewahan dengan hasil perniagaan serta ingin mendapat nama dan dikenali.

Ada tak dari kalangan pembaca yang ada niat lain ?

Dalam Shaklee ni, saya memang kagum bila dengar niat mereka-mereka yang telah berjaya dalam Shaklee adalah UNTUK BANTU ORANG LAIN.

Terus-terang niat saya yang asal telah bertukar sebaik saja mendengar perkongsian orang-orang yang dah berjaya dalam Shaklee ni.Apa niat saya yang asal, biarlah rahsia...heheheh

Betul konsep tersebut di mana kita berusaha keras untuk berjayakan orang lain dan bantu orang lain barulah kita dapat mengecapi nikmat kejayaan sebenar.

Memang seronok bila tengok susur galur mereka naik pentas beramai-ramai menerima anugerah.

Alhamdulilah.

Jom kita renungkan kata-kata di bawah bersama-sama...............

" Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain"


Doa saya....semoga saya akan berjumpa dengan mereka yang ingin saya bantu untuk sama-sama berjaya mendapat pendapatan tidak kiralah sepenuh masa dan separuh masa.