Tuesday, December 9, 2014

Tips dan petua rambut wangi walau bertudung


Bagi yang bertudung pasti pernah mengalami masalah rambut berbau selepas hampir 10 jam memakai tudung. Usah risau ye kawan-kawan.....cuba tengok tips di bawah ini.

1. Cari syampu yang khas untuk mereka yang bertudung dan pastikan kandungan syampu yang dibeli adalah keluaran halal, mengandungi bahan semula jadi dan dipercayai. 

2.Mengamalkan petua orang dulu-dulu untuk merawat rambut berbau dan kulit kepala yang gatal. Menggosok limau purut pada kulit kepala setiap hari bukan saja mengurangkan rasa gatal kulit kepala tetapi mampu mengurangkan kelemumur. 

3.Elak mengenakan tudung sekiranya rambut masih basah. Biarkan rambut kering sepenuhnya supaya wap rambut basah tidak terperangkap. 


4.Sapu masker rambut sekali seminggu. Jangan lupa urut kepala kerana kulit kepala juga perlu bernafas!
Boleh dapatkan masker rambut di salon yang berdekatan dan boleh tanya sekali cara memakainya.


5.Pilih tudung yang sesuai dari jenis kain yang selesa dan yang boleh memudahkan aliran udara ke kepala korang. Sekarang banyak trend yang pakai tudung yang tebal-tebal, yang berlapis-lapis, boleh aplikasikan tapi jangan pakai melebihi 4 lapisan, kerana semakin tebal tudung , semakin susah rambut nak bernafas.



No comments:

Post a Comment