Sebelum ni tak pernah dengar pun jam yang boleh kesan kadar jantung dan boleh kira kalori masa kita bersenam.
Tapi bila join program Jom Kurus 1 Malaysia barulah tahu dan terbuka mata akan kepentingannya.
APAKAH KEPENTINGANNYA?
Heart Rate Monitor ( HRM ) adalah alat pengurusan kecergasan yang penting dan kunci bagi seseorang untuk mengejar pencapaian terbaik.
HRM membolehkan kita mengumpul sebanyak mungkin informasi mengenai keadaan jantung semasa latihan.
Setiap maklumat disimpan secara digital yang menjadi rujukan penting untuk analisis dalam program mengurangkan berat badan.
Kevin Zahri pun ada kaitkan HRM dengan interval training..............
" Pada setiap seminar, saya sering tekankan pentingnya amalan high intensiti interval training atau HIIT dalam amalan senaman cardio atau fitness training.
Interval training pentingkan zon training. Zon? Zon training fokus kepada kadar degupan jantung.
Untuk HIIT, zon paling tinggi adalah 80% dan zon rendah 60% dari kadar maksimum denyutan jantung (220 – umur). "
Jadi, dari jam HRM ni kita akan dapat trace berapa kadar minimum dan maksimum dalam menjalankan senaman.Bila dah maksimum tu kenalah berhenti kejap sehingga mencapai kadar yang sepatutnya.
Kalau saya berumur 35 tahun....
220-35 = 185 degupan seminit
Zon rendah 60% = 111 degupan seminit
Zon tinggi 80% = 148 degupan seminit
Di sinilah antara peranan heart rate monitor untuk membolehkan kita kesan degupan jantung sepanjang masa.
Selain itu jam HRM juga dapat beri nilai jumlah kalori yang dibakar, jangsa masa senaman dan rekod senaman yang pernah kita jalani.
Disebabkan faktor keluarbiasaan degupan jantung yang saya alami, suami telah menghadiahkan saya jam jenama SUUNTO sebagai langkah keselamatan.Alhamdulilah, rezeki jangan di tolak.
Pertama kali dengar jenama tersebut, sungguh saya tak pernah dengar.Kelakar je dengar namanya tapi sekarang pergi mana-mana saya bawak jam ni.Rasa lain macam sikit bila pakai jam yang ada HRM ni.Saya rasa macam cergas je, cewah.Perasaan je tu ...heheheh
No comments:
Post a Comment