Wednesday, December 3, 2014

Niat mesti betul

Assalammualaikum wbt dan salam kegembiraan,

Kenapa saya mengucapkan salam kegembiraan ? Gembira sebab ada sedikit penurunan pada harga petrol walaupun tiada penurunan pada harga makanan dan keperluan lain, takper...tetap kena happy.;)

Entry pembukaan bulan Disember ni saya nak cerita tentang NIAT.

Dalam apa jua perbuatan yang kita laukan pasti ada niat kan? So.. untuk start business MESTI ada NIAT kenapa kita terjun dalam dunia business.

Rata-rata ramai yang berniat untuk mendapat kekayaan dan kemewahan dengan hasil perniagaan serta ingin mendapat nama dan dikenali.

Ada tak dari kalangan pembaca yang ada niat lain ?

Dalam Shaklee ni, saya memang kagum bila dengar niat mereka-mereka yang telah berjaya dalam Shaklee adalah UNTUK BANTU ORANG LAIN.

Terus-terang niat saya yang asal telah bertukar sebaik saja mendengar perkongsian orang-orang yang dah berjaya dalam Shaklee ni.Apa niat saya yang asal, biarlah rahsia...heheheh

Betul konsep tersebut di mana kita berusaha keras untuk berjayakan orang lain dan bantu orang lain barulah kita dapat mengecapi nikmat kejayaan sebenar.

Memang seronok bila tengok susur galur mereka naik pentas beramai-ramai menerima anugerah.

Alhamdulilah.

Jom kita renungkan kata-kata di bawah bersama-sama...............

" Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain"


Doa saya....semoga saya akan berjumpa dengan mereka yang ingin saya bantu untuk sama-sama berjaya mendapat pendapatan tidak kiralah sepenuh masa dan separuh masa.

No comments:

Post a Comment