Assalammualaikum wbt dan salam kasih sayang semua.............
Sesiapa pun akan terluka , kecewa , marah dan merana bila dicurangi tidak kiralah semasa sedang bercinta atau sudah berumahtangga.Kadang-kadang sampai rasa kurang oksigen bila dapat tahu diri dicurangi dan ditipu hidup-hidup.
Bila saya bincang tentang ini dengan suami. pasangan curang memang selalu datang dari pihak lelaki sebab pada lelaki tiada istilah curang pada lelaki sebab mereka berhak nikah 4 orang kalau mampu.
Memang makan hati sampai ada yang terkesan hingga jatuh sakit dan turun berat badan mendadak.
Rasanya ramai yang pernah alami perkara sebegini dan ada yang bangkit semula dalam masa yang lama dan ada yang bernasib baik sekejap je dia dah okay.
Itu bergantung kepada kekuatan mental seseorang dalam menangani masalah dunia ni.
Sebenarnya banyak hikmah yang kita dapat bila terjadi ujian berat ini.Saya cuba sharekan hikmah hasil dari pemerhatian dan pengalaman kawan-kawan.
1.Penampilan jadi lebih menarik bila yang dulu gemuk badannya jadi lebih slim.Maklumlah ada yang makan hati tak selera makan dek menanggung sedih dicurangi. Ada juga yang lepaskan rasa geram dan kecewa dengan bersenam gila-gila sebab nak mantapkan badan.
2.Dulu tiada lesen memandu kereta atau motor tapi bila sang suami dok asyik dengan cinta baru sampai lupa nak ambil kita balik kerja jadi kenalah memandu sendiri dan sebelum tu perlu ambil lesen.
3.Sebelum ini tak pandai memasak tapi bila nak tambat hati suami semula kena pandai masak.Boleh belajar dengan mak mertua ke atau dengan pakcik Google.Lama-lama dah pandai masak beraneka jenis makanan.
4. Sebelum ni tak kisah pun salon ke spa untuk rawatan diri, tapi sekarang dah pandai bagi mendapatkan wajah yang bersih dan badan halus mulus sebaik saja mendapatkan perkhidmatan salon.
5. Sudah ada duit simpanan sendiri hasil dari side income.Ada yang berniaga kecil-kecilan seperti berniaga kuih muih, ambil upah menjahit, mengambil tempahan membuat kuih , jadi perunding kewangan sambilan atau berkecimpung dalam perniagaan MLM.
Cukuplah 5 hikmah yang saya dapat kongsikan bersama dan saya rasa ada banyak lagi hikmahnya.
In shaa Allah ...apa jua hikmahnya suami isteri tetap akan merasai nikmat selepas bertautnya kembali cinta.
Jom sama-sama kita amalkan doa agar sentiasa dikasihi.
No comments:
Post a Comment