Thursday, November 13, 2014

Ragam anak lelaki

Bila dah ada anak perempuan teringin nak ada anak lelaki maklumlah dah 3 orang anak perempuan berderet.

Dalam hati melonjak-lonjak nak ada anak lelaki.Nak tahu juga rupa anak lelaki kami macam mana.

So, macam-macam petualah saya cari dan ada seorang senior kat tempat kerja lama bagi petua.Alhamdulilah dengan berkat usaha , doa dan tawakal dapatlah kami 2 orang anak lelaki iaitu Abg Dhiya dan Adik Umar.

Bila dah dapat anak lelaki ni dapatlah rasa perbezaannya.Antara perbezaannya ialah :-

1. Mula-mula pregnant tu saya kena demam seminggu tapi tak ada alahan mabuk.Sakit semua sendi dan badan-badan masa demam tu tapi redha je lah.....nak cuci dosa juga kan.
Makanan yang saya suka sangat adalah sayur bayam ,ikan dan kambing (kambing memang feveret dari dulu lagi) dah macam Popeye saya rasa kalau nampak bayam tu excited betul makan.Kalau minuman pulak hari-hari nak minum Teh O Ais Lemon padahal saya sebeblum tu tak suka pun air tu masam-masam manis.Tapi tekak masa mengandung lain macam...layan kan je la.

2. Baby boy ni lebih besar dan panjang fizikalnya mungkin sebab keturunan saya yang besar dan tinggi.Dua-dua masa lahir beratnya 4.13kg dan 4.31kg (terbalik-balik je nombor ye...hehehhe). 

3.Lepas bersalin baby2 boy ni kena tahan masuk NICU sebab baby besar dan doktor nak pantau HB mereka.Dhiya paling lama duduk dalam NICU dekat seminggu juga lah sampai saya rasa nak bawak dia lari je sebab kesian tengok asyik kena cucuk amik darah kat tumit kakinya.Umar pula duduk kat NICU dengan nyamannya selama 2 hari je.

4.Mereka berdua dalam pantang pula tak banyak ragam.Elok je perangai sebab suka tidur tapi kalu mandi pagi lambat memang diorang mengamuk tak selesa nak tidur.So, kenalah mandikan dulu barulah sedap tidur.Nampak tak ? Punyalah pembersih bujang-bujang ni.Mula-mula ingat merengek dan mengamok sebab nak susu tapi rupanya nak mandi.Bagus bujang-bujang ibu ni...pembersih kamu ye.

5.Lambat berjalan dan bercakap berbanding anak perempua aka kakak kepada bujang-bujang ni.Dah masuk setahun sebulan baru belajar menapak dan bercakap...tapi bila dah pandai bercakap memang kejenyer bercakap je la.....layankan aje.

6.Susah nak tidur malam perkara yang paling scary sebab saya kerja so bila mereka tak tidur saya pun mana boleh tidurkan.Kalau kakak2 diorang memang suka tidur walau dah tidur banyak kat rumah babysitter tetap cepat tidur malam.
Mak saya kata, bujang saya ni ikut perangai saya memang susah nak tidur malam sebab rasa rugi agaknya tidur banyak-banyak ni.

7.Kulit lebih cerah dan bersih dari kakak mereka ini antara sebabnya sayalah kot sebab masa Dhiya dan Umar ni memang saya ambil set hamil Shaklee.
Itu yang ramai ingat mereka ni baby girl lagi-lagi si Dhiya tu, dahla kami panggil dia Dhiya bukan Ulhaq mana la tak orang confuse ni boboy ke gegirl.Hehehehehhe....

Setakat ni je lah perbezaan yang saya  nampak sebab masing-masing masih kecil.Muhammad Dhiya Ulhaq baru 3 tahun dan Muhammad Umar Muallim 1 tahun setengah.





Wednesday, November 12, 2014

Kurap hilang dengan Alfalfa

Assalammualaikum wbt dan salam kecantikan semua,

Hari Isnin yang lepas (10.11.2014) ada seorang customer  yang merangkap saudara saya contact saya nak bagi respon lepas consume Alfalfa.

Mula-mula intro kami sembang tentang macam mana nak buat income RM500 sebulan dengan Shaklee so saya terangkan bagaimana......

Sebenarnya tak sangka saudara saya tu berminat nak share produk Shaklee ni....

Macam gini ayatnyer......

"Kak nak buat blog camner senang x?hihi....
Ade gak minat nk jual shaklee....ahh hmpir terlupe...nak cakap ni..berkesan makan alfafa..tempat yg kena kurap dah  kering...Alhamdulillah...kalau x.... x lena nak tido...insyaallah nak konsume terus la alfafa.
Mula2 tu cam dlm hati cakap betul ker alfafa berkesan...hihihi... "

Nampak tak mula-mula saudara saya macam tak percaya Alfalfa itu berkesan tapi bila dah amalkan alhamdulilah selesai masalah.



Alfalfa Complex ~ membantu tubuh membuang sisa-sisa toksin, melawan alahan dan jangkitan kulit.

INFO TENTANG KURAP

Kurap
(contoh penyakit kurap)

Kurap atau tinea corporis adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan sejenis kulat (fungi) yang dipanggil dermatophyte.

Bagaimana ia boleh berlaku ?

Jangkitan boleh berlaku melalui sentuhan; sama ada dengan manusia atau haiwan yang berkurap atau dengan sebarang  objek yang mempunyai kulat di atasnya (fomites).

Ia juga boleh berjangkit  secara autoinokulasi iaitu jangkitan daripada kawasan lain pada tubuh individu yang sama contohnya berjangkit di bahagian tangan atau badan akibat digaru dengan kuku jari yang dijangkiti kulat.

Keadaan kulit yang sentiasa lembap akibat pemakaian baju yang diperbuat daripada fabrik yang tidak menyerap peluh atau iklim yang lembap dan panas  menggalakkan pertumbuhan dan  jangkitan kurap.

Seperti biasa, jika ada yang berminat nak dapatkan produk Shaklee boleh hubungi saya Noorfadzilah di 018-7944556.(Call/SMS/Whatsapp/Telegram).

Demi ibu dan ayah berjihadlah!

Assalammualaikum wbt dan salam kasih sayang,

Semakin hari semakin meningkat kos kehidupan hingga membuatkan perbelanjaan kita terbatas dan yang paling sedih ada yang tidak mampu nak sumbangkan walau sedikit pun kepada ibu bapa di kampung gara-gara keperluan sendiri pun tak mampu nak ditampung dek kerana hutang dan perbelanjaan seharian.



Sedihkan? Sedangkan merekalah yang telah banyak berkorban dalam membesarkan kita dan bila sudah dewasa kita pula tak mampu nak beri sesen pun duit kocek kepada ibu ayah.




Dimanakah nilai pengorbanan seorang anak jika kita tak mampu nak bahagiakan ibu dan ayah dan mungkin ada yang lupa menggembirakan ibu dan ayah adalah satu jihad.

Ibu dan ayah memang tidak pernah meminta tapi dari sudut hati yang paling dalam....mereka tetap mengharapkan sedikit sebanyak dari anak-anak.Bayangkan ibu bapa yang sudah tidak bekerja dan mengharapkan duit belanja dari anak-anak tapi mereka tak dapat seperti yang diharapkan? Apakah perasaan anda kalau anda ditempat ibu dan ayah.

Masa kita sekolah dulu seboleh-bolehnya ibu dan ayah akan kabulkan permintaan kita, sanggup berhutang pinjam sana sini demi memenuhi permintaan kita dan yang paling sedih ada yang menggadaikan emas.

Maka, apakah langkah kita untuk mengatasi masalah ini? Masalah kekurangan duit sampai tak mampu nak bagi ibu dan ayah tiap-tiap bulan.

Jadi, saya mengajak anda semua yang ingin mencari side income untuk menambah pendapatan agar hidup lebih tenang dan selesa dengan menjadi business partner saya hanya bermodalkan RM 75.00 (RM 65.00 PENDAFTARAN + RM 10.00 POSTAGE)dan pendapatan 3 atau 4 angka mampu kita cipta dengan tunjuk ajar dan sedikit ilmu yang saya ada untuk dikongsi bersama.

Business Shaklee ini mudah sebenarnya jika anda ada semangat.Saya yang pemalu dan pendiam pun boleh berniaga dan menjana income apatahlagi anda.Saya akan berkongsi tips2 untuk berniaga Shaklee dengan mudah dengan anda yang sudi menjadi business partner saya.

In shaa Allah sama-sama kita bergerak untuk menjana income dan mampu berjihad dengan  memberikan kegembiraan buat ibu ayah serta keluarga kita.

Hubungi saya Noorfadzilah (ID:1134196) Boleh call/SMS/Whatsapp dan Telegram atau borak2 di FB saya di Supervisor Shaklee.




Pelan Jualan Shaklee memaparkan keunikan manfaat kewangan, insentif dan kepimpinan yang mengiktiraf perkembangan jualan dan membantu pemilik perniagaan ini membina organisasi yang kukuh serta menjana keuntungan lumayan.

Shaklee menawarkan kaedah yang berkesan dalam mempertingkatkan kewangan dan memenuhi gaya hidup anda.

Tuesday, November 11, 2014

Halangan kepada kuasa tarikan

Assalammualaikum wbt dan salam kejayaan,

Berbicara tentang Kuasa Tarikan, mesti ada halangan yang membuatkan kita tak dapat hasilkan kuasa tarikan itu.

Antara halangan yang ada ialah dari dalam diri kita juga sebenarnya di mana kita perlu pantau pemikiran kita di mana ianya harmoni atau tidak dengan impian-impian kita.

Kita tengok balik samada ada tak sedikit pemikiran negatif yang hadir dalam minda kita.

Contoh pemikiran negatif :-
1.Keraguan
2.Cemburu
3.Kebencian
4.Hasad dengki

Semua ini adalah sikap negatif dan tidak akan membantu dalam perlaksanaan Hukum Tarikan.

Jadi, perlu untuk kita hindari dari berfikiran negatif agar selari dengan impian positif kita.Buang segala yang negatif dan juga buang perkataan "jangan" dalam kehidupan seharian kita.

In shaa Allah, sama-sama kita bayangkan yang  baik-baik dan cakap yang baik-baik.

Perubahan wajah selepas program #jk1m

Pengedar Shaklee Pasir Gudang
Ogos 2014
Testimonial Shaklee
November 2014

Nampak ada perubahan pada wajah selepas menyertai program Jom Kurus 1 Malaysia.

Dari nampak berisi kepada kurang berisi....heheheheh.
Inipun selepas adik saya yang beritahu kalau tak saya memang tak perasan.

Dari segi berat badan memang ada penurunan iaitu sebanyak 4kg , dengar macam sikit tapi dari segi ukur lilit banyak penyusutan.

Bukan saya cakap tapi kawan-kawan dan family yang cakap dan terasa longgar jugak la seluar dan baju yang dulu sendat dipakai.

Paling penting untuk turun 4kg dalam masa 4 minggu tu TAK PERLU BERLAPAR.

Bila join JOM KURUS 1 MALAYSIA @ #jk1m ni kita ada Team Leader yang akan guide kita untuk turunkan berat badan secara sihat dan betul.

Kalau nak tahu lebih lanjut jom join Jom Kurus bulan Januari 2015 nanti, sila tengok blog Kevin Zahri untuk lebih info . 

Tapi penyumbang paling besar dalam penurunan berat badan saya ialah program Weight Lose bersama Group Training di Scientex Gym. Saya ambil pakej 16 sessi dimana seminggu ada 4 hari sessi bersenam.Memang best sebab kita ada kawan-kawan yang sama niat nak kurus.Bila bersenam ramai-ramai ni hilang stress dan hilang lemak...hehehhehe.

Kemudian saya ada ambil supplemen untuk gantikan makanan berat yang sebelum ni saya ambil iaitu sumber protien yang sedap dan lazat Cinch Shake Mix perisa Caffe Latte. 

Supplemen lain yang saya ambil minyak ikan iaitu Omega Guard.Selain dari hilangkan rasa sakit sendi dan otot minyak ikan juga kurangkan selera makan dan part yang paling best Omega Guard dapat membakar lemak.

Kesimpulannya gabungan 3 elemen ini memang sangat membantu penurunan berat badan.
1.Senaman
2.Jaga makan (kira kalori)
3.Supplemen

Tapi yang paling utama adalah SEMANGAT YANG KUAT.Apa jua yang dilakukan kalau takde semangat, its not working ya kawan-kawan.

Untuk info lebih lanjut tentang Group Training dan supplemen boleh hubungi saya (Whatsapp di 018-7944556) atau PM di FB saya Noorfadzilah.
















Monday, November 10, 2014

PUNCA GASTRIK DAN CARA MENGATASINYA

Selain dari corak pemakanan yang tidak mengikut waktu yang sepatutnya, terdapat faktor lain yang menjadi PUNCA GASTRIK.

Antaranya ialah :

* Merokok

* Meminum minuman beralkohol

* Jangkitan bakteria helicobacter pylori

* Kegagalan organ tubuh seperti kegagalan buah pinggang, pernafasan, jangkitan septisemia dan pesakit tenat yang boleh mengakibatkan stress ulser.

* Gaya hidup yang tertekan (stress)

* Bahan-bahan kimia seperti ubat Non-Steroid Anti Inflammatory Drug (NSAIDs).

Setakat ini tiada bukti jelas yang mengaitkan beberapa jenis makanan sebagai penyebab terjadinya gastrik.

Namun, sesetengah makanan yang masam seperti cuka, dan beberapa jenis buah-buahan seperti nangka serta makanan pedas mungkin memburukkan lagi keadaan atau gejala gastrik yang dihidapi.




2 JENIS PENYAKIT GASTRIK:-

1.Penyakit Gastrik / Gastritis ringan

Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.


2.Penyakit Gastrik / Gastritis berat

Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.

INFO:-
Penyakit Ulser gastrik (peptic ulcer) merujuk kepada ulser perut. (Ulser memberi maksud sejenis luka terbuka). 
Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis. Ulser gastrik adalah abang kepada penyakit gastrik berat.


Tanda-tanda penyakit gastrik:

1. Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.

2. Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.

3. Demam yang  dipanggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.

4. Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.

5. Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.

6. Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.


Rawatan penyakit gastrik:

1. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.

2. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.

3. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau.

4. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll.

5. Elakkan makan terlalu kenyang

6. Elakkan cuka, makanan yang pedas

7. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.

8. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.

9. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.

10. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.

11. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.

12.Boleh juga mengambil supplemen set gastrik dari Shaklee.


Boleh juga ambil B Complex sebagai tambahan set gastrik ini sebagai penenang.

FUNGSI SET GASTRIK SHAKLEE :-

>ESP - ENERGIZING SOY PROTEIN

~merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut.
~nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.


>OSTEMATRIX

~Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut.



>PEPPERMINT GINGER PLUS

~Shaklee Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut.

~Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

Seperti biasa, jika anda ingin dapatkan set gastrik Shaklee ini boleh hubungi saya Noorfadzilah di 018-7944556.
Pengedar Shaklee Pasir Gudang dan penghantaran pos ke seluruh Malaysia.




Sunday, November 9, 2014

Testimonial GLA COMPLEX bentuk badan sempurna

Sabtu lepas berkesempatan borak dengan seorang kakak yang juga member Shaklee dalam group saya.

Suka dengan kakak ni sebab beliau peramah dan ceria sangat.
Beliaulah insan pertama yang daftar dengan saya dengan mudah tanpa banyak tanya.

Alhamdulilah sangat walaupun saya baru sahaja sebulan join ahli dengan Shaklee, kakak tu sudi daftar bawah saya.

Dalam berborak tu saya tanyalah keberkesanan produk yang beliau ambil iaitu GLA COMPLEX.
Apa hasilnya?Haaaaa....pasti ada yang tak percaya kan...

"Alhamdulilah sejak amal GLA Complex bentuk payudara tu rasa lagi okay,punggung punada shape yang penting tiada gangguan period lagi...i like!"

Antara kelebihan lain bila amalkan GLA Complex ini adalah:-


Jadi sesiapa yang berminat nak amalkan GLA Complex ini, boleh hubungi saya Noorfadzilah di 018-7944556.