Thursday, November 13, 2014

Ragam anak lelaki

Bila dah ada anak perempuan teringin nak ada anak lelaki maklumlah dah 3 orang anak perempuan berderet.

Dalam hati melonjak-lonjak nak ada anak lelaki.Nak tahu juga rupa anak lelaki kami macam mana.

So, macam-macam petualah saya cari dan ada seorang senior kat tempat kerja lama bagi petua.Alhamdulilah dengan berkat usaha , doa dan tawakal dapatlah kami 2 orang anak lelaki iaitu Abg Dhiya dan Adik Umar.

Bila dah dapat anak lelaki ni dapatlah rasa perbezaannya.Antara perbezaannya ialah :-

1. Mula-mula pregnant tu saya kena demam seminggu tapi tak ada alahan mabuk.Sakit semua sendi dan badan-badan masa demam tu tapi redha je lah.....nak cuci dosa juga kan.
Makanan yang saya suka sangat adalah sayur bayam ,ikan dan kambing (kambing memang feveret dari dulu lagi) dah macam Popeye saya rasa kalau nampak bayam tu excited betul makan.Kalau minuman pulak hari-hari nak minum Teh O Ais Lemon padahal saya sebeblum tu tak suka pun air tu masam-masam manis.Tapi tekak masa mengandung lain macam...layan kan je la.

2. Baby boy ni lebih besar dan panjang fizikalnya mungkin sebab keturunan saya yang besar dan tinggi.Dua-dua masa lahir beratnya 4.13kg dan 4.31kg (terbalik-balik je nombor ye...hehehhe). 

3.Lepas bersalin baby2 boy ni kena tahan masuk NICU sebab baby besar dan doktor nak pantau HB mereka.Dhiya paling lama duduk dalam NICU dekat seminggu juga lah sampai saya rasa nak bawak dia lari je sebab kesian tengok asyik kena cucuk amik darah kat tumit kakinya.Umar pula duduk kat NICU dengan nyamannya selama 2 hari je.

4.Mereka berdua dalam pantang pula tak banyak ragam.Elok je perangai sebab suka tidur tapi kalu mandi pagi lambat memang diorang mengamuk tak selesa nak tidur.So, kenalah mandikan dulu barulah sedap tidur.Nampak tak ? Punyalah pembersih bujang-bujang ni.Mula-mula ingat merengek dan mengamok sebab nak susu tapi rupanya nak mandi.Bagus bujang-bujang ibu ni...pembersih kamu ye.

5.Lambat berjalan dan bercakap berbanding anak perempua aka kakak kepada bujang-bujang ni.Dah masuk setahun sebulan baru belajar menapak dan bercakap...tapi bila dah pandai bercakap memang kejenyer bercakap je la.....layankan aje.

6.Susah nak tidur malam perkara yang paling scary sebab saya kerja so bila mereka tak tidur saya pun mana boleh tidurkan.Kalau kakak2 diorang memang suka tidur walau dah tidur banyak kat rumah babysitter tetap cepat tidur malam.
Mak saya kata, bujang saya ni ikut perangai saya memang susah nak tidur malam sebab rasa rugi agaknya tidur banyak-banyak ni.

7.Kulit lebih cerah dan bersih dari kakak mereka ini antara sebabnya sayalah kot sebab masa Dhiya dan Umar ni memang saya ambil set hamil Shaklee.
Itu yang ramai ingat mereka ni baby girl lagi-lagi si Dhiya tu, dahla kami panggil dia Dhiya bukan Ulhaq mana la tak orang confuse ni boboy ke gegirl.Hehehehehhe....

Setakat ni je lah perbezaan yang saya  nampak sebab masing-masing masih kecil.Muhammad Dhiya Ulhaq baru 3 tahun dan Muhammad Umar Muallim 1 tahun setengah.





No comments:

Post a Comment