Tuesday, June 30, 2015
Lirik lagu Ramadhan (Bahasa Inggeris) - Maher Zain
"Ramadan" - Maher Zain
You lift me up high
You spread my wings
And fly me to the sky
I feel so alive
It’s like my soul thrives in your light
But how I wish you’d be
Here with me all year around
[Chorus:]
Ramadan Ramadan,
Ramadanu ya habib
(Ramadan, Ramadan, Ramadan O beloved)
Ramadan Ramadan
Laytaka dawman qareeb
(Ramadan, Ramadan,
How I wish you were always near)
Love is everywhere
So much peace fills up the air
Ramadan month of the Quran
I feel it inside of me, strengthening my Iman
But how I wish you’d be Here with me all year around
[Chorus:]
Ramadan Ramadan,
Ramadanu ya habib
(Ramadan, Ramadan, Ramadan O beloved)
Ramadan Ramadan
Laytaka dawman qareeb
(Ramadan, Ramadan,
How I wish you were always near)
I just love the way you make me feel
Every time you come around you
breathe life into my soul
And I promise that
I’ll try throughout the year
To keep your spirit alive In my heart it never dies
Oh Ramadan!
[Chorus: X2]
Ramadan Ramadan,
Ramadanu ya habib
(Ramadan, Ramadan, Ramadan O beloved)
Ramadan Ramadan
Laytaka dawman qareeb
(Ramadan, Ramadan,
How I wish you were always near)
Laytaka dawman qareeb
(Ramadan, Ramadan,
How I wish you were always near)
Sumber....http://www.azlyrics.com/lyrics/maherzain/ramadan.html
Monday, June 29, 2015
Ramadhan pertama Nur Uzma di Madrasah An Nuur
Assalammualaikum wbt dan salam Ramadhan semua,
Hari ini sudah 13 Ramadhan , hampir setengah bulan telah berlalu.Ramadhan kali ini agak sunyi sikit sebab anak sulungku Nur Uzma belajar di Muar.Kalau tak....memang riuh suara Uzma menegur adik-adik dan berceloteh tentang persiapan raya.Maklumlah anak sulung, memang gitulah perangainya.Hakikatnya memang selalu Uzma lebih teruja dari saya .
2 minggu lepas (20.06.2015) kami sekeluarga menziarahi Uzma di Madrasah Annuur,Kesang Laut,Muar.Dalam pukul 4.45petang kami sampai , isi borang untuk bawa Uzma outing .Kami dipesan untuk hantar semula selewat-lewatnya waktu Isyak.Seperti biasa, Uzma gembira sangat sebab dapat berbuka puasa dengan kami sekeluarga.Maklumlah , ini pertama kali Uzma berpuasa di rantau orang...cewah macam jauh sangat Pasir Gudang - Muar kan...
Dalam perjalanan, kami semua sibuk bertanya pengalaman Uzma berpuasa di Madrasah.Uzma kata...
"Alhamdulilah ibu, akak bersyukur sangat sebab Allah pilih akak untuk jalan ini, akak dapat buat banyak ibadah.Solat sunat , berzikir dan berpuasa.Alhamdulilah juadah buka puasa ada orang sponsor, semoga bertambah rezeki orang yang sponsor tu...."
"Terima kasih ayah ibu sebab hantar akak kat sini, akak akan belajar dan hafaz sungguh-sungguh."
Bila dengar macam tu, bergenang air mata saya, Terharu dengan kata-kata Uzma.Allah sayang kamu Nur Uzma!
Syukur alhamdulilah Allah bagi peluang untuk kami menghantar anak ke tahfiz sedangkan tahun lepas kami ada niat nak hantar dia ke sekolah muzik...Astagfirullah.
Kami bawa Uzma pulang ke kampung sebelah ayahnya di Bukit Pasir, saya dah siapkan pes nasi goreng merah permintaan Uzma dan sedikit lauk sampingan.Sampai di kampung, terus kami bersiap-siap mengemas rumah dan menyediakan juadah.Meskipun makanannya simple je tapi dah cukup bermakna buat Uzma.
Selepas maghrib terus berdezup kami menghantar Uzma pulang ke Madrasah Annuur sebab madrasah Annuur sangat mementingkan displin.Perjalanan mengambil masa 1/2 jam dari Bukit Pasir.
Dalam kereta, kami berpelukan.Syahdunya rasa nak lepaskan kesayangan saya pulang ke madrasah, tapi apakan daya saya kena kuatkan hati agar anak saya Uzma pun cekal bila berjauhan dengan saya.
In shaa Allah, jika ada umur bulan Julai kita bersua lagi ya sayang.
Akhir kata sebelum meninggalkan dia, saya doakan Uzma mudah menjawab semua soalan periksa dan Allah berikan kesihatan yang baik untuknya.Aamin.
Tuesday, June 23, 2015
Mimpi kawan yang dah meninggal
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua.....
Hari Ahad lepas ( 21.06.2015) saya bangun pukul 4 pagi untuk masak sahur, sebelum tu saya duduk dan tersenyum sendiri.
Saya tak sangka kawan sekelas saya yang telah meninggal beberapa bulan lalu ada dalam mimpi saya. Kawan saya ni cukup istimewa pada saya, namanya Allahyarhamah Bibey Mardiana ( nama pun dah cukup istimewa).
Dalam mimpi tu arwah berdiri di satu sudut, bertudung hitam nampak jelas wajahnya yang putih, senyum dengan wajah berseri-seri. Alhamdulilah....saya lihat arwah ceria.
AL FATIHAH buat mu Bibey Mardiana.
Allahyarham satu kelas dengan saya dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3, biarpun berbeza kelas kami tetap keep in touch.Salah seorang yang selalu bagi nasihat dan pandangan yang jujur Biarpun kekadang terasa hati sikit dengan kata-kata nasihatnya tapi saya terima sebab arwah nak betulkan apa yang salah pada saya . Bersyukur sangat kerana saya ada seorng kawan yang berani menegur dan membetulkan kita kerana kebanyakan kawan hanya pandai berkata belakang kita.
Arwah orang yang jujur, baik, gigih dan kuat semangat.Arwah antara orang yang sangat memahami saya dan tak pernah percaya apa orang cakap buruk tentang saya kerana dia tahu siapa saya sebenarnya.Arwah akan bertanya dan selidik dulu apa orang kata tentang saya dan kami banyak persamaan mungkin kebetulan bulan kelahiran kami sama.
Cuma saya terfikir, apa petunjuk yang Allah nak beri pada saya bila saya mimpikan arwah ?
Saya berdoa agar arwah terus tenang di sana.
I miss you Bi.

Anak "pick up" penangan Omega Guard
Assalammualaikum wbt.....
Semalam anak saya yang ketiga nampak gembira sangat lepas turun dari van sekolah.Ada surprise katanya untuk saya, nanti bila balik rumah baru nak bisik dengan saya. Tapi saya desak dia cerita sebab saya rasa apa yang dia nak cerita tu mesti berkaitan dengan keputusan periksa.
Minggu lepas saya tengok semua markah kertas peperiksaan Kaiyisah nampak memberangsangkan.Hati saya berkata.....anak aku ni boleh dapat nombor satu ni. Tapi, saya sedar saingan anak saya hebat-hebat maklumlah anak saya ni masa pra sekolah dulu dia tiada kedudukan disebabkan keputusan yang tidak memuaskan. Saya dan suami tidak pernah meletakkan harapan yang tinggi pada Kaiyisah sebab tahu kemampuan dia macam mana.
Jadi.....bila saya dengar dia dapat nombor SATU dalam kelas dan nombor 7 dalam keseluruhan darjah.... saya dan suami terkejut!!! Saya menangis.....sebak sebab saya rasa selama ni saya memperkecilkan kemampuan anak saya.Maafkan ibu sayang....terima kasih sebab beri keputusan yang baik buat ibu ayah. Tapi ini baru periksa pertengahan bukan periksa akhir tahun...terlebih lebih eksited pulak ibunya.
ALHAMDULILAH! Terima kasih Allah.
Saya mula mencari apa yang membuatkan anak saya boleh pick-up dengan cepat selain dari berdoa dan usaha anak saya.
Akhirnya, suami saya kata....Omega Guard lah yang bertanggungjawab membuatkan otak anak saya boleh faham dengan cepat.Sebenarnya saya beri Kaiyisah makan Omega Guard kerana dia ada lelah, setiap hari makan sebiji sebelum tidur.Alhamdulilah....lelah dia dah lama tak menjengah.
Makanya, Omega Guard memang tak boleh putus stok di rumah sebab saya nak pastikan anak saya membesar dengan sihat dan cerdas. Aamin.
Untuk anda para ibu bapa yang inginkan anak anda sihat dan terus berjaya, apa kata beri anak-anak anda Omega Guard. Hubungi saya rakan Shaklee anda Dila di 018 7944556.
Cuba jangan tak cuba!

Labels:
omega guard,
testimonial omega guard
Location:
Malaysia
Monday, June 22, 2015
Berpantang di bulan puasa
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua....
Sempena bulan Ramadhan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa pada semua pembaca blog saya yang beragama Islam.Semoga Ramadhan kali ini lebih ceria dan bermakna. Cerita tentang puasa ni, saya perhatikan tahun ni ramai kenalan termasuk adik ipar saya berpantang dalam bulan puasa.
Teringat pulak pengalaman saya yang berpantang dalam bulan puasa 7 tahun lepas. Bersalin kan Kaiyisah Hanis Safiya seminggu sebelum puasa, jadinya memang sebulan penuh saya tak dapat berpuasa. Dalam hati dok fikir jugak, kenapala aku tak planning awal-awal .La ni dah kena ganti puasa sebulan ....dalam kepala asyik fikir bole ke ...sempat ke nak ganti puasa sebulan nanti.
Saya berpantang sendiri di rumah sebab anak yang sulung dah sekolah tadika, kesian pulak kalau saya duduk kat kampung tok wannya siapa pula nak jaga makan minum dia.Takkan saya nak tinggalkan dia ngan babysitter kan?
Kelebihan berpantang di bulan puasa ni pada saya ada 3 perkara je lah iaitu:-
1. Mudah untuk sediakan makanan sahur sebab kalau berpantang ni memang berjaga malam saja.Kalau tak memang kena pasang alarm sebab saya susah nak bangun .
2. Kalau saya masak untuk berbuka saya dapat merasa makanan dengan senang hati.
3. Cuti bersalin kan 40 hari so cuti berhari raya dah tak payah apply sebab dah sekali harung dalam cuti bersalin.Jimat cuti tahun ;)
Kekurangannya pulak ialah saya tak dapat makan sesedap hati sebab dalam pantang kena jaga makan sebab nak cepat sihat.Geram tengok murtabak, nasi briyani, laksa johor,laksa penang, and so on.Tabahkan hati je laaa jawabnya.
So, buat teman-teman yang ada pengalaman berpantang di bulan puasa bolehlah share di ruangan komen.
Pada mereka yang mencari SET BERPANTANG boleh hubungi saya rakan Shaklee anda:-
Noorfadzilah
018 7944556
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
Selamat berbuka semua.....;)
Sunday, June 21, 2015
Trauma bersalin anak pertama
Assalammualaikum wbt dan salam sayang semua.....
Alhamdulilah bulan lepas baru dapat anak saudara, perempuan pulak tu. Memang seronok sangat bila tengok baby dan cium bau baby .Adik lelaki saya lagilah gembira sebab dapat anak pertama yang memang ditunggu-tunggu .
Bila saya dukung bayi tu, saya teringat memori masa bersalin anak pertama dulu.Kalau diingat balik memang seram tau.
Lepas bersalin anak pertama saya rasa macam tak nak bersalin lagi sebab terkenangkan sakitnya ya Allah..... hanya Tuhan yang tahu.Tapi dalam tak nak bersalin tu, dah ada 5 orang anak dah....kelakarlah pulak.
Sebelum saya bersalin anak pertama, saya selalu tanya pada mereka yang berpengalaman.Rata-rata kata memang sakit sangat.Tapi dalam hati saya berkata juga, kalau sakit sangat kenapa anak mereka lebih dari satu ? Hermmmm....takperlah saya redah je lah apa jua kesakitannya.
Sampai masanya untuk bersalin, saya memang rasa gementar sangat sebab tak dapat bayangkan lagi bagaimana sakitnya lagi-lagi kalau dah induce.Ramai kata kalau masuk ubat atau masuk air memang sakit berganda-ganda.Allahuakbar! Allah saja tahu betapa risaunya saya nak menghadapai saat bersalin.
Mulanya tak berapa sakit sangat sebab baru buka 3cm, saya masih boleh tahan.Tapi bila dah masuk bukaan 7cm saya rasa sakit sangat sampai tak tertanggung.Saya menangis sambil pegang besi kat tepi katil tu,Walaupun dah macam2 zikir saya amalkan sampai satu tahap saya pun tak pasti apa yang saya baca sebab tak fokus, saya tetap rasa sedih sebab rasa memang tak tertahan tanggung sakitnya.
Hingga satu tahap saya rasa tak nak mengandung lagi! Cukup satu ni je.....Trauma memang trauma sebab saya rasa seksanya menanggung sakit.Sakitnya bersalin....serik sungguh.
Tapi sebenarnya sakit bersalin tu adalah nikmat yang Allah beri untuk kita sebagai tanda rahim kita sedang menolak anak kita untuk menjengok dunia.Subhanaallah......Allah Maha Mengetahui.
Bila saya dah faham konsep dan prosesnya saya dah tak rasa takut dan serik sebab saya dah faham proses bersalin sepenuhnya.Untuk proses bersalin seterusnya saya rasa cukup bersedia dan alhamdulilah 4 kelahiran saya dapat atasi tekanannya dengan baik.
Persediaan sebelum bersalin memang sangat penting dari segi fizikal dan mental.Doa suami dan redha suami adalah perkara paling penting, mohon suami doakan yang baik-baik untuk kita dan layan suami sehabis baik hingga suami rasa sayang dan kasihan akan kita.
In shaa Allah...bersambung lagi di lembaran yang akan datang masih bercerita tentang bersalin dan berpantang.
Tuesday, June 2, 2015
PROMOSI JUN 2015 - BEST SANGAT!!!
Assalammualaikum wbt dan salam kasih sayanng semua,
Teruja saya nak share promosi Jun 2015 ni, mana taknyer....vitamin dan vitamin E menjadi pilihan Shaklee bulan ni.Wahhhh, seronokla peminat tegar vitamin C dan Vitamin E Shaklee sebab 2 vitamin ni ada best offer!!! Senyum sampai ke telinga tau .Nanti masa raya bertambah glowingla wajah -wajah mereka yang istiqomah makan vitamin Shaklee.
Apa offer yang best sangat tu sampai saya senyum sampai ke telinga ?
1.Beli dengan harga 6 botol dapat 7 botol u all....siapa yang tak suka kan? Boleh share dengan adik beradik atau kawan-kawan untuk dapat harga lagi murah.Jimat sangat!
2. Beli 2botol dapat diskaun 5%, PUN JIMAT JUGAK.
Jadi, sesiapa yang berminat untuk berjimat ni kenalah hubungi rakan Shaklee anda Noorfadzilah di 018-7944556. Anda boleh beli secara online dan offline dengan saya, mudah saja yang penting anda Whatsapp/Telegram/Wechat atau PM 018-7944556.COD kawasan Pasir Gudang dan Masai.
Monday, June 1, 2015
Pengurusan Masa Dalam Islam
Alhamdulilah masih diberi kesempatan untuk bernafas di alam ini dan nikmati berbagai nikma kecil dan besar yang Allah telah beri.
Namun sedikit terkilan kerana terpaksa tinggalkan bulan Mei begitu sahaja tanpa dapat kerap "update" blog seperti dulu.
Sungguh saya rindu akan dunia berblogging, biarpun masih bertatih dalam alam blog dan kedai online ini namun hati saya sentiasa meronta untuk berblogging seperti dulu.
Tidak pernah saya rasa sesibuk ini sebelum ini kerana Allah telah berikan saya sesuatu dan Allah menarik sesuatu dari saya untuk dinikmati.Allah Maha Besar dan Maha Adil.
Namun saya tidak mahu terus mengalah kepada keadaan yang super duper busy jadi saya cari tips untuk menguruskan masa dengan lebih baik lagi.
Pencarian saya berakhir di blog halaqahfiit.
https://halaqahfiit.files.wordpress.com/2007/07/pengurusan_masa_menurut_islam.pdf
Jom kita tengok apakah tips yang diberikan.
1. Mengetahui kepentingan kepentingan waktu.
2.Menyedari setiap detik berlalu berlalu ada perhitungannya di hadapan Allah.
3.Memahami ibadat tidak terbatas terbatas kepada hanya solat dan berpuasa.
4.Keseimbangan antara kegiatan yang bersifat bersifat roh , akal dan jasad iaitu dengan tidak melupakan bahawa akal, jasad dan roh memerlukan memerlukan makanan masing-masing.
Jadi selepas ini saya perlu lebih ketat berdisplin dalam mengatur masa, jika tidak saya yang rugi.
Ya Allah permudahkanlah segala urusanku .AAMIN.

Beberapa faktor penting penting dalam menentukan penyusunan waktu ialah:-
2.Menyedari setiap detik berlalu berlalu ada perhitungannya di hadapan Allah.
3.Memahami ibadat tidak terbatas terbatas kepada hanya solat dan berpuasa.
4.Keseimbangan antara kegiatan yang bersifat bersifat roh , akal dan jasad iaitu dengan tidak melupakan bahawa akal, jasad dan roh memerlukan memerlukan makanan masing-masing.
Jadi selepas ini saya perlu lebih ketat berdisplin dalam mengatur masa, jika tidak saya yang rugi.
Ya Allah permudahkanlah segala urusanku .AAMIN.
Subscribe to:
Posts (Atom)