Monday, June 22, 2015

Berpantang di bulan puasa


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua....

Sempena bulan Ramadhan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa pada semua pembaca blog saya yang beragama Islam.Semoga Ramadhan kali ini lebih ceria dan bermakna. Cerita tentang puasa ni, saya perhatikan tahun ni ramai kenalan termasuk adik ipar saya berpantang dalam bulan puasa.

Teringat pulak pengalaman saya yang berpantang dalam bulan puasa 7 tahun lepas. Bersalin kan Kaiyisah Hanis Safiya seminggu sebelum puasa, jadinya memang sebulan penuh saya tak dapat berpuasa. Dalam hati dok fikir jugak, kenapala aku tak planning awal-awal .La ni dah kena ganti puasa sebulan ....dalam kepala asyik fikir bole ke ...sempat ke nak ganti puasa sebulan nanti.

Saya berpantang sendiri di rumah sebab anak yang sulung dah sekolah tadika, kesian pulak kalau saya duduk kat kampung tok wannya siapa pula nak jaga makan minum dia.Takkan saya nak tinggalkan dia ngan babysitter kan?

Kelebihan berpantang di bulan puasa ni pada saya ada 3 perkara je lah iaitu:-

1. Mudah untuk sediakan makanan sahur sebab kalau berpantang ni memang berjaga malam saja.Kalau tak memang kena pasang alarm sebab saya susah nak bangun .

2. Kalau saya masak untuk berbuka saya dapat merasa makanan dengan senang hati.

3. Cuti bersalin kan 40 hari so cuti berhari raya dah tak payah apply sebab dah sekali harung dalam cuti bersalin.Jimat cuti tahun ;)

Kekurangannya pulak ialah saya tak dapat makan sesedap hati sebab dalam pantang kena jaga makan sebab nak cepat sihat.Geram tengok murtabak, nasi briyani, laksa johor,laksa penang, and so on.Tabahkan hati je laaa jawabnya.

So, buat teman-teman yang ada pengalaman berpantang di bulan puasa bolehlah share di ruangan komen.

Pada mereka yang mencari SET BERPANTANG boleh hubungi saya rakan Shaklee anda:-

Noorfadzilah
018 7944556
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
 

Selamat berbuka semua.....;)




 


No comments:

Post a Comment