Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua.....
Hari Ahad lepas ( 21.06.2015) saya bangun pukul 4 pagi untuk masak sahur, sebelum tu saya duduk dan tersenyum sendiri.
Saya tak sangka kawan sekelas saya yang telah meninggal beberapa bulan lalu ada dalam mimpi saya. Kawan saya ni cukup istimewa pada saya, namanya Allahyarhamah Bibey Mardiana ( nama pun dah cukup istimewa).
Dalam mimpi tu arwah berdiri di satu sudut, bertudung hitam nampak jelas wajahnya yang putih, senyum dengan wajah berseri-seri. Alhamdulilah....saya lihat arwah ceria.
AL FATIHAH buat mu Bibey Mardiana.
Allahyarham satu kelas dengan saya dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3, biarpun berbeza kelas kami tetap keep in touch.Salah seorang yang selalu bagi nasihat dan pandangan yang jujur Biarpun kekadang terasa hati sikit dengan kata-kata nasihatnya tapi saya terima sebab arwah nak betulkan apa yang salah pada saya . Bersyukur sangat kerana saya ada seorng kawan yang berani menegur dan membetulkan kita kerana kebanyakan kawan hanya pandai berkata belakang kita.
Arwah orang yang jujur, baik, gigih dan kuat semangat.Arwah antara orang yang sangat memahami saya dan tak pernah percaya apa orang cakap buruk tentang saya kerana dia tahu siapa saya sebenarnya.Arwah akan bertanya dan selidik dulu apa orang kata tentang saya dan kami banyak persamaan mungkin kebetulan bulan kelahiran kami sama.
Cuma saya terfikir, apa petunjuk yang Allah nak beri pada saya bila saya mimpikan arwah ?
Saya berdoa agar arwah terus tenang di sana.
I miss you Bi.
No comments:
Post a Comment