Monday, June 1, 2015

Pengurusan Masa Dalam Islam

Alhamdulilah masih diberi kesempatan untuk bernafas di alam ini dan nikmati berbagai nikma kecil dan besar yang Allah telah beri.

Namun sedikit terkilan kerana terpaksa tinggalkan bulan Mei begitu sahaja tanpa dapat kerap "update" blog seperti dulu.

Sungguh saya rindu akan dunia berblogging, biarpun masih bertatih dalam alam blog dan kedai online ini namun hati saya sentiasa meronta untuk berblogging seperti dulu.

Tidak pernah saya rasa sesibuk ini sebelum ini kerana Allah telah berikan saya sesuatu dan Allah menarik sesuatu dari saya untuk dinikmati.Allah Maha Besar dan Maha Adil.

Namun saya tidak mahu terus mengalah kepada keadaan yang super duper busy jadi saya cari tips untuk menguruskan masa dengan lebih baik lagi.

Pencarian saya berakhir di blog halaqahfiit.

https://halaqahfiit.files.wordpress.com/2007/07/pengurusan_masa_menurut_islam.pdf

Jom kita tengok apakah tips yang diberikan.

Beberapa faktor penting penting dalam menentukan penyusunan waktu ialah:-

1.„ Mengetahui kepentingan kepentingan waktu.

„2.Menyedari  setiap detik berlalu berlalu ada perhitungannya di hadapan Allah.

3.Memahami ibadat tidak terbatas terbatas kepada hanya solat dan berpuasa.

4.Keseimbangan antara kegiatan yang bersifat bersifat roh , akal dan jasad iaitu dengan tidak melupakan  bahawa akal, jasad dan roh memerlukan memerlukan makanan masing-masing.


Jadi selepas ini saya perlu lebih ketat berdisplin dalam mengatur masa, jika tidak saya yang rugi.

Ya Allah permudahkanlah segala urusanku .AAMIN.





No comments:

Post a Comment