Friday, May 30, 2014

SET VITAMIN LELAKI

Set lelaki Shaklee

Saya pasti ramai wanita di luar sana sedang mencari-cari set vitamin yang baik untuk lelaki tidak kiralah lelaki itu suami...abang...adik..atau pun untuk ayah tersayang.Ini kerana kaum adam ini juga tidak terkecuali dalam menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti:-

#penyakit jantung
#penyakit kencing manis
#darah tinggi
#obesiti
#strok
#resdung dan banyak lagi.

Ada di antara mereka yang mengalami perubahan hormon seawal 30 tahun yang membawa kepada masalah kesihatan yang rumit dalam hidup mereka seperti :

Mati pucuk
Pembesaran prostat
Kelesuan
Kurang tenaga & stamina


Kebaikan Set ini :


✿ Memelihara kesihatan prostat

✿ Mengurangkan keguguran rambut dan menyihatkan kulit

✿ Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan

✿ Memelihara jantung yang sihat

✿ Membantu mengekalkan tekanan darah normal

✿ Mengawal tahap kolestrol yang sihat

✿ Membakar lemak berlebihan


Hubungi saya :-


Rakan Shaklee Anda
Noorfadzilah binti A Aziz (Dila) 

♥ SMS/WhatsApp : 018 7944556
♥ Email : kaiyisah2008@gmail.com

Pick Up/COD Area:Pasir Gudang,Masai,Kota Putri,Megahria,Seri Alam.
Penghantaran seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia




Thursday, May 29, 2014

Supplement Shaklee ketika berpuasa


Anda inginkan diri lebih bertenaga sewaktu berpuasa dan dapat melakukan aktiviti seharian dengan baik ?

MIGHTY 3 GEMS SET daripada Shaklee yang terdiri daripada Meal Shakes, ESP, dan Performance Drink dapat membantu anda untuk kekal bertenaga semasa berpuasa.

Siapa memerlukan MIGHTY 3 GEMS SET?
➺ Ibu menyusu
➺ Ibu mengandung / hamil
➺ Anak-anak yang ingin berpuasa
➺ Mereka yang ingin kekal bertenaga

Bagaimana MIGHTY 3 GEMS SET membantu anda untuk kekal bertenaga?

➺ ESP
✔ Mengandungi kandungan dan kualiti protein yang tinggi
✔ Indeks glisemik yang rendah membantu anda kekal bertenaga
✔ Membantu mengatasi masalah GASTRIK
✔ Membantu mengurangkan RASA LAPAR
✔ Membantu mengurangkan masalah SUSU MERUDUM kerana ESP adalah MILK-BOOSTER! 

➺ Meal Shakes
✔ Menyediakan nutrisi lengkap untuk tubuh badan
✔ Kaya dengan protein yang membantu pembinaan sel-sel
✔ Diperkaya dengan 19 vitamin dan serat
✔ Membantu mengurangkan masalah SEMBELIT
✔ Membantu mengurangkan RASA LETIH
✔ Membantu memberikan TENAGA

➺ Performance Drink
✔ Mempunyai kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah dan membolehkan ia mudah diserap untuk mengekalkan PARAS GULA DALAM DARAH
✔ Kandungan natrium membantu mempercepatkan penyerapan air ke dalam tubuh dan membantu mengurangkan masalah DEHYDRATION (kurang haus / kurang air)
✔ Mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium, dan chloride yang membantu MEMBEKALKAN TENAGA dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh
✔ Mempunyai lebih dari 67% otot glikogen yang merupakan SUMBER TENAGA


Hubungi saya rakan Shaklee anda untuk dapatkan MIGHTY 3 GEMS SET .

Noorfadzilah binti A Aziz (Dila) 
♥ SMS/WhatsApp/Wechat : 018 7944556
♥ Email : kaiyisah2008@gmail.com
♥ FB : Noorfadzilah Anor A Aziz
Pick Up/COD Area:Pasir Gudang,Masai,Kota Putri,Seri Alam.
Penghantaran seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia


Credit to: http://supplement4all.blogspot.com

Kisah saya dan Anugerah Presiden.

ANUGERAH PRESIDEN adalah anugerah tertinggi di kolej saya.
Saya hanya pelajar kolej tempatan saja bukan pelajar universiti dalam dan luar negara.

Sebenarnya saya sendiri tidak menyangka akan mendapat anugerah tersebut, dan saya tak bohong saya tak pernah mengimpikannya sebab saya fikir saya adalah pelajar BIASA.

Kenapa saya label kan diri saya pelajar biasa?
Sebab dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah saya selalu mengecewakan emak ayah saya dengan keputusan UPSR,PMR dan SPM yang sederhana baik SPM agak baik sedikitlah itupun sebab saya menjadi pelajar terbaik Bahasa Melayu SPM 1996.
Saya selalu berjanji pada diri akan tebus balik kekecewaan emak dan ayah.Tapi
tak tahu bila......saya pun kecewa dengan diri saya.Sedih!

Bila saya melanjutkan pelajaran di kolej, saya terpaksa berjauhan dengan keluarga.
Masa emak dan ayah saya nak pulang ke Johor, saya tak menangis lansung.
Tak tahu kenapa, sedangkan org lain menangis tersedu sedan.
Emak saya kata "along memang susah nak menangis.Keras jiwanya."
Saya hanya diam dan tersenyum.

Berjauhan dgn keluarga membuat saya tabah dan kuat.
Dua minggu pertama saya demam...demam rindu.
Saya rindu emak ayah...saya rindu adik2.Saya rindu rumah.
Dalam masa yang sama saya sekat perbelanjaan.Saya kena berdisplin dalam apa jua yg saya lakukan.

Saya ubat kerinduan yang mendalam dengan mengaktifkan diri dgn dunia silat selain tekun belajar.
Saya merajinkan diri membuat nota2 tambahan dan latihan tambahan.
Saya selalu buat sesuatu lebih dari student lain, tak kisahlah org ckp saya poyo ke.Biaq pi laa.
Saya merajinkan diri solat malam berjemaah dan mengaji sbb kolej saya berkonsepkan keislaman.
Saya merajinkan diri berjogging sampai kena kejar dgn anjing liar.
Saya sanggup tidur ngan buku2 (alaskan kepala pada buku) bila saya rasa bersalah sebab letih terlebih latihan silat di siang hari tak sempat nak study.

Bila bersukan...saya akan sukan betul2....saya ni insan yang lemah jadi saya kena kuat fizikal dan mental.
Saya terima segala teguran dan hinaan.Ada yang mempertikaikan kebolehan saya dalam silat olahraga tapi saya buktikan saya boleh!Dan akhirnya mereka terpaksa akur yg saya memang berkebolehan lps melihat saya beraksi.Cewah...beraksi gitu...hehehhe
Jangan ingat orang yang nampak lemah lembut lemah gemalai ni ibarat kertas nipis.Jangan!

Saya pernah ditegur oleh pensyarah sbb saya selalu tinggalkan kelas bila saya mengikuti latihan khusus untuk mewakili Selangor ke peringkat kebangsaan.Saya hanya tunduk dan diam dan saya rasa bersalah.Tapi percayalah dalam hati saya....maafkan saya puan...saya janji saya akn berikan terbaik bila final nanti.

Alhamdulilah....berkat doa emak ayah saya ...doa saya...usaha saya akhirnya di majlis konvokesyen bg thn 1997/1999 nama saya naik sebagai penerima Anugerah Presiden.
Menitis airmata emak saya dan ayah saya tergamam terharu sebab buat julung2 kalinya anak sulungnya NOORFADZILAH mendapat penghargaan tertinggi kerana cemerlang akademik dan sukan.

Semoga saya akan mengulangi kecemerlangan dalam SHAKLEE pula agar dapat membalas jasa emak dan ayah serta membantu suami membangunkan keluarga.

AMIN!














Tuesday, May 27, 2014

SET MENGANDUNG@HAMIL SHAKLEE




SET 1- utk 1st trimester 

1.Vita-lea ( Multivitamin yang lengkap dengan iron)
2.B complex 
3.Sustained Release Vita-C Plus
4.Ostematrix
5.ESP


SET 1- utk 2nd trimester 





1.Vita-lea ( Multivitamin yang lengkap dengan iron)
2.B complex 
3.Sustained Release Vita-C Plus
4.Ostematrix
5.ESP
6.Omega Guard

*********************************************************************************
1. Vita-Lea 

Multivitamin yang terbaik dengan zat besi. Ia membantu dalam pembentukkan sel sel darah merah.Jika ibu ibu mengambil vita-lea ini, tak perlu la mengambil OBIMIN lagi.

2. B-Complex 

Mengandungi sebanyak 8 kumpulan vitamin B termasuk lah asid folic. Asid folic dan B12 membantu pembentukkan sel sel darah merah di dalam badan . Jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400mcg.

3. Sustained Release Vita-C Plus

Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Ia juga membantu dalam penghadaman zat disamping Vitamin C untuk meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 

4. Ostematrix / Kalsium 

Ibu mengandung memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Ini adalah bertujuan untuk menguatkan dan pembentukkan tulang dan gigi bayi yang sihat.Pengambilan kalsium jugak boleh membantu mengurangkan sakit pinggang, sakit belakang, kebas kebas. 


5.Omega Guard

Makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan omega guard mengandungi 1000mg asid lemak omega 3 yang termasuk didalamnya adalah DHA dan EPA yang mana ia boleh menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata. 

6.ESP @ Energizing Soy Protein

Sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel sel tisu, hormon dan enzim didalam tubuh. Baik untuk wanita yang mengandung dan penyusuan anak. Ia juga penting untuk pembentukkan kuku, rambut dan kulit.

Esp ini juga boleh memberi tenaga kepada ibu ibu hamil yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Dalam masa yang sama ESP boleh memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. 

Ingin dapatkannya set terbaik ini dengan :-
Rakan Shaklee Anda
Noorfadzilah binti A Aziz (Dila) 

♥ SMS/WhatsApp/Wechat : 018 7944556
♥ Email : kaiyisah2008@gmail.com
♥ FB : Noorfadzilah Anor A Aziz

Pick Up/COD Area:Pasir Gudang,Masai,Kota Putri,Seri Alam.
Penghantaran seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia











Monday, May 26, 2014

CAROTOMAX SHAKLEE DAN KHASIATNYA



CarotoMax Shaklee terhasil daripada ====>
Enam varieti karotena, diekstrak dari rangkaian sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidant antaranya:-
1.rumpai laut
2. tomato
3. biji anggur
4. brokoli
5. kentang
6 .minyak sawit.
Secara purata, badan kita menyerap kira-kira hanya 8mg karotenoid lutein, likopena, dan beta karotenaCarotomax Shaklee membekalkan lebih 13mg karoteniod berfaedah ini.

APA ITU CAROTENOIDS ?
Carotenoid adalah pigmen yang membentuk warna sayur-sayuran. Ia memberi warna oren kepada lobak, tomato dan sebagainya. Lobak, kentang, bayam, tomato adalah antara sumber kaya dengan carotenoid.
Apakah fungsi dan kebaikan carotenoid?
1. Melindungi sel daripada kesan pemusnahan oleh radikal bebas
2. Sumber Vitamin A terbaik
3. Meningkatkan sistem imunisasi
4. Membetulkan fungsi organ tubuh

Fungsi Utama Carotomax Shaklee :
#Mata – menambahbaik penglihatan, mengekalkan penglihatan dalam keadaan gelap, membantu masalah penglihatan seperti rabun malam, rabun dekat, mata lesu, tidak boleh fokus, glaukomakatarak, eyebags dll.
#Kulit – Meredakan penyakit kulit, pengambilan Carotomax Shaklee secara konsisten boleh membantu masalah kulit sepertipsoriasis,  senile plaque, kulit kering, kulit gugur, jerawat dan akne. Penggunaan luaran juga boleh untuk pustule, scabies, akne dan ulser kulit.
#Lebih selamat dari Vitamin A – Pengambilan Vitamin A yang berlebihan boleh menyebabkan toksisiti. Namun, pengambilan Beta karotena, iaitu satu prekursor Vitamin A, didapati selamat.
#Melawan Kanser dan Oksidasi – Pengambilan beta-karotene secara kerap dan konsisten memperkuatkan sistem imuniti badan kita, melambatkan proses penuaan  dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel kanser serta mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel mati yang teroksida.
#Melindungi Sel Epithelial – Ia memelihara lapisan luar kornea, rongga mulut, usus, perut, paru paru, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu, dan merawat ulser saluran usus.
#Menghalang Infeksi – Ia merangsang enzim pembunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit respirotari seperti batuk, hepatitis, asma, flu dan selsema.
#Menggalakkan perkembangan yang Normal dan Sihat – Merangsang perkembangan kanak kanak/remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gigi sihat, gusi dan sistem reproduktif.

TESTIMONIAL CAROTOMAX 
Credit to:cutieliesa.blogspot.com



Untuk dapatkan produk ini boleh hubungi saya:-

Rakan Shaklee Anda
Noorfadzilah binti A Aziz (Dila) 
♥ SMS/WhatsApp/Wechat : 018 7944556
♥ Email : kaiyisah2008@gmail.com
♥ FB : Noorfadzilah Anor A Aziz

Pick Up/COD Area:Pasir Gudang,Masai,Kota Putri,Seri Alam.
Penghantaran seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia




Friday, May 23, 2014

SET VITAMIN UNTUK PESAKIT GOUT

Vitamin untuk Pesakit GOUT
 (Vitamin C + Alfalfa Complex + Omega Guard + Performance)

(1) VITAMIN C 
     - untuk mengurangkan uric acid di dalam badan, sekurang-kurangnya perlu ambil 3 biji sehari, iaitu 1500mg.
Vitamin C

(2) ALFALFA COMPLEX
 - Punca vitamin dan mineral yang diperlukan badan. Ini dapat mengurangkan pembentukan baru uric acid.







(3) OMEGA GUARD - Mengurangkan dan mengelakkan inflammatory (bengkak) pada anggota yang terkena serangan GOUT.
Set gout


(4) PERFORMANCE DRINK - memastikan tubuh pesakit mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.
Set gout

SET VITAMIN GOUT OPTIMUM ,VIVIX

- Jika ada bajet, dan rasa leceh nak telan macam2 vitamin, cukuplah sekadar dengan ambil Vivix. Rawatan dari hujung rambut hingga hujung jari.
Penawar gout

Untuk info lebih details boleh hubungi saya :-
*********************************************************************
Rakan Shaklee Anda
Noorfadzilah binti A Aziz (Dila) 

♥ SMS/WhatsApp : 018 7944556
♥ Email : kaiyisah2008@gmail.com
♥ FB : Noorfadzilah Anor A Aziz
Pick Up/COD Area:Pasir Gudang,Masai,Kota Putri,Seri Alam.
Penghantaran seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia
*********************************************************************










Thursday, May 22, 2014

SURAH AL-KAHFI & KELEBIHANNYA

Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.  Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.
1.  Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.”  
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)
2.  Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.” 
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)
3.  Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal.” 
(HR Muslim 809)

Cc.http://muzir.wordpress.com/

SET BERPANTANG SHAKLEE

St bersalin moden dan selamat

SET BERPANTANG YANG MUDAH,SELAMAT,MESRA ALAM DAN BERKESAN

Tentu seronok bagi ibu-ibu yang sedang menantikan kelahiran permata hati meskipun di hati Allah saja yang tahu betapa berdebarnya tika saat itu sampai.

Termasuklah saya, setiap kelahiran anak2 saya pasti akan sangat teruja dan dalam masa yang sama perasaan seram sejuk dan takut tu bersilih ganti.Namun kita ada ALLAH, tempat untuk kita meminta, memohon dan minta dikasihi agar dipermudahkan segala urusan.

Set bersalin Shaklee ini terdiri daripada:-

1.B-COMPLEX -
   Mengurangkan simpton kemurungan.

2.VITA-LEA - 
    Membekalkan 23 jenis vitamin 
    Meningkatkan kecerdasan mental & ketahanan dari jangkitan
    Menolong memulihkan fungsi penghadaman dan selera makan

3.ZINC COMPLEX - 
   Mengurangkan keguguran rambut
   Meningkatkan sistem imun
   Menolong penyembuhan 

4.VITA-C - 

   Menolong mengurangkan simptom alahan

   Anti Oksidan semulajadi

   Menjaga kesihatan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah


KELEBIHAN SET BERSALIN SHAKLEE



1.Berpantang dengan Shaklee dapat membantu anda terutama ibu-ibu yang baru bersalin, yang menjalani pembedahan serta yang mengalami masalah keguguran rambut.

2.Membantu ibu tenang menghadapi rutin harian, dan menyediakan vitamin dan mineral asas, mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman badan dengan berkesan (terutamanya yang melahirkan secara caesarean) dan pastinya tidak memudaratkan bayi yang disusukan.

3.Ibu yang mana bayi mengalami "jaundis" masih boleh mengamalkannya.

4.Terus makan selepas HARI PERTAMA bersalin untuk memastikan kecergasan badan ibu-ibu yang hilang tenaga selepas bersalin.

TESTIMONIAL SET BERSALIN SHAKLEE



Testimonial Set Bersalin Shaklee


Set bersalin moden



Hubungi Rakan Shaklee Anda:-
Noorfadzilah binti A Aziz (Dila) 
S.ID :1134196
♥ SMS/WhatsApp : 018 7944556
♥ Email : kaiyisah2008@gmail.com

Pick Up/COD Area:Pasir Gudang,Masai,Kota Putri,Seri Alam.
Penghantaran seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia





TIPS MENAMBAHKAN SUSU


Bagi menjayakan perjalanan penyusuan si manja anda sehingga dua tahun atau sekurang-kurangnya 6 bln, banyak faktor yang mesti diambil perhatian. 
Ramai ibu-ibu menyatakan kepada saya bahawa susu mereka  tiada, susu mereka kurang. 
Tahukan anda ???
Tiada isitilah susu tiada atau susu kurang tetapi kita yg tidak memenuhkan ilmu didada tentang ilmu penyusuan. Menyusu bayi Nampak mudah. Namun hakikatnya tidak. Si ibu perlulah kuat semangat dan mempunyai keazaman yang tinggi.
Lengkapkan ilmu tentang penyusuan. Disini saya kongsikan tips bagaimana cara  untuk menambah susu badan.

Pemakanan penggalak susu (milk booster)

Antara cara untuk menambah susu badan adalah melalui pemakanan. Terdapat pelbagai makanan/tumbuhan yang dikelaskan sebagai penggalak susu/milk booster.  Antaranya ialah:

Lobak putih


- Sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis.  Boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.

Buah longan kering

- Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli.  Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.

Kurma

- Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium.  Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu

Pucuk betik/Betik muda


- Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.

Halba/Fenugreek


- Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya.  Boleh juga diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.

Habbatus sauda/Jintan hitam/Black seed


- Salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah.  Amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut.  Boleh didapati dalam bentuk kapsul.

Moringa/murunggai/pokok kelor


- Pokok murunggai terkenal di kalangan masyarakat India dan dikenali sebagai pokok kelor dalam masyarakat Melayu kita.  Selain menambah susu ibu ia juga sesuai dimakan ketika sakit tekak ataupun selesema. Boleh didapati dalam bentuk kapsul dan uncang teh.

Jantung pisang


- Boleh di celur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak.

Daun cekur manis/pucuk manis


- Sedap dimasak gulai lemak sepertimana ulam jantung pisang.

Kacang soya


- Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walaubagaimanapun, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.


Pengambilan Air



- Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah kerap meminum air kosong supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.  Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang.  Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Pemakanan seimbang

- Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan.  Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian.  Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.

Psikologi

Susu saya cukup untuk bayi saya!
Dari sudut psikologi pula, digalakkan para ibu berfikiran positif dengan beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu.  Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan bahawa susu saya cukup untuk bayi saya.  Insha-Allah, ibu akan berasa lebih tenang dan tidak tertekan, seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Kekerapan mengepam

- Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep DEMAND VS SUPPLY.  Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda.   Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast penuh.  Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil.  Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama anda.

Doa


- Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan sebagainya.  Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda sehingga berumur dua tahun terutamanya  setiap kali selepas solat.
Point-point di atas adalah antara cara menambah susu badan. Selain itu,jika anda ibu-ibu yang menyusu bayi berasa cepat letih, tiada tenaga, selalu stress dan tertekan, saya mencadangkan agar anda mengambil suplemen tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam tubuh anda. Suplemen berfungsi untuk memastikan tubuh kita sihat, ada tenaga, tidak stress. Barula penyusuan dapat berlangsung dengan lancar

Cadangan suplemen untuk Ibu Menyusu dari Shaklee:-


Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP.