Berniaga adalah salah satu cara untuk mendapatkan sumber pendapatan selain daripada makan gaji.Ada yang melakukannya sepenuh masa dan ada yang separuh masa.
Ini bergantung kepada target dan kemampuan masing-masing.Terdapat juga yang melakukannya kerana hobi untuk memenuhi masa lapang dan sambil suka-suka menjana pendapatan sampingan.
Bagi saya pula, saya menjalankan business kecil ini untuk mencari kelebihan agar dapat membantu suami,ayah emak serta membuat simpanan @ pelaburan.Mana tahu suatu hari business saya ini juga mampu membantu mereka yang memerlukan.In shaa Allah.
Mari kita tengok apakah kelebihan lain menjalankan perniagaan selain dapat menambahkan pendapatan?
- Kita dapat menjalinkan hubungan silaturahim dari kalangan rakan-rakan peniaga, pembekal-pembekal, dan para pelanggan.
- Dapat memberi khidmat dan bakti secara langsung kepada masyarakat.Jika menjual produk kesihatan pula, kita dapat mengubah tahap kesihatan mereka.
- Dapat meperoleh banyak ilmu dan pengalaman melalui perniagaan sama ada di bidang pengurusan, perakaunan, produk sehinggalah mengenali cara hidup dan masalah manusia dan lain-lain lagi. Mencari ilmu dan pengalaman seperti ini sangat dituntut oleh Islam.
- Berlatih untuk bersabar dan berlapang dada dalam menghadapi pelbagai kerenah manusia. Orang yang sabar akan diberi pahala oleh Tuhan tanpa hisab.
- Berniaga adalah salah satu cara untuk memaju dan meningkatkan ekonomi umat Islam. Ia merupakan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Tuhan di muka bumi ; supaya mereka dapat melihat kebesaran Tuhan, serta dapat dibesarkan dan dinikmati segala nikmat dan anugerah-Nya agar manusia boleh bersyukur dan mendapat pahala pula diatas kesyukuran mereka itu.
- Berpeluang mengeluarkan zakat perniagaan. Dengan itu salah satu rukun Islam dapat ditunaikan dan mewujudkan salah satu sumber atau saluran untuk membantu fakir miskin dan golongan yang memerlukan.
- Perniagaan mewujudkan peluang pekerjaan untuk manusia sebagai sumber mencari rezeki. Sekali gus tenaganya dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Ertinya, dengan adanya perniagaan, tenaga manusia tidak dibazirkan dan manusia itu boleh jadi produktif dengan mengeluarkan hasil untuk faedah manusia lain.
Jelas sekali melalui perniagaan banyak syariat Islam dapat ditegakkan. Apabila pelbagai aspek dalam Islam dapat kita bangunkan maka banyaklah ibadah kita.
Oleh itu, tidak hairanlah Islam menganggap orang yang berniaga secara jujur dan menepati kehendak-kehendak syariat itu sebagai orang yang berjihad fisabilillah.
Perniagaan juga dianggap pekerjaan yang paling baik dalam Islam kerana kebaikan yang diperolehi oleh masyarakat hasil dari perniagaan adalah terlalu banyak.
Jadi, buat mereka yang berkeinginan untuk berniaga teruskanlah niat suci itu dan cekalkan hati anda.
Selamat berjaya!