Monday, August 18, 2014

Adakah ESP mendatangkan keburukan?

Assalammualaikum wbt dan salam manis buat semua....


Akhir-akhir ini ramai yang bertanya kan saya tentang kesan pengambilan ESP adakah ia merbahaya ?Kebanyakkan mereka yang bertanya belum pun mencuba mengambil ESP ini, tapi mereka mengambil langkah berhati-hati dalam mencari supplemen terbaik dengan mengambil tahu dan bertanya lebih lanjut.Bagus tindakan yang di ambil bukan macam sesetengah orang yang terus percaya pada fakta.

ESP TIDAK MERBAHAYA kerana :-

1. Serbuk protein berkualiti tinggi yangtelah melalui kajian 

klinikal.Dan ia mengandungi kacang soya non -GMO .

Apa beza GMO dengan Non-GMO?

Kepada yang belum tahu GMO adalah singkatan kepada Genetically Modified Organisms. Ia bermaksud organisma (baik haiwan mahupun tumbuhan) yang sudah diubah kandungan genetiknya oleh manusia. Tahukah anda hampir kesemua produk makanan yang kita ambil seharian sebenarnya adalah produk GMO? Kenapa?Sebab kita perlukan makanan lebih banyak dari yang pasaran sedia ada mampu bekalkan. Jadi pakar-pakar industri pemakanan terpaksa ubah genetik tumbuhan/haiwan supaya tanaman cepat masak, buah lebih besar, kandungan minyak lebih banyak, haiwan cepat matang dan macam-macam lagi. 

Jadi takde lah nak berlaku krisis kekurangan makanan.Maka soya juga tidak terkecuali. Malah pada tahun 1999, satu kajian membuktikan pengambilan soya boleh mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung. Maka semenjak itu, permintaan soya melanjuk naik lebih dari yang mampu dibekalkan oleh pengusaha soya. Maka disebabkan permintaannya yang tinggi dalam industri makanan, minyak, farmaseutikal dan sebagainya, 96% soya di dunia adalah soya GMO

Boleh dikatakan semua produk soya yang anda ambil seharian adalah soya GMO kecuali anda memang beli soya yang bertanda ‘Organik’ atau ‘Non-GMO’.  Non-GMO ini bermaksud ‘Non-Genetically Modified Organisms’ di mana kandungan genetiknya tidak pernah diubah oleh manusia.

2.Kacang soya non-GMO yang digunakan oleh Shaklee telah melalui progam Identity Preserved Program (IPP). Melalui program IPP ni, Shaklee memastikan kacang soyanya adalah yang semulajadi dan bebas dari perubahan genetik. Contohnya, jika ia perlukan 9 bulan untuk matang sebelum dituai maka 9 bulanlah masa yang Shaklee peruntukkan. Iatidak akan diberi apa-apa bahan kimia untuk mempercepatkan kematangannya. Jadiproses penanaman soya untuk Shaklee adalah secara semulajadi dan tiada any intervention ya.
Dan tahukah anda pengambilan ESP Shaklee hanya 

disarankan 3 sudu besar sehari. 

Kenapa? Supaya ia tidak 

membebankan ginjal kita untuk memproses. 

Semoga penjelasan ini mampu memberi pencerahan kepada 

mereka di luar sana.In Shaa Allah.


Credit to:http://www.lifefit.my/




 




No comments:

Post a Comment