Monday, August 25, 2014

Tips menguruskan semangat yang hilang

Assalammualaikum wbt dan salam kejayaan,

Tiba-tiba saya terasa ingin berkongsi dengan teman-teman semua bagaimana hendak menguruskan semangat yang hilang.

Setiap orang pasti pernah melalui saat-saat semangat hilang kerana kegagalan.

Namun hari ini saya lebih fokus pada kegagalan dalam mencapai target dalam perniagaan.

Antara tipsnya ialah:-

1) Berzikir kerana dengan menyebut nama Allah ianya adalah salah satu terapi jiwa.Cuba sebanyak mungkin berzikir kerana in shaa Allah ada ketenangan di situ.Jangan lupa baca Al Quran dan fahami maksudnya sekali.

ISTIGHFAR 3X,
SUBHANALLAH 33X,
ALHAMDULILLAH 33X,
ALLAHU AKBAR 33X
LALU DIAKHIRI DENGAN MEMBACA

LAA ILAAHA ILLALLAHU WAHDAHU LAASYARIIKALAH LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU YUAH YII WA YUMIITU WAHUA ‘ALLA KULLI SYAI ‘IN QADIIR

2) Bangun di sepertiga malam dan dirikanlah solat sunat seperti solat sunat tahajud,taubah,hajat dan witir.
Mengadulah kepada Allah kerana Allah adalah sebaik-baik pendengar dan Maha Mengasihi.

3) Mendengar lagu-lagu yang anda gemari yang mampu meningkatkan semangat anda.Lagu yang saya suka dengar Insyaallah dari Maher Zain...itu jenis yang soft...kadang-kadang saya layan jugak lagu kumpulan Cromox....memang best layan....pada pendapat sayalah.

4) Pergi window shopping tapi bukan bershopping ya.Jalan-jalan sambil berfikir dan tengok gelagat orang.Mesti tersenyum sendiri kan?hehehhehe

5) Baca buku-buku motivasi yang memberikan rasa positif dalam diri.

6) Pergi spa buat rawatan muka ke atau rawatan badan.jangan lokek untuk service diri sendiri.Siapa lagi nak sayangkan diri anda kalau bukan anda kan?

7) Jumpa yang kita sayangi...emak ayah...kawan baik ke atau adik beradik kita.

8) Bersukan pun boleh menaikkan semangat sebab bila oksigen cukup bekalan dikepala kita baru boleh berfikir dengan baik , cerdas dan bernas.barulah boleh cari idea bagaimana nak atasi masalah.

In shaa allah, itu lah antara tips-tips yang saya sempat kongsi bersama.


No comments:

Post a Comment