Nak bagi "very good" kat diri sendiri...hehehhe
Antara faktor saya boleh siapkan entri-entri ini kerana sahutan cabaran yang telah diberikan.Sebenarnya kan...saya dah give up tau nak follow cabaran tu sebab macam tak sempat je nak buat, tapi macam mana tah saya boleh kembali terjalin kat cabaran tu.
Saya rasa malu pulak sebab dah sahut cabaran tapi buat tak tahu pula.Malu la saya......saya terfikir kalau satu hari saya pula yang buat cabaran tapi orang yang sahut cabaran tu buat-buat lemau macam saya tentu saya rasa tak best kan? Haaaaa...sejak dari tu saya pulun habis-habis buat entri ikut tajuk yang dah diberikan pastu kena ikut syarat-syarat yang diberi.Saya mohon kat Allah bagilah daku idea-idea yang simple tapi menarik untuk ditatap pembaca.....alhamdulilah Allah makbulkan sebab saya kan mintak kalau saya tak mintak mana Allah nak bagi kan?
Bila dah siap kesemua entri tu, barulah saya dapat kesimpulan " hendak seribu daya tak hendak seribu alasan".Macam nak makan jugak, kalau lapar kenalah cari makanan.Kalau tak cari makanan macam mana nak kenyang kan?
Lepas ni kenalah lebih rajin update blog dan menziarahi kawan-kawan blog yang lain.Tapi saya segan sikit sebab rumah saya ni bukan semenggah macam rumah orang lain yang canggih, maklumlah baru bertatih.
In shaa Allah ada rezeki saya nak ada blog yang lebih canggih dengan nama sendiri.Dah masuk dalam list perancangan 2015 ni kenalah realisasikan.
Ya Allah , permudahkanlah perniagaan ku dan makbulkan permintaan ku ini.AAmiin.
No comments:
Post a Comment