Monday, February 16, 2015

Kenapakah begitu?

15hb Februari adalah hari lahir anakku yang sulung Nur Uzma.Kami datang lewat 2 jam dari waktu yang sepatutnya kami datang ini semua gara-gara tayar pecah dan memang bertolak lewat dari rumah kampung.

Maklumlah anak-anak kalau disuruh bangun pagi waktu bercuti memang agak liat sikit lagi-lagi kalau sebelum tidur makan banyak memanglah payah nak bangun.

Sampai di madrasah, kawan-kawan Uzma pun panggil dia untuk siap sedia nak pergi sebelum tu dia mesti minta izin dengan Warden.Masa tu saya memang tak camla Uzma yang mana sebab ramai yang pakai purdah dan niqab.

Sambil tu saya berdiri di tepi tiang depan bangunan Madrasah MAN, tiba-tiba saya rasa sebak sangat bila telinga saya mendengar suara-suara halus anak-anak syurga menghafal Al-Quran.Saya tak berani nak tengok depan-depan takut mengganggu anak-anak menghafal, jadi saya curi dengar.SubhanaAllah, saya terasa sangat sebak.Saya tahan airmata dari keluar , saya tahan dari membasahkan tudung saya.Untung anak-anak tersebut kerana diberi rezeki dan peluang untuk belajar menghafal Al Quran.

Takperla...itu rezeki mereka, saya tak boleh mengeluh sebab tak dapat seperti mereka tapi sepatutnya saya kena bersyukur sebab Allah jauhkan kami dari malapetaka kemalangan jalanraya sebab tayar pecah.Syukur kami selamat....besar nikmat Allah beri pada kami sekeluarga.Padahal suami bawa laju sebab nak kejar masa kerana kami terlewat,Allahuakbar.

Sampai ke petang perasaan sebak tu masih menebal. Kenapakah begitu ?
Saya tak pasti, mungkin saya rasa sedih sebab tak dapat peluang belajar seperti mereka, mungkin saya rasa gembira sebab dapat jumpa Uzma setelah sebulan tak bersua,mungkin saya rasa terharu tapi yang pasti saya rasa kagum dengan kesungguhan anak-anak syurga tu menghafal Al Quran.







No comments:

Post a Comment