Monday, February 9, 2015

Kenapa terlalu drastik berubah @ berhijrah ?

Berhijrah

Bila seseorang itu berubah secara tiba-tiba pasti ramai yang akan bertanya kenapa drastik sangat berubah terutama yang dari tak bertudung kepada bertudung.Dari yang bertudung pendek berubah kepada tudung labuh dan ada juga yang terus berniqab.

Itu lumrah dan memang sifat manusia yang ingin tahu. Namun ada  yang bertanya dengan nafsu dan ada yang bertanya hingga boleh melukakan hati.

Pernah tak terfikir macam mana nak jawab bila orang tanya kenapa terlalu drastik ?

Tentu kita akan terdiam dan paling kuat pun kita senyum kan?

Sifat orang yang nak berubah ni memang dia pemalu dan sanggup tahan diri dari menjawab.

Bagi anda yang ingin menjawab pula anda boleh menjawab begini.....

"dah lama Allah suruh kita untuk menutup aurat dengan sempurna dan kita dah pun ikrar akan mengikut segala perintah dari sebelum kita lahir ke dunia lagi.
Apa salahnya kita terus berubah (cepat laksanakan) dan bukan menunggu esok atau lusa untuk berubah kerana Allah telah berikan kita masa yang banyak untuk kita berubah.Mati pun kita tak tahu bila kalau tak sempat macam mana? Fikir-fikirlah sendiri....."

In shaa Allah....semoga dipermudahkan segala urusan untuk kita sama-sama berhijrah.





No comments:

Post a Comment