Bila sehelai kain menutup wajah itu, ramai yang tidak nampak senyuman dan tangisannya.Ada juga insan yang berprasangka dia telah sombong meninggi diri kerana senyuman tidak lagi kelihatan dari wajahnya.
Bagi orang yang berprasangka baik, senyumannya kita boleh lihat dari matanya.
Bila dia kurang berbicara mungkin dia sedang mengelakkan dari berbicara tentang sesuatu yang buruk dan tak nak berbicara tentang orang lain.Dia cuba sedang memperbaiki diri dan sokonglah dia sekuatnya bukan kamu pinggirkan dia.
Bila dia kurang bersama dengan kamu untuk bersuka ria itu tandanya dia cuba membiasakan diri dengan keadaan barunya yang ingin tempat lebih tertutup dan tak mengundang fitnah buat dirinya.
Bila dia nampak asing denganmu, jauhkan dari berprasangka dia menunjukkan diri lebih baik dari kamu sedangkan dia sendiri sedang cuba memperbaiki akhlaknya secara senyap.Dekati dirinya sepertia biasa kerana dia pun manusia biasa yang ingin difahami dan disayangi.
Beruntunglah kamu kerana dia berubah bukan meminta apa-apa dari kamu bahkan nasihat kamu pun dia tidak pernah meminta.Jadi, berilah dia sangkaan baik kamu untuk dia terus hidup dengan caranya yang mungkin sedikit mengusik hati kamu kerana ketidakselesaan mendampinginya.
Buat kamu yang sentiasa menyokong dengan berprasangka baik,baiknya hati kamu kerana sentiasa ingin mengukuhkan silaturahim tanpa memerlukan alasan untuk berbaik dengan sesama insan.
Bahagiakan hati dengan sentiasa berprasangka baik.In shaa Allah, hati lebih tenang dan damai.
MUHASABAH DIRI.
No comments:
Post a Comment