Friday, March 13, 2015

Kenapa saya berniqab?

(Gambar :Sumber Google)

Berniqab bukanlah cita-cita saya selama ni kerana saya tak terfikir untuk berniqab kerana saya sendiri pernah berkata dalam hati "oh!tidak mungkin aku berpurdah" ( masya Allah teruknya hati saya kan?)
Saya pun pernah kata dalam hati," ekstrim sangat orang yang berniqab dan berpurdah ni".Astagfirullah kejamnya saya menilai orang.

Saya bercerita semua ini bukan nak tunjuk kelemahan diri tapi nak beritahu sahabat semua yang hati kita ini ALLAH yang pegang.Jika semalam hati kita teruk tapi akan datang kita tak tahu yang Allah boleh ubah hati kita menjadi sebaliknya.(dan saya tak kata hati saya baik sekarang ni cuma Allah nak tunjuk kat saya Allah memang MAHA BESAR...Alhamdulilah Allah tunjukkan pada saya kuasaNYA yang sepatutnya saya sedar selama ini terlalu banyak tanda kekuasaanNYA)

Segalanya bermula selepas saya menghantar anak sulung saya Nur Uzma di Madrasah Annuur sebuah pusat Tahfiz di Muar, Johor. Ramai pelajarnya yang memakai niqab dan purdah serta jubah.Hati saya tertawan dan hati menjadi tenang melihat mereka menawan dalam pakaian sunnah.

Saya tahu Uzma pun pasti akan ikut pakai sebegitu kerana hati Uzma terlalu lembut untuk dilentur kerana tanpa disuruh Uzma sendiri akan berpakaian sebegitu nanti kerana sebelum ini lepas pulang dari Kem Tahfiz anjuran Madrasah Annurr, Uzma mula berniqab.
Jadi, saya fikir sendiri kenapa aku tak ikut sekali Uzma berhijrah ? Kenapa aku nak anak aku berpakaian sempurna sedangkan pakaian aku ibu Uzma pun tak sesempurna mana ? Allahuakbar....rasa malu sangat dengan Allah.

Saya minta terlalu banyak dengan Allah, saya nak anak solehah saya nak anak menjadi hafizah saya nak business laris tapi saya sendiri susah nak ikut perintah Allah iaitu menutup aurat dengan sempurna dan banyak khilaf diri saya dalam menjadi muslimah sejati.
Astagfirullah, apa nak jadi dengan saya ni.......kesian kat suami, emak dan ayah.Mereka menanggung dosa yang saya buat selama ini.

Jadi, setelah saya berbincang dengan suami apa yang patut saya buat saya pun dengan lapang hati nekad untuk berubah menjadi lebih sempurna dalam mengejar Husnul Khotimah.

Saya dengan terujanya mencari info di google tentang adab berniqab, cara-cara berniqab dengan sempurna dan cabaran yang akan saya tempuhi dalam berniqab.( cara makan berniqab saya cari di youtube).

Suami saya adalah penasihat utama saya di mana beliau kata untuk berniqab kena ubah segala penampilan sebelum ini.Kena pakai pakaian yang lebih longgar, tudung labuh menutup punggung, memakai sarung tangan, memakai stokin even berada di pantai dan tak boleh pakai jeans lagi.No no no....

Biar nampak badan besar gedabak takper...asalkan orang lain tak nampak bentuk tubuh saya kerana yang layak menatapnya hanyalah suami saya.Maafkan sayang ayang, kerana selama ini tak menjadi isteri yang solehah.Ampunkan isterimu ini....

So saya pun mula mencari sikit-sikit material yang berkaitan dan yang best rezeki saya murah sebab emak dengan rasa syukurnya menghadiahkan saya banyak tudung dan jubah.Emak terharu dan sebak sebab doa mak  termakbul untuk melihat saya menutup aurat dengan sempurna.

Bila berniqab kelakuan kita sendiri secara automatik akan berubah.Sangat lain perasaan bila berniqab.Kita akan menjadi lebih tertib dari sebelumnya.Saya perasan bila saya keluar dengan suami, suami saya akan lebih caring dari sebelumnya.Alhamdulilah...bila nak makan kena cari tempat lebih tertutup dan bila nak melintas jalan dipimpinnya saya....Allahuakbar...seronok rasa macam baru bercinta pula sedangkan dah beranak lima.

Alhamdulilah saya kini menjadi lebih tenang dan suami saya lagi bertambah tenang dan tenteram sebab tak perlu risau untuk menegur pemakaian saya.Maklumlah saya ni degil dan selalu rasa diri betul...huhuhu

Rezeki pun bertambah murah dan perniagaan lebih lancar dijumpakan dengan customer yang baik dan tak cerewet.Perjalanan ke mana-mana pun Allah permudahkan....ini bukan penyedap cerita tapi saya berhak berkongsi cerita indahnya berniqab kerana berniqab adalah hak semua orang walaupun ianya hanya sunnah.

Selepas berniqab, saya tak hiraukan apa kata orang tentang saya kerana yang penting adalah apa yang Allah janjikan untuk saya jika saya patuh pada perintah Allah.

Semoga Allah tetapkan hati saya untuk terus istiqomah (waktu bekerja saja saya tak dapat berniqab) dan saya harap ada sahabat-sahabat di luar sana mengikut jejak seperti sahabat lain yang terlebih dahulu berniqab.Ingatlah wahai sahabat semua, menutup aurat dengan sempurna adalah tanda kita mensyukuri nikmat yang Allah berikan kepada kita selama ini.

Allah berkata di dalam surah al-A’raaf ayat 26,

"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian menutup aurat kamu serta pakaian perhiasan dan pakaian taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)."


















9 comments:

  1. Saya suka akak yg sekarang....

    ReplyDelete
  2. Makoteh 😭😭😭😭semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga terus istiqomah dan tabah 💪💪💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidayah sayang.....terima kasih ats doamu dan in shaa allah mak oteh terus berdoa utk istiqomah dan tabah hadapi segalanya.

      Delete
  3. As salam sis...
    Menangis sy baca post sis. Sbb sy rasa perkara yg sama walaupun sy belum memulakan (baru mula survey dan order niqab) Sy terjumpa blog sis sbb sy mencari2 ttg info dan hukum berniqab. Terima kasih atas perkongsian. Sis ada fb? Skrg sy nak bersahabat dgn org2 yg boleh membawa saya ke jalan ALLAH. Dulu saya bangga dgn diri saya, dipuji, disanjung krn wajah dan bentuk badan. Skrg sy sendiri merasa malu krn itu hanya pinjaman Allah yg sepatutnya perlu di pelihara bkn ditayangkan...
    Saya baru buat fb yg baru sbb sy cuba nak jadi org yg baru. Klu sis sudi add saya ya : shafinaz.availbeauty@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar....
      alhamdulilah, in shaa allah saya akn add di FB ..jzkk

      Delete
  4. Alhamdulillah, semoga Allah merahmati..

    ReplyDelete
  5. Subhanallah... mudah perjalanan sis nak berniqab... kak pulak suami x izinkan walhal kak dh share dgn dia tentang kelebihan berniqab... mungkin hatinya belum terbuka... sis tlg doakan kak ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. IN shaa allah...perjalanan ke arah itu adalah mudah namun untuk istiqomah itu byk ujian yg mendatang...Allahuakbar.

      Delete