Monday, March 2, 2015

Cara mak saya


Kesian mak saya, bukan mudah untuk mendidik anak perempuan beliau untuk menutup aurat dengan sempurna.Mak terpaksa tampal gambar di atas di pintu almari.

Tujuan mak tampal di almari tu sebab anak-anak pasti akan lalu depan almari tu sebab almari tu menghala ke dapur.Pasti anak-anaknya nampak akan poster ni.Setiap kali datang rumah mak, memang saya akan nampak dan rasa "terasa" dan malu sebab pakaian saya sama dengan kategori kat poster tu.

Maafkan anakmu mak kerana terpaksa membuat suruhan halus dan terima kasih kerana selalu berdoa untuk kami anak-anakmu.




No comments:

Post a Comment