Wednesday, March 18, 2015

Hari Terbuka Madrasah Annur,Kesang Laut, Muar.

Sejuk mata memandang melihat adik bakal hafiz ini melemparkan senyum dalam santun malunya.


Antara gerai yang membuat jualan, jualannya laris.Alhamdulilah.


Inilah bangunan tempat anakku Nur Uzma menimba ilmu dan berteduh kasih.

Gambar-gambar di atas di ambil semasa majlis Hari Terbuka Madrasah Annuur,Kesang Laut, Muar.Sesungguhnya hari terbuka inilah hari yang kami sekeluarga nantikan sebab gembira dapat berkumpul dengan ahli keluarga pelajar madrasah dan teruja nak tahu perkembangan anak tercinta.

14.03.2015 kami bertolak ke Muar dalam pukul 10 pagi selepas siap bersarapan di rumah.Saya sempat buat nasi goreng saja untuk alas perut.Dalam pukul 1.10 petang kami sampai ke Madrasah Annuur, alhamdulilah perjalanan kami lancar dan dipermudahkan.Sungguh pun cuaca nampak terik tapi bila kami masuk ke madrasah, tak terasa pun kepanasannya.subhanaallah, memang Allah berikan kesejukan buat penghuni madrasah.Seolah-olah ada payung besar yang melindungi kami di madrasah.

Lebih kurang 1 jam mendengar ceramah dari Mudir Madrasah dan ucapan khas dari wakil ibu bapa pelajar Madrasah Annuur, terdapat majlis penyampaian hadiah kepada pelajar yang cemerlang dari segi tahfiz, sukan dan akhlak untuk tahun 2014.Semoga tahun hadapan giliran anakku Nur Uzma mendapat hadiah, in shaa Allah.

Selepas habis majlis tersebut, tibalah masa untuk berjumpa dengan guru kelas anakku.Berdebar-debar pulak rasanya macam nak ambil penyata untuk diri sendiri pula sedangkan anakku Uzma relax je.

Alhamdulilah...Uzma menunjukkan prestasi yang memberansangkan.in shaa Allah selepas cuti seminggu ini gurunya kata dia akan melompat satu kelas kerana kelancaran dan kesungguhannya.Syukur alhamdulilah....satu kejayaan besar buatku kerana bukan mudah untuk melompat kelas jika tidak berusaha bersungguh-sungguh.Nur Uzma memang luar biasa!

Uzma dah buktikan pada kami yang dia memang buat betul-betul dengan apa yang dia cakapkan.Uzma target hanya 3 tahun untuk menghafal Al Quran dan mohon doaku untuk doakan dia terang hati dan kuat semangat serta istiqomah.Saya memang kenal Uzma, dia memang seorang yang buat apa yang dia cakap cuma jika ada masalah dia akan "terseliuh" sikit.Untuk itu, as a parents kami kena selalu bagi dia semangat.

Kemudian kami pun terus pulang menuju ke Pasir Gudang kerana anak kesayangan dah tak sabar nak balik rumah.Maklumlah dah 3 bulan tak balik rumah.

No comments:

Post a Comment