Sunday, March 1, 2015

Cara Yahudi melahirkan generasi bijak

Kita selalu dengar kaum Yahudi ini bijak-bijak dan genius.Tapi tahukah kita apakah rahsianya?

Nak tahu bagaimana Yahudi  membentuk anak yang bijak ? 

1.Muzik dan matematik ketika hamil
Menurut Dr Stephen Carr Leon yang membuat pengamatan ini semasa beliau berada di Israel, mendapati si ibu akan menyanyi dan bermain piano manakala si bapa pula akan menghadap buku matematik bersama-sama dengan si ibu menyelesaikan masalah matematik yang rumit!

Rasional kepada kecenderungan ini adalah orang Yahudi mahukan anak-anak mereka menjadi genius samada di dalam akademik, muzik dan sebagainya. Hobi secara tiba-tiba si ibu dan bapa ini akan merangsang sel-sel otak bayi untuk menerima saranan yang diingini oleh ibu dan bapa.

Walaupun terdapat perselisihan pendapat tentang kesan muzik yang boleh meningkatkan IQ bayi di dalam kandungan, muzik klasikal boleh memberikan kesan positif terhadap perkembangan awal bayi.

2.Makanan yang membina otak cerdas
Makanan yang masuk ke dalam perut bukan hanya untuk mengenyangkan, tapi untuk membentuk tubuh badan yang sihat dan cerdas. Orang-orang Yahudi mengambil berat hal ini sejak anak-anak masih kecil lagi. Mereka tahu bahawa untuk menjadikan anak-anak mereka bijak dan cergas, sel-sel otak perlu sering berhubung dan cekap.

Pemilihan menu semasa makan juga dijaga. Ikan tidak akan dihidang bersama dengan daging kerana menurut mereka, makanan laut dan makanan darat tidak boleh dimakan bersama kerana ia boleh memudaratkan kesihatan. Buah-buahan juga tidak dimakan selepas makan hidangan utama, tetapi dimakan sebelum itu.

Untuk anak-anak yang bersekolah, mereka akan memberikan pil minyak ikan, kacang badam dan madu.

3.Matapelajaran Matematik dan perniagaan diberikan perhatian utama.

Bagi anak-anak yang belajar di sekolah rendah, mereka akan didedahkan dengan aspek pengiraan sejak kecil lagi. Dibantu dengan pemakanan yang sihat dan aktiviti kurikulum seperti memanah, dan menembak, ia tidak menjadi masalah kepada anak-anak orang Yahudi mempunyai minda yang tajam dan boleh mencapai IQ yang tinggi dalam masa yang singkat.

Semasa berada di sekolah tinggi, pelajar-pelajar akan digalakkan untuk terlibat di dalam sains dan rekacipta. Sekolah mewajibkan setiap pelajar untuk menghasilkan satu produk yang boleh memperbaiki kehidupan orang-orang Yahudi. Jika mereka berjaya dan menghasilkan ciptaan yang berpotensi tinggi, idea tersebut akan dibawa ke institusi yang lebih tinggi iaitu universiti.

Di universiti pula, perniagaan dipandang serius terutama pelajar di dalam jurusan perniagaan. Kerja kursus yang diberikan mungkin agak sama seperti universiti-universiti lain di dunia – buat satu perniagaan dan hasilkan keuntungan.

Tapi yang hebatnya adalah pelajar hanya akan diberi lulus sekiranya kumpulan projek itu dapat membuat keuntungan sebanyak 1 juta dolar! Agak memeranjatkan bagi kita tetapi bagi mereka, ia adalah perkara biasa. Tidak mustahil ekonomi dunia ini dipegang oleh mereka.

No comments:

Post a Comment